Skincare Untuk Kulit Kombinasi COSRX Review

Skincare Untuk Kulit Kombinasi COSRX Review. Aku nak review COSRX iaitu COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser dan COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence.


Seperti aku yang memiliki kulit kombinasi, bukanlah begitu mudah untuk memilih skincare yang sesuai. Kalau produk yang acidic, nanti buatkan kulit aku terlebih minyak. Kalau guna skincare yang alkaline, nanti kulit aku boleh terlebih kering.


Dan kalau aku tersilap guna skincare, bukan sahaja kulit boleh terlebih minyak atau mengalami kekeringan, lagi teruk boleh menyebabkan kulit aku breakout dengan teruk. Dan inilah yang paling scary bagi aku kerana pernah terjadi beberapa kali skin breakout teruk dan untuk pulihkan kulit mengambil masa yang sangat lama.


Aku boleh kata kalau aku tersalah guna skincare, memang cepat betul aku mengalami iritasi kulit muka.


Maka dengan sebab itu, aku memang cerewet dalam pemilihan skincare untuk kulit kombinasi. Aku perlu mengambil kira ingredients bagi sesuatu produk dan membuat research sebelum menggunakan sesuatu produk. 



Beli Skincare COSRX Di Website THREEBS.CO - Harga Affordable Dan Boleh Earn Points 


Aku dapatkan produk COSRX ni di website THREEBS.CO - laman web untuk gaya hidup, kesihatan dan kecantikan.


First time aku tahu tentang THREEBS ni pun dari kawan aku. Dia cerita dia beli produk skincare dengan harga lebih murah dan ada banyak brand skincare antarabangsa yang lain. Harga pula lebih affordable berbanding beli di platform lain.


Since kebetulan tengah cari skincare yang sesuai untuk kulit kombinasi aku, so why not beli di THREEBS kan. Yes, harga affordable dan paling best korang boleh earn points setiap kali membuat pembelian.


Nak cari produk yang sesuai untuk jenis kulit? Korang klik saja dekat SKIN TYPE, so korang bolehlah pilih jenis kulit korang. Lepas tu korang filterlah skincare apa yang korang nak. Macam aku filter untuk COMBINATION SKIN. 


Ada banyak jenama yang menyediakan produk untuk skincare kulit kombinasi, dan this time aku nak try COSRX. Produk COSRX juga ada banyak rangkaian penjagaan kulit seperti set Cica, propolis, vitamin C, asid lembut, penjagaan jerawat - there’s something for everyone.


Yang tak tahu lagi tentang COSRX, ini cerita serba ringkas tentang jenama tersebut.


Pada tahun 2015. COSRX dilancarkan. Nama COSRX pula adalah gabungan perkataan Cosmetics + Rx (Prescription) untuk penyelesaian terbaik bagi  pelbagai masalah kulit dan memberi tumpuan menggunakan bahan-bahan yang efektif di dalam produknya.

Memfokuskan pada produk yang dirumus dengan baik dengan pembungkusan yang sangat minimalis, salah satu tujuan utama COSRX ialah menyediakan produk yang berkesan pada kos yang efektif. Menggunakan bahan-bahan yang mesra kulit untuk merawat iritasi kulit, COSRX mahu menyediakan supaya hari esok lebih baik untuk pelanggan mereka.

Untuk produk COSRX, aku dah cuba Low pH Good Morning Gel Cleanser dan Advanced Snail 96 Mucin Power Essence - both products sesuai untuk kulit kombinasi. 

Jom kita cantikkan kulit wajah dengan COSRX dari THREEBS.CO

I have tried both COSRX products, hence here I am sharing my COSRX review.


  1. COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser Review


My initial thoughts tentang pencuci muka Low pH Good Morning Gel Cleanser COSRX :

Low pH Good Morning Gel ni adalah weak acidic cleanser. Weak acidic sangat membantu untuk mencuci secara lembut sel kulit dan lebihan minyak yang terbentuk pada waktu malam dan sekaligus memberikan rasa lembab pada kulit sepanjang hari. 

Hanya dengan RM40.00, korang boleh dapat satu big tube COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser 150ml yang aku rasa dari segi harga memang sangat berbaloi.

Dari segi tekstur, ianya transparent seperti aloe vera gel. Dan dari segi bau, aku rasa ianya sedikit herbal-ish, mungkin ianya datang dari kandungan minyak tea tree yang terdapat di dalamnya. However, for me the scent is bearable.

