Review What's Wrong With Secretary Kim dan Kdrama ini memperlihatkan gandingan menarik antara Park Seo Joon dan Park Min Young. hi there, sewaktu Kdrama ini dikeluarkan dulu, aku tak layan Kdrama pasal ingatkan aku bukanlah big fan of Park Seo Joon.

Tetapi selepas aku layan Kdrama She Was Pretty, aku rasa drama tu memperlihatkan lakonan Park Seo Joon yang menarik. Lepas tu, barulah aku terhegeh-hegeh nak layan What's Wrong With Secretary Kim?

Kdrama ni menampilkan 3 pelakon selain Park Seo Joon dan Park Min Young, ialah Lee Tae Hwan yang memegang watak sebagai Lee Sung Yeon.

Pelakon pembantu agak ramai, begitu juga dengan cameo sepanjang drama ini berlangsung.

Senarai Pelakon Korean Drama What's Wrong With Secretary Kim?


Main Cast

Park Seo Joon as Lee Young Joon
– Moon Woo Jin as Lee Young Joon (child)
Park Min Young as Kim Mi So
– Kim Ji Yoo as Kim Mi So (young)
Lee Tae Hwan as Lee Sung Yun
– Bae Gang Yoo as Lee Sung Yeon (child)

People around Lee Young Joon

Kim Byung Ok as Lee Ho Jin (Lee Young Joon’s father)
– Go Se Won as Lee Ho Jin (young, ep11)
Kim Hye Ok as Mrs. Choi (Lee Young Joon’s mother)
– Lee Soo Kyung as Mrs. Choi (young, ep11)

People around Kim Mi So

Baek Eun Hye as Kim Pil Nam
Heo Soon Mi as Kim Myeong Hee
Jo Duk Hyun as Mi So’s father
– Lee Min Ki as Mi So’s father (young, ep10)

Yoo Myung Group

Kang Ki Young as Park Yoo Shik
Hwang Chan Sung as Ko Kwi Nam
Pyo Ye Jin as Kim Ji Ah
Lee Yoo Joon as Jung Chi In
Hwang Bo Ra as Bong Se Ra
Lee Jung Min as Lee Young Ok
Kim Jung Woon as Park Joon Hwan
Kang Hong Suk as Yang Chul (Lee Young Joon’s secretary)
Kim Ye Won as Sul Ma Eum (Yoo Shik’s secretary)

Others

Hong Ji Yoon as Oh Ji Ran (model)
Choi Na Moo as woman at the Spanish Embassy party (Ep. 1)
Shin Joo Yeon as Kim Mi So’s friend (Ep. 1)
Kim Hyun Joo as woman who Lee Sung Yeon gave a hat to at airplane (Ep. 3)
Lee Chang as center director of the Art Center (Ep. 4)
Kang Ro Chae as Eun Jung (Mi So’s friend)

Cameo

Seo Hyo Rim as Choi Seo Jin (Yoo Shik’s ex-wife, ep9)
Park Byung Eun as Park Byung Eun (ep.3)
Son Sung Yoon as kidnapper. (Ep. 11)
Lee Do Yun as a reporter who interviewed Morpheus (Ep. 4)
Jung Soo Young as agency staff (ep.9)
Choi Hyun Woo as Magician Choi Hyun Woo (ep.10)
Jung So Min as Mi So’s mother (ep. 10)
Jung Yoo Mi as Lee Young Joon’s friend (Ep. 14)
Kim Ga Yun as employee who talked behind Mi So’s back (ep 14)
Lee Se Young (이세영) as employee who talked behind Mi So’s back (ep 14)
Lee Byung Joon as Jang Jung Do (ep 16, designer)
Bae Hyun Sung as Bae Hyun Sung

Production Credits

Director: Park Joon Hwa
Screenwriter: Jung Eun Young(ep 1-4), Baek Sun Woo, Choi Bo Rim

Jalan Cerita What's Wrong With Secretary Kim?


What's Wrong With Secretary Kim

Ianya bermula apabila Kim Mi So (lakonan Park Min Young) memberitahu big boss dia Vice President Lee Young Joon (lakonan Park Seo Joon) yang dia akan berhenti kerja setelah 9 tahun berkhidmat.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja si Kim ni mau resign. Terkejut beruklah big boss dia ni yang selama ini memang bergantung dengan Kim untuk  kerja-kerja setiausaha.

Dan Kim ni bukan calang-calang setiausaha. Dia ni kena keep up level dia ikut standard si Young Joon, contohnya kena belajar cakap bahasa asing memandangkan dia selalu ikut boss dia pergi corporate event dan jumpa rakan niaga dari luar negara.

