September 2017 - MrsPip Dot Com

Saturday, 30 September 2017

Biore Glowing Bright

September 30, 2017 7
Biore Glowing Bright
hi there,

lama tak review produk ... kali ni mrs pip review pencuci muka yang mrs pip pernah guna ... mrs pip teringat waktu zaman remaja, my very 1st pencuci muka ialah Biore, waktu tu Biore mmg kira jenama popular dikalangan kawan kawan kitorang ... alah, dulu dulu kan bukan banyak produk mcm sekarang ni ... kalau tengok kat TV , asyik2 iklan yang sama kan ... kan kan ...

sekarang ni, Biore dah ada beberapa pilihan pencuci muka, hari tu mrs pip try Biore Facial Form Glowing Bright ... pencuci muka ni membersihkan muka, dan menghilangkan kulit kusam! wah, teruja untuk dicuba ... mrs pip mmg ada masalah kulit kusam :( well, I is malas , now HARUS rajinkan diri, NO MORE malas malas ... tengok, bila dah malas, kulit wajah langsung tak ceria T_T


dari apa yang mrs pip baca, pencuci muka Biore Facial Foam Glowing Skin ni mengandungi manik-manik hijau dan putih bersama ekstrak teh hijau yang membantu menghilangkan sel kulit mati dan menyingkirkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah. Ianya mempunyai rumusan vitamin C membantu mencantikkan kulit agar lebih cerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata dan kelihatan lebih sihat.

mrs pip beli kat Watson, harga pun very affordable. yang mrs pip suka selain menghilangkan kulit kusam, ialah bau pencuci muka yang menyenangkan mrs pip dan muka tidak terasa kering selepas menggunakan produk ni ...

kalau yang ada masalah kulit kusam, bolehlah cuba Biore Facial Foam Glowing Bright ni ... tapi mencuci muka sahaja tidak menjamin kulit kusam hilang sepenuhnya. korang kena juga rajin guna rangkaian penjagaan muka yang lain seperti toner dan krim pelembab ...

 stay beautiful everyone ....

cheers.

Monday, 25 September 2017

Merdeka Road Trips: Mahua Waterfall, Tambunan

September 25, 2017 19
Merdeka Road Trips: Mahua Waterfall, Tambunan
hi there,

hari tu mrs pip dan lil' armies berada lebih seminggu di Banjaran Crocker menghabiskan cuti umum sempena Hari Merdeka, kemudian diikuti dengan Hari Raya AidilAdha, dan cuti hujung minggu, lepas tu bersambung pula dengan cuti umum Sukan Sea bersama mr.Husband.

walaupun mr.Husband sibuk menguruskan our little cafe, Crocker Range Cafe di Crocker Range Keningau Station, mr.Husband still meluangkan masa bawa mrs pip and our lil' armies road trips ke Tambunan. happy lil' Iman dan lil' Amin dapat jalan jalan with their daddy.

Mahua Waterfall

memandangkan mrs pip and the geng ni memang lebih suka road trips ke tempat yang jauh dari kesibukan kota, jadi road trip kali ni, mr.Husband memilih untuk melawat Mahua Waterfall yang teletak di Crocker Range Sub-Station Mahua Tambunan.

kitorang ni kalau road trip, mesti akan drive 'berhenti-henti' ... lagi lagi kalau nampak haiwan kat tepi jalan, our lil' armies memang excited nak tengok ... hari tu kebetulan ada kuda meragut rumput di tepi jalan, eh sakai sekejap mcm tak pernah nampak kuda ...

haiwan yangg kelihatan meragut rumput di tepi jalan
korang nak yang mana?

mrs pip wonder haiwan haiwan ni tak kena curi ka dibiarkan meragut rumput tanpa penjagaan tuannya? .... mr.Husband cakap, alaaaa ingat senang ka mau curi haiwan haiwan ni? lagi lagi di siang hari ... tell you what, tuan dorang ni mesti ada dekat2 sini juga ...

road of Tambunan

untuk ke Mahua Waterfall ni, berpandukan info di Google, ianya berada di antara jalan Tambunan - Ranau ... jadi, kalau dah sampai roundabout untuk masuk daerah Tambunan (kalau korang dari KK ya), korang kena masuk simpang kiri roundabout tu, ikut jalan Tambunan-Ranau.

Jalan ke Mahua Waterfall Tambunan
once korang sudah berada di Jalan Tambunan - Ranau, ianya berada lebih kurang 13KM untuk ke simpang Air terjun Mahua. Simpang tersebut berada di sebelah kiri korang sekiranya dari arah Tambunan ke Ranau. ada papan tanda di tepi jalan ...

dan once korang dah masuk simpang tu, korang akan nampak satu lagi papan tanda seperti gambar di atas, dan korang hanya perlu drive 6KM lagi untuk sampai ke destinasi ...

road view to Mahua Waterfall
mcm kitorang, tak kisah sangat pun berapa kilometer lagi nak sampai. kitorang lagi excited tengok pemandangan kiri dan kanan. jalan berturap dengan baik, dengan pemandangan sekeliling berbukit bukau, buat kitorang rasa sangat tenang dan gembira.

selain tu, tak tau brapa kali kitorang berhenti layan view sekeliling ... muehehe. mr.Husband gigih turun dari kereta ambil gambar untuk memenuhi permintaan puan isteri *cenggini la sifat blogger, sekejap sekejap nak ambil gambar kan kan kan*... thanks mr.Husband.

bento box for lunch
susahnya nak ambil gambar ber-4, siapa suruh tak bawa monopod!

sampai saja di kawasan tempat letak kereta, serius hari tu memang ramai sangat orang yg datang melawat, almaklumlah hari cuti, parking pun penuh ... kitorang memang dah perut lapar, memang dah nak tengahari pun time sampai di sana, kebetulan ada disediakan sulap (pondok) di depan parking lot, siap ada meja dan tempat duduk, jadi sesuai sangat kitorang makan dulu (malas mau angkut makanan masuk kawasan air terjun, tambah beban ooo, mana mau pegang anak anak lagi kan) ....

