Kejadian Helikopter Terhempas Di Melawati - 2 Terselamat dan 2 Lagi Meninggal di Tempat Kejadian

Kejadian Helikopter Terhempas Di Melawati 8 Nov 2020. hi there, agak terkejut juga bila BFF mrs pip share kat wasap status dia ada heli terhempas kat Melawati. Bila ada kemalangan sebegini, mesti terasa sebak dan sedih. 

Tak lama sebelum tu, mr.Husband cerita ada mayat separuh badan ditemui di kawasan Likas kena makan buaya. Dipercayai mangsa mungkin menjala ikan sekitar Tasik Teluk Likas. 

Borak-borak dengan husband, macam mana perasaan ahli keluarga kalau dapat berita terkejut sebegini. Dan bayangkan kalau yang meninggal tu ialah ketua keluarga yang keluar mencari rezeki? 

Aku pandang husband, dan husband pandang aku. Lagi-lagi dalam keadaan Covid-19 yang semakin ramai terpaksa melalui kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan. 

Tadi baca update terkini mengenai helikopter yaang terhempas tu. Dua helikopter berlanggar menyebabkan kemalangan berlaku. 

ex-CEO MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya terselamat

Difahamkan 2 helikopter yang masing-masing dengan 2 juruterbang iaitu Heli Cabri 9M-HCB dan Heli Cabri 9M-HCA. 

Juruterbang dan penumpang bagi helikopter Heli Cabri 9M-HCB meninggal dunia , manakala Cabri 9M-HCA selamat melakukan pendaratan kecemasan di padang bersebelahan SJKT Taman Melawati.

Dilaporkan, My Heli Club's captain dan chief flying instructor, Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dan ahli perniagaan yang juga penumpang heli berkenaan iaitu Mohamad Ifwan Rawi meninggal dunia di dalam perlanggaran tersebut.

Manakala dua lagi terselamat iaitu ex-CEO MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya , dan seorang lagi dikenali sebagai Tan Chai Eian.

Kejadian berlaku pada 8 Nov, 2020 sekitar jam 12 tengahari.

Susulan kejadian helikopter terhempas di Melawati, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong memberitahu siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 - Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organization (ICAO Annex 13) akan dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan (Air Accident Investigation Bureau) pada 8 Nov dan berdasarkan ICAO Annex 13, laporan siasatan awal akan dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh kejadian berlaku.

Objektif utama siasatan adalah untuk mengenalpasti keadaan dan punca kemalangan untuk membantu menyelamatkan nyawa dan menghalang kejadian yang sama berlaku di masa hadapan.

Menteri berkenaan menyatakan siasatan yang dilakukan bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak dan juga bukan untuk liabiliti.

Ketua Polis Ampang , Mohamad Farouk Eshak memberitahu bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa akan dijalankan pada 9 Nov 2020 di Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre.

Ini adalah kemalangan pertama membabitkan helikopter jenis Guimbal Cabri G2 di Malaysia, dan yang ke 46 di dunia.

Kedua-dua helikopter (9M-HCA and 9M-HCB) dipercayai melakukan penerbangan latihan apabila terjadi pertembungan di udara selepas berlepas dari Lapangan Terbang Subang, masing-masing membawa dua penumpang.

Al-fatihah untuk mereka.

Dan semoga keluarga mangsa bertabah dan bersabar berdepan dengan ujian sebegini.

Post a Comment

2 Comments

  1. Al-fatihah buat mangsa yang terkorban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah. Semoga keluarga mangsa bersabar dan tabah.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.