Hukum Menggunakan Siput Babi Dalam Skin Care / Kosmetik

Hukum Menggunakan Siput Babi Dalam Skin Care / Kosmetik || Memandangkan mrs pip menggunakan snail truecica yang bahan utamanya ialah siput babi, jadi tak nak guna dengan rasa was-was, so kita cari jawapan berkaitan siput babi sebagai bahan penghasilan produk.


Hukum Menggunakan Siput Babi Dalam Skin Care


Soal hukum halal dan haram bagi kita yang beragama Islam ini wajib dititikberatkan. Kalau ada yang meragukan , kita cari jawapan dulu sebelum menjatuhkan hukum. 

Ini adalah sebahagian pernyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum penggunaan produk yang mengandungi siput babi.

  • Siput babi bagi sebagai bahan penghasilan produk


Hukum asal bagi siput babi adalah bukan najis. Ini kerana tidak ada dalil yang sarih dan sahih yang mengharamkannyaMaka hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus. Ini kerana terdapat padanya manfaat dan menghasilkan banyak manfaat yang lain daripadanya.
.
.
.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus.” Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia hlm. 118.

Setelah meneliti muzakarah fatwa di atas, maka wujudnya persamaan antara hukum penggunaan cacing untuk penghasilan produk kosmetik dengan siput babi. Ini kerana kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, iaitu kedua-duanya ialah haiwan darat dan dipandang kotor oleh masyarakat majmuk setempat dari sudut dijadikannya sebagai makanan. Kedua-dua haiwan ini juga sudah dikenal pasti dapat mendatangkan manfaat dan maslahah kepada manusia sama ada maslahah dari sudut asliyyah atau tab’iyyah.

Kami berpandangan ianya harus berdasarkan satu kaedah dalam penentuan hukum berdasarkan illahnya, iaitu:

الحكم يدور مع عللها وجودا وعدما

Maksudnya: “Hukum itu beredar bersama dengan illahnya pada kewujudan dan ketiadaan hukum.”

Rujuk Mughni al-Muhtaj (2/260)

Untuk rujukan penuh mengenai jatuh hukum penggunaan siput babi di dalam perawatan kulit wajah, bolehlah klik pautan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Hukum Penggunaan Siput Babi Dalam Penghasilan Produk Kosmetik

ok, jelas dengan penjelasan di atas.

Boleh guna tanpa rasa ragu-ragu.

cheers.

2 Comments

  1. macam-macam ada.. haih tau pasal kulit siput ni

    ReplyDelete
  2. baru tau.so mrs pip boleh terus gunakan tanpa was-was.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.