our bento box hari tu, mrs pip dah siapkan mi goreng, roti kaya, pisang rebus, minuman kotak, air dan biskut kering. jadi, mrs pip and the gang menjamu selera dulu. dah siap makan, kitorang tapau roti kaya dan minuman dalam beg utk dibawa masuk nanti, yang lain letak semula dalam kereta.

kalau korang tak bawa makanan, it's ok, ada restoran berdekatan dgn parking lot ni dan mrs pip ada baca review di trip advisor, makanan di restoran tu sedap dan harga berpatutan ...

administration building
sebelum masuk tu, kitorang bergambar kat depan bangunan pentadbiran. since cuti umum, jadi bangunan ni tutup ... cantik bangunan kayu ni, kemas dan bersih sangat ... cantik juga kalau buat fridge magnet gambar kat atas tu, dua voucher dari printcious.com mrs pip still tak guna lagi ..

the WELCOME sign
sebelum nak beli tiket, bergambar dulu dekat depan papan tanda SELAMAT DATANG ni sebagai kenang-kenangan ... lepas ni tak tahu bila lagi nak datang semula ... sebelum kitorang bergambar, ada sepasang suami isteri duduk kat depan tangga tu, bila dorang nampak kitorang nak ambil gambar, dorang tanya nak gambar sini ka? then mrs pip angguk, then terus dorang berdiri and bagi laluan kitorang ambil gambar .... thanks ya mr.&mrs.Visitors ...

giant tree
dah beli tiket, kalau tak silap sorang kena caj RM3.00 ... lil' armies masuk percuma. masuk saja dalam rainforest Banjaran Crocker ni, terasa mcm mrs pip berada di secret garden pula ... dengan pokok pokok gergasi yang besar dan tinggi, huh! subhanallah ... 1st time tau mrs pip masuk hutan cenggini yang pokok besar besar ...

yours truly
mrs pip pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pokok gergasi ni ... ish! akarnya saja sudah cukup besar dan boleh buat tempat main sembunyi sembunyi, pokoknya memang boleh tahan tinggi la sangat, tak tau brapa puluh kaki... terus teringat cerita The Lords of The Ring ....

inside the rainforest
kalau singgah Tambunan, memang tak rugi buat de-tour sekejap di Mahua Waterfall ni ... sepanjang perjalanan untuk sampai ke air terjun tu, disediakan kawasan pejalan kaki, cuma korang kena berhati-hati laluan pejalan kaki agak licin, lagi lagi ketika selepas hujan. kalau datang ke sini, sila pakai kasut / selipar yang bersesuaian ...

kalau yang ada bawa anak kecil, lagi lagi yang berusia mcm lil' Iman dan lil' Amin, pastikan korang sentiasa dekat dengan mereka, kalau boleh pegang jer lah tangan tu selalu ... bukan apa, risau budak2 ni berlari lari, nanti jatuh. satu lagi, ada aliran air kat tepi, risau budak budak ni pergi main kat tepi nanti jatuh pula, dah lah kawasan aliran air tu berbatu ... safety first ok.

few of our snapshots inside the rainforest
untuk sampai ke Mahua Waterfall tu, kena berjalan kaki dalam 15 minit gitu, kalau korang laju, bolehlah sampai dalam 10 minit ... tapi mcm kitorang ni, jalan berhenti-henti, banyak pit-stop untuk ambil gambar, jadi agak lambat juga baru sampai air terjun tu ... muehehe.,

can you see the waterfall?
dan gambar bawah ni ialah aliran air yang berbatu yg mrs pip mentioned tadi
lil' Iman dan lil' Amin sekejap sekejap berhenti nak tengok itu ini ... kita layan sajalah , lagipun tengah bercuti cuti kan ... take your time kids ... untuk ke air terjun, nak view lagi cantik, korang ikut laluan yang ada jambatan tu (had limit 15 orang sahaja untuk guna jambatan tu pada satu satu masa) ... lepas jambatan tu, korang jalan naik atas sampailah ke kaki air terjun tu ok ...

memang sukar bergambar dengan lil' armies ni
I guessed wefie is not in their blood , hurmmm.

yeah! alhamdulillah, kitorang berjaya sampai juga ... memang amazing rasanya bila nampak air terjun tu, sangat cantik dengan dikelilingi hutan dan kawasan atas yang berbatu .... terus mrs pip membayangkan, what if kalau tiba tiba batu atas tu jatuh? Allah. punyalah fikir yang bukan bukan ... dan hari tu memang ramai sangat pelawat, bukan setakat melawat saja ok, siap mandi manda di bawah kaki air terjun tu ...

mrs pip pun nak juga! tapi not for now, anak anak still kecil dan sukar untuk dikawal ... kena sabar dan tunggu lagi few more years baru dapat kembali aktif dengan aktiviti air mcm ni ...  kawasan ni disediakan tandas dan tempat persalinan, jadi bolehlah mandi manda dengan gembira dan lepas tu boleh tukar baju di tempat yang disediakan ...

satu lagi, sila jaga kebersihan. nak datang berkelah pun boleh, pandai bawa makanan dan minuman, pandailah juga buang segala bekas makanan, minuman dan sampah hokey ...

The Mahua Waterfall
Nampak tak papan tanda kat atas gambar tu? papan tanda tu menyatakan tinggi air terjun Mahua Waterfall ni ialah 17 meter tinggi ... kawasan sekitar Mahua Waterfall ni memang sangat mendamaikan ...

selepas berehat di salah satu gazebo yang disediakan untuk minum dan makan, kitorang meninggalkan kawasan ni dengan perasaan yang bercampur-baur ; happy dah sampai sini, tapi sad juga nak tinggalkan air terjun tu ... insyaallah, ada peluang kelak, kitorang datang lagi.

selepas dari Mahua Waterfall, kitorang melawat Tugu Peringatan Mat Salleh, dan Batu Gong (nantikan entry akan datang, insya allah) sebelum balik ke Crocker Range Keningau Station T_T


Mahua Waterfall is one of a GREAT ESCAPE you should visit 


cuti Merdeka Day korang hari tu macam mana?

cheers ....

