Fahami Maksud Dan Tujuan Proklamasi Darurat Dilaksanakan

Maksud Dan Tujuan Proklamasi Darurat Dilaksanakan || hi there, sekali lagi kita melalui fasa PKP 2.0, namun kali ini hanya beberapa negeri tertentu sahaja yang terlibat untuk PKP, manakala negeri yang tidak terlibat, akan dikategorikan dalam kumpulan PKPP / PKPB.

Selain isu PKP akibat Covid-19, ahli politik negara pula ada yang mula menarik diri daripada blok kerajaan sedia ada dan mula membentuk gabungan lain sehingga memungkinkan kita perlu melalui fasa pilihanraya !

hello, kita tengah berusaha untuk putuskan rantaian Covid-19, ada pula yang tidak ambil peduli tentang isu ini dan sibuk dan mengundi. Padahal kita semua sudah nampak kesan mengundi ketika Covid-19 yang berlaku di Sabah tidak berapa lama dahulu.

maksud proklamasi darurat

Dan hal ini menyebabkan DYMM Di-Pertuan Agong mengambil keputusan untuk membuat proklamasi darurat.

Ada yang masih tidak begitu faham Darurat Politik. Aku pun sama tidak faham sangat, tapi hey sekarang ni semua pun senang untuk mencari maklumat. 

Sebelum buat apa-apa statement marah atau tidak puas hati terhadap darurat politik ini, kerana ada yang ingat darurat akan buat kita tersekat untuk keluar rumah, kena perintah berkurung, tapi itu semua tidak betul.

Dan satu hal lagi, proklamasi darurat ini tidak boleh dicabar di mahkamah mengikut Perkara 150(8)(a)Perlembagaan Persekutuan - menyatakan keputusan agong dikira muktamad dan konklusif.

Jadi, jadi buat kerja gila untuk mencabar Agong kerana hal ini. Nah, siapa suruh tu politicians main lompat lompat keluar masuk pintu depan belakang ... 

Rakyat , kita chill sahaja. Jangan panik ya.

Proklamasi Darurat Yang Kita Perlu Ambil Tahu

  • Proklamasi darurat bukanlah perintah berkurung atau pemerintahan tentera. Maka aktiviti rakyat berlangsung seperti biasa.
  • Parlimen digantung. Ini adalah antara tujuan utama proklamasi darurat. Ada segelintir ahli politik ni tak sedar yang cubaan mereka untuk mengadakan pilihanraya akan menyusahkan ramai pihak.

Hello, tahu tak frontliners kita boleh tenat dan nazak kalau Covid-19 meningkat! Tak cukup dengan frontliners keletihan dan lelah tak mampu nak hilang, negara juga mungkin tidak mampu menampung rakyat yang membanjiri pusat kuarantin dan juga hospital akan sesak untuk rakyat mendapatkan bantuan kesihatan.

  • Tiada pilihanraya sepanjang tempoh darurat. Ya, ini tujuan utama proklamasi darurat iaitu menghalang untuk mengadakan pilihanraya.

Baca Juga Memahami wabak COVID-19 dan ketahui sedikit persamaannya dengan DAJJAL

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi) Berkaitan PKP, PKPB dan PKPP


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 - PM Muhyiddin

PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021

PKP Pemulihan (PKP-P) akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan (dari 12 Jan hingga 26 Jan)


Kerajaan pimpinan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin kini disahkan tiada majoriti sokongan ahli parlimen


Kalau ada yang masih tak tahu, kerajaan pimpinan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin kini disahkan tiada majoriti sokongan ahli parlimen. DS Nazri Aziz menarik balik sokongan beliau.

Dan kini hanya 109 sokongan daripada 222 ahli parlimen sahaja, yang boleh menyebabkan Malaysia akan tukar kerajaan sekali lagi!

Hish, penat rakyat keluar mengundi. Sia-sia sahaja tapi akhirnya ahli politik ni sesuka lompat keluar masuk parti dan membentuk gabungan lain.

Sekarang ni tunggu dan lihat tindakan yang diambil PM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mahu bubar parlimen, atau jumpa agong dan lantik PM baru dengan syarat Agong perlu diyakinkan PM baru akan mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen.

Huhu, apa sudah jadi dengan politik Malaysia ni?

Anyway, take care and stay healthy ya.

cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. penatlah nak ikut rentak ahli politik ini huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya semua bersatu hati memerangi Covid-19. Barulah boleh dikatakan sebagai warganegara yang cintakan negara.

    ReplyDelete
  3. yg aida tgk, ada YB yg sokong sebelah mana yg menguntungkan beliau.
    now, wujud plak tuduhan kpd kerajaan, zalim dlm pertuduhan mahkamah kat YB YB :(
    da memang diorang ada salah, kena la kan. so, buktikan tak bersalah dlm mahkamah la.

    yg kesian kita rakyat. mengundi. tapi at the end YB YB suka2 lompat parti :(
    langsung tak fikirkan rakyat. fikirkan diri sendiri.
    bagus la YDPA umumkan darurat politik. biar diorang diam hingga ogos.

    #biters

    ReplyDelete
  4. entah lah pening dengan ahli politik yang lompat sana sini. rakyat dah mengundi pilih kerajaan mana yang kita nak, diaorang suka2 hati lompat2 janji dapat kuasa dan duit. huhu.

    ReplyDelete
  5. diorang sebok nak berpolitik, yang merana rakyat.. sakit hati je tengok perangai masing-masing.. Semuanya berkepentingan..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.