Review She Was Pretty Korean Drama (Lakonan Park Seo Joon, Hwang Jung Eum, Choi Siwon dan Go Joon Hee)

Review She Was Pretty Korean Drama lakonan Park Seo Joon, Hwang Jung Eum, Choi Siwon dan Go Joon Hee. hi there, aku layan drama ni pasal nak tengok si Choi Siwon. Bila aku baca sinopsis drama ni, rasa macam best. Dua orang sahabat yang berpisah dan bertemu semula selepas 15 tahun.

Park Seo Joon tu aku familiar pasal hari tu ada layan movie dia, lagipun drama lakonan What's Wrong With Secretary Kim tu kan meletops , jadi bagi aku yang layan kdrama memang ramai juga yang familiar dengan Park Seo Joon.

Pasal lama tak layan drama lakonan Choi Siwon, jadi bila nampak nama dia listed sebagai main cast, jadi jomlah tengok drama she was pretty.

she was pretty kdrama

Sebelum tu, jom kita tengok senarai nama pelakon yang menjayakan she was pretty korean drama ni. Kot-kot ada yang korang familiar kan ...

Sebelum tu, Park Seo Joon dan heroin drama ni Hwang Jung Eum juga bergandingan dalam korean drama Kill Me, Heal Me.

Senarai Pelakon She Was Pretty Korean Drama


Cast

Main Cast

Hwang Jung Eum as Kim Hye Jin
– Jung Da Bin as Hye Jin (young)
Park Seo Joon as Ji Sung Joon
– Yang Han Yeol as Sung Joon (young)
Go Joon Hee as Min Ha Ri
– Lee Ja In as Ha Ri (young)
Choi Shi Won as Kim Shin Hyuk

Jin Sung Magazines Group’s office administration

Kim Ha Kyoon as Boo Jong Man (Team Manager)
Jo Chang Geun as Kwang Hee (staff)
Jin Hye Won as Lee Sul Bi (intern)

The Most magazine’s staffs

Hwang Suk Jung as Kim Rara (Editor-in-chief)
Ahn Se Ha as Kim Poong Ho (Feature Director)
Shin Dong Mi as Cha Joo Young (Fashion Director)
Park Yoo Hwan as Kim Joon Woo (Fashion Team’s Assistant)
Kang Soo Jin as Joo Ah Reum (Beauty Editor)
Shin Hye Sun as Han Sul (Beauty Assistant)
Cha Jung Won as Sun Min (Editorial Team’s Assistant)
Bae Min Jung as Lee Kyung (Editorial Team’s Assistant)
Im Ji Hyun as Eun Young (Editorial Team’s Assistant)

Hye Jin’s family

Park Choong Sun as Kim Jong Sub
Lee Il Hwa as Han Jung Hye
Jung Da Bin as Kim Hye Rin

Ha Ri’s family

Lee Byung Joon as Min Yong Gil
Yoon Yoo Sun as Cha Hye Jung
Seo Jung Yun as Na Ji Sun

Cameo

Ahn Sang Tae as convenience store’s worker (ep 1)
Ray Yang as the woman mistaken as Hye Jin (ep 1)
Im Do Gyoo as Ha Ri’s date (ep 1-3)
Kim Sung Oh as the man at pub (ep 3)
Uee as herself (ep.9)
Seo In Guk as himself (ep.9)
Park Hyung Sik as himself (ep.9)
Lee Joon Ki as himself (ep.9)
Kim Je Dong as Commemorative Event Host (ep.9)
Kim Bo Min
Lee Chae Kyung as children’s book author

Production Credits

Production Company: Bon Factory (본팩토리)
Chief Producer: Han Hee
Director: Jung Dae Yoon
Screenwriter: Jo Sung Hee

Jalan Cerita She Was Pretty Korean Drama

Sung Joon berpindah ke kawasan tempat Hye Jin tinggal, dan selain mereka berjiran, mereka juga satu kelas. Kerana Sung Joon budak gemuk, maka dia menjadi bahan buli rakan kelas dia. Tapi, Hye Jin si cantik manis dan baik hati, selalu melindungi Sung Joon.

review she was pretty korean drama

Gambar di atas: Hye Jin yang baik hati dan cantik , yang selalu ada untuk Sung Joon.

Mereka bersahabat baik. Hye Jin sangat mengambil berat tentang Sung Joon, dan sentiasa ada di sisi Sung Joon ketika Sung Joon memerlukan teman.

Selepas seketika, Sung Joon berpindah ke luar negara. Dan sebelum berpindah, Sung Joon memberikan Hye Jin sekeping puzzle yang apabila jika mereka bertemu kembali satu masa kelak, Hye Jin akan melengkapkan puzzle Sung Joon.

Review She Was Pretty Korean Drama (Lakonan Park Seo Joon, Hwang Jung Eum, Choi Siwon dan Go Joon Hee)

gambar di atas: Sung Hoon ketika muda, seorang budak yang bertubuh gempal 

Kisah persahabatan yang romantik sentiasa ada di ingatan Sung Joon dan juga Hye Jin. Ketika Sung Joon berada di luar negara, mereka sering mengutus surat bertanya khabar , sehinggalah suatu hari, Hye Jin tidak membalas semua surat dan email Sung Joon.

Selepas 15 tahun, Sung Joon kembali ke Korea atas urusan kerja. Dan dia perlu bertemu dengan sahabat baiknya , Kim Hye Jin.

Kalau dahulu Kim Hye Jin seorang yang cantik, namun keadaan hidupnya merubah segala-galanya buat Hye Jin.

Hye Jin yang berasal dari keluarga kaya satu ketika dulu, kini menjalani hidupnya sebagai gadis biasa selepas syarikat penerbitan milik bapanya mengalami bankrupt, dan dia berdepan dengan kesukaran hidup , seiring itu kecantikannya juga bukanlah perkara utama bagi Hye Jin.

Ketika Sung Hoon menghubungi Hye Jin dan berjanji untuk bertemu, Hye Jin ada berdekatan Sung Hoon.

Dan ketika Hye Jin melihat Sung Joon menyapa gadis cantik yang tidak jauh darinya kerana berfikir itu ialah Hye Jin, membuatkan Hye Jin merasa rendah diri.

Hye Jin melihat perubahan Sung Joon, dari seorang budak gemuk kepada seorang lelaki yang segak. Bagi Hye Jin, dia dan Sung Joon sangat jauh berbeza. Jadi Hye Jin mengambil keputusan untuk meminta rakan baik dia menyamar sebagai dirinya. 

She Was Pretty Korean Drama

gambar di atas: Hye Jin dan sahabat baik dia, si cantik dan kaya Min Ha Ri

Min Ha Ri adalah anak orang kaya, namun mak bapa dia bercerai dan mak dia menetap di Jepun, manakala Ha Ri tinggal dengan bapa dan mak tiri dia.

Ha Ri bekerja di hotel, level biasa-biasa saja, tapi dia punya lifestyle memang jenis spoil kid. Bapa dia kaya raya, lepas tu manjakan Ha Ri dengan duit. 

Kerana Ha Ri tidak sebulu dengan mak tiri dia, so dia menetap di luar bersama Hye Jin.

Dorang ni memang BFF sangat. Selalu ada untuk support each other. Suka tengok persahabatan mereka berdua ni.

Jadi, bila si Ha Ri menyamar jadi Hye Jin, dan pada asalnya Ha Ri ingin menyamar untuk sekali itu saja, namun sangat kebetulan Sung Joon terjumpa Ha Ri di hotel tempat dia bekerja, dan penyamaran itu berlarutan hingga ke satu ketika.

She Was Pretty Korean Drama

gambar di atas: Hye Jin old vs new.

Hye Jin berjaya diterima masuk ke syarikat Jinsung sebagai intern di bahagian Support Management. Satu hari, boss Hye Jin meminta Hye Jin untuk menghantar barang ke The Most Department, iaitu bahagian penerbitan majalah bagi syarikat Jinsung.

Dan staff di The Most tersalah menganggap Hye Jin ialah freelance proofreader yang baru. Seharian Hye Jin terpaksa melakukan tugas-tugas proofreading, translation, menghantar dokumen di The Most.

Dipendekkan cerita, The Most meminta Support Management untuk meminjamkan Hye Jin kepada mereka selama 3 bulan.

The Most menantikan editor majalah yang ditransfer dari USA, dan editor tersebut ialah Sung Joon. Terkejut beruk si Hye Jin bila terpaksa bekerja di bawah seliaan si Sung Joon.

Walaupun Sung Joon tidak mengecam Park Hye Jin, tapi Hye Jin ni overreacted ketakutan. Risau betul dia kalau si Sung Joon tahu dia ialah Hye Jin yang dicari Sung Joon.

Banyak perkara yang berlaku di The Most, dan juga antara Sung Joon dan Hye Jin. Sampailah satu hari Sung Joon mula merasakan yang Hye Jin mengingatkan dia pada seseorang. 

Dan semakin lama Sung Joon merasakan Ha Ri bukanlah orang yang dia cintai, kerana semakin lama dia semakin tertarik dengan Hye Jin.

She Was Pretty Korean Drama

di dalam The Most ni, Choi Siwon memegang watak sebagai Kim Shin Hyuk.

Dia ni seorang yang gila-gila, suka menyakat si Hye Jin. Pasal Shin Hyuk pernah bertembung dengan Hye Jin pada hari pertama Hye Jin ni bekerja dan ada satu insiden pasal kasut si Hye Jin mengingatkan Shin Hyuk kepada Michael Jackson, boleh pula si Shin Hyuk ni panggil Hye Jin dengan nama Jackson.

Kalau korang nak tengok sisi nakal dan lucu Choi Siwon, bolehlah layan drama She was Pretty Korean drama ni. 

Shin Hyuk ni dia suka sangat dengan Hye Jin. Walaupun dia suka ambil kesempatan dekat Hye Jin dan kenakan Hye Jin, tapi dalam dia dia memang ambil berat tentang Hye Jin.

Tapi aku suka cara Shin Hyuk. Walaupun dia suka Hye Jin, tapi dia tahu untuk kawal perasaan dia. Dan dia tak pernah nak paksa-paksa Hye Jin untuk suka dia balik.

Bagi aku, cukuplah dorang jadi kawan baik selamanya, ataupun lebih kepada oppa-yodongseng sahaja. 

Review She Was Pretty Korean Drama (Lakonan Park Seo Joon, Hwang Jung Eum, Choi Siwon dan Go Joon Hee)

Satu hari tu, waktu Sung Joon pergi meeting dia ternampak nama dan gambar Min Ha Ri terpampang sebagai Best Staff of the Month. 

Terkejutlah dia. Siapa Min Ha Ri sebenar yang selama ini menyamar sebagai Kim Hye Jin. 

Check mate untuk Ha Ri. 

Tapi kan, Ha Ri ni dah memang plan nak berterus terang dekat Sung Joon, cuma timing dia tak betul. So dia tak ada kesempatan untuk berterus terang. 

Tapi aku salute juga dekat Ha Ri. Walaupun dia jatuh cinta dekat Sung Joon , tapi dia sedar yang Sung Joon bukan untuk dia.

Ha Ri rasa bersalah dekat Hye Jin pasal merahsiakan beberapa pertemuan antara dia dan Sung Joon, dan dalam diam mencintai Sung Joon.

Tapi Hye Jin tak salahkan Ha Ri, pasal benda ni berlaku bukan kehendak Ha Ri. Cinta tu datang tanpa kita sedar. 

Dan aku suka cara Hye Jin dan Ha Ri perbaiki keadaan dorang. Friendship forever kan. Kalau buat salah, kenalah forgive dan forget. Sweet sangat friendship dorang berdua.

She Was Pretty bukanlah drama yang bercinta semata-mata, tapi ia berkaitan dengan alam pekerjaan berkaitan penerbitan majalah fesyen

Aku rasa kalau korang yang memang suka layan drama korea, mesti korang perasan yang drama korea ni walaupun penuh cerita romantik dan percintaan, tapi dorang fokus kepada pekerjaan bagi watak pelakon-pelakonnya.

Cerita She Was Pretty ni berkaitan dengan syarikat penerbitan majalah. Jadi kita boleh nampak macam mana mereka bekerja untuk menyiapkan majalah bulanan mereka.

Ada photoshoot lah, interview lah, kerja-kerja proofreading, translating, meeting lah, discussion lah dan banyak lagi. So boleh nampak macam mana mereka bekerja untuk menghasilkan sebuah majalah fesyen yang menarik.

Sung Joon sewaktu ditransfer, dia ada misi yang perlu dia selesaikan dalam masa 3 bulan. 

Pertama, dia kena naikkan sales penjualan majalah, dan kedua dia kena pastikan The Most menjadi majalah fesyen No.1 Korea. 

Dan bulan ketiga merupakan edisi terpenting yang harus dijayakan kerana ianya The Most 20th Edition.

Bukan senang nak buat kan, dan kalau dia gagal bermakna the whole The Most production akan ditutup. 

Jadi team The Most sangat fokus untuk menyediakan bahan bagi edisi ke-20.  Misi dorang nak interview seseorang yang mampu menaikkan ranking majalah mereka.

Malangnya, semua yang dorang mahu interview ni ada ja halangan. 

Lepas tu seseorang cadangkan untuk dorang interview penulis buku terkenal bernama TEN, tetapi Ten pula tidak pernah munculkan diri di khalayak ramai. 

Kiranya Ten seorang yang sangat merahsiakan identitinya. Dan kononya Ten merupakan wanita berusia 40-an. Hurm.

Siapakah Ten?

Dan selain itu, menjadi tanda tanya juga bagi staff The Most apabila dapat tahu Chairman Jinsung Company akan melantik anaknya untuk menjadi Vice President bagi The Most.

Dan salah seorang pekerja The Most merupakan anak kepada Chairman Jinsung Company. 

Jadi siapa Vice President tersebut?

Dua orang ni aku teka betul ... kah kah kah, tapi terbalik.

Ten tu aku ingat Vice President, yang Vice President tu aku ingat Ten.

Kalau korang layan cerita ni nanti, korang pun silalah buat tekaan macam aku.

Seronok main teka-teka ni.

Korang rasa berjaya tak Sung Joon dan team The Most menjayakan misi terakhir mereka untuk menjadikan The Most majalah no.1 Korea?

Ending cerita ni aku suka, kecuali pemergian Ten buat aku sedih sikit.

Happy ending. Sung Joon dan Hye Jin akhirnya berkahwin.

Tapi bila aku fikir balik, cerita She Was Pretty ni bukanlah fokus kepada percintaan Sung Joon dan Hye Jin.

Sung Joon dan Hye Jin cumalah watak yang menjayakan drama ni, tetapi drama ni bagi pendapat aku berkisar tentang alam pekerjaan dalam penerbitan majalah, nilai sebuah persahabatan, kepercayaan dan kasih sayang.

Dan bila bercakap tentang drama korea, agak sukar untuk pisahkan dorang dengan kopi, soju, daging, karaoke, dan korean food. Dan juga makan ramen kan ... 

Ok lah, korean drama memang selalu akan selitkan budaya kehidupan dorang ... 

Kalau drama melayu, aku selalu unhappy bila lebih banyak fokus hal cinta dan jalan cerita berkaitan alam pekerjaan tak berkembang seperti dalam korean drama.

Thanks for reading.

cheers. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. saya suka drama ni pasal cerita dia bukan cinta semata-mata.
      fokus lebih kepada kerjaya dan persahabatan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.