Harijadi Amin Johansen 11.11 || 6 Years And Counting

hi there, ceritanya our little Amin turns 6 years old pada 11.11 beberapa hari lepas. Cepatnya masa berlalu, pejam celik anak mommy no.2 yang kuat merajuk satu masa dulu , semakin membesar dan dah masuk 6 tahun pun.

Tahun depan Amin akan masuk Darjah 1. Kalaulah mommy boleh freeze masa sekejap, mommy still nak tengok Amin yang kecik.  

Tapi mommy pun nak tengok Amin growing up juga. Hiks, dilemma mak mak lah katakan. Kejap nak anak stay baby forever, kejap nak anak cepatlah membesar ... haha. Siapa yang macam ni?


birthday 11.11

Amin ni budak yang mahal betul dengan senyuman satu ketika dulu. Dia ni kalau mau senyum memang akan pilih orang dengan siapa dia mau senyum atau berkawan.

Lepas tu ni anak mommy yang PALING KUAT MERAJUK, tapi senang mau pujuk kalau kena dengan caranya.

Mulut dia kalau merajuk, mulut banyak muncung. Kekadang mommy panggil mulut itik pasal muncung tu panjang sangat! hiks.

Tapi dah masuk 6 tahun ni, Amin so far kuranglah mau merajuk seperti dulu. Amin yang rajin tolong mommy jaga Nami. Geng lah Amin dan Nami, BFF gitu.

birthday 11.11

Sambutan birthday kita tak buat, just makan-makan simple saja dengan mommy daddy. Kek pun mommy tak beli. 

Ooppsie. Mommy kan diet, so kita kasi kurang-kurang sikit makan makanan yang buat mommy cepat gemuk. Mommy kan kalau jumpa kek memang tak hengat dunia. ekeke.

Jadi tahun ni, daddy masak ayam goreng crispy, makan bersama nasi pulut bersantan. 

Lepas tu mommy buatkan makaroni kismis kegemaran Amin dan juga Iman, dan kali ni mommy letak satu container aiskrim dalam makaroni tu ganti dengan mayones.

Sedap ikut tekak anak-anak, siap refill lagi kan.

Nanti coming soon birthday daddy pula, hope time tu dah slim down sikit, so bolehlah mommy sediakan kek harijadi untuk daddy.


Harijadi Amin Johansen 11.11 || 6 Years And Counting

Semoga Amin membesar jadi anak yang sayang mommy daddy Iman dan Nami, jadi anak yang dengar cakap mommy daddy, jadi anak yang baik hati, berbudi pekerti dan berakhlak elok.

Amin ni kitorang panggil dia dengan gelaran ustaz pasal setiap kali makan, dia yang paling suka lead baca doa makan, selain tu dia juga akan baca doa tidur bila masuk waktu tidur. Si Iman pula yang akan aminkan setiap kali Amin selesai baca doa.

Semoga anak-anak mommy semua berjaya dunia akhirat. Dan mommy doakan anak-anak mommy menjadi penghafal Al-Quran.

mommy daddy Iman dan Nami sayang Amin sangat-sangat.

Harijadi Amin Johansen 11.11 || 6 Years And Counting

Dan ini pula gambar Amin ketika berusia 2 tahun. Muka dia memamg jarang sangat mau senyum. Amin dan Nami ni ada iras-iras , cuma Amin berkulit gelap, manakala Nami pula the white version.

Hadiah Harijadi Untuk Amin

Seperti biasa, setiap kali harijadi anak, mrs pip akan invest beli buku-buku bacaan. Dan sangat kebetulan Big Bad Wolf buat jualan murah, jadi mrs pip grab 3 jenis buku unutk Amin.

Tapi buku-buku ni bukan untuk Amin seorang saja, biasanya setiap kali beli buku, memang akan sharing dengan Iman juga. 

Ni buku yang mrs pip beli di Big Bad Wolf:-
  • Big Cat Reading Lions Level 6: Fluent Reading at Home (6 buah buku per set) RM28.00
  • How Many Moons Does Earth Have RM10.00
  • 30 Second Architecture RM10.20
Buku-buku ni semua dalam sekitar 80% potongan harga, jadi memang berbaloi beli time sale. Nanti bila buku-buku ni dha sampai, insya allah mrs pip buat review ya.

In case ada parents yang nak beli buku ni tapi risau tak sesuai atau tak menarik untuk anak-anak kan, so kot-kot review mrs pip boleh membantu korang buat keputusan nak beli atau tak nak beli buku-bukiu berkenaan.

Thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. happy 6th birthday amin. handsome2 hero sis. semoga mereka membesar menjadi anak berilmu, elok budi pekerti. amin

    yeaaa..saya pun selalu rasa taknak satu2 anak tu membesar
    tapi at the same time nak juga tgk dorang dewasa. hahaaa..
    a mother is always full of motherly insecurity🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis.
      macam ni lah bila jadi mak mak sangat kan.
      kejap nak anak sentiasa jadi baby, kejap nak anak cepatlah korang besar. haha.

      Delete
  2. Happy belated birthday Amin. Pandai senyum dah ye. Hensemlah... belajar rajin-rajin, dan taat pada ibu bapa. Moga terus membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Amie.
      AMiin amiin. semoda doa doa kalian semua untuk anak anak saya diperkenankan Allah SWT.

      Delete
  3. Hb Amin.
    Sama umur dengan cucu wak.
    Tapi cucu wak lahir bulan satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wak.
      Wah, seusia gitu umur Amin dan cucu wak ...

      Delete
  4. Anak nombor 2 mmg kuat merajuk.. ahaha,

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday Amin 🎂 Anak no 2 mmg kuat majok, perangai pun lain sikit. Sy pun anak no 2 😂😂😂

    ReplyDelete
  6. sanah helwah yg ke-6 buat anak akk. moga mbesar jadi ank soleh. aamiin. =)

    ReplyDelete
  7. Happy 6th years old Amin. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Aaminn

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.