Inlab Senz Projector Mini Paling Sempoi Untuk Seisi Keluarga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inlab Senz Projector Mini Paling Sempoi Untuk Seisi Keluarga. Kalau kau dengar ja perkataan ‘projector’, terus teringat zaman aku sekolah dulu. Projector ni dulu-dulu hanya guru atau lecturer yang guna untuk share nota kat anak-anak murid kan. Tapi seiring dengan teknologi sekarang, projector bukan lagi hanya digunakan oleh tenaga pengajar. Sekarang ni, projector dah semakin trending menjadi pilihan ramai untuk digunakan di mana sahaja.


Inlab Senz Projector Mini Paling Sempoi Untuk Seisi Keluarga


Ada banyak sangat pilihan projector di pasaran. Boleh pening kepala nak pilih dan beli yang mana satu. Ia terpulanglah dengan keadaan individu masing-masing, tapi bagi aku faktor pertama yang aku akan pertimbangkan mestilah BAJET, mana aku mampu nak beli yang mahal-mahal.


Kami sekeluarga dah lama tak guna TV tau, TV tu jadi perhiasan saja kat dinding rumah. Any TV cable pun kami tak subscribe. Anak-anak so far ok ja hidup tanpa TV, tapi aku rasa kami dah macam kurang family bonding. Kalau dulu, kami akan lepak bersama depan TV layan rancangan kegemaran anak-anak, tak pun aku dan suami layan tengok movies.


Jadi, aku rasa macam best juga kalau invest beli sebuah projector. Boleh bawa anak-anak lepak tengok movie macam dulu-dulu. Lagi best, projector sekarang dah boleh MIRRORING dengan smartphone, so boleh layan anything online terus ke projector kan. Dan lagi seronok boleh ajak anak-anak sama ada nak layan drama atau movie di dalam atau luar rumah; anywhere and anytime gitu.


Aku nampak satu brand projector ni, namanya Inlab Senz. Pergh, gilalah menggoda betul features yang ada pada projector Inlab Senz ni. Harga dia memang masuk dalam bajet aku weh!


Sebelum aku reveal harga projector ni, aku reveal dulu features Inlab Senz projector ni ok, memang mantap gila.


projector mini terbaik



Features Inlab Senz Projector 


  • Full high definition 1080P resolution untuk kualiti imej. Eh aku rasa memang padu untuk set home theatre macam kat cinema kan, gambar jelas dan tak pecah. 


  • Ada Dolby Audio Certified Sound System daripada Senz speaker. Eh mestilah puas hati kan boleh dengar audio yang jelas. Kalau speaker yang ada Dolby certified, mestilah best layan segala bunyi yang jelas.


  • Dan, 7000 lumens brightness! Ok, ada yang mesti nak tahu ANSI Lumens pula, meh aku convert 7000 lumens equivalent dengan 1000 ANSI Lumens. So, mesti projector ni korang puashati gila kan. Ada yang aku baca, kebanyakkan home projector biasanya tak reach pun sampai 1000 ANSI Lumens. TAPI, Inlab Senz projector boleh reach this brightness level.


  • Inlab Senz Projector ni juga ada auto & electronic focus + 4 point keystone. So projector ni akan bantu korang untuk auto adjust any distorted image, manakala 4 point keystone akan mudahkan korang adjusting ke 16:9 aspect ratio untuk masalah wall limitation. So pendek kata, Inlab Senz projector ni takkan beri korang masalah screen sizing.


  • Dan untuk in/out port pula, ada 2 USB, 2 HDMI dan 1x3.5mm headphone jack. 


  • Ianya sangat muda diakses dengan smartphone, run on Android 9.0 - Wifi - Bluetooth, dan kenapa aku panggil Inlab Senz ni Projector Mini - kerana saiznya yang sangatlah portable 29 CM (L) X 22.1 CM (W) X 9.5 CM (H) -  so pastilah paling sempoi untuk seisi keluarga.


Harga Inlab Senz Projector - Memang kaw-kaw affordable


Masa untuk REVEAL harga Inlab Senz Projector! Buat masa sekarang, Inlab Senz Projector dijual pada harga diskaun iaitu RM989.90. Mak oiiii less than RM1000. Memang sangat affordable kalau korang bandingkan semua features yang ada pada Inlab Senz projector.


Berbanding nak beli smart TV yang 100inch tu boleh cecah sampai RM10K, eh betterlah dapatkan Inlab Senz projector berbanding TV yang mahal-mahal ni, padahal screen size experienced probably Inlab Senz projector boleh provide yang terbaik!    


Satu lagi, yang suka gaming dan nak screen besar, Inlab Senz projector is a gaming device compatible juga, seronokkan.



Where To Buy Inlab Senz Projector


Korang yang memang ada niat nak beli projector, korang grab lah seketul Inlab Senz projector ni, link boleh klik di bawah


Official Website - https://inlab.com.my/products/inlab-senz

Official Shopee - https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

Official Lazada - https://s.lazada.com.my/s.fjRBK


Dan korang masukkan Voucher Code INLA0030 untuk dapatkan diskaun sebanyak RM30.00


Ok, tu saja nak share pasal Inlab Senz Projector Mini paling sempoi untuk seisi keluarga. Eh, ada nak hadiahkan aku tak projector ni seketul? Boleh jimat banyak duit aku, ciaciacia.


#inlabmalaysia #inlabsenz


_________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

8 Comments

  1. Bagus juga kalau ada alat ni kan

    ReplyDelete
  2. Jadi cikgu memang bagi yong rasa nakkk sangat beli benda alah ni.. Walaupun ada sesetengah kelas / bilik khas dilengkapi projektor ermmm kadng usia dah tua lepas tu kiok.. dia mcm better kita ada sendiri .. i allah mdh2an ada rezki nak miliki

    ReplyDelete
  3. Bestnye ada projector handy macam ni kat rumah. Boleh buat panggung wayang

    ReplyDelete
  4. Bestnye ada projector handy macam ni kat rumah.boleh buat panggung wayang kat rumah

    ReplyDelete
  5. bestnya kalau ada sebijik inlab projektor ni bawak balik kampung boleh buat mini teaterkan...

    ReplyDelete
  6. Canggih la sekarang kan. dulu kiranya macam nak tengok wayang mesti nak kena pegi yang ada projektor ni. Sekarang dah boleh guna sendiri kat rumah.

    ReplyDelete
  7. Sama lah saya pun dari anak 2 tak adaTV dah. Tapi sekarang ni ada banyak channel apss bagus macam Durioo, rasa macam seronok juga kalau tengok sambil pancar dengan projector ni:)

    ReplyDelete
  8. Ohh wowo.... this is a cool unit to own at home to enjoy movie time especially . Gonna check out this soon. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.