Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau - MrsPip || The Reviewer

Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau

hi there, masak apa tak jadi hari ini berkisah tentang kuih pau yang tak gebu dan sebahagiannya permukaan pau nampak agak menggerutu tak cantik. Alkisahnya, suami mau buat pau, so cari punya cari resipi, maka terjumpalah resipi kuih pau senang buat.

Jadi, kami pun ikutlah step step yang diajar bagaimana untuk buat kuih pau gebu cantik dan sedap. Tetapi, lain yang diexpect, lain pula kejadian selepas pau tersebut masak. Bukan resipi tu yang salah, tapi teknik kami yang buat doh tu tak pandai!

Apapun, ke semua biji pau telahpun berjaya masuk ke perut kami anak beranak. Tak gebu, tapi alhamdulillah masih boleh dimakan, dan walaupun rasanya setakat so-so, kami berebut makan kuih pau panas-panas selepas sungkai hari tu.

Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau
Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau

kalau kamu nampak dalam gambar pun boleh nampak kan sebahagian pau ni cantik kejadiannya, cuma tak kembang sangat, manakala beberapa biji pau (hampir semua bah) nampak sangat macam pau rosak!

Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau
Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau

Persoalannya, bagaimana untuk buat kuih pau kembang, gebu, putih melepak dan lembut sehingga seharian / semalaman? 

Ada sesiapa yang ada tips tak bagaimana untuk dapatkan pau yang cantik macam kebiasaan jual di kedai?

well, mr.Husband sehingga hari ini masih tidak berputus asa untuk mencari formula bagaimana untuk kembang gebukan pau tu macam ni kedai. teehee.

mrs pip dah surrender nak buat pau ni. Lepas ni nak yang pau gebu - gebas tu, silalah beli saja di kedai, kan kan kan? ...

Korang ada tak makanan yang korang masak tak menjadi? Meh komen kat bawah , teehee.

p/s: mr.Husband dah 5 kali mencuba buat kuih pau ni tau setakat ini, dan percubaan ke-5 menunjukkan perubahan yang menarik. 

cheers.

11 comments:

  1. Hehe.. Jd juga tu kak sikit.. walaupun pau lain nampak rosak.. At least bole makan lah kan.. Haha bagus tu husband akak belum give up lg.. Nti jadilah tu.. Fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, ok lah boleh makan tapi tu lah ndak puas hati pasal ndak cantik pau tu, ekeke

      Delete
  2. mama tak pandai sgt buat pau tapi kalau rasanya sedap ok la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita mama, saya pun tak pandai.

      Delete
  3. walaupun rupa tak berapa jadi tapi rasanya sedap kan? saya memang tak reti nak buat pau & sebagainya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah PKP ni, macam2 nak dicuba masak di dapur, hehe.

      Delete
  4. Setakat ni saya tak pernah cuba lagi buat pau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip try tapi x menarik pau nya. nak belajar buat lagi sampai nampak cantik.

      Delete
  5. rasa dia yang penting..haha. saya kalau buat 1st time tak jadi, malas nak cuba kali ke-2..tapi selalunya en husben selalu bagi galakan suruh cuba juga buat sampai berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke, saya pun kdg2 kalau dah gagal sekali, memang terus down malas nak cuba lagi.

      Delete
  6. Belum pernah buat pau lagi. Kena yang pakar jawab ni.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.