Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica - MrsPip || The Reviewer

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica daripada jenama produk Some By Mi. 

hi there, sekitar penghujung bulan Februari, mrs pip mengalami masalah face skin breakout. Ianya skin breakout yang agak teruk terjadi secara tiba-tiba tanpa ada sebarang tanda. Agak mengejutkan apabila muka dipenuhi jerawat pasir dan permukaan kulit terasa kasar. Rasa macam mau poke setiap jerawat. Bukan sahaja masalah acne face ni, malah blackheads juga kelihatan banyak di kulit wajah. Fuh, rasa down gila-gila sangat.

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Pada waktu skin breakout terjadi tu sekitar penghujung bulan Febuari, mrs pip tak terfikir lagi untuk hentikan penggunaan skincare yang biasa digunakan kerana so far ini adalah best skincare for uneven skin tone yang sedang digunakan,  kerana mrs pip memang ada masalah kulit kusam dan tona kulit tidak sekata.

mrs pip pernah review skincare tersebut iaitu Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS , produk yang dikeluarkan oleh Althea Korea. Dan fixer krim Bare Essentials ni memang paling disukai kerana membantu memperbaiki kulit wajah mrs pip sebelum ini walaupun ianya tidak 100 peratus kulit wajah kelihatan ok, tapi at least ada perubahan yang boleh dilihat pada kulit muka. 

Faktor yang menyebabkan Face Skin Breakout atau Acne Face Mendadak

Face skin breakout terjadi apabila folikel rambut pada kulit wajah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Lalu ini akan menyebabkan pertumbuhan whiteheads, blackheads dan jerawat. 

Dengan ertikata yang lebih mudah, ada beberapa faktor yang menyebabkan face skin breakout yang biasa terjadi iaitu pengeluaran minyak yang berlebihan dikenali sebagai sebum, folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati, bakteria dan keradangan.


Face skin breakout juga boleh terjadi disebabkan oleh perkara-perkara tertentu seperti :-


  • Perubahan hormon - Androgen adalah hormon yang meningkat pada lelaki dan perempuan semasa baligh dan menyebabkan kelenjar sebum membesar dan membuat sebum lebih banyak. Perubahan hormon semasa pertengahan usia, terutama pada wanita juga menyebabkan skin breakout boleh terjadi. 
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu - Contohnya termasuk ubat-ubatan yang mengandungi kortikosteroid, testosteron atau litium juga boleh menyebabkan kenapa skin breakout terjadi.
  • Diet - Kajian menunjukkan bahawa memakan makanan tertentu - termasuk makanan kaya karbohidrat, seperti roti, bagel dan kerepek - boleh memburukkan lagi jerawat. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk memeriksa apakah orang dengan jerawat akan mendapat manfaat daripada mengikuti larangan diet tertentu.
  • Tekanan - Tekanan tidak menyebabkan skin breakout, tetapi jika anda sudah mempunyai jerawat pada asalnya, maka tekanan boleh menjadikannya lebih teruk.
  • Penggunaan skincare yang salah - Ini juga boleh menyebabkan masalah face skin breakout apabila menggunakan skincare products yang salah atau tidak sesuai dengan jenis kulit. Mineral oil contohnya yang ditemui di dalam krim pelembap menyumbang kepada clog pores dan boleh mencetuskan kulit berjerawat

Jenis-jenis jerawat yang boleh terjadi disebabkan face skin breakout :-


face skin breakout skincare

Blackheads -


disebabkan oleh open plugged pores ataupun dipanggil sebagai komedo (comedo) yang terbuka di permukaan kulit. Blackheads dipenuhi dengan minyak berlebihan dan sel kulit mati. Warna hitam yang terjadi pada komedo bukanlah disebabkan oleh kotoran tetapi pantulan cahaya yang tidak teratur yang berasal dari folikel rambut yang tersumbat. 

Whiteheads


disebabkan oleh closed plugged pores iaitu komedo (comedo) yang tertutup rapat di permukaan kulit. Ini terjadi apabila minyak dan sel kulit menghalang folikel rambut yang tersumbat daripada terbuka. Dan dikatakan whiteheads lebih sukar untuk dihilangkan / dirawat berbanding blackheads.

face skin breakout skincare

Papules


small red tender bumps. Jerawat dalam keradangan, membentuk lebam merah dn merah jambu kecil pada kulit. Jerawat ini agak sensitif terhadap sentuhan dan sekiranya dipicit, boleh menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan parut. Dan papule mungkin boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat.

face skin breakout skincare

Pustules


papules with pus at their tips. Atau dalam erti kata yang lain, jerawat dengan nanah di hujungnya. Biasanya yang mengalami jerawat batu yang teruk akan berhadapan dengan jerawat bernanah. 