Sunday, 24 September 2017

Hadiah untuk KESAYANGAN dari printcious dot com

September 24, 2017 12
Hadiah untuk KESAYANGAN dari printcious dot com
hi there,


cuti Hari Merdeka lalu, mrs pip road trips dengan mr.Husband dan lil' armies ke pekan Tambunan dan kami sempat melawat beberapa tempat menarik di sana ; Mahua Waterfall, Tugu Peringatan Mat Salleh dan Batu Gong... banyak juga gambar yang mrs pip snap sana sini.

dah bergambar tu, terasa nak framekan buat kenang-kenangan ... nowadays memandangkan hobi baru mrs pip ialah collect fridge magnet, jadi mrs pip nak buat customised fridge magnet gambar kitorang road trip kat Tambunan tu ...

dan mrs pip nak hadiahkan fridge magnet ni untuk mr.Husband juga. since mrs pip & mr.Husband duduk jauh jauh, jadi memang sesuailah bagi sebiji dua fridge magnet kat mr.Husband, nanti magnetkan saja kat depan fridge, hari hari mr.Husband boleh nampak gambar mrs pip and anak anak.



bila cakap di mana nak cari fridge magent yang boleh customise sendiri, terus teringat dekat printcious.com - precious gift from your heart yang memberikan perkhidmatan design and customise your own gift ...

korang tau tak, kat printcious.com ni, banyak tau personalised gift yang korang boleh buat seperti T-Shirts, mugs, cushions, phone cases, ceramic tiles, puzzles, mousepads, mini tees, baby rompers, coasters, button badges, dan caps. eh, selain ni, ada lagi tau .... boleh buat canvas, bags, keychains, aprons, luggage tags, door hangers, termasuklah fridge magnet ... rambang mata nak pilih gift mana satu nak buat, kalau boleh, semua pun nak buat, muehehe ....




bila dapat  buat hadiah yang kita customise sendiri ni, maksudnya of course hadiah tu lebih berharga untuk orang yang menerima nanti kerana hadiah tu korang yang design sendiri ikut citarasa dan siap boleh letak trademark korang kat atas hadiah tu sebagai ingatan buat orang yang dekat kat hati korang tu.

dengan PRINTCIOUS ni, bab design memang mrs pip suka, sangat mudah dan friendly, easy-peasy sangat. mcm mrs pip nak buat fridge magnet, so klik SHOP >>> pilih magnet, lepas tu pilih nak bentuk apa, magnet ni ada 4 bentuk yang korang boleh pilih dan mrs pip suka bentuk square ...

lepas tu dengan menggunakan customisation tool yang disediakan, korang boleh edit, design dan customise gift korang, boleh letak gambar, tulisan dan warna background, ikut citarasa masing masing T_T

friendly customisation tool

bila dah siap, korang cuma perlu klik butang 'done' dan add to cart dan selepas membuat pembayaran, bolehlah korang chill sambil menunggu parcel sampai ke depan rumah T_T yeah.

p/s: ok mrs pip sedang menanti fridge magnet sampai ke tangan ... mcm mana lah nanti rupa fridge magnet mrs pip tu yer ... stay tune untuk entry seterusnya nanti ....

cheers!

Saturday, 23 September 2017

Cash-out pendapatan di SUSHIVID

September 23, 2017 27
Cash-out pendapatan di SUSHIVID
hi there,

Jana Pendapatan dgn SUSHIVID

hari tu,bila mrs pip dapat referral email untuk join Sushivid, mrs pip join jer, tak fikir pun kalau join akan dapat extra cash time tu. mrs pip join coz nak cari job thru Sushivid, kot kot ada rezeki dapatlah paid job kan ...

and mrs pip dapat tau, kalau korang join Sushivid ni sendiri tanpa melalui referral email sesiapa, korang tak kan dapat extra cash.

kalau nak dapat extra cash, kena join melalui referral. cenggitu ya. yang bagi referral akan dapat extra cash, dan yang sign up melalui referral pun akan dapat extra cash, so maksudnya, dua-dua pihak akan dapat extra cash.

nak extra cash lagi? korang refer kan SUSHIVID ni dengan kawan kawan korang pula ... tapi, dah buat referral ni, korang pun kena rajin juga check job yang ada kat SUSHIVID ni, apply mana mana yang sesuai dengan korang.

mcm mrs pip, memang ada apply few job, siap kena REJECT juga, tapi itu tak patahkan semangat nak apply lagi dan lagi. dan very alhamdulillah, dah dapat 1 job thru SUSHIVID ni, sedang menunggu material sampai.

income mrs pip

walau tak banyak mana pendapatan mrs pip thru referral program tu, but still bersyukur dapatlah juga merasa sedikit cash. mrs pip baru hantar permohonan untuk cash kan duit ni. once dah berjaya masuk akaun, nnt mrs pip share ok.

yang best ttg SUSHIVID ni bila nak cash kan duit, tiada minimum amaun untuk di cash kan, boleh jer cash kan berapa yang korang dapat. siapa dah cash kan duit SUSHIVID? meh share cerita korang dgn mrs pip ....

siapa yang nak join SUSHIVID, boleh guna referral link mrs pip. boleh >>> KLIK DI SINI >>>, dan link ni akan terus bawa korang ke page SUSHIVID. korang hanya perlu sign up sahaja, dan akan dapat extra cash terus selepas sign up ...

referral program ni, kalau mrs pip tak silap, masih lagi ada, meaning kalau nak sign up, just klik link yang mrs pip bagi kat atas, sehingga pihak SUSHIVID memberitahu bila referral program tu akan tamat. at the moment, memang tak tamat lagi referral program tu, boleh jer join ...

hari tu mrs pip ada buat entry pasal SUSHIVID ni, kot kot korang nak tahu lagi lanjut kan, bolehlah baca kat sini :-


job di SUSHIVID

job kat SUSHIVID, korang boleh cuba mana satu yang sesuai utk korang. tak pun, apply jer semua, muehehe .... satu lagi, kalau korang ada soalan tak faham kan, boleh jer email Sushivid, tanya mana2 yang tak faham, sure email korang akan dijawab dalam masa terdekat. mcm mrs pip, hari tu tanya ada benda tak faham, dua hari kemudian dapat email jawapan.

nak tak join Sushivid? kalau nak join, klik LINK yang mrs pip bagi kat atas.

happy blogging everyone.

cheers.