Dia juga kena pastikan big boss dia ni sentiasa nampak kemas, perfect dan dia kena laju berfikir dan selesaikan tugasan setiap kali boss bagi dia kerja.

Jadi, bila boss dia tanya kenapa dia mau berhenti kerja, si Kim ni jawablah dia dah lama kerja dan sekarang ni tiba masanya untuk dia fikir tentang diri dia, dan apa yang dia nak buat dengan life dia.

Dan Kim juga bagitau dia nak lalui hidup dia macam orang lain, keluar dating dan kahwin dan punya keluarga. Dia tak mahulah nak mereput sorang-sorang sampai tua dan hanya pentingkan kerjaya dia.

Selama ni si Kim bekerja untuk biaya sekolah kakak-kakak dia, jadi dia tiada masa untuk fikir keperluan diri dia melainkan kerja dan kerja.

Pasal dia nak kahwin kan, so boss dia tanpa segan silu pergi lamar dia on the spot macam tu saja. Tujuan si Young Joon lamar dia ni pasal dia nak pastikan si Kim ni sentiasa ada di sisi dia dan buat kerja macam selalu.

Hiks!

Tapi sebenarnya, ada cerita lain kenapa boss dia nak Kim sentiasa ada untuk dia.

Ouch!

What's Wrong With Secretary Kim

Dalam drama ni, aku suka tengok Park Min Young berpakaian. Nampak sangat-sangat 'clean'. Aku suka semua pakaian pejabat dia. Warna-warna yang digunakan pun semua sangat cantik.

Dari segi make-up, aksesori, kemasan rambut, semua aku suka. Simple saja, tapi buat Park Min Young nampak elegan pada pandangan aku.

Atau maybe pasal aku a bit minimalist, sebab tu aku suka kot fesyen dia yang aku boleh consider minimalist in her own way.

What's Wrong With Secretary Kim

Dalam kdrama What's Wrong With Secretary Kim ni, si Park Seo Joon ni punya watak kejap bikin geram pasal cocky sangat, kejap aku rasa a bit funny .. Dia ni pegang watak yang syok hensem sendiri ... nasiblah si Kim ni sudah terbiasa dengan perangai boss dia ni.

Secretary Kim pernah diculik ketika berusia 5 tahun!

Salah satu sebab kenapa Kim Mi So mahu letak jawatan ialah kerana kes penculikan yang pernah terjadi ketika dia berusia 5 tahun.

Dia nak sangat cari budak lelaki yang tolong dia semasa dia kena culik tu. Dia nak ucap terima kasih kat budak tu. Cumanya dia tak tahu macam mana dia nak cari budak tu.

Nama budak tu pun dia dah lupa.

Ketika Kim keluar blind date yang diatur oleh kawan dia, lelaki blind date dia tu ialah seorang wartawan. Jadi dia mintalah bantuan kat wartawan ni kalau-kalau dia boleh dapatkan info tentang kes penculikan yang berlaku satu masa dulu.

Selang beberapa ketika selepas dorang blind date, wartawan tu call Kim dan bagitau pasal kes penculikan tu, dan ada kaitan dengan anak kepada pemilik Yumyung Group, tempat Kim bekerja.

Dalam keadaan Kim komited untuk letak jawatan, big boss dia pula semakin hari semakin bersikap ambil berat kepada Kim dan semakin mahu mendekatkan diri dengan Kim.

Boss dia pun confuse, ni cinta atau setakat perasaan nak Kim ni stay bekerja dengan dia?


What's Wrong With Secretary Kim

Walaupun Kim ni dah nak resign, dan dia dah carikan pengganti dia untuk jadi setiausaha boss dia, tapi boss dia ni still nak Kim jangan letak jawatan.

Banyak perkara berlaku selama sebulan sebelum Kim letak jawatan. Boss dia kalau selama ni tak tunjuk sebarang perasaan untuk Kim, slowly boss dia mula tunjukkan rasa suka kat Kim.

Cerita ni bukan cerita cinta semata-mata. Ada elemen lain juga yang menjadikan cerita ni seronok untuk ditonton.

Antaranya pergaduhan antara Lee Young Joon dan abang dia Lee Sung Yeon kerana masa lalu dorang. Young Joon ni memang nampak sangat dia benci kat abang dia. Tapi abang dia nampak sangat cuba ambil hati adik dia, dan mahu berbaik semula.

