Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

hi there, beberapa hari ni mrs pip was away from the laptop ... baru saja balik dari Keningau selepas seminggu berada di sana sempena cuti Merdeka, Raya Haji dan cuti extra Sukan Sea ... rindu nak berblogging :)

tapi sebelum nak buat entry lain, mrs pip rasa terpanggil untuk kongsikan entry seorang pejuang kanser yang menjelah borneo hanya berbekalkan RM1.00 ... salute for his courage!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

mrs pip berharap dengan menyampaikan berita mengenai en. Zaki ni, kita belajar erti tidak mudah putus asa dan setiasa positif dalam berhadapan dengan apa juga masalah. semoga en. Zaki dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik. amin.

have a nice day everyone.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. TEGAR SEKALI SEMANGAT ZAKI BIJAK CEKAL HADAPI MASALAH KSHTAN N MAMPU BERAKTIVITI SPT BIASA..TAHNIAH KPD WARGA SABAH YG AMAT PRIHATIN SESAMA INSAN..MULIA HATINYA

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua support Zaki untuk misi yang ohsem ini..

    ReplyDelete
  3. Semangat beliau memang hebat. Walaupun menghidapi kanser tahap 3 tapi tetap meneruskan perjuangan dengan misi beliau ni..

    Pasti menjadi inspirasi kepada orang lain. Tahniah !

    ReplyDelete
  4. Zaki sangat berani and orang sabah sangat sempoi!! kempen ni bagus sangat. moga zaki berjaya habiskan misi nya.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum dan haii! :D
    Untuk pengetahuan awak, Nisha sudah tag awak untuk satu segmen ya <3
    Segmen itu sangat simple dan ada hadiah yang merupakan hadiah misteri serta wang. B)
    Jemputlah join yaa bila ada masa nanti ^^
    Lagi ramai lagi meriah! hehe :*

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-paling-mudah-menang-hadiah.html

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.