Friday, 22 September 2017

Peraturan '10 saat' untuk anak kecil anda

September 22, 2017 8
Peraturan '10 saat' untuk anak kecil anda
hi there,



lil' Iman dan lil' Amin selalu sangat berebut mainan ... padahal sorang satu ada mainan yang sama. eh, budak budak mmg macam ni eh? dah beli mainan yang sama tetap nak berebut mainan juga ... ada masanya, mainan tu terbiar kat kotak mainan / kat lantai, bila lil' Amin nak main, lil' Iman pun nak main juga, so berebut lah budak berdua ni ..... mommy yang pening!

tu cerita berebut mainan, cerita bab lain pula .... ada masanya, bila time nak mandi, biasanya lil' Amin straight jer masuk toilet siap untuk dimandikan, tapi lil' Iman ni, busy memanjang nak main, bila kita panggil, nnt dia jawab "wait mommy, wait ... Iman mau main dulu sekejap" ... dia punya sekejap tu, bukan boleh percaya. kadang kadang sampai setengah jam kena menunggu, dah lah mommy busy nak masak la, nak kemasa rumah la, nak bagi ayam makan la, nak siram pokok la, cenggitu la ....

bab kemas mainan sebelum tidur, selalu lil' Amin ringan tulang nak kutip semua mainan n kemas masuk kotak mainan ... lil' Iman? dia busy nak main lagi ...mmg ayat skema "wait mommy, wait ... Iman mau main dulu sekejap" ... ish, dah masuk waktu tidur, still nak main lagi anak mommy sorang ni ....

30 minit , mommy tunggu ...
20 minit , mommy tunggu ...
10 minit , mommy tunggu ...
5 minit , mommy tunggu ...
2 minit , mommy tunggu ...
1 minit , mommy tunggu ...

penat menunggu .... nak marah nak mengeluh pun tak guna. mereka still anak anak kecil yang memang pada usia sebegini kerjanya asyik nak main jer memanjang, tapi takkan nak menangkan mereka jer kan, tak elok untuk perkembangan mereka dan perhubungan kita dan anak anak ... esok esok, nnt anak kita tak faham dengan peraturan yang ditetapkan, nnt anak anak ingat mereka sentiasa boleh buat apa yg mereka suka ...

scrolling browsing segala perkongsian parenting tips, terjumpa tentang the 10 seconds rule for your kids ... ala, tak ingat kat mana mrs pip baca pula, tapi mrs pip apply kat lil' Iman and lil' Amin ... so far nampak berkesan untuk budak berdua ni ...

kalau bergaduh berebut mainan la kan, let say lil' Iman rebut mainan lil' Amin, then of course la lil' Amin menangis ... cuba apply rule ni ...

"Amin, it is ok, biarkan abang pinjam sekejap your toys. kita kira one-to-ten together, nanti lepas ten, abang kasi toys Amin ok" ...

jom kira satu hingga sepuluh perlahan-lahan, sambil berdoa di dalam hati, semoga lil' Iman akan kembalikan mainan lil' Amin ....

one
two
three
four
five
six
seven
eighttttttt .....
ni .....ne .....
te ............................... n
.... ok ten ....

"Iman, it's time to give back the toys to Amin ok. Iman sudah pinjam lama, jadi Amin lagi mau main. Kesian Amin tiada mainan" ..... biasanya trick ni berjaya ....

kalau tak berjaya juga? .... kena naikkan sedikit ugutan , muehehe

"Iman, kalau Iman ndak mau kasi Amin his toys back, it's ok, nanti mommy beli Amin new toys, and Iman teda new toys aaa, kan Iman sudah ambil toys Amin" ...

amacam? ok tak ugutan cenggini .... biasalah anak anak kan, mesti ada jer kes nak berebut rebut barang, so as a mommy, kena cari jalan mcm mana nak selesaikan bab rebut barang ... selain berebut barang, mcm kes lil' Iman yang tak nak dengar kita suruh mandi or kemas mainan, so bagi mereka sedikit masa untuk terus bermain, dan lepas tu kita acah acah cakap masa dah nak habis ... then apply rule ni, kot kot membantu kan ...

korang the mommies ni, ada tak cara lain yang korang guna agar anak anak tak berebut barang or tak bertengkar? ... I is tension tau kekadang melihat karenah anak anak yang asyik nak gaduh jer ... budak budak ni kan, kekadang mrs pip perasan bukan bergaduh apapun, tapi saja jer nak minta perhatian ... kan kan kan ... hehe.

happy parenting everyone , xoxo

#salammaalhijrah

cheers.

Wednesday, 20 September 2017

Blog make-over by Sis Hawa

September 20, 2017 9
Blog make-over by Sis Hawa
hi there,

after managed to own 'signature name' for my blog >>> www.mrspip.com <<< I guessed I need a new blog makeover *sigh*, new name new face , aiseh need to re-branding the blog also ma ...

I just get my blog makeover last raya aidilfitri few months ago, and now here I am asking for another blog makeover ....

this time, I need to have what I called 'catchy look' for my blog; feminine, clean, easy to browse, friendly, and responsive ... and I put the trust asking sishawa to design my blog. I gave her my blog concept, and let her do almost all the makeover (put your trust with your designer unless you can design by yourself, huh!)

new header


old header
tell me, which header is better?
old one, new one?

