10 Kebaikan Air Mineral Kepada Tubuh Manusia

10 Kebaikan Air Mineral Kepada Tubuh Manusia || Kebanyakan kita selalu menyebut mineral water apabila membeli air minuman botol di pasaraya atau kedai runcit bukan?

Tahukan anda apa sebenarnya kandungan air mineral dan apa impak kepada tubuh badan kita apabila meminum air mineral?

Apa itu air mineral?

Air mineral adalah air semulajadi yang diambil melalui mata air atau sumber air yang bebas dari pencemaran dan mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium, potassium, sodium, sulfate, bikarbonat dan elemen mineral yang lain.

Manakala ciri-ciri air mineral ialah mengandungi mineral semulajadi tanpa melalui sebarang proses menambah apa-apa vitamin atau mineral yang bertujuan untuk memenuhi syarat atau standard air mineral semulajadi.

Jangan disalah erti bahawa air jernih yang berpunca dari bawah tanah atau mata air dari kawasan pergunungan atau hutan dara semulajadi adalah air mineral. Tidak!! kerana air mineral sebenarnya hanya diperolehi di kawasan yang mempunyai kandungan mineral di sekitarnya.

10 Kebaikan Air Mineral Kepada Tubuh Manusia

Air mineral (mineral water) dan air minuman (drinking water) yang dibotolkan dan jual di pasaran adalah dua jenis air minum yang berbeza walaupun kedua-duanya kelihatan jernih.

Selain perbezaan dari segi kandungan mineral, cara proses kedua-dua kategori air ini juga berbeza. Manakala nilai PH air mineral ialah 6-8.5 dan air minuman biasa ialah 5-7.5

Mari mendalami lebih lanjut manfaat air mineral untuk tubuh kita.

10 Kebaikan Air Mineral Kepada Tubuh Manusia


● Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan


Kandungan mineral dalam air tidaklah satu-satunya sumber mineral untuk tubuh manusia, mineral yang diperlukan oleh sistem tubuh juga dibekalkan oleh sumber makanan lain seperti sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

Kandungan mineral dalam makanan dan minuman dapat membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

● Menjaga kesihatan tulang


Rangka tubuh seperti tulang, gigi dan kuku dapat diperkuatkan oleh kandungan mineral sebagai sumber kalsium seperti juga pengambilan susu.

Magnesium, bikarbonat dan kalsium yang terkandung dalam mineral juga dapat memelihara kesehatan tulang serta menghalang penyakit tulang seperti osteoporosis.

● Melancarkan sistem aliran darah


Air mineral yang mengandungi magnesium dan potasium mampu membantu sistem aliran darah dalam tubuh.

Pergerakan darah yang lancar dapat mengelakkan masalah sumbat ataupun membeku pada saluran darah sekaligus dapat mencegah berlakunya stroke atau masalah jantung.

● Menjadikan sistem pencernaan yang sempurna


Kandungan magnesium dan natrium didalam air mineral berfungsi membawa bekalan air ke dalam usus untuk melembutkan bahan buangan bagi meningkatkan pergerakkan usus yang menjadikan sistem pencernaan lebih lancar serta mengelak daripada berlakunya sembelit.

● Meningkatkan daya ingatan otak


Otak manusia mengandungi 73% air yang dibekalkan oleh air yang diminum setiap hari. Oleh itu, kandungan mineral melalui air yang diminum memainkan peranan penting membawa bekalan mineral bagi keperluan untuk otak bekerja atau berfungsi dengan baik.

Kebaikannya ialah, otak ialah dapat berfikir dengan lebih baik, mengelak masalah lupa dan menjadikan otak lebih sihat.

● Meningkatkan kesihatan tubuh


Sistem badan memerlukan mineral yang komplek untuk berfungsi dengan baik.

Apabila sistem badan berfungsi dengan sebaiknya, ianya dapat mengelak daripada pelbagai permasalahan kesihatan.

Air minuman yang mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium, potassium, sodium, sulfate, bikarbonat akan membawanya keseluruh tubuh dan membekal ke setiap organ badan yang memerlukannya untuk berfungsi dengan baik secara keseluruhannya.

● Mencantikkan kulit dan rambut


Kulit dan rambut yang terdedah kepada matahari, cuaca, kekotoran, toksin dan pencemaran akan kelihatan usang, kering dan mendorong penyakit kulit.

Selain rawatan kulit dan rambut, kandungan mineral di dalam air dapat membantu kulit dan rambut menjadi sihat dan kelihatan bersinar.

● Menurunkan tekanan darah


Kandungan magnesium di dalam air mampu menurunkan tekanan darah.

Oleh itu, mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sangat sesuai mengamalkan untuk meminum air mineral setiap hari.

● Menurunkan kadar kolestrol


Kandungan bikarbonat di dalam air mampu menstabilkan kadar kolestrol di dalam darah.

Ia berfungsi menurunkan lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) di dalam darah yang mana keadaan ini akan menurunkan risiko berlakunya penyakit jantung dan pelbagai impak daripada masalah kolestrol.

● Menguatkan otot dan sistem saraf tubuh


Aktiviti yang memerlukan tenaga fizikal seperti bersukan dan pekerjaan buruh adalah penting untuk menambah natrium melalui air mineral yang diminum.

Natrium adalah zat yang diperlukan untuk menjaga dan memelihara sistem saraf tubuh.

Selain itu, kandungan ion juga bergantung kepada penyerapan natrium yang berkurangan semasa otot dan saraf bekerja.

Kita telah mengetahui serba sedikit tentang air mineral dan fungsi untuk kesihatan tubuh. 

Selain kebaikan yang tersenarai di atas, masih banyak lagi kebaikan mineral untuk tubuh yang mungkin boleh dikongsi untuk kebaikan bersama di ruang komen di bawah.

Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk membentuk momentum kesihatan yang baik dalam menjalani aktiviti harian.

Wassalam.

cheers.

Post a Comment

0 Comments