Gigit Jari Tengok Rumah Paling Mahal Di Malaysia

Hi. Hari tu aku layan K-Drama lakonan Jung So Min dan Kim Ji Seok bertajuk Monthly Magazine Home. Ni cerita tentang mereka yang bekerja untuk majalah hartanah. So menariknya tentang drama ni, korang boleh tengok bagaimana mereka bekerja untuk menerbitkan majalah yang mempunyai konten yang berkualiti dan kena dengan sasaran pembaca.

Tapi, nak dapatkan konten bukan mudah. Dah namanya pun Monthly Magazine Home kan, so sangat berkaitan dengan real-estate atau housing properties. Di dalam drama tu, dia tunjuklah macam mana nak pastikan properties tu ada value, naik turun harga kawasan perumahan, dan paling best dia tunjuk rumah golongan orang elit. Nice sangat senibina yang ditunjukkan.

Tapi, kalau korang yang follow K-Drama, memang ada few dramas yang shooting kat housing yang cantik dan terasa seperti kita nak sangat lawat rumah tu, hehe.

Yang aku ingat antaranya ialah Full House, rumah Ji Hoo dalam Boys Over Flower, kediaman Hyun Min dalam Cinderella and Four Knights, istana Lee Gon dalam The King Eternal Monarch, banglo Joon Young dalam Uncontrollably Fond, dan banyak lagi.

Rumah Paling Mahal Di Malaysia 


Rumah Paling Mahal Di Malaysia

Tapi, kalau di Malaysia, antara design rumah yang aku suka ialah design rumah paling mahal di Malaysia, tak lain tak bukan YTL Residence. Rumah ni design kelihatan seperti 'boxiness' tetapi kalau ditinjau ruang dalam, it has spectacular interior design. 

Rumah Paling Mahal Di Malaysia

YTL Residence didiami oleh 3 generasi di atas keluasan rumah 3,000 meter persegi. Rumah paling mahal di Malaysia ini mempunyai 9 bilik tidur, 2 bilik keluarga, dapur keluarga, ruang makan persendirian, perpustakaan, bilik permainan, bilik belajar, kawasan resepsi umum, ruang makan formal, ballroom, bilik sembahyang, 21 tandas / bilik mandi, dilengkapi dengan kolam renang, bilik tetamu beserta tempat letak kereta persendirian dan tempat letak kereta untuk tetamu. 

Woha! bab tandas bilik mandi tu sampai ada 21 buah. Tiada alasan untuk lambat mandi, tak pun ko terjum ja dalam kolam kan untuk basahkan badan, tak gitu? 

Rumah Paling Mahal Di Malaysia

Dan entah kenapa, bahagian rumah ni (gambar di atas) mengingatkan aku dengan KDrama Cinderella with Four Knights tu. Ada sedikit resemblance pada pintu masuk dalam cerita KDrama tu (bagi pendapat aku).

Argh, apapun memang gigit jari tengok rumah paling mahal di Malaysia ni iaitu YTL residence. Maybe ada lagi yang lebih mahal kot daripada ni, cumanya ni antara yang paling terkenal, so posh-y, stunning architecture design, modern and elegant.

Sedikit Tentang YTL 


Bermula dengan firma pembinaan  yang kecil bermula pada awal tahun 1960-an dan telah berkembang menjadi antara konglomerat terkenal di Malaysia. 

Kini YTL terlibat dengan pembinaan hospital, kemudahan industri, universiti, bangunan pejabat dan perumahan tingkat tinggi, dan lain lagi. 

Korang dah tengok The Fennel di Sentul Timur tak? Fuh, memang cantik, secantik dompet tebal anda juga!

Lupakan seketika tentang rumah paling mahal di Malaysia. 

Bagi aku, memang hanya dalam mimpi sajalah dapat memiliki rumah semahal begitu. Dengar khabar, rumah tersebut mencecah puluhan juta ringgit! Sungguh aku sedar diri yang sekadar rakyat marhaen sahaja. Duduk di rumah 500 kaki persegi ni pun aku dah cukup syukur ada rumah sendiri, betul tak?