I have a new header. for me, header plays an important role of the blog. it's like a WELCOME signboard for the readers to know the blog writer. 1st impression lor ... if last time, the word CERITA CINTA SURIRUMAH was highlighted, but with a new domain name, the word MRS PIP suits the blog very well (in my mind la) ... don't you?

eh, why 'A sea lover?' ... I love sea a lot, I love go to the beach, strolling by the sea shore, swimming, snorkeling, and I even end up taking a diving license .. yeah! I'm a beach girls ... I'm not diving these days, have to wait my kids grow up a bit before we can go back to the sea once again T_T I asked Awa to get a swimming dolphins for my header, and here she is giving me what I want. Thanks Awa for this beautiful header.

lovely new footer

old footer
Awa put light blue as my background to suit with the 'sea theme' for this makeover, and some pastel color for the sidebar matching with the menu bar as well ... and yes, I love the footer as much as I love the header.
which one better?
old footer, new footer?


other than that, I asked Awa to put the social media button and link it to my social media account. and she came with a beautiful social media button. yeah! really happy with the button. stay connected with me thru FB, IG, Twitter and G+ ... just click the button, and follow me , and I will follow you back, insya allah ....

p/s: the domain name, I purchased it at NetKL, but Awa was the one who get it for me. so next time if you need help to get you your own domain and blog makeover services, get Awa to do it, you will be happy with her services. to get Awa, you can always visit her lovely blog at WWW.SISHAWA.COM

to see my previous blog makeover by Awa, you can check it out here >>> 1st blog makeover by Awa <<< If you want Awa to makeover your blog, please be patient aaaa, she has long list to go before she can serve you, tapi ada aku kesah, aku nak juga Awa yang buat blog aku kan, jadi tunggu sahaja penuh kesabaran sehingga sampai giliran, muehehe.

Awa, thanks for makeover my blog beautifully. and thanks for helping me to get my domain. you are friendly and easy to work with, and thumbs up for giving a good services at affordable price. luv you dear! 

thanks for reading, xoxo ...

and don't you ols want to get your own domain? I have a good news, Awa is launching her SUPPORT ME!! CONTEST, and the winner will get BLOG DOMAIN+FULL BLOG MAKROVER + 1YEAR DOMAIN FEE FOR FREE ....

click banner to join

Happy blogging everyone.

cheers.

Monday, 18 September 2017

"The Art of Pairing Promenade's Mooncakes with Fragrant Chinese Tea"

September 18, 2017 11
"The Art of Pairing Promenade's Mooncakes with Fragrant Chinese Tea"
hi there,


when I was in primary school (primary 5 or 6 like that), my Chinese friend brought a nice tin container filled with a very beautiful kueh (I just called it kueh at that time, no idea that kueh called mooncakes) with Chinese character imprints on top of the kueh. It looks yummy (you know la kan kids always fascinated with food), and my friend told me the kueh is a traditional Chinese homemade 'bun'. oh ok, see even my friend called it 'bun', for her to give to our classroom teacher ... and when I asked if I could have some, she said no because it is only for Chinese (oh ok, I'm not Chinese though my last name is YAP) *sad face* ...


Table settiing for the event

that beautiful kueh stayed in my mind for years, and I only know the actual name of that kueh when I was in secondary school. how I wish I could have some, and to make it even worst, they said mooncakes are not Halal. *goodbye beautiful mooncakes, we have to divorce* ...


dragged along mr.Boyfriend now mr.Husband with our lil' Amin to the event

my 1st mooncakes were when mr. Boyfriend (and now mr. Husband) bought it for me. I told him that mooncakes are not halal, he laughed and said, don't you know nowadays there are halal mooncakes selling everywhere and easy to get? ... so there was me, eating mooncakes with all my heart, and my 1st mooncakes were the lotus seed paste and read bean paste with salted egg yolk in the center... nowadays, we still buy mooncakes for ourselves, but we only eat one or two small slice *cannot tahan the sweetness* ....

yours truly at the event

and recently, when Promenade invited me to attend an event at Hotel Promenade Kota Kinabalu on 13th September 2017 for their launching of "The Art Pairing Promenade's Mooncakes with Fragrance Chinese Tea", I went to the event with happy heart T_T

Above: Dr Danny Kok is giving his speech
Below: Official launching of the event

It's another FIRST for Promenade Hotel Kota Kinabalu when its famed mooncakes are sold with Fragrant Chinese Tea supplied by Chin Xi Tea Art Centre through Kinabalu Chinese Tea Art Society. The brief event was officially launched by the hotel's General Manager; Mr. Hafizan Wong and Dr Danny Kok, Chairmain of Kinabalu Chinese Tear Art Society at the hotel's Lobby Lounge.

variety flavors of mooncakes packed in nice beautiful blue box
Picture: credit to Promenade's facebook
List of mooncakes by Promenade

The launch marks the commencement of the selling of Fragrant Chinese Tea paired with Promenade's very own choice of 8 types of mooncakes at RM25.00 per piece (OR RM98.00 per box of 4 pieces) and its Signature Mini Crystal Durian Mooncakes at RM3.80 per piece.

This whole range of Promenade's mooncakes are halal and with minimum preservatives. Therefore, it's best refrigerated. Besides selling our mooncakes here in Kota Kinabalu, they also available at Promenade Hotel Tawau and Promenade Hotel Bintulu - said Dim Sum Chef; Arthur Chew

spot me?

The launch was witnessed by host of distinguished guests specially invited by Kinabalu Chinese Tea Art Society Chairmain; Dr. Danny Kok and friends from the media fraternity.

