14 Kemuliaan Bagi Wanita Yang Sedang Hamil Mengikut Islam

Bukan mudah untuk wanita berdepan dengan situasi kehamilan. Melalui proses mengandungkan bayi selama 40 minggu di dalam kandungan, perlu bertahan dengan morning sickness yang datang dan pergi tidak menentu, dan belum ditolak tambah dengan beban kerja yang lain sambil membawa perut yang semakin lama semakin besar, sungguh wanita ini luar biasa kekuatannya!

Bukan sahaja wanita hamil perlu menjaga kesihatan diri, malah penting juga ambil tahu perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa hamil. Nampak macam senang sajakan, tapi semuanya tidak semudah yang disangkakan melainkan kita melalui proses kehamilan itu sendiri.


Sebab itu, betapa Islam mengangkat wanita hamil ini di tempat yang paling baik dan diberikan pahala yang berlipat ganda.

14 Kemuliaan Bagi Wanita Yang Sedang Hamil Mengikut Islam

Perkongsian 14 Kemuliaan Bagi Wanita Yang Sedang Hamil Mengikut Islam agar bermanfaat untuk kita hayati dan menjadi sebahagian daripada hambaNya yang sentiasa bersyukur.


1.  Apabila seseorang wanita yang sedang hamil dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


2. Apabila seseorang wanita hamil mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.


3. Apabila seseorang wanita hamil melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.


4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.


5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.


7. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya dari diri nya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.

Kelebihan Ibu Yang Menjaga Anaknya Yang Sedang Sakit

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.


9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.


10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.


11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.


12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.


13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh penyusuan, maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.


14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun sholat dan berpuasa.

Dan untuk wanita hamil, ataupun sesiapa sahaja, amalkanlah juga membaca ayat Kursi sebelum tidur kerana banyak kebaikannya.

Perkongsian daripada whatsapp, aku kongsikan di sini untuk semua. Semoga bermanfaat.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.