Dari segi packaging pula, ianya jenis plastic squeezable tube.  

Apa yang aku suka ketika menggunakan cleanser ni ialah ianya lembut ketika dipakai menjadikan kulit aku tidak merengsa. Aku juga suka cleanser yang hanya mempunyai buih yang sedikit seperti COSRX Low pH Good Morning Gel, bagi aku senang nak bersihkan pencuci muka jenis kurang buih ni.

Selepas muka dikeringkan dengan tuala lembut, aku tak rasa sebarang kesan stripping, atau terlebih minyak atau buat kulit aku rasa tight sangat. Malah aku rasa kulit aku rasa supple, lembab dan lembut.

Jadi untuk korang yang mencari cleanser untuk skincare untuk kulit kombinasi, bolehlah cuba guna COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser. 

COSRX skincare untuk kulit kombinasi 

Cara menggunakan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser :

First thing first, kalau korang baru pertama kali guna produk ni atau apa sahaja produk lain, aku sarankan korang buat patch test terlebih dahulu. Patch test ni penting untuk pastikan kulit korang tiada masalah dengan produk yang baru korang nak mencuba.

COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser digunakan dua kali sehari, waktu pagi dan petang serta boleh digunakan dalam double cleansing routine skincare korang.

Sebelum menggunakan cleanser ni, pastikan tangan dan muka korang dibasahkan. Kemudian picitkan jumlah yang sesuai ke tangan dan gosok kedua-dua tapak tangan sehingga berbuih barulah diurut merata ke kulit muka.

Ketika hendak membilas, sebaik-baiknya gunalah air suam. Bilas hingga betul-betul bersih dan kemudian lapkan kulit anda dengan tuala lembut yang bersih.

Lepas tu disusuli dengan penggunaan toner dan pelembab muka.


Bahan-bahan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser :

Bahan-bahan utama dalam COSRX gel cleanser ni adalah untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, membuang kekotoran pada kulit wajah, memperbaiki pori muka, soothing, melembab dan menyerikan wajah. Sesuai untuk korang yang mencari skincare untuk kulit kombinasi yang best.

 

Antara bahan menarik yang terdapat di dalamnya ialah

 

  • Betaine Salicylate (BHA) : menghaluskan tekstur kulit kita sambil menanggalkan kekotoran dengan lembut dan membersihkan pori-pori kita

  • Styrax Japonicus Branch / Fruit / Leaf Extract : membantu mencerahkan kulit 

  • Tea tree oil : sebagai antiseptik utama membantu merawat breakouts dan 

  • Saccharomyces Ferment: membantu melembabkan dan mencerah kulit

 

COSRX juga mempunyai  standards :

 

  • Skin-friendly ingredients 

  • Hypoallergenic, 

  • Dermatologist tested, 

  • Cruelty-FREE, 

  • Parabens-FREE, 

  • Sulfates-FREE, 

  • Phthalates-FREE




Yang buat aku suka sangat dengan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser :

COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser review - pencuci muka dari COSRX ni aku suka sangat kerana setiap kali aku pakai, aku rasa kulit aku tidak berminyak seperti guna cleanser lain. 

Selain tu aku rasa kulit muka aku bersih. Tiada rasa kulit melekit-lekit mahupun terlebih kering. Dan yang paling best, tiada rasa kulit pedih mahupun pedas akibat rengsaan. Ini yang sangat penting untuk aku. 

Aku rasa korang yang ada masalah kulit berjerawat atau kulit sensitif, dan sedang mencari produk yang sesuai - apa kata korang try juga dulu COSRX Low pH Good Morning Gel, ok ?

 

  1. Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX Review


My initial thoughts tentang Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX 

Bagi aku yang level-level beginners dalam penjagaan kulit muka ni, my skincare products include only cleanser, toner and moisturizer. 


Tapi ada yang suggest untuk aku tambahkan pula essence ke dalam rutin penjagaan muka untuk improve skin texture dan kurangkan bekas-bekas jerawat yang sedia ada. Jadi aku try guna COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence.


Setiap 100ml, korang boleh beli COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence pada harga RM57.00 (harga asal RM65.00). Aku rasa harganya affordable dan juga reasonable.