Above: Dr Danny is demonsrating the art of making and serving tea
Below: Tasting the mooncakes, the best in town yeah!
Prior to Mooncake Tasting, Demonstartion on the Art of Preparing & Serving Chinese Tea and a sumptuous lunch at Dynasty Chinese Restaurant, Dr. Danny gave an interesting insight on the history that brought about the art of marrying both Mooncake Eating and Tea Drinking.

I tried the musang king durian paste, it's kinda new to me, but seriously it is so yummy as if like I want more, but I am on diet, so a bite or two is enough 😌 ...

Above: lunched at Dynasty Restaurant, halal Chinese cuisine
Below: Yours truly with other bloggers and media friends at lunch table

Promenade's Mooncakes will be on sale until actual Mooncake Festival Day (or while stocks last) on Wednesday, 4th October 2017 from 10am - 8pm at the Mooncake Sales Counter in the Hotel Lobby and from 8pm - 10pm at Dynasty Restaurant (Ground Floor).

For current, ongoing and upcoming Food & Beverage promotional details, please call Promenade Cafe / Halal Dynasty Chinese Restaurant / Lobby Lounge / Deli Corner at Tel: (60) (88) 252 396 / 265 555 Ext: 5107

Do you need mooncakes? ... get yours at Promenade now while it lasts.

cheers.

Saturday, 16 September 2017

SushiVid Workshop 1.0 (23rd Sept 2017)

September 16, 2017 9
SushiVid Workshop 1.0 (23rd Sept 2017)
hi there,

anyone heard about sushivid before? if not, you can check previous entry here >>> Jana income dgn Sushivid; hanya untuk bloggers, youtubers & Instagrammers <<< ... and GOOD NEWS for everyone, Sushivid will carry out their very 1st workshop , yeah!


what's there inside the workshop? if you ask me, I have no idea what will be inside the workshop unless you come to the event ... below is the details for info.

Event: SushiVid Workshop 1.0
Date: 23 September 2017 (next Saturday)
Venue: Worq @ Glo Damansara
Time: 2pm - 6pm
Fee: Rm 20 per registration (you can bring your plus one for FREE)

This event is meant to help our influencer on:-

How to upgrade your proposing game (and we're not talking about the one that involves a diamond ring)
How to set a price for yourself
What affects Brand's decision making when they are choosing proposals

On top of that, we'll be having an onsite campaign for MYCYBERSALE during the workshop as well, and you will be paid RM30 after you completed the campaign - but only if you complete the exercise that we will give during the workshop. Best part is that even your friend can partake in this onsite campaign and he/she will be paid RM30 too!

what's else ...

Who will be speaking?
Keith | SushiVid's Brand Manager |

Keith is the one who has been getting campaigns on the platform and is quite the expert about client's perspective. He'll be giving you advice on what brands look for in influencers; so you can understand more on what they want.

Firdaus | SushiVid's Influencer Manager |

Firdaus has launched over 120 contents across Blog, Instagram, and YouTube - all in one year. He'll be talking about what you need to know on becoming a better content creator; from how to write a killer proposal to how to price yourself.

Felicia| Content Creator |

Felicia will share her insights on how to create a genuine content across your platforms as she herself has worked with multiple brands - namely as the CTO (Chief Travel Officer) of ShopBack Malaysia, being one her most successful projects. Check out her videos HERE.

How to join?
Purchase your ticket for only RM20 via this page and you can bring your plus one for FREE!

More ....

We have an on-ground campaign for MYCYBERSALE that is up for grabs during the workshop, all you have to do is take part in one of the exercises that we will conduct and the campaign is confirmed to be yours!

That's not the best part - we will also credit RM30 into your account right after you post your contents (Blog/Instagram) live during MYCYBERSALE (9-13 October 2017).

A L S O

You guys will be walking away with this super cool SushiVid Unicorn shirt!

how I wish I could come along :((( ....

anyone interested, SAVE THE DATE ya ...

Happy blogging everyone.

cheers.

Thursday, 14 September 2017

Win RM100 from SGShop Merdeka Giveaway

September 14, 2017 13
Win RM100  from SGShop Merdeka Giveaway
hi there,

so I woke up today and check the comments section of my blog *it's kinda new habit now* ... grin teeth ... this kind of feeling when visitors or followers of this blog left one or two comments,  I feel happy, and I really appreciated them. thanks to you all for making my small blog filled with sunshine T_T ...

I received a comment from cik Zurainny Ismail from dululainsekaranglain.com saying 'Btw mrs pip, cuba cek your SGShop account, mcm ada duit tuh' , straightaway I checked my SGShop account, and HOORAY! I received another RM100.00 credit from SGShop .... thanks Zurainny.

click the banner to see who are the lucky winners 

last month, I joined the SGShop Merdeka Giveaway brought by Zurainny's blog. and I'm listed as one of the lucky winner ... who joined the contest previously? anyone ...??? did you check your email/fb/blog's comment status ? .... congrats to the other winners as well ....


let me copy and paste the listed winner ....

blog categories 10 blogger x RM100.00:-

  • http://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://milzah89.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://ciknurul23.blogspot.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://www.maisarahsidi.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • https://ohthrillers.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://www.helloaiman.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • https://opzzpinky.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://nonasani.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • https://intansaffyna.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
open categories 10 person x RM100.00:-

  • Syafiqah Hashim/Syafiqahxo
  • Sarah/Messarah
  • Shad/Shad25
  • http://penselduabee.blogspot.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://jombercontest.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://www.sayidahnapisah.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://darlinalife.blogspot.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://deariescouple.blogspot.my/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
  • http://ftndiana.blogspot.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html
consolation 2 person/blogger x RM50.00:-

UPDATE : 13 September 2017

Shopping credits bernilai RM100 telah dikreditkan ke dalam akaun SGshop setiap pemenang, so please check your SGshop account ya. DAN SUPRISE, SUPRISE – CONSOLATION PRIZES berupa shopping credits bernilai RM50 telah dikreditkan ke akaun SGshop :
https://cikash.blogspot.com/2017/08/sgshop-merdeka-giveaway.html & http://www.syuhadasalleh.com/2017/08/27/sgshop-merdeka-giveaway/
once again, many thanks to SGShop and dululainsekaranglain.com

#shoppingsgshoplagi

cheers

Wednesday, 13 September 2017

Doa ibu untuk anak sebelum tidur

September 13, 2017 9
Doa ibu untuk anak sebelum tidur
hi there,

mendapat satu perkongsian dari group wasap, suka mrs pip kongsikan tips dari Doktor Fauziah Ad-Dabbus ini yang menulis mengenai doa seorang ibu terhadap anak-anaknya ...  