Pustules juga merupakan jerawat yang mengalami keradangan. Kalau dilihat, ianya seperti whitehead dengan cincin merah sekitar benjolan dan benjolan pula ada nanah berwarna putih atau kuning. Untuk pustules, jangan sesekali memicitnya kerana ia boleh menyebabkan luka lalu kulit berbekas dan ada bintik-bintik gelap nanti.

face skin breakout skincare

Nodules


large, solid, painful lumps under skin. Nodule merupakan jerawat dengan lebam besar dan selalunya ia terasa sakit apabila disentuh. Ada yang mungkin akan hilang sebaik sahaja diletakkan ubat jerawat, namun ada juga yang perlukan rawatan daripada pakar dermatologi.

face skin breakout skincare


Cystic lesions


Painful, pus-filled lumps under the skin. Yang mengalami jerawat jenis cystic lesions ni, lebih baik dapatkan rawatan daripada pakar dermatologi. Ianya merupakan jerawat yang penuh dengan nanah dan kelihatan seperti bisul dan bentuk jerawat yang teruk.

face skin breakout skincare


Mild acne


ini dikatakan jenis jerawat ringan jika mempunyai kurang daripada 20 whiteheads / blackheads dan kurang dari 15 jerawat yang mempunyai tanda keradangan seperti papules dan pustules dan sebagainya. 

face skin breakout skincare

Moderate acne


Dikatakan anda mempunyai moderate acne kalau jerawat sekitar wajah ialah 20 - 100 whiteheads / blackheads, 15 hingga 50 keradangan jerawat berbentuk benjolan, atau 30 - 125 luka total yang disebabkan oleh jerawat seperti pustules. Jerawat seperti ini mengambil masa yang agak lama untuk pulih dan akan menjadi teruk sebelum baik sepenuhnya.

Boleh dikatakan, ketika mrs pip mengalami skin face breakout, jerawat seperti gambar di ataslah yang memenuhi seluruh kulit wajah mrs pip sehingga ke bahagian leher! Ianya rasa agak kasar, tidak selesa dan ada masanya gatal. Ianya juga kelihatan seperti whiteheads. 

Jadi boleh dikatakan , skin breakout on face yang berlaku pada mrs pip ialah jenis moderate acne.  


Ada beberapa lagi jenis jerawat yang boleh berlaku pada kulit wajah, seperti Severe Nodulocystic Acne, Acne Mechanica dan lagi teruk, jerawat bukan sahaja menyerang di muka, malah boleh ada di seluruh kulit badan seperti Acne Conglobata.


Perbezaan Face Skin Breakout dan Purging Skin Acne


Untuk kulit muka breakout , mungkin korang rasa ini hanyalah masalah jerawat biasa , tetapi korang kena ketahui perbezaan face skin breakout dengan purging skin acne.

Untuk masalah purging, ianya jerawat yang berlaku pada tempat yang biasa tumbuh jerawat. Misalnuya selalu sangat tumbuh jerawat di atas hidung, dan tempat itulah yang akan tumbuh jerawat setiap bulan, maka itu yang dipanggil purging skin.

Dan biasanya masalah purging skin ini akan hilang dengan lebih cepat berbanding jerawat biasa. Ini biasanya jerawat datang bulan la ni kan. Ekeke. Dia datang setiap bulan sehari dua di tempat yang sama, lepas tu hilang dengan cepat.

Untuk masalah Face Skin Breakout pula, ianya berlaku pada kawasan kulit muka yang tidak berjerawat, dan mengambil masa yang agak lama untuk hilang. Paling mudah untuk faham, skin breakout ni berlaku di kawasan yang sebelum ini tidak ada jerawat yang wujud, tiba-tiba sahaja jerawat muncul tanpa dijemput. Hurm.


Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica , best skincare for breakouts / best acne treatment keluaran Some By Mi


Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Yeah, inilah 4 produk lengkap breakout skin care Snail Truecica keluaran Some By Mi yang berjawa membantu merawat masalah muka yang penh dengan jerawat pasir dan membantu buat muka nampak sangat berseri-seri. Hehe.

Mengalami acne face mendadak sekitar penghujung bulan Febuari, lepas tu continue guna produk Bare Essentials, dan kelihatan sekitar bulan Mac , breakout semakin teruk jadi semua penggunaan produk dihentikan.

Cuci muka pun just cuci guna air dan ditambah sedikit virgin coconut oil. Memang blur nak rawat macam mana untuk breakout teruk. Muka dah penuh jerawat kecil-kecil seperti pasir. Down jangan cakaplah. 

Mr.Husband pun perasan dan tanya apa yang jadi pada kulit wajah. Stress bila tengok cermin kulit penuh jerawat, dan blackheads naik banyak!

Lepas tu bila dah stop semua skin care, ada masa tertentu memang rasa kulit a bit dry, kadang-kadang greasy. 

Dijadikan cerita, di dalam peti sejuk memang ada stock face mask A'Bloom. Ini antara face mask yang paling mrs pip suka keluaran Althea Korea juga. Ada empat jenis, tetapi mrs pip paling suka water me long (watermelon) dan sparkle me bright (lemon).

Memandangkan waktu tu memang tak guna krim pelembap, jadi mrs pip cuba pula guna face mask ni untuk lembapkan kulit, dan guna seminggu dua kali sahaja. 

Slowly sekitar bulan Mei, ada nampak sedikit surut masalah skin breakout. Tapi masalah kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan jeragat memang makin kelihatan dengan ketara. 

Kali ni, nekad memang terpaksa tukar skincare. Kena cari produk yang boleh bantu rawat masalah acne face, dan nak cari the best skincare yang sesuai, berkesan dan juga haruslah affordable untuk dibeli.
 
Berkesan Rawat Skin Breakout

Then google few products yang berkaitan dengan breakout skincare. Ada banyak list yang keluar, tapi mana-mana yang harga tidak mampu milik tu terpaksa dikeluarkan daripada senarai pembelian.

Kemudian ada few reviews yang mrs pip baca mengenai produk Snail Truecica keluaran Some By Mi ni mampu membantu atasi masalah kulit breakout, dan juga memperbaiki tona kulit tidak sekata. 

Lepas tu mrs pip survey pula harga Snail Truecica Some By Mi, harga satu set lengkap (saiz penuh) ialah RM185.00 dan pengeposan ke Sabah pula RM9.00

Snail Truecica Some By MI rawat breakout


Trusted Seller untuk produk Some By Mi di Shopee yang mrs pip boleh suggestkan kat korang ialah seller IPPUNI. Korang boleh cari seller ni. Official Seller produk Some By Mi pun ada, tapi harga yang ditawarkan tak sebaik harga yang Ippuni ni bagi.

Dan kedai Ippuni bagi diskaun RM7.00 dan Shopee pula bagi free shipping ketika mrs pip beli produk ni pada 17-07-2020. Jadi jumlah pembayaran hanyalah RM178.00 sahaja.

Sebenarnya, mrs pip ambil masa yang agak lama untuk decide nak beli produk perawatan wajah untuk atasi masalah jerawat kerana risau nanti produk tak sesuai , lalu merugikan sahaja. Bukan murah nak beli kan. Harga boleh tahan mahal bagi mrs pip.

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Kulit wajah semakin baik daripada masalah acne face, skin tone tampak sekata, jeragat semakin pudar dan bebas masalah dull skin


Pasal memang tak suka nak gambar close up time skin breakout, jadi gambar yang tengah awal-awal breakout tu mrs pip tiada. Then sebulan selepas guna Snail Truecica (24.08.2020), boleh nampak breakout berkurangan, tapi skin tone masih teruk.

Kemudian dalam bulan September (21.09.2020), boleh nampak kulit semakin baik, dan skin tone pun semakin sekata. Jeragat pun semakin pudar dan dull skin rasanya dah ok. 

Kiranya Snail Truecica ni bagi pendapat mrs pip, memang sangat membantu dalam mengatasi masalah face skin breakout.  Terasa happy bila tengok kulit muka ada improvement dan jerawat semakin pudar dan hilang hasil guna the best skincare for acne Snail Truecica keluaran Some By Mi.

Kulit muka mrs pip memang tak pernah flawless, dan ada banyak kesan jerawat ketika remaja dulu. Tak flawless pun tak mengapa asalkan kulit bebas daripada sebarang jerawat pasir yang banyak.

Selain tu, mrs pip juga mengalami masalah skin tag, dan baru juga tergerak hati untuk beli ubat atasi skin tag, still dalam delivery. Once sampai dan dah guna, nanti mrs pip share review produk skin tag tu ya, berkesan ke tak ok.


Hukum Menggunakan Siput Babi Dalam Skin Care / Kosmetik


Soal hukum halal dan haram bagi kita yang beragama Islam ini wajib dititikberatkan. Kalau ada yang meragukan , kita cari jawapan dulu sebelum menjatuhkan hukum. 

Ini adalah sebahagian pernyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum penggunaan produk yang mengandungi siput babi.

  • Siput babi bagi sebagai bahan penghasilan produk


Hukum asal bagi siput babi adalah bukan najis. Ini kerana tidak ada dalil yang sarih dan sahih yang mengharamkannya. Maka hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus. Ini kerana terdapat padanya manfaat dan menghasilkan banyak manfaat yang lain daripadanya.
.
.
.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus.” Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia hlm. 118.

Setelah meneliti muzakarah fatwa di atas, maka wujudnya persamaan antara hukum penggunaan cacing untuk penghasilan produk kosmetik dengan siput babi. Ini kerana kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, iaitu kedua-duanya ialah haiwan darat dan dipandang kotor oleh masyarakat majmuk setempat dari sudut dijadikannya sebagai makanan. Kedua-dua haiwan ini juga sudah dikenal pasti dapat mendatangkan manfaat dan maslahah kepada manusia sama ada maslahah dari sudut asliyyah atau tab’iyyah.

Kami berpandangan ianya harus berdasarkan satu kaedah dalam penentuan hukum berdasarkan illahnya, iaitu:

الحكم يدور مع عللها وجودا وعدما

Maksudnya: “Hukum itu beredar bersama dengan illahnya pada kewujudan dan ketiadaan hukum.”

Rujuk Mughni al-Muhtaj (2/260)

Untuk rujukan penuh mengenai jatuh hukum penggunaan siput babi di dalam perawatan kulit wajah, bolehlah klik pautan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Hukum Penggunaan Siput Babi Dalam Penghasilan Produk Kosmetik


Jom ketahui dan kenali lebih lanjut produk terbaik merawat bekas muka berjerawat dengan Some by Mi Snail Truecica Set


Mari kenali the best skincare for breakouts / acne yang berjaya menawan hati mrs pip , iaitu Some By Mi Snail Truecica Set. Killer product Snail Truecica ini ialah Miracle Repair Toner (bagi pendapat mrs pip). Terpulang kalau korang nak beli satu set penuh, atau nak cuba mana-mana salah satu produk range Snail Truecica.

Tapi, mrs pip syorkan korang untuk cuba toner tu, just in case korang still nak stick dengan skincare favorite korang. Boleh cuba one by one product ni sebelum nak guna the whole set.

Tapi macam mrs pip ni, memang nak terus guna full range product Snail Truecica since skincare Bare Essentials tu dah hampir habis stok. Why bother tak nak cuba the full set kan. Ekeke.

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Snail Truecica 5.5 Low pH Gel Cleanser - 


merupakan pembersih ringan dan lembut yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dan menguatkan penghalang kulit (strenghten the skin barrier)

Mempunyai Amino Acid Complex, Ceramide and Panthenol yang membolehkan anda mengekalkan warna kulit yang lebih lembut, mantap sambil memperbaiki keadaan kulit yang rapuh dan mewujudkan penghalang kelembapan untuk mengunci kelembapan kulit.

Pencuci muka ini dikatakan mempunyai fungsi berganda untuk pemutihan dan anti-kedut. Dan mengandungi ekstrak siput hitam dan truecica. 

Pencuci muka Snail Truecica Low pH Gel ini membantu dalam pertumbuhan semula kulit untuk memperbaiki kerosakan kulit dengan kewujudan ekstrak siput hitam, manakala truecica membantu menenangkan kulit, dan menguatkan penghalang kulit, selain ianya menghilangkan cela dan parut dengan kemasan tidak melekit.

Apa yang mrs pip suka mengenai cleanser ini, ianya sangat mudah untuk dibilas selepas digunakan , selain baunya yang calming. Dan tidak meninggalkan sebarang kesan merengsa atau melekit pada kulit selepas digunakan.

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Snail Truecica Miracle Repair Toner -

Miracle repair toner ini bagi mrs pip adalah antara toner yang terbaik yang mrs pip pernah gunakan. Toner ini memberikan penghidratan segera dan melindungi kulit dari ultraviolet dan mempunyai kesan pencerahan, kesan anti-kedut.

Selain itu, Snail Truecica Miracle Repair Toner ini juga memperbaiki kulit dan menyembuhkan kulit rosak dan mempunyai bahan pemutih untuk perawatan pigmentasi kulit dan menghentikan pengeluaran melanin selain menghilangkan cela dan parut dengan kemasan yang tidak melekit.

mrs pip sendiri sudahpun merasai pengalaman sebenar menggunakan repair toner ini. Dan sangat berpuashati kerana masalah kulit kusam, jeragat / pigmentasi dan tona kulit tidak sekata mempunyai kesan positif berjaya diatasi. 

