Ini Cara Hafal Nama-Nama Planet Dengan Mudah, Korang Pun Boleh Cuba

Ini Cara Anak-Anak Hafal Nama-Nama Planet Dengan Mudah, Korang Pun Boleh Cuba || hi there, dulu cikgu aku tanya kitorang sila senaraikan nama-nama planet mengikut kedudukan yang betul. 

Aku kan garu-garu kepala mau ingat mana planet yang paling duluan, dan mana yang paling akhir. Aku ingat selain Bumi di kedudukan ke-3, Pluto yang paling akhir. Tu jak yang aku paling campin bah mau ingat!

Cara Anak-Anak Hafal Nama-Nama Planet Dengan Mudah,

Hari tu time sekolah belum beroperasi, masih ditutup kerana COVID-19, dan aku tengok anak-anak macam bosan asyik-asyik buat online homework saja, jadi aku mau buat sesi FUN LEARNING, biar anak-anak rasa happy, rasa teruja setiap kali mommy buat kelas, dan lagi penting anak-anak dapat ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Dan kalau kamurang yang memang kenal dengan aku, mesti kamurang tahu aku jenis mommy yang suka invest beli buku. 

Bagi aku, buku yang bermanfaat memang tidak rugi untuk dibeli. Asalkan lepas membeli tu, silalah guna buku tu sebaik-baiknya, jangan perap pula dalam rak!

Semasa PdPR tu kan, aku beli banyak juga learning material untuk Iman dan Amin, dan entry ni aku mahu share antara learning material yang aku beli ialah:

  • Buku Encyclopedia of SPACE  - Keluaran Miles Kelly.

Ini adalah buku encyclopedia ke-3 keluaran Miles Kelly yang aku beli. Sebelum tu aku dah beli Sharks dan Dinasour.

Dan aku dalam perancangan untuk beli complete set encyclopedia keluaran Miles Kelly ni. 

Bagi aku, encyclopedia ialah antara jenis buku yang sangat berbaloi untuk knowledge investment. Sangat-sangat tidak rugi beli, lagi-lagi bila kita ada anak, kita boleh guna buku sebegini untuk bercerita dengan anak hal-hal pengetahuan menarik yang tidak mereka belajar di sekolah.

Iman dan Amin, alhamdulillah mereka boleh hafal nama planet mengikut susunan yang betul. Dan Iman selain boleh ingat nama planet, dia juga boleh ingat sebahagian ciri-ciri yang ada bagi setiap planet.

Dan aku sendiri boleh pening nak hadam ciri-ciri planet tu tau! 

Tapi memang seronok bila anak-anak boleh ingat nama-nama planet dengan mudah, dan teruja bercakap hal-hal berkaitan angkasa lepas.

Hari tu aku beli dengan seller lain , tapi buku ni dah sold out dekat seller tu.

Dan aku jumpa pula seller lain yang jual Encyclopedia of SPACE  dan lagi best seller ni jual semua koleksi encyclopedia Keluaran Miles Kelly. 

Aku dah berkira-kira nak tambah 3 lagi koleksi terbaru iaitu Earth, History, dan Body. Semoga ada rezeki aku beli 3 buah buku ni, amiiin.

Aku beli di Shopee hari tu, dan aku share link Encyclopedia Keluaran Miles Kelly ni ok, memang sangat recommended untuk korang tambah sebagai koleksi rujukan pengetahuan am korang. 

Cetakan sangat-sangat high quality. Buku ni berharga sekitar RM28.00 - RM30.00 dekat Shopee. Jangan lupa tau claim free shipping voucher, boleh jimat sedikit caj penghantaran.





Jemput Juga Baca Review Produk Beli Dari Shopee :-



  • The Planetarium - Solar System Planet Model

Selain buku Encyclopedia of SPACE, aku juga beli the planetarium ni. Aku nak anak-anak ada aktiviti hands-on dan dorang boleh bayangkan sendiri macam mana susunan planet dalam sistem suria di galaksi. 

Selain tu, aku nak dorang ada rasa FUN , mesti bosan gila kalau asyik baca buku kan. Biarlah dorang feel pula susun-susun tu planet model.

Part mewarna planet tu yang paling dorang suka. Dorang belajar mix color juga pasal warna yang disediakan sekali dengan model planet tu hanya ada 7 warna sahaja. 

Product info untuk planet model:-

3D Solar System model planetarium
1 brush
1 strip of paint pots and glow paint
a position
rotating arms
9 steel bars
Sand paper
Saturn ring template
detailed instructions and a bonus Solar wallchart

Harga pula sangatlah affordable, hanya RM10.00 sahaja.




Aku share  kat sini, manalah tahu ada mama papa nak belikan untuk anak-anak, dan manalah tahu ada yang nak bagi hadiah untuk anak-anak kesayangan atau nak bagi hadiah untuk anak murid kan. 

Semoga info ni membantu mereka yang mencari cara untuk fun learning at home for your kids.

Cara Hafal Nama-Nama Planet Dengan Mudah

Cara Mudah Hafal Nama-Nama Planet Dalam Sistem Suria


Ingat tak ni nama-nama planet dalam sistem suria kita?

Macam Iman dan Amin, dorang ingat nama-nama planet ni, tapi in English lah since buku rujukan mereka kan English.

Ndak kisahlah kan English ka BM ka, mana-mana jak, asalkan ingat nama-nama planet tu ikut susuna betul.

Ada pilihan sebenarnya cara untuk mengingat sesuatu, terpulang korang suka cara / teknik mengingat yang bagaimana.

  • Teknik Mengingat #1: Ingat sampai betul-betul ingat


Macam Iman dan Amin, dorang mengingat sesuatu ialah dengan cara menyebut berulang kali dan buat latihan pengukuhan. 

Berlatih ingat sampai ingat betul-betul ingat. 

Tu cara Iman dan Amin. Pendek kata practice makes perfect.

Cara Anak-Anak Hafal Nama-Nama Planet Dengan Mudah,

Dan ada cara lain lagi untuk mengingat untuk perkara-perkara yang ikut susunan ni. Tekniknya ialah guna huruf paling depan, dan cuba buat ayat guna huruf depan tu.

  • Teknik Mengingat #2: Guna Cara Mnemonics


Cara mnemonics ni aku suka guna dulu time belajar. Memang ni cara paling cepat untuk ingat sesuatu benda mengikut susunan yang betul.

Cumanya, untuk Iman dan Amin, dorang tidak berapa faham teknik ni. Dan sukar untuk dorangn susun ayat guna huruf depan sebab pengukuhan bahasa mereka berdua masih belum begitu bagus.

Tengok contoh di atas (sumber 10steps.org) , memang senang nak ingat kalau korang pandai buat ayat seperti contoh yang diberikan.

Sebenarnya, ada lagi teknik lain yang korang boleh guna untuk mengingat sesuatu seperti teknik lukis dan ingat gambar, teknik nyanyi, teknik peta minda dan sebagainya.

Jadi lepas ni, korang pun boleh cuba hafal nama planet kan, guna teknik Mnemonics tu memang cepat sangat korang boleh ingat.

Atau korang guna cara anak-anak hafal nama-nama planet dengan mudah, guna teknik ulang ulang sebut banyak kali sampai betul-betul ingat.

Nanti aku share video buku Encyclopedia of Space tu, mana tau ada yang nak tengok buku tu sebelum beli. Aku tak jual buku ni ya, aku just share sahaja pengalaman aku beli dan guna buku ni.

Selain belajar tentang nama planet, dalam buku ni juga kita boleh belajar tentang bulan, bnitang-bintang di angkasa, ciri-ciri setiap planet dan kenapa planet tu macam tu macam ni, dan banyak lagi.

cara halal nama planet dengan mudah


Oh ya nak share lah juga sikit. 

Dulu time aku sekolah menengah, setahu aku ada 9 planet di sistem suria, yang terakhir tu Pluto. 

Name of Planets: Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto

Tapi, para pengkaji angkasa lepas sepakat untuk menggugurkan Pluto sebagai sebuah planet di sistem suria kerana Pluto dari segi saiz sangat kecil, dan dimasukkan ke dalam kumpulan planet kerdil (dwarf planet).

Yang nak cari planet poster cantik-cantik banyak pilihan ni, boleh klik link kat bawah ni ... memang banyak pilihan seller ni sediakan. Harga pun sekitar RM4.50 sahaja! Murah kan.


Seronok kan belajar tentang planet-planet ni semua, lagi-lagi bila ada buku yang best boleh rujuk, lepas tu siap ada planet model lah pula. Dan boleh tambah planet poster lekat di dinding atau meja study.

Thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. WOW! perkongsian yang sangat bagus. nanti bolehla saya tiru idea ni. thanks mrs pip for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat DP. Thanks visit blog saya.

      Delete
  2. Boleh try buat kat anak-anak pula..thanks share

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.