Doktor Fauziah Ad-Dabbus
Seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya, dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.


Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing.

*Begini doanya:*

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

sebagai seorang ibu, JANGAN pernah LETIH untuk berdoa untuk anak anak kita, dan ketahuilah anak anak kita adalah ladang syurga kita ... sentiasalah berlapang dada terhadap anak anak kita.

sekadar ingin berkongsi, semoga bermanfaat semua.

happy parenting.

cheers.

Monday, 11 September 2017

My 5 Most Read Entries in August + Blog's New Domain Name

September 11, 2017 19
My 5 Most Read Entries in August + Blog's New Domain Name
hi there, happy September everyone. how's your day? .. I'm busy with my kids and we just coming home after a 9 days away from home during Merdeka Day, Raya Haji and extended 1 day public holiday of Sea Games.

we were just staying at mr.Husband's working place in Banjaran Crocker (Crocker Range), Keningau Station. the place is quite quiet, calm and cold with average temperature about 25 - 26 degree celcius. and yes, we managed to spend a time to go to Mahua Waterfall, located at Crocker Range Sub-Station in Tambunan on Merdeka Day, and a road trip Keningau-Sook-Nabawan-Sepulut and later go to Tulid  before coming back to the Crocker Range.

blog entry paling hangat
blog entry paling hangat



will share you the entry post of our visit at Mahua Waterfall later, but before that, let's see what's so famous in August inside this blog.

#1

Cara senang tanak nasi pulut


this entry was placed at #3 in July! ok, anyone want to tanak nasi pulut? no ideas how to do it. read my entry ya ... hope it helps you gals.
#2

Susu Frisolac Comfort untuk bayi yang sukar membuang air besar + baby colic + bayi yang selalu kembung perut


#3

Product Review // My Safi Rania Gold


#4

Set berpantang Jamu Selapan Mustika Ratu + Tungku Herba + Losyen Yusmira Pati Halia


#5

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )


the giveaway is still on until 16.9.17. hope more entries to be received for the giveaway ... come and join my simple GA  ... if you are selected as the winner, you will get a toblerone chocolate ... muehehe.

other than that, I have published 45 entries in August, with total pageviews all time history 137,787 and total followers 194. Thanks so much for following this tiny little blog of mine.

Officially >>> www.mrspip.com <<<


ok, let me tell you this, on 27/8/17 I asked my friendly blogger; sishawa to help me to get a domain name. she suggests me to buy the dotcom from NETKL, but because I'm a lazy person to purchase it by myself, I asked Awa if she could help me. 

after transfer her money >>> tada! here I am with a new domain, and on 28/8/2017 this blog previously from sukasukasurirumah.blogspot.my  changed to a new domain >>> mrspip.com <<< and yes, I'm happy with the new domain name.

blog entry paling hangat

and I can see more PV after using my own domain name.
my PV never reach 1K before this T_T
next time will check PV and UV via Google Analytics

just wanna let you know, if you are looking for blog designer, try visit sishawa blog. she provides a blog makeover with an affordable price plus good services ...

mahua waterfall

before I put away my laptop, I'm sharing the Mahua Waterfall photo to you ols  ... muehehe, will write a full entry about our road trips to Tambunan on that Merdeka Day later, insyaallah ...

thanks for reading, xoxo.

cheers. 

Saturday, 9 September 2017

5 tips untuk menjadi 'Happy Housewife'

September 09, 2017 17
5 tips untuk menjadi 'Happy Housewife'
hi there,

happy Saturday semua ... weekend ni buat apa? mrs pip tak pergi mana mana pun, just stay at home minggu ni ... minggu lepas sempat pergi kat tempat mr.Husband kerja, sebuah tempat sebelum sampai ke pekan Keningau melalui jalan Kimanis Keningau >>> Crocker Range, Keningau Station <<< ...

seronok seminggu bermalam di Crocker Range dengan anak anak, tempat tu sejuk sejuk dingin, lagi lagi di awal pagi dan jika waktu hujan, memang berkabus ... insya allah, mrs pip share cerita kitorang kat sana di entry akan datang yer ...

apapun, hari ni nak share kat korang 5 tips untuk menjadi 'happy housewife' ... wah siapa kat sini seorang surirumah sepenuh masa mcm mrs pip? ... ok, kita seangkatan ... seronok tak jadi housewife ni? ... tak seronok? isshhhh korang ni. kalau tak seronok, apa kata korang keluar bekerja dan rasai pengalaman bekerja ... lepas tu baru compare best ke tak antara bekerja vs housewife ...

well , well , well ... benda ni serius subjektif kalau nak cerita kan kan kan ... masing masing ada pendapat masing masing, ikut citarasa sendiri ... nak kerja ke tak, tak nak kerja ke tak ... nak jadi housewife sepenuh masa ke tak ... ikut keadaan kehidupan masing masing kan ...

mcm mrs pip ni, dulu memang bekerja , tapi once dah ada anak, memang tak kerja dah, prefer jadi stay at home mom aka full time housewife ... bila fikir2 nak kerja balik tu, rasa macam ralat pula ... kerjaya mrs pip agak meletihkan, so rehat2 kan diri dengan menjadi surirumah sajalah ...