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Selain itu, toner ni juga membantu membersihkan kulit wajah dengan lebih kemas. Basahkan kapas muka dengan miracle repair toner ini dan lap wajah guna kapas tadi dan tada! ianya berjaya membersihkan lebihan kotoran pada kulit muka.

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Snail Truecica Miracle Repair Serum -

Kalau sebelum ini, mrs pip menggunakan serum Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum dan serum merupakan pelembap ringan yang mampu menembusi (penetrate) ke dalam kulit wajah , maka mrs pip sangat mementingkan penggunaan serum dalam rutin penjagaan muka.

Kali ini, beralih arah dengan menggunakan serum Snail Truecica pula. Miracle Repair Serum ini dikatakan meregenerasi kulit dari kerosakan, menghilangkan parut jerawat yang dalam dan memulihkan kulit dari noda gelap. Dan juga membantu pertumbuhan semula kulit untuk memperbaiki kerosakan kulit dengan Ekstrak Siput Hitam.

Bagi mrs pip, serum adalah optional, tapi terpulang pada korang sama ada ingin menambah serum ke dalam rutin penjagaan kulit muka. 

Serum ini sangat cepat meresap masuk ke kulit wajah, dan tidak meninggalkan kesan lekit selepas digunakan.

Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Snail Truecica Miracle Repair Cream -

Kalau sebelum ini mrs pip menggunakan Fixer Cream Bare Essentials dalam usaha memperbaiki tona kulit, kali ini mrs pip mencuba pula Snail Truecica Miracle Repair Cream yang dikatakan boleh membantu melindungi kulit dari tekanan luar, dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit. 

Miracle repair cream ini membantu melembut dan menghaluskan kulit, selain mampu menenangkan kulit yang rosak dan sensitif dan yeay ianya mengurangkan parut yang bermasalahh.

Miracle repair cream ni agak cair, hanya sedikit sahaja diperlukan untuk dicalit ke kulit wajah. Senang untuk diserap dan tiada rasa kulit melekit-lekit ata greasy.

Memandangkan ianya dikatakan membantu mengurangkan parut, mrs pip sangat bersetuju dalam hal ini kerana kesan jerawat serta bintik bintik gelap kelihatan semakin pudar pada kulit muka mrs pip. 

My Review Selepas Menggunakan Snail Truecica:


Review menggunakan the best skincare for acne atau mungkin sahaja saya bilang the best treatment product for breakout iaitu Some by Mi Snail Truecica Set - Overall performance for each product itself is so awesome. It works as per described by the brand. And I am fully satisfy with Some By Mi Snail Truecica and never regrets to bring these products to my home T_T .

Dan ini bukanlah advertorial atau sponsored post, tapi hanyalah perkongsian kepada sesiapa yang mungkin dalam usaha mengatasi kulit muka berjerawat, lalu sedang mencari product for acne face / breakouts , jadi semoga review saya membantu mereka untuk mencuba produk ini.

Keberkesanan produk adalah berbeza mengikut individu masing-masing memandangkan kita mempunyai gaya hidup yang berbeza dan hal lain juga perlu di ambil kira seperti umur dan kesihatan masing-masing.

Sekiranya korang sedang mengalami masalah acne face dan mencari penyelesaian untuk mencari product for breakouts, mungkin korang bolehlah mencuba produk yang mrs pip kongsikan di atas dan terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica.

Semoga bermanfaat untuk semua.

cheers.


sumber:
https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/ss/slideshow-acne-dictionary
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047
https://www.cosmopolitan.com/style-beauty/beauty/a32686/surprising-things-that-cause-acne/
https://shopippuni.com/products/some-by-mi-snail-truecica-miracle-repair-set?variant=31414780035174

9 comments:

  1. Bagusnya produk ni.. Jemput join GA kita.. :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. 1st time dengar nama produk ni. Masa mrs pip share kat fb, baru tau. Kalau saya tahu produk ni boleh merawat breakout, boleh cuba masa saya pun ada masalah breakout beberapa bulan lepas. La ni muka saya okey dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Some By Mi Ni femes juga, range merah ni ni new hugs..

      Delete
  3. banyak juga produk kecantikan yang menggunakan siput bab*. mostly korean skincare. Pernah nampak kat Althea. Tapi produk ni first time nampak. Menarik pulak pack dia warna merah terang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk pulihkan skin breakout, produk ni ok utk kak pip.

      Delete
  4. kesian tgk muka yang ada masalah kan.. tp setiap masalah ada penyelesaiannya

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.