Money Games - Jom Main Game Hartanah


Dah alang-alang baca tentang hartanah iaitu rumah paling mahal di Malaysia, jom layan pula money games online, belajar tentang hartanah secara tak langsung. Ala, macam korang semua main game Monopoly tu, now semua boleh main online sahaja. Senang sangat.

Ada banyak jenis games yang korang boleh main seperti games berkaitan money and finance, tapi games berkaitan real-estate, business games, dan software development games pun ada.


educational online game


Antara games berkaitan money and finance adalah The Cashback. Game ini mengajar cara nak pulangkan baki duit. Boleh belajar tambah tolak berkaitan pembayaran duit pelanggan.

So anak-anak, pastikan baki wang kamu dikembalikan dengan betul once anak-anak membeli di kedai runcit dan sebagainya. Penting juga untuk kita mengajar anak-anak mengira wang baki mereka.


real estate online games

Permainan ini sebenarnya diinspirasikan oleh Monopoly. Korang yang main akan bermula dengan savings 500, dan akan mendapat 50 setiap kali korang berjaya untuk melalui petak-petak seterusnya tanpa halangan.

Kalau korang berjaya beli 3 lot tanah sebarisan, maka korang bolehlah buat rumah sendiri. So nextime duit korang tak cukup, bolehlah jual bidang tanah tersebut.

Tujuan game ni senang saja, nak buat pihak lawan jadi bankrap.

3. LEGO City Adventures Build And Protect

real estate online games

Game LEGO City Adventures Build and Protect ni mengajar pemain untuk membina bandar kediaman mereka menjadi metropolis.

Ia dibahagikan dengan beberapa zon dan setiap zon ada sekurang-kurangnya satu balai polis dan balai bomba untuk menjaga keamanan rakyat jelata.

Korang yang suka membina bandar tu, bolehlah cuba game Lego City Adventures Build And Protect.

Lastly, yang mak-mak sekalian tak ada apa nak buat di musim cuti sekolah ni, sesekali jom layan anak-anak main money games secara online, banyak juga pilihan yang menarik.

Best pun best, sesekali bagi anak screen time. Namun, mestilah dalam pantauan ibu-bapa, lagi-lagi kalau anak masih kecil.

Happy holidays & cheers!
_____________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

11 Comments

  1. Dan entah kenapa, bahagian rumah ni (gambar di atas) mengingatkan aku dengan KDrama Cinderella with Four Knights tu.

    setujuuuu!!! masa tgk gambar tu, dlm kepala saya eh rasa mcm pernah tgk laa... haaa rupanya dlm drama tu... drama yg buat sy asyik nak menyengih je hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, one of my fav KDrama .. pelakon pun best2 ...

      Delete
  2. Replies
    1. Betul sgt , mahal gila rumah ni. Haish, tak terdaya nak ada rumah mcm ni, x mampu nak miliki.

      Delete
  3. Nampak dari luar pun dah kagum. Macam manalah rasanya kalau jejak kaki ke dalam kediaman mewah tu. Mesti mulut asyik ternganga jer.

    ReplyDelete
  4. Mahal rumah dia. Tapi memang nampak menarik dan luas. Jika tak ramai stay pasti sunyi😂

    ReplyDelete
  5. Hmm....these expensive house looks a bit weird to me, perhaps its special design so it's expensive house to own. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. rumah cantik,pokoknya mesti cantik juga spendingnya..kadang mikir siapa la nak beli tapi hakikatnya ada je peminatnya yg sanggup habiskan duit utk rumah yg seles..haha game lego tu menarikkk

    ReplyDelete
  7. Urban style betul rumah dia, open glass macam nih menarik... tapi kalau dekat rumah sendiri sy lebih suka privacy tak bg org nampak hehehe

    ReplyDelete
  8. tengok pun dah tahu value dia. lau dapat masuk pun tak cukup sehari tengok dalam dan luar rumah

    ReplyDelete
  9. 9 blik then 21 tandas adui hahahaha byk juga

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.