Kelebihan  COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence ialah ia menambah nutrisi kepada kulit untuk mencegah dan membaiki kerosakan serta menganjalkan kulit agar lebih sihat dan kelihatan lebih muda.


Dari segi tekstur, warnanya adalah transparent dan sedikit sticky. Hanya satu hingga dua kali pam sahaja sudah memadai untuk disapu ke seluruh kulit wajah.


Selain tu, produk ni tidak ada bau. So yang jenis tak boleh tahan dengan bau essense dari skincare lain, boleh guna COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence yang tidak memberikan bau yang tidak menyenangkan. Yeay, happy me!


COSRX skincare untuk kulit kombinasi



Selain memastikan kulit agar sentiasa lembab dan terhidrasi, ianya membantu dalam pembentukan kolagen dan sel kulit baru. Ini menjadikan kulit kurang  berkedut dan kelihatan lebih sihat.


Biasanya kalau aku menggunakan satu-satu produk, aku akan buat patch test dahulu untuk mengelakkan masalah iritasi pada kulit.


Untuk merawat soothing irritation, COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence memang sangat sesuai. So far aku happy sangat guna produk ni. Kulit aku terasa lembab dan lembut sentiasa.



Cara menggunakan Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX 

Pastikan tangan korang bersih sebelum menggunakannya dan kulit muka sudah pun dibasuh. Guna dua kali sehari, pagi dan petang. 

Nak guna pun senang sangat. Hanya perlu pam di tapak tangan satu hingga dua kali picit sahaja. Lepas tu, blend lightly ke seluruh wajah sehingga semua essence tadi sekata dan absorbed ke dalam kulit wajah.

Dah siap guna  Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX, korang bolehlah guna skincare korang yang lain tu.


Bahan-bahan / kandungan Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX

 

Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX mengandungi beberapa bahan yang sangat baik untuk kulit wajah, antaranya ialah


  • Butylene Glycol  dan Carbomer sebagai texture enhancer untuk memastikan tekstur essence smooth and creamy , mudah nak absorb dalam kulit

  • Snail mucins yang sangat membantu untuk jadikan kulit muka rasa soothing dan merangsang pertumbuhan semula sel

  • Hyaluronic Acid membantu melambatkan penuaan kulit (skin aging) 


Kerana Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX boleh memberikan penghidratan yang baik untuk kulit, jadi produk ni bukan sahaja sesuai digunakan sebagai skincare untuk kulit kombinasi, juga sesuai untuk kulit kering dan kulit sensitif.


Kalau korang risau kulit terlebih minyak, memadai guna essence ni saja. Skip penggunaan moisturizer di waktu malam.


Yang buat aku suka sangat dengan Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX  :

Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX sangat sesuai untuk aku yang memiliki kulit kombinasi. Kulit yang kejap berminyak , kejap kering kerana tersalah memilih produk memang perlukan essense dari COSRX ni. 

Advanced Snail 96 Mucin Power Essence COSRX review - essence ni sangat light weight. Tiada rasa sticky melekit-lekit di muka, dan sangat mudah menyerap ke dalam kulit. It hydrates my skin very well.

Aku juga tidak mengalami sebarang redness atau pedih pada kulit wajah. Tidak seperti ada beberapa produk lain yang aku pernah guna, ada rasa burning sensation pada kulit muka. Jadi aku memang reject produk yang membuatkan kulit aku irritated.

Berbeza dengan snail mucin COSRX ni menjadikan kulit aku lebih supple, lembut, lembap dan memandangkan snail mucin ni membantu memperbaiki dark spots pada kulit, jadi ianya membantu kulit kelihatan a bit brighter gitu. Oh ya, ianya juga membantu memudarkan kesan jerawat. Yeay!

Nak kulit yang cantik dan tidak kusam, kenalah rajin jaga kulit. Pastikan produk yang digunakan adalah selamat dan sesuai dengan jenis kulit wajah.


Untuk korang yang nak beli produk COSRX murah dan siap boleh dapat points dan tebus untuk terima lebih diskaun,  korang layari laman web Threebs.Co 

Korang boleh cari banyak brand antarabangsa yang lain seperti Cerave, The Inkey List, Olay, Paula’s Choice, Laneige, Some By Mi, Mario Badescu, Klairs dan banyak lagi.

Stay beautiful & stunning everyone.

cheers.


Post a Comment

1 Comments

  1. pernah juga guna cosrx yang snail mucin, memang best dan tak melekit :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.