10 Manfaat Buah Durian Yang Perlu Anda Tahu

10 Manfaat Buah Durian Yang Perlu Anda Tahu || Kali ini kita bercerita tentang manfaat makan durian. Perkongsian ini ditujukan kepada penggemar durian agar dapat menghayati lebih dalam nikmatnya buah durian apabila didorong oleh manfaat untuk kesihatan..

Agaknya tidak perlu kita bercerita panjang untuk mengenali apa itu buah durian kerana kebanyakkan orang begitu mengenalinya malahan baunya juga sangat mudah dikesan di mana pun berada.

Namun kepada sahabat-sahabat kita yang berada diluar Asia Tenggara kita perkenalkan buah durian secara ringkas kerana pokok durian biasanya tidak tumbuh dikawasan tersebut. Kita perkenalkan kepada mereka buah durian yang kita gelar sebagai "king of fruit"..

Buah durian berbentuk bulat dan sebahagiannya membujur dipenuhi dengan duri serta mempunyai warna hijau kekuningan dan sedikit coklat cair. Isi durian adalah lembut dengan ketebalan berbeza mengikut spesis tertentu dan mempunyai beberapa warna seperti putih, kuning dan merah.

  • Khas buat peminat buah durian


Sememangnya buah durian layak digelar sebagai raja buah kerana mempunyai rasa yang sangat sedap dengan pelbagai krteria rasa serta tekstur isinya yang lembut mengikut spesis ataupun klon (kultivar) tertentu.

Aroma (bau) pula adalah sangat menusuk untuk membuka selera. Kombinasi rasa sedap dan aroma mampu melupakan seketika perihal keduniaan untuk tumpuan penuh menikmati buah durian.

  • Khusus untuk bukan peminat durian


Buah durian yang dipenuhi duri menampilkan rupabentuk yang perlu berhati-hari apabila menyentuhnya. Ketebalan kulit kadang kala sukar dikupas sekiranya tidak menggunakan teknik yang betul.

Di musim buah gugur adalah berbahaya untuk melalui di kawasan bawah pokok durian kerana lihat saja duri pada buah durian dan bayangkan akibat sekiranya menimpa pada tubuh.

Tentang baunya sememangnya sangat tajam dan mampu memberi amaran kepada bukan penggemar durian untuk menjauhi kawasan tersebut.
 
10 Manfaat Buah Durian Yang Perlu Anda Tahu


Sekarang mari kita lihat 10 manfaat buah durian yang baik dari sudut kesihatan 


1. Meningkatkan kesihatan tulang


Kandungan durian yang mempunyai zat besi, kalsium dan fosforus adalah mineral yang penting untuk pembentukkan dan meningkatkan kesihatan tulang.

2. Baik untuk kesihatan tubuh


Anda perlu ketahui bahawa memakan durian sememangnya memberi kebaikan kepada kesihatan manusia. 

Kandungan kalium pada durian sangat penting untuk mengawal tekanan darah, menjaga kadar natrium dan menstabilkan denyutan jantung.


3. Membantu proses penghadaman


Tekstur durian yang mengandungi serat membantu usus dalam proses penghadaman. 

Serat pada durian yang dimakan akan memasuki usus dan bertindak sebagai perangsang kepada proses peristalsis yang melancarkan proses penghadaman sekaligus mengelak daripada berlaku sembelit

4. Mencegah anemia


Ini adalah berita baik kepada mereka yang menghidap penyakit anemia. Buah durian yang kaya dengan kandungan zat besi dan tembaga sangat membantu kepada mereka yang mengalami kekurangan sel darah merah kerana zat besi dan tembaga adalah elemen penting dalam pembentukkan sel daral merah.

5. Membekalkan tenaga segera


Kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi dalam durian adalah elemen yang diperlukan untuk proses pembekalan tenaga. 

Kepada mereka yang memerlukan pergerakan yang menggunakan tenaga fizikal adalah sesuai untuk memakan durian sebelum kerahan tenaga dilakukan.

6. Meningkatkan kadar imunisasi tubuh


Setiap 100gram isi durian mengandungi 23.3 mg vitamin C. 

Kadar pembekalan vitamin C ini adalah dikategorikan tinggi dan ini sudah pasti dapat memberi bekalan yang mencukupi kepada organ tubuh untuk membina imunisasi badan.

Baca Juga Info Kesihatan : Badan Bertoksin? Ini 10 Cara Rawatan Mudah

7. Awet muda


Buah durian mengandungi vitamin B yang memberi banyak kebaikan terhadap kesihatan tubuh. Ia membantu menjaga radikal bebas yang mendorong kepada simptom anti penuaan. 

Selain itu, ia juga mampu meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah sekaligus menyihatkan jantung.

8. Penawar depresi


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa memakan buah durian dapat merangsang ketenangan otak. 

Ini kerana kandungan tryptophan di dalam durian yang dimakan akan bertindak untuk membekal serotonin yang merupakan sejenis hormon yang berfungsi untuk menenangkan otak.

Apabila berlaku ketenangan otak akan menjadikan seseorang itu relax, tenang dan tidak gelisah sekaligus membantu menstabilkan seseorang yang sedang dalam tekanan mahupun depresi.

Baca Juga Info Kesihatan : Gejala Depresi Atau Kemurungan - Ketahui Simptom, Punca Dan Cara Merawatnya

9. Meningkatkan kesihatan otot dan saraf.


Otot dan saraf adalah komponen tubuh yang mengerakkan tenaga fizikal. Tanpa pergerakkan otot dan saraf, seseorang itu akan lemah dan tidak dapat bergerak. 

Kandungan thiamin dalam durian dapat membantu mendorong proses metabolisma yang menghasilkan tenaga dan menjaga kesihatan otot dan saraf.

10. Membantu perkembangan janin


Ibu yang sedang mengandung adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor apabila hendak memakan durian. 

Terdapat banyak kebaikan memakan durian namun terdapat juga kesan sampingan yang harus dikawal pemakanan durian kerana buah durian mengandungi tinggi gula, lemak dan kalori. 

Namun bagi ibu mengandung, asam folat dalam kandungan durian mampu membantu perkembangan janin.

Didapati 10 manfaat buah durian seperti yang dibincang di atas penting kepada kesihatan tubuh. Selain sedap dan beraroma, manfaat-manfaat ini merupakan bonus kepada penggemar durian. 

Jangan risau kepada mereka yang bukan penggemar durian, anda bebas dengan alternatif makanan bermanfaat yang banyak di luar sana.

Saya sedar masih banyak kekurangan dalam mengolah tentang manfaat dan kebaikan durian dalam perkongsian di atas kerana cerita tentang durian sebenarnya sangat luas dan masih banyak yang perlu dipelajari dan dikongsi bersama.

Dalam artikel perbincangan yang lain, InsyaAllah kita akan bincangkan pula tentang kawalan dan kesan sampingan pengambilan buah durian. 

Sebarang pendapat ataupun ilmu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berpengalaman dalam perihal durian sangat dipersilakan untuk berkongsi di ruang komen dibawah agar memberi ilmu yang bermanfaat kepada kita semua dan semoga peroleh keberkatan Allah SWT.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah.. Banyak juga kebaikan durian ni ye... TB jarang beli durian tapi selali beli durian crepe tu.. Sama ke khasiat nya.. Hihihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, crepe tu dah lain pula khasiatnya... dah add extra karbo dan gula, lelemaks banyak ler kat badan kalau makan berlebihan, ekeke.

      Delete
  2. Iskkkk. Sedapnye durian. Terliur 😅 yang penting, makan berpada kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan berpada-pada ... kang yang tak tahan, nanti boleh pula kena sakit lain.

      Delete
  3. Wahh banyak juga manfaat durian ye

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.