5 tips untuk menjadi Happy Housewife

menjadi surirumah ni, memang banyak lah juga cabaran dan dugaannya ... tapi itu tak bermakna menjadi surirumah ni, kita perlu hidup penuh dengan rasa STRESS ... jadi surirumah ni, kita perlu sentiasa HAPPY , seperti orang lain juga ... korang rasa jemu menghadap rutin kerja surirumah yang sama? ish, mereka mereka yang bekerja kat luar pun, sama juga kena hadap rutin kerja yang sama kan  ...

meh sini, mrs pip kongsi 5 tips nak jadi surirumah yang sentiasa HAPPY ...

1 >>> bangun 30 minit lebih awal dari kebiasaan atau mungkin lebih awal dari 30 minit 

kenapa nak bangun awal pula? kalau belum ada anak, maybe rutin korang tak terganggu banyak mana lah, tapi kalau dah ada anak, pastinya rutin seharian sedikit terganggu kerana nak adjustkan masa dengan rutin anak anak.

bangun awal, so korang bolehlah siap siap kan diri untuk sediakan sarapan awal, mandi awal, solat subuh, mengemas rumah kot kot semalam tak sempat nak mengemas, melipat kain, menyapu kan ... bangun awal ni membantu korang jimat masa bekerja di siang hari nanti ...

2 >>> jangan melengah-lengahkan kerja

jangan asyik nak layan TV or sosial media akaun korang ... bila anak anak dah pergi sekolah or playschool and husband dah jalan ke tempat kerja, korang sorang sorang kat rumah kan ... korang buat apa? ... layan youtube memanjang tengok atau layan IFlix tengok drama bersiri? ...

boleh jer buat semua tu, tapi pastikan kerja kerja surirumah korang siapkan dulu. basuh kain, siapkan makan tengahari, sapu dan mop lantai, kemas bilik tidur, sidai kain, lipat kain, seterika kain dan sebagainya ...

3 >>> rancang kerja rutin harian

merancang kerja rutin harian ni penting juga. walaupun korang dah tahu hari hari kena buat apa, tapi bukan setiap hari rutin tu betul betul sama kan, ada juga sedikit berbeza hari ni dengan semalam ... kalau korang rancang kerja rutin korang dengan baik, korang ada lebih masa untuk layan benda benda lain yang korang suka nak buat seperti berblogging dan berinstagram , hehe.

4 >>> buat jadual untuk kerja kerja berkala

tau tak kerja kerja berkala untuk surirumah tu apa? ... selain kerja rutin harian, surirumah ni pun ada jadual kerja berkala juga ... jangan asyik letak semuanya di dalam otak korang, benda ni boleh terlepas pandang ... seeloknya buatkan senarai / list apa yang korang nak buat untuk kerja berkala samaada kerja berkala mingguan, bulanan, atau tahunan ...

contoh mudah mrs pip bagi korang, so lepas ni korang dah ada idea nak buat mcm mana ...

Kerja Berkala Mingguan

- Window cleaning 1xW (every Thursday)
- High dusting for ceilings and ceiling fan 1xW (every Saturday)
- Floor mopping 2xW (every Monday, every Thursday)
- Changing of bed sheet for each bedroom (every Sunday)
- Toilet cleaning 1xW (every Sunday)

Kerja Berkala Bulanan

- Aircond cleaning/services 1xM (every 25th of the month)
- Floor scrubbing 1xM (every 15th of the month)
- Drain scrubbing 1xM (every 15th of the month)
- Floor vacuum 1XM (every 30th of the month)

lepas ni, takkan terlepas pandang dah kan kalau buat senarai mcm ni kat atas kertas, lepas tu letak senarai tu kat tempat yang korang senang nak nampak ... mcm mrs pip, akan letak kat depan peti sejuk, klip guna fridge magnet ... memang mudah nak nampak dan ingat ... dah buat jadual, kenalah buat kerja tu nanti , bak kata orang ISO mcm mrs pip ni "plan what you do, do what you plan" ...

5 >>> luangkan masa untuk diri sendiri sebagai 'self-reward' 

yeah! ni yang paling seronok ... semua kerja dah siap, so bolehlah luangkan masa untuk diri sendiri ... since dah bangun awal, tak lengah lengah kan masa, semua rutin kerja dah siap, so end of the day, ada masa untuk diri sendiri ...

bila ada masa untuk diri sendiri ni, bolehlah korang nak berblogging ke, nak update FB ke, nak update IG ke, nak tweet ke ... nak sambung baca novel kat wattpad ke, atau nak men-spa-kan diri sendiri ke, sila sila lah buat ...

bila dpt 'self-reward' mcm ni, letih buat kerja rumah pun hilang , so LESS STRESS kan  ... *siapa kata hidup ni tak da stress? kalau tak da banyak stress pun, pasti ada little stress inside* ... muehehe ...

nak 'self-reward' ni, tak perlu nak beli hadiah untuk diri sendiri selalu *sekali sekala tu apa salahnya*, dapat extra TIME untuk berehat tu pun dah memadai bagi mrs pip ... bagi korang mcm mana pula?

lepas ni, boleh praktis 5 tips mudah ini untuk menjadi HAPPY HOUSEWIFE  ...

semoga bermanfaat, sharing is caring ...

cheers

Wednesday, 6 September 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

September 06, 2017 6
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
hi there,

beberapa hari ni mrs pip was away from the laptop ... baru saja balik dari Keningau selepas seminggu berada di sana sempena cuti Merdeka, Raya Haji dan cuti extra Sukan Sea ... rindu nak berblogging :)

tapi sebelum nak buat entry lain, mrs pip rasa terpanggil untuk kongsikan entry seorang pejuang kanser yang menjelah borneo hanya berbekalkan RM1.00 ... salute for his courage!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

mrs pip berharap dengan menyampaikan berita mengenai en. Zaki ni, kita belajar erti tidak mudah putus asa dan setiasa positif dalam berhadapan dengan apa juga masalah. semoga en. Zaki dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik. amin.

have a nice day everyone.

cheers.