Aku pun pada mulanya menyampah sikit dengan sikap Young Joon ni pasal benci kat abang dia. Tapi kan, aku terfikir sesuatu bila aku tengok part dorang bertengkar tu.

Kenapa kita benci seseorang? Mesti ada sebab kan ... Jadi, jangan cepat menghukum seseorang. Jangan blame Young Joon tanpa tahu sebab kenapa dia benci sangat kat Sung Yeon.

Dalam cerita ini juga, memperlihatkan sisi bekerja dalam satu kumpulan dan saling support each other. Selain tu kisah duka Kim Mi So yang kehilangan mak dia sejak dia kecil, kisah persahabatan si Young Joon yang sentiasa rujuk BFF dia bila dia mahukan pendapat dan kasih sayang adik beradik Kim Mi So yang sentiasa saling sayang menyayangi antara satu sama lain.



End up Kim Mi So terima Young Joon jadi BF dia. Jalan cerita  macam mana dorang bercinta tu aku suka. 

Ada cerita menarik di sebalik macam mana dorang boleh bercinta. 

Dan tentang kes penculikan yang Kim Mi So pernah lalui ketika dia kecil tu, ada kaitan dengan Lee Young Joon dan juga abang dia Lee Sung Yeon.

Selain tu juga, masalah pergaduhan Lee Young Joon dan Lee Sung Yeon juga berkait rapat dengan kes penculikan yang Kim Mi So pernah hadapi dulu.

Kalau nak tahu, kenalah layan drama What's Wrong With Secretary Kim ni tau. 


Ada banyak scene yang aku suka dalam drama ni.

Salah satu scene tu ialah bila Lee Young Joon pergi cari Kim ketika Kim bercuti dengan kakak-kakak dia untuk celebrate harijadi arwah mak dorang.

Kerana nak ambil hati kakak sulung si Kim ni, Young Joon sanggup buat apa sahaja untuk memenangi hati kakak-kakak Kim ni.

Sanggup mandi lumpur untuk kutip kerang! Demimu kekasih, semua pun sanggup buat kan.


Cerita happy ending.

Aku suka bila ending sesebuah drama tu tak tergantung.

Tak kisahlah happy ending atau sad ending asalkan jangan tergantung seolah-olah akan ada drama sequel, padahal memang tak da pun sequel ..

Kim tak jadi nak resign pasal bila Young Joon tanya dia apa yang dia nak buat selepas berhenti kerja, dan Young Joon suruh si Kim ni buat apa sahaja yang dia suka dengan life dia dan Young Joon akan support Kim, so bila Kim fikir balik dia bagitau Young Joon yang perkara yang paliing dia happy buat ialah bila dia bekerja untuk Young Joon.

Dalam cerita What's Wrong With Secretary Kim, selepas Young Joon dapat restu dekat bapa si Kim ni, dia memang tekad untuk berkahwin dengan Kim.

Time ending drama ni , scene dia ialah Young Joon dan Kim Mi So berjalan masuk ke dewan perkahwinan, serius aku rasa si Park Min Young ni so goddess. Cantik sangat.

Eh, maybe pasal semua pengantin kan nampak cantik dan handsome kot? Dan Young Joon pun hairstyle berbeza pada hari perkahwinan dia kan, so nampak lebih extra handsome gitew.

What's Wrong With Secretary Kim

Pelakon cilik yang terlibat di dalam korean drama What's Wrong With Secretary Kim? ... budak perempuan tu cute aku rasa.

Dan budak lelaki tu, dah berlakon banyak drama juga, antaranya dalam drama bersama Lee Min Ho, The King: Eternal Monarch.

Dua-dua pun pandai berlakon. Next 10 years hopefully dorang sukses jadi pelakon remaja kan.

Korang layan tak Kdrama ni? Suka tak suka?

Tapi What's Wrong With Secretary Kim? tidak sesuai ditonton bersama anak kecil kerana ada scene yang kurang enak untuk ditonton bersama anak bawah umur.

Anyway , happy watching.

cheers.

7 Comments

  1. best drama ni dah tengok byk kali tau

    ReplyDelete
  2. poyo betul watak park seo joon dalam drama ni..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. sweet la hero heroin ni ek..Tapi tulah, lama bebeno tak melayan drama korean ni tau

    ReplyDelete
  4. sha dah layan cerita ni mmg best dan lucu haha..

    ReplyDelete
  5. Layan gitu2 ja drama ni. Tunggu ada mood br layan dgn kusyuk. Suka dgn heroin ni sjk tngk City Hunter

    ReplyDelete
  6. Cambest je cerita ni. Sebab ada Park Seo Joon tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.