Kedudukan Bayi 40 Minggu Di Dalam Rahim Ibu

Hi there, Kedudukan Bayi 40 Minggu Di Dalam Rahim Ibu.  Entry ni dah lama buat ;) ... Dah post pun, tapi kita repost lah lagi.

Jom kita skodeng kejap kedudukan bayi dalam rahim ibu ... kepada ibu ibu mengandung, wish you all ada memori indah sepanjang tempoh kehamilan  anda T_T

Kedudukan Bayi 40 Minggu Di Dalam Rahim Ibu

pregnant tummy nampak seksi kan .... siapa setuju angkat tangan, ngee ;))

baby ni duduk dalam perut ibu ibu sekalian, mcm mana lah kot kot rupa dia eh ...

Kedudukan Bayi 40 Minggu Di Dalam Rahim Ibu

ni peringkat embrio terbentuk :))
ni time kita sains tingkatan 3 ada belajar kan kan kan 
eh eh, lupa lupa ingat la!

Fasa mengandung ni terbahagi kepada 3 bahagian

1- Trimester pertama (1 - 12 minggu)
2- Trimester kedua (13 - 28 minggu)
3- Trimester ketiga (29 - 40 minggu)

Kedudukan Bayi 40 Minggu Di Dalam Rahim Ibu

lil'angel in the womb

Kedudukan Bayi Di Dalam Rahim Ibu Trimester Pertama


0-4 minggu


Apabila telur yang telah disenyawakan membenamkan dirinya pada dinding rahim, sel sel akan mula membahagi dengan pantas. Bahagian bahagian tubuh janin akan mula membentuk. 

Embrio panggilan bagi telur berkenaan, boleh mula dilihat dengan mata kasar pada minggu keempat pembentukannya

Bahagian kepala dan ekornya akan mula muncul bersama pundi makanan ibarat kuning telur yang membekalkan khasiat makanan pada peringkat awal sehinggalah uri terbentuk sepenuhnya.

5-8 minggu

Embrio kini berukuran kira-kira 2mm menjelang minggu kelima. Jantungnya mula berdegup dan mengalirkan darah dan boleh dilihat menerusi imbasan ultrasound. 

Bahagian kepala menghampiri tahap pembentukan terakhir; saraf tunjang dan otak sedang membesar dengan pantas

Menjelang akhir bulan, embrio akan menjadi sebesar sekeping syiling seringgit dan kesan kesan pergerakan halus pertamanya pada bahagian tulang belakang akan mula dirasakan.

9-12 minggu

Menjelang minggu ke-11, embrio yang kini dipanggil janin, mula kelihatan seperti manusia kecil dengan ukuran kira-kira 5.5cm panjang

Otot-otot telah mula terbentuk dan pergerakannya semakin ketara. Ianya juga mula bertindakbalas terhadap pergerakan-pergerakan kuat tubuh anda. menjelang akhir bulan, janin akan mencapai panjang 7.5cm dan berat sekitar 14gram serta telah mengalami pembentukan penuh kesemua organ-organ utamanya.


Kedudukan Bayi Di Dalam Rahim Ibu Trimester Kedua


13 - 16 minggu

Peranan membekalkan makanan kepada janin kini dijalankan oleh uri yang terbentuk sepenuhnya. 

Janin kini berukuran 16cm panjang, diselaputi bulu bulu halus yang lembut (lanugo), dengan kuku mula tumbuh pada jari jemati tangan dan kaki

Janin, uri dan air kini memenuhi keseluruhan rahim. 

Perlahan-lahan janin mula menelan cecair dalam rahim dan membuang air kecil. 

Ia mula merasai pengalaman baru daripada makanan yang anda makan sambil mula mengenali bau dan rasa yang berkait dengan setiap jenis makanan.

17 - 20 minggu

Si ibu mula mengesan pergerakan janin di dalam kandungannya sambil ia mula meregang dan menggerakkan anngota-anggota tubuhnya. 

Janin kini berukuran 25cm panjang dan berat 340gram.

Kelopak matanya masih tertutup rapat sambil rambutnya mula tumbuh dan giginya mula terbentuk. 

Menjelang akhir bulan, janin akan mencapai separuh kepanjangannya pada waktu hendak dilahirkan kelak. 

>>> Nampak menarik sangat bila tengok baby kena scan dalam rahim kan, tapi nak membawa perut yang memboyot tu bukannya perkara senang. Belum lagi mengambilkira susah senang seorang wanita yang hamil berdepan dengan perubahan badan dan hormon, berdepan dengan morning sickness, isu kesihatan dan pelbagai hal yang lain.

Bukan mudah, tapi kasih sayang si ibu melampaui segala rasa sukar yang dia hadapi. Salute to all moms!

21-24 minggu


Janin kini mempunyai waktu-waktu khusus untuk tidur dan berjaga. 

Disamping bunyi degupan jantung dan aliran darah ibunya, janin juga berkemungkinan mendengar bunyi bunyi bising dan muzik serta bunyi bunyi lain dipersekitaran luar sambil ia mula bertindakbalas dengan bunyi bunyi tersebut.

Sekiranya janin kini dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan, penjagaan khusus akan diperlukan bagi menjamin peluangnya untuk terus hidup

Menjelang akhir bulan, janin akan berukuran kira kira 33cm panjang. 

Ianya kini boleh membuka mata dan dengan daya penglihatan yang meningkat, janin mula menyedari tentang perubahan cahaya yang berlaku di luar rahim.

25 - 28 minggu


Si ibu akan berupaya merasai pergerakan janin dengan lebih ketara; mungkin apabila ia tersedu atau tendangannya menjadi semakin kuat, dan boleh dirasai apabila tangan diletakkan di atas perut ibu

Keseluruhan janin diselaputi oleh bahan berlemak (vernix) yang melindungi kulitnya daripada cecair amniotik. Ianya kini berukuran kira kira 37cm panjang.


Kedudukan Bayi Di Dalam Rahim Ibu Trimester Ketiga


29 - 32 minggu


Janin kini telah terbentuk sepenuhnya. Ianya telah bersedia untuk menambil nafas pertama sambil paru-parunya menjadi semakin matang. 

Ianya mungkin telah mula menghisap ibu jarinya sendiri. Si manja kini mempunyai berat sekitar 1.6kg dan berukuran kira-kira 38cm.

33 - 36 minggu


Janin kini boleh membuang aor kecil, menelan cecair dan mengelipkan mata. Untuk menyesuaikan suhu tubuhnya apabila dilahirkan nnt, ia masih perlu menambahkan berat badannya

Ianya kini semakin memenuhi ruang dalam rahim dan tidak lagi berupaya untuk bergerak dan berpusing dengan bebas, kedudukannya di dalam rahim tidak lagi mudah berubah.

Apabila janin meregangkan anggota tubuhnya, kita boleh mengenali samada kesan yang timbul pada perut si ibu ialah tangan atau kaki bayi.

37 - 40 minggu


Melainkan pada bahagian bahunya, bulu bulu halus lanugo kini telah lenyap sepenuhnya. Janin kini berada dalam kedudukan mendakap diri dan kelihatan membulat seperti bola berwarna merah jambu. 

Si manja kini bersedia untuk keluar dari rahim apabila kepalanya turun ke bahagian tulang pinggul si ibu

Apabila ini berlaku, si ibu akan berupaya untuk bernafas dengan lebih mudah.

source: mead johnson's journal

cheers, xoxo
happy parenting

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. Teringat masa belajar sains tingkatan 3. MashaAllah Tahniah dan terim aksih buat semua ibu-ibu <3

    ReplyDelete
  2. kalau dah masuk trimester ketiga dah boleh nampak kan kaki dengan tangan baby tu bila dia dekat dengan perut. Comel

    ReplyDelete
  3. info yg sangat bermanfaat. hebat cipataan Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.