MrsPipDotCom: Pip Kitchen
News Update
Loading...
Showing posts with label Pip Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Pip Kitchen. Show all posts

Sunday, 31 May 2020

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

hi semua, Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang || beberapa hari lepas mengidam mau makan kuih gelang bah, jadi kita buat saja sendiri memandangkan semua bahan-bahan ada dan terasa malas pula mau keluar pergi pekan cari kuih ni. 

Azam mrs pip sejak PKP ni, antaranya ialah perbaiki kemahiran memasak. ekeke. Dah kita tak pandai masak masak, jadi kita trylah belajar memasak , termasuklah belajar buat kuih muih ok.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

Kalau kamu yang suka makan kuih gelang atau donut kampung ni, bolehbah belajar buat sendiri. Belajar sekali dua mungkin ndak menjadi, tapi kalau belajar lagi dan lagi, insya allah berjaya. Dulu mrs pip ingat susah kot buat kuih gelang ni, tapi rupa-rupanya tidaklah sesusah mana, cumanya perlukan kesabaran menunggu doh tu kembang selepas ditambah yis. teehee.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

biasanya kalau mrs pip buat kuih gelang / donut kampung ni, mrs pip guna doughnut cutter supaya cantik rupa kuih kita kan, tapi kali ni rasa malas betul guna cutter, jadi kita bulat-bulatkan ikut sesedap jari ... kurang cantik, tapi alhamdulillah rasa sedap ditekak mrs pip dan paling penting tekstur kuih gelang tu lembut dan gebu-gebu sikit gitu.

Jom kita tengok betapa mudahnya nak buat kuih gelang ni asalkan semua bahan-bahan tu ada.

Bahan-bahan:-

Penyediaan yis

1 sudu besar yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu manis
3/4 cawan air suam


Penyediaan doh

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar planta (atau sebarang marjerin / butter)
Secubit garam

2 cawan gula halus / secukupnya

Cara membuat:-

1. Di dalam air suam, masukkan semua bahan-bahan untuk penyediaan yis. Gaul sebati. Biarkan 5 - 10 minit sehingga campuran yis kembang naik.

2. Di dalam bekas , campurkan semua bahan-bahan penyediaan doh. Gaul sebati. 

3. Apabila campuran yis sudah kembang naik, masukkan yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga membentuk doh yang lembut.

4. Jangan tuang air yis tu sekali harung, biarkan sedikit demi sedikit kerana takut kot-kot air korang terlebih kan ... kalau air yis kurang, tambah sedikit demi sedikit air biasa, asalkan nanti doh terbentuk tak terlebih air ataupun terkurang air ok.

5. Dah berjaya buat bentuk doh, tutup bekas yang ada doh tu dengan kain lembap dan biarkan sejam sehingga doh naik sekali ganda.

6. Dah naik sekali ganda selepas sejam, uli doh selama 20 minit ... Part ni sila uli betul betul ya kalau mahu kuih gelang kamu nanti rasa lembut ketika dimakan.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

7. Bulat-bulatkan doh seperti sebiji bola pingpong (mrs pip bahagi doh kepada 10 bahagian) , boleh dapat sekitar 8 - 10 biji bola pingpong saiz sederhana.

8. Dah bulat-bulat seperti bola, leperkan sikit dan tekan ditengah-tengah doh tu shingga berlubang.

9. Letak jari telunjuk di tengah-tengah lubang doh dan pusing-pusingkan doh tadi sehingga kelihatan seperti bentuk kuih gelang

10. Biarkan doh kembang sedikit 10 - 20 minit , kemudian boleh goreng doh yang berbentuk kuih gelang tadi.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

11. Dah siap goreng, masukkan kuih gelang ke dalam bekas yang mengandungi gula halus, dan mandikan kuih gelang dengan gula halus sehingga semua permukaan diselaputi gula.

12. Siap kuih gelang ! Sedap makan ketika panas bersama minuman panas kegemaran.

Selamat mencuba.

cheers.

Thursday, 28 May 2020

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

hi semua, antara biskut / kudap-kudap hari raya yang mrs pip paling suka ialah batang buruk. Batang buruk ni biasanya disalut guna tepung kacang hijau, tapi ada juga yang guna salutan susu tepung, cuma kosnya agak tinggi kerana susu tepung harganya mahal kan.

Untuk membuat batang buruk ni, kena guna teknik yang betul supaya jimat masa nak buat dan batang buruk akan kelihatan cantik. Yang menariknya, nak buat batang buruk ni, hanya perlu guna tiga bahan sahaja, dan bahan-bahannya sangat mudah didapati di pasaraya mahupun di kedai-kedai runcit.

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Bahan-bahan batang buruk

  • Kulit popiah (terpulang korang nak buat banyak mana, nak buat banyak belilah kulit popiah saiz paling besar 2 atau 3 pek, kalau nak buat sikit , memadai beli 1 pek kulit popiah saiz besar)
  • Tepung kacang hijau (1 pek tepung kacang hijau 300 gram cukup untuk salut 1 pek besar yang ada 40 keping kulit popiah)
  • Gula halus (mrs pip blender gula kasar sehingga halus, tapi kalau korang malas nak blender gula kasar, boleh beli siap siap gula halus atau gula icing)
  • Telur 1 biji (untuk melekatkan hujung kulit popiah yang digulung-gulungkan nanti)
  • Straw bersaiz kecil
  • Minyak masak untuk menggoreng

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Ini ialah tepung kacang hijau yang mrs pip guna. Ada banyak brand, mana-mana jenama pun boleh guna asalkan ianya tepung kacang hijau.

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Cara membuat batang buruk

1. Satu pek kulit popiah (biasanya kulit popiah ni beku dari peti sejuk kan) , dikeluarkan dari peti sejuk, dan dibiarkan seketika pada suhu bilik sehingga kulit popiah tadi boleh diasing-asingkan apabila dibuka dari plastik.

2. Asing-asingkan kulit popiah (ambil dalam 4 - 6 keping sekali) dan gunting kepada beberapa bahagian.
- mrs pip gunting kulit popiah (yang saiz besar tu) secara memanjang kepada 5 bahagian, kemudian setiap 1 bahagian memanjang tadi, mrs pip gunting lagi kasi kecil agak-agak dalam 5 bahagian.
- Gunting semua kulit popiah sehingga habis 1 pek tadi
- Sekarang anda perlu pisah-pisahkan setiap helaian kulit popiah yang sudah digunting kecil-kecil tadi.

3. Selepas kulit popiah sudah dipisah-pisahkan, guna straw berjejari kecil, atau sebarang batang yang panjang membulat untuk anda gulung-gulungkan kulit popiah tu dan gamkan hujung permukaan kulit popiah tu guna telur. Buat sehingga semua kulit popiah siap digulung-gulungkan.


Teknik mudah kerja nak pisah-pisahkan helaian kulit popiah: 
  • Biasanya kulit popiah ni bila keluar dari peti sejuk tu, dan bila kita pisah-pisahkan, kulit popiah tu agak macam basah-basah kan. 
  • Jadi, apabila anda nak pisah-pisahkan helaian kulit popiah yang sudah dipotong dalam saiz kecil-kecil tu , pastikan kulit popiah tu seakan-akan hampir kering, baru senang sikit untuk dipisah-pisahkan.
  • Dan bila hampir-hampir nak kering, kulit popiah ini juga lebih mudah untuk digulung-gulungkan dan gulungan tu akan kelihatan lebih kemas dan cantik.


4. Goreng kulit popiah tadi yang sudah dibentuk di dalam minyak sederhana panas, dan apabila kelihatan sedikit kekuningan boleh angkat dan toskan.

5. Sangai tepung kacang hijau sehingga nampak lebih kekuningan / sedikit coklat (jangan hangus pula)

6. 300gram tepung kacang hijau , mrs pip mix bersama satu setengah cawan gula halus , atau korang boleh rasa sendiri bila mix dengan gula, tepung kacang hijau tu ada rasa manis-manis. Nak lagi manis tambah extra gula dalam tepung yang dah disangai tu ok.

7. Masukkan kulit popiah yang sudah digoreng tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung kacang hijau yang dah ditambah gula, gaulkan sehingga kulit popiah tadi bersalut dengan tepung sekata, kemudian boleh angkat dan letak dalam container.

8. Lagi bagus kalau anda ada senduk yang berlubang seperti yang mrs pip guna , senang nak angkat batang buruk ni masuk container.

9. Dah siap semua kulit popiah digaulkan bersama tepung tadi, dan dimasukkan ke dalam container, maka terhasillah batang buruk sedap menanti untuk anda kudap-kudap sambil tengok drama korea! ekeke.

Anda rasa leceh nak buat? Yes, untuk 1st time buat mesti rasa leceh, tapi bila dah buat beberapa kali, percayalah mesti skill anda buat batang buruk bertambah baik, dan lepas tu anda akan cakap "alah, senang sangat nak buat batang buruk ni, tak susah mana pun" ...

Dan lagi best nak buat batang buruk sedap ini, buatlah bersama ahli keluarga. Buat ramai-ramai , seperti mrs pip buat bersama husband dan anak anak .... Iman dan Amin ditugaskan untuk pisah-pisahkan helaian batang buruk tu, manakala mr.Husband pula tolong mrs pip gulung-gulungkan kulit popiah tersebut.

Selain cepat siap, ianya juga bonding yang baik antara ahli keluarga ...

Selamat mencuba.

cheers.

Friday, 22 May 2020

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

hi semua, nak share dengan korang resipi ikan gerunggong masak taucu sedap dan mudah disediakan. Biasanya ikan gerunggong ni sedap kalau dibakar begitu sahaja kemudian dicicah bersama kicap dan perahan limau serta sedikit lada  /cili padi ataupun bersama sambal belacan. Selain dibakar, biasanya mrs pip hanya goreng bersama lapisan tepung jagung sahaja.

Beberapa hari lepas, since rasa macam bosan pula balik-balik makan ikan gerunggong goreng / bakar, jadi mr.Husband bilang kita masak taucu sajalah ikan ni. Masak taucu kan senang, ndak banyak bahan mau guna, dan kami pun memang suka makan ikan masak taucu, cuma selalunya guna ikan lain, tapi kali ni guna ikan gerunggong. 

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan
Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

mrs pip ndak tahu kalau kamurang panggil ikan ni dengan nama yang lain. Cumanya kalau di sini, ikan ni memang dipanggil ikan gerunggong. Harga ikan ni pun murah juga, sekilo sekitar RM8.00 kalau ndak silap.

oh ya, puasa semakin menghampiri ke penghujung. Kita pun insya allah ndak lama lagi sambut raya. Memandangkan kita semua masih dalam PKP, maka raya tahun ni duduk diam di rumah masing-masing ok. Jangan suka hati merentas daerah / negeri tanpa keperluan terdesak. Mari kita jaga kita. 

Kuih raya kamurang sudah buat? Kami baru start membaking kuih raya. 1st kuih yang siap ialah kuih makmur. Nah resipi >>> kuih makmur tanpa minyak sapi  ... mrs pip kalau buat kuih makmur, ndak guna minyak sapi, just guna planta saja .. rasa kuih makmur tu not bad, ok saja. 

Coming soon mau buat biskut coklat dan batang buruk ... Insya allah nanti mrs pip share resipi ya untuk batang buruk tu. Guna 3 bahan sahaja. Batang buruk ni ada banyak versi orang buat, tengok mana satu versi yang korang suka, bolehlah cuba nanti.

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan
Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

Dan jom kita tengok 
bahan-bahan dan cara menyediakan ikan gerunggong masak taucu.


  • 2 ekor ikan gerunggong dibersih dan diperap seketika dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil lada putih, 
  • Kemudian digoreng sehingga masak 
  • Letak di atas piring hidang.
  • Tumis 1 biji bawang besar dipotong dadu, 2 ulas bawang merah dan bawnag putih dan 1 inci halia yang telah ditumbuk.
  • Masukkan 4 sudu besar taucu dan 1 sudu kecil pati ikan bilis dan setengah cawan bancuhan air dengan 1 sudu kecil tepung jagung. Gaul seketika.
  • Boleh letak sedikit garam / sos tiram kalau perlu.
  • Tuangkan bahan masak tadi pada ikan gerunggong yang telah dimasak tadi. 
  • Siap dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
Senang sahaja kan mau masak ikan gerunggong masak taucu ni. Kalau kamurang kehabisan idea mau masak menu ikan, maka kamu boleh guna idea masak taucu untuk ikan kamu ok. Selain ikan gerunggong masak taucu ni sedap , ianya juga sangat sangatlah bah mudah untuk disediakan.

Yang masak ni seperti selalu, mr.Husband lah yang masak. Akak tumpang makan saja. Ekeke.

Selamat memasak.

cheers.

Tuesday, 19 May 2020

Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Mudah Buat, Cantik Dibentuk Jejari Kecil

Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Mudah Buat, Cantik Dibentuk Jejari Kecil

hi semua, resipi biskut kelapa rangup sedap sukatan cawan lebih mudah disediakan dan dibentuk rupa jejari kecil. Biskut kelapa ni mr.Husband yang suka makan, so setiap kali buat biskut kelapa, rajin dia tolong mrs pip bentukkan biskut ni. Kalau mrs pip, buat biskut kelapa rangup ni, hanya buat shape bulat-bulat begitu sahaja, tapi mr.Husband pula suka buat bentuk jejari, katanya lebih enjoy untuk dimakan sebegini. Argh whatever asalkan sedap masuk mulut kan :)

Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil
Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil

Biskut kelapa rangup ni, mrs pip pinjam resipi asal che mat gebu. Sebenarnya, sewaktu mrs pip dulu mula-mula belajar buat biskut raya, mrs pip memang banyak rujuk blog che mat gebu pasal resipi dia mudah nak buat, explaination dia pun senang nak faham, lepas tu gambar-gambar blog che mat gebu pun semua cantik-cantik, memang menggoda nak try buat semua resipi yang dia share kan tu.

Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil
Resipi Biskut Kelapa Rangup Sedap Dan Cantik , Bentuk Jejari Kecil
Jom tengok resipi biskut kelapa yang sedap memikat selera ni. Korang yang suka biskut kelapa, bolehlah cuba resipi yang mrs pip kongsikan (kredit resipi asal dari blog che mat gebu ya).


Bahan-bahannya:-

200 gram tepung jagung Brown & Polson (atau tepung jagung biasa)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan kelapa kering, digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
1 kuning telur gred A
80 gram gula aising
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk menyalut biskut


Cara membuatnya:-
  • Putar kuning telur. esen vanilla dan gula aising hingga berkrim. Sementara itu gaul rata tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus tadi. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata (adunan seakan2 serbuk roti).
  • Masukkan mentega sedikit demi sedikit (1 camca besar sekali masuk) sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin, bulat-bulatkan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  • Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 camca teh adunan doh, bulat-bulatkan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golek2kan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. (mrs pip tak guna ceri since bentuk biskut ni dalam keadaan memanjang)
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit atau hingga masak (che mat suka biskut yang garing dan sedikit perang), pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..
Nama lain bagi resipi biskut kelapa sebegini ialah biskut senyum yang ditengah tengahnya (bentuk bulat) ada diletakkan potongan kecil ceri merah.

cheers.

Monday, 18 May 2020

Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

hi semua, tetiba rindu pula mau makan biskut Almond London. Nak share kat korang resipi biskut raya Almond London sedap dari resipi blog Che Mat Gebu yang mrs pip pernah buat beberapa tahun yang lalu. Dan so far setiap kali mrs pip nak makan biskut almond london, memang mrs pip akan guna resipi che mat gebu ni over dan over again. Mak aih, sedapnya biskut almond london!

Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu
Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

Resipi biskut almond london sememangnya mudah saja nak buat, kecuali part nak topping coklat tu, well kenalah cermat sikit, kalau tak nanti biskutraya almond london korang nampak selebet, tak kemas dan comot. hehe.

Siapa yang buat biskut almond london tahun ni? mrs pip kalau buat biskut almond london ni, mesti akan stok sebalang dua untuk mrs pip makan bersendirian tak nak kongsi dengan sesiapa. Dan biskut ni antara biskut paling laku keras kalau mrs pip buat. Tak sempat nak beraya, sebalang dua dah habis dikerjakan oleh anak-anak, nampak sangat sedap ditekak anak anak yang suka sangat dengan coklat.

Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

Jom tengok resipi biskut raya almond london sedap che mat gebu ni. mrs pip tak tukar resipi asal kecuali part badam tu, tak guna sebiji sebiji, mahal kan badam ni, so kita just guna saiz separuh biji sahaja, nampak sangat I berjimat cermat. 

Tapi kalau ada yang nak mengorder (next year la kot kita jual biskut almond london), mrs pip guna sebiji sebiji badam, tapi harga biskut tu nanti korang gigit jari sahajalah ya nak bayar , teehee T_T 

Bahan Utama:-

125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkuliti, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel


Bahan Lain:-

300 g coklat masakkan (che mat guna coklat masakan jenama "tulip" , mrs pip main beli sahaja apa jenama yang ada di pasaraya dekat rumah mrs pip ni)
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya


Cara membuatnya:- 
  • Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. 
  • Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada separuh biji badam. Buat hingga habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. 
  • Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). 
  • Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  • Ambil sebiji biskut yang tadi, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakan hingga memenuhi biskut. 
  • Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. 
  • Buat seterusnya hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara
  • Selamat mencuba.
Dah siap pun biskut raya almond london kita. Tapi kan, mrs pip tertanya-tanya ni kenapa guna nama Almond London? Kat London memang biskut ni ada jual eh? 

Hehe, apapun yang suka makan biskut biskut coklat sebegini sememangnya anak-anak kecik, habis comot muka lepas makan, so mak mak sila sediakan tisu basah siap siap , senang nak bersihkan muka dan tangan anak anak lepas makan almond london ok.

cheers.

Sunday, 17 May 2020

Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam

Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam

hi there, bila rezeki sayur datang bertandang ke dapur mrs pip, maka jomlah kita makan sayur sepanjang minggu , dan kali ini menu resipi sayur campur tumis kubis dan bayam, sesuai bagi yang ingin berdiet kurangkan berat badan!

Adik ipar hantar kubis dan tomato , cukup bekalan kami seminggu dua. Lepas tu mr.Husband pula rajin betul tanam bayam kampung, katanya kalau habis stok sayur di peti sejuk, dan tidak sempat beli  sayur di pasar, tiada alasan untuk tidak makan sayur, di laman rumah kan ada banyak bayam kampung dan juga bayam brazil. 

Selain mr.Husband tanam bayam kampung & bayam brazil, dia juga tanam terung hijau, sayur kendula dan sayur manis. Harap-haram menjadilah sayur manis tu. Sedap masak sayur manis campur bihun, tang hoon atau tumis simple sahaja kan.

Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam
Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam

Sepanjang bulan puasa ni, alhamdulillah hampir setiap hari memang akan makan sayur. Tak kisahlah sayur apapun, memang rajin mr.Husband beli stok sayur, atau petik sayur keliling rumah. 

Katanya bulan puasa kan selain badan mungkin akan kekurangan air dan menyebabkan sedikit dehidrasi, maka penting untuk makan sayur untuk pastikan badan mendapat bekalan fiber yang cukup untuk memudahkan buang air besar ...

Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam
Resipi Sayur Campur Tumis Kubis & Bayam

Biasanya kalau bayam kampung tu, mrs pip suka masak buat sup sahaja, tapi sesekali tumis bersama sayur lain pun ok juga. 

Yang suka makan sayur, bolehlah cuba tumis sayur campur sebegini. Boleh letak isi ayam atau isi udang , sesuai dengan citarasa korang ... Kitorang hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja, masak simple dan mengenyangkan.

Jomlah kita tengok resipi sayur campur tumis kubis dan bayam ni. Ditambah dengan sedikit lobak, meriah warna sayur tu nanti ...
  • Tumis 4 ulas bawang putih dipotong dadu kecil bersama 2 biji telur.
  • Masukkan 1 biji kubis dipotong kecil bersama 1 batang lobak dipotong 2 inci memanjang. 
  • Masukkan 2 sudu pati ayam, 2 sudu sos tiram dan gaul sehingga kubis agak masak. 
  • Masukkan bancuhan ⅓ cawan air dengan 1 sudu tepung jagung yang telah digaul. 
  • Masukkan 2 ikat daun bayam yang dipotong kecil dan gaul rata. 
  • Tambahkan garam secukupnya, dan gaul rata.
  • Matikan api dan masukkan 1 sudu minyak bijan.
  • Gaul dan siap.
Senangkan buat sayur tumis kubis dan bayam ni. Boleh ganti bayam tu dengan sayur daun yang lain juga. Kebetulan tiada isi udang, kalau ada mesti lagi sedap ni. Yang rasa nak tambah udang kering pun boleh juga. Nak letak sedikit cendawan pun ok juga. Ikut selera masing masing.

Semoga semuanya kekal sihat sepanjang bulan puasa ni. 

cheers.

Saturday, 16 May 2020

Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap

Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap

hi semua, dapur mrs pip berasap lagi, kali ini resipi rendang ayam simple dan sedap. Rendang ayam sangat sinonim dengan hari raya. Biasanya, setiap kali hari raya, menu rendang ayam adalah antara menu yang wajib ada bagi kebanyakkan rumah apabila mrs pip pergi berhari raya. Dan resipi rendang ayam ni ada banyak versikan, kali ini mrs pip bawakan resipi rendang ayam versi simple dan sedap (Insya Allah sedap bah)

Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap
Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap

Waktu mrs pip sebelum kahwin, kalau mau makan rendang ni, memang mak akan cakap "eh, tunggulah nanti raya baru masak rendang" pasal mak bukan penggemar rendang, so kalau dia masak rendang, dia masak untuk tetamu. Kalau hari hari biasa, memang tak lah dia mau masak rendang.

Satu lagi, bagi mak lah, menu rendang ni menu istimewa yang sepadan di makan bersama ketupat daun kelapa, maka makan rendang di hari biasa tanpa ketupat terasa cacat tak sempurna menunya ... hish mak aku ni kan ... 


Since mrs pip pun memang dulu zaman bujang bujang jenis malas memasak dan memang mau makan apa jak semua harap mak yang masak (anak bertuah kan!) , jadi kalau request lebih-lebih nanti mak perli buat aku sentap , jadi tunggu ja lah raya baru makan rendang hokey.

Bahan-bahan Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap
Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap

Tapi , alhamdulillah jodoh dapat suami yang suka memasak, so setiap kali mau makan menu apa-apalah, bagitau jak dia, kalau dia boleh buat, Insya Allah memang dia akan masak bila ada kelapangan. 

Dulu kan antara doa aku tentang jodoh ialah temukan aku dengan lelaki yang pandai memasak dan tahu buat kerja-kerja rumah .... nah, the power of du'a , Allah kabulkan permintaan aku, dapat suami yang suka masak-masak. 

Sesekali membebel , korang layankan saja akak korang ni hokey. Terbebel pula pasal mak dan jodoh T_T So dah ngidam nak makan rendang ayam, bah apalagi mr.Husband masuk dapur masakkan rendang ayam simple, sampai licin kitorang makan. Yakinlah rasa sedap seperti masakan restoran (kena puji extra so next time dia rajin masak lagi untuk akak, ekeke).

Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara memasak rendang ayam versi simple dan sedap hasil air tangan mr.Husband.

Bahan-bahan:-

2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
10 biji bunga cengkih
3 biji bawang merah (diblender)
3 ulas bawang putih (diblender)
1/2 biji bawang besar (diblender)
1 inci halia (diblender)
4 sudu besar rempah rendang
2 sudu serbuk kunyit
2 potong serai dititik
600 gram ayam (potong kiub)
8 sudu besar susu cair / santan
1 keping daun kunyit dihiris
1 keping limau purut di hiris
50 gram kerisik
1 sudu besar serbuk pati ayam
Garam secukupnya


Cara-caranya:-
  • Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih sehingga naik bau. 
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, dan halia yang telah diblender bersama-sama. Kacau seketika. 
  • Kemudian masukkan rempah rendang, serbuk kunyit, dan serai.
  • Masukkan ayam bersama serbuk pati ayam, gaul sesekali sehingga masak dan tambah sedikit air sekiranya agak kering.
  • Masukkan garam secukupnya, susu cair atau santan, gaul seketika dan masukkan kerisik. 
  • Masukkan hirisan 1 keping daun kunyit dan 1 keping daun limau purut. Gaul seketika dan siap.

Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap
Resipi Rendang Ayam Simple dan Sedap

Ok dah siap pun resipi rendang ayam simple dan sedap ni. Lepas ni kalau korang nak cuba buat rendang ayam, bolehlah cuba resipi yang mrs pip kongsikan ini.

Selamat menjamu selera.

cheers.

Friday, 15 May 2020

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

hi semua, resipi isi ikan masak sos thai ni, senang dan sedap masak guna ikan dori sebabnya ikan dori tu kita boleh beli dalam bentuk kepingan-kepingan yang kita akan potong kecil-kecil nanti. Selain itu, ikan dori yang dijual dalam bentuk filamen memang tidak ada tulang, jadi sangat senang di-prep-kan untuk dimasak nanti.

Namun, selain ikan dori, sebenarnya anda boleh sahaja guna ikan lain seperti isi ikan tenggiri, ikan kerapu, ikan merah, ikan tuna dan sebagainya, namun kerja tu agak leceh bila anda nak beli dalam bentuk filamen atau dah potong siap-siap isi ikan sahaja, melainkan anda memang rajin nak potong ikan tu buang tulang dan ambil isi sahaja (I is malas, haha laju-laju beli filamen ikan dori).

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

Untuk isi ikan dori, pengalaman mrs pip lah kan, kena marinate ikan dori ni sebelum dimasak tau. Marinate betul-betul kerana ikan dori ini ada bau sedikit hanyir. Kalau yang sensitif dengan rasa hanyir-hanyir ini, bah pastikan isi ikan dori ni kamurang kasi marinate elok-elok ya.

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

Bah, mari kita tengok bahan-bahan dan cara-cara memasak resipi isi ikan masak sos thai ini.


  • 800gram isi ikan (boleh gunakan ikan tenggiri, putih, kerapu, merah tuna dan sebagainya dipotong mengikut kehendak sendiri. 
  • Cara perap isi ikan dori buang bau hanyir  : Perap dengan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1 sudu kecil white pepper dan sedikit serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit. 
  • Kemudian gaul dengan tepung serbaguna atau kanji dan goreng sehingga masak.
  • Ketepikan isi ikan dori yang sudah digoreng. 
  • Sekarang sediakan sos tumisan pula.
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
isi ikan dori yang sudah digoreng
  • Tumis 4 ulas bawang putih yang dicincang, setengah biji lada banggala (boleh juga gunakan 2 biji lada besar), 
  • Masukkan 1 biji bawang besar yang dipotong kecil, 
  • Masukkan 6 sudu besar sos thai, 
  • Masukkan 2 sudu kecil gula, 
  • Masukkan 2 sudu kecil pati bilis, 
  • Masukkan 1 sudu besar kicap cair masin dengan setengah cawan air dibancuh bersama 2 sudu kecil tepung kanji dan gaul seketika.
  • Kemudian , masukkan isi ikan dori yang telah digoreng tadi, gaul seketika sehingga semua sekata
  • Siap !

Ok, dah boleh dihidangkan , sedap dimakan ketika masih panas, dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng. 

Korang suka guna ikan apa untuk buat resipi isi ikan masak sos thai ni? Kalau yang ndak pandai mau potong ikan buang tulang dan ambil isi sahaja, memang mrs pip recommend korang semua untuk guna filamen ikan dori, confirm sangat senang dan sedap mau masak isi ikan dori ni bah. 

Apapun, selamat berpuasa dan selamat menjamu selera.


Update: Ada yang tanya ikan dori ni apa, so mrs pip share gambar ikan dori yang biasa jual di supermarket ya , seperti gambar di bawah .... dan biasanya ada tertera nama Dory / Dori ...

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai , senang dan sedap masak guna ikan dori

cheers.

Tuesday, 12 May 2020

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

hi there, hari ini mrs pip sempat mencuba resipi kuih kacang hijau goreng, alhamdulillah menjadi kuihnya walaupun pertama kali buat, dan digoreng rangup. Rasanya ramai yang kenal dengan kuih kacang hijau goreng kan. Ada sesetengah memanggilnya kuih kasturi kacang hijau ataupun cucur kacang hijau, nama yang berbeza namun merujuk kepada kuih yang sama.

Kuih kacang hijau ini adalah antara kuih kegemaran mrs pip. Malangnya kalau beli di luar, sukar untuk mendapatkan kuih kacang hijau yang betul-betul sedap di mana kacang hijaunya betul-betul masak hancur, lembut dan tidak berketul atau berbiji apabila dimakan.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

Mak mrs pip seorang penjual kuih. Dengan menjual kuih-muih, ABC dan berkedai runcitlah kami adik beradik membesar. 

Antara kuih yang mak mrs pip jual ialah kuih kacang hijau. Dan bapa mrs pip lah yang akan membantu mak memasak kacang hijau sehingga lembut, kemudian ditambah gula, tepung dan kelapa parut, sehingga kuih kacang siap untuk digoreng keesokan harinya untuk dijual kepada pelanggan.

Jadi, setiap kali melihat orang menjual kuih kacang hijau, ianya akan membawa  ke zaman lalu mrs pip dengan kenangan yang sukar untuk dilupakan. Malangnya, tidak pernah sama sekali pun mrs pip punya keinginan belajar membuat kuih kerana mrs pip dulu sangat sangat ditakdirkan tidak pandai memasak.

mrs pip selalu rasa iri hati dengan sepupu rapat mrs pip yang sangat mahir buat kuih. Semua kuih yang mak mrs pip buat, sekali dua saja sepupu mrs pip belajar, alhamdulillah menjadi sangat kuih dia. Mrs Pip? hurmmmm, malaslah mau cakap. ekeke.

Tapi part tidak pandai memasak tu adalah cerita dulu. Semuanya berubah beberapa tahun selepas berkahwin. Dari seorang yang sangat tidak pandai memasak, tidak suka masuk dapur kepada seorang yang excited mahu bereksperimentasi memasak di dapur. One thing : People change, either for good or bad , betul tak? The choice is yours. 

Tidak pandai memasak bukan alasan untuk tidak mahu belajar memasak. Husband selalu cakap benda ni waktu kami awal-awal kawin. Dia selalu encourage mrs pip untuk belajar , katanya semua orang ada kekurangan, tiada siapa yang sempurna, jadi why give up so early when you not even started yet? 

eh, panjang pula cerita si kuih kacang hijau ni. Tapi begitulah ya adik-adik sekalian, jangan jadi macam akak di zaman lalu, korang cantik educated berjaya macam mana pun, belajarlah memasak. Memasak ni pun satu ilmu yang berguna , lagi-lagi bila dah kawin dan ada anak, ekeke.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kuih kacang hijau goreng sedap lagi mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya:-

(A). Bahan-bahan untuk bahagian kacang hijau

200 gram (1 cawan) kacang hijau
750 ml (3 cawan) air
125 gram (1/2 cawan)  gula kasar
25 gram ( 2 - 3 sudu besar tepung gandum)
50 gram (1/2 cawan) kelapa parut
Secubit garam
1 helai daun pandan diikat (optional)

(B). Bahan-bahan untuk tepung menggoreng kuih kacang hijau

6 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/8 (sedikit saja) perahan limau (lime) (optional)
100 ml (1/3 cawan) air atau secukupnya


Cara membuat langkah demi langkah kuih kacang hijau goreng :-

1. Bersihkan kacang hijau, dan rendam terlebih dahulu selama 30 minit 

Tips: tapi mrs pip rendam sehingga 2 jam , biar kacang ni lembut nanti mau rebus tak ambil masa lama untuk kacang tadi lembut, so tak bazirkan gas korang

2. Toskan air, dan masukkan kacang ke dalam belanga bersama 750 ml air (atau secukupnya) dan rebus kacang ni hingga betul-betul lembut. Masukkan daun pandan jika ada. Guna api sederhana kecil / api perlahan. Merebus mengambil masa sekitar 45 minit.

3. Apabila air hampir kering dan kacang kelihatan lembut (kalau tak lembut, tambah sedikit air dan rebus lagi sebentar) , masukkan gula.

4. Rebus sekitar 5 minit lagi sehingga kelihatan campuran agak likat dan kelihatan hampir kering. Boleh keluarkan ikatan pandan tadi jika ada.

5. Masukkan tepung gandum dan garam. Kacau campuran dengan betul dan pastikan tiada ketulan-ketulan (lump) di dalam campuran tersebut. 

6. Masukkan kelapa parut dan kacau sekitar 5 minit dan kelihatan campuran kacang hijau sudah tidak berair, dan kacangnya hancur dengan baik.

7. Matikan api dan pindahkan kacang hijau tadi ke dalam baking tray / besen untuk disejukkan.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

8. Apabila sudah sejuk , dengan tapak tangan diletakkan sedikit tepung, ambil sedikit kacang hijau dalam bentuk bebola, dibulat-bulatkan dan kemudian leperkan dengan elok. mrs pip dapat 12 potongan sederhana besar, terpulang korang nak saiz kecil atau besar.

Tips Penting: 
mrs pip dulu nampak mak mrs pip buat kacang hijau ni dalam bentuk doh memanjang seperti gambar di atas, kemudian dia akan potong kacang hijau tu dengan saiz yang sama. 

Selepas itu, barulah dia leper-leperkan. Katanya ini memudahkan dia untuk memastikan saiz kuih kacang tu hampir sama saiz di antara satu sama lain, selain dia mahu pastikan bilangan kuih kacang untuk sekali adun tu jumlah bilangan dia sentiasa sama. 

Inilah yang dikatakan kawalan kualiti dan kuantiti bagi seorang penjual kuih :)) 

9. Kemudian sediakan adunan tepung untuk menggoreng seperti di (B). 

10. Panaskan minyak di dalam kuali, dan celupkan kuih kacang yang telah dileper-leperkan tadi di dalam adunan tepung untuk menggoreng, dan goreng sehingga kulit kuih kacang tadi kelihatan perang keemasan (golden brown).

11. Sedia untuk diangkat. Toskan minyak. Sejukkan seketika sebelum siap untuk dihidang bersama minuman panas seperti coklat panas , teh mahupun kopi atau sebarang minuman kegemaran korang.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

maka, berhasillah resipi kuih kacang goