14 January 2021

Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online (Step-by-Step)

Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online || hi there. Woha, lama tak transfer duit ke mana-mana. So hari tu bila husband suruh aku transfer duit payment, masalahnya limit pula nilai transfer tu. Eh, Maybank ni kenapa pula?

Oh ok, rupa-rupanya incik suami setting nilai minimum untuk transfer keluar duit dari akaun. Oh no wonderlah tidak dapat transfer duit seperti yang diinginkankan.

Lepas tu aku cubalah tukar setting transfer duit tu guna Maybank2u website yang baru, tapi hurm ok aku ni ndak begitu familiar dengan laman web Maybank2u yang new features, jadi aku revert semula ke website Maybank2u Classic.

Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online

Cara untuk tukar limit transfer di Maybank2u secara online ni memang senang sahaja. Kalau yang suka guna website lama (atau pun Maybank2u Classic), boleh klik butang seperti gambar di bawah tu ya 'Back to Classic Maybank2u'


Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online
Ok, maybe aku bersendirian la kot tak tahu cara nak tukar. Orang lain ramai dah yang tahu kan. Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online


#1 - Korang login akaun Maybank korang dan tekan 'Accounts & Banking' .

Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online

#2 - Lepas tu , tekan Transfer (rujuk gambar di atas).


Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online

#3- Lepas tu klik pada Transaction Limit Maintenance. 

Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online

#4 - Senangnya tukar limit transfer di Maybank.

Dah klik Transaction Limit Maintenance , korang akan nampak seperti gambar di atas. Jadi di sini , bolehlah buat setting untuk menghadkan pengeluaran, terpulang korang nak letak had limit berapa. 

Kalau nampak macam table di atas, korang dah boleh mula tukar setting limit maintenance tu.

Ada beberapa item yang boleh dibuat untuk pemindahan wang iaitu 3rd Party Transfer, Interbank Giro Transfer, Instant Interbank Transfer, Foreign Telegraphic, dan DuitNow. 

Kalau korang nak tukar lebih daripada satu , let say nak tukar 3rd party account dan Foreign Telegraphic Transfer, pastikan korang buat satu persatu ya. Klik continue dan ikut arahan seterusnya. 

Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Secara Online

Daftar Akaun ASNB di Maybank


Satu lagi, kalau korang ada ASNB Unit Trust, aku suggest kat korang register akaun ASNB korang kat Maybank, so senang korang nak tengok duit terkumpul / keluar masuk ASB korang.

Baca Juga: Cara Semak Duit ASB Secara Online Melalui Maybank

Ok aku dah buat ASB link ke Maybank, so aku boleh lihat duit savings aku kat Maybank. Tahun 2020 berjaya tidak membuat pengeluaran, so savings bertambah sikit.

Insya Allah tahun ni pun akan dikurangkan pengeluaran ASB. Aiseh, kita savings sikit-sikit saja, tapi insya allah boleh membukit la kot di masa depan.

Semoga perkongsian berguna untuk semua.

cheers.

3 comments:

  1. Tq for sharing. Nanti boleh rujuk sini kalau nak tukar limit transfer maybank2u online.

    ReplyDelete
  2. samalah kita, takpandai guna maybank2u web yang baru, mesti tukar ke classic haha

    ReplyDelete
  3. limit transfer aida rm5000 a day.
    tapi tak pernah la exceed :) sebab duit x brape nak capai rm5000 tu.

    #biters

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Follow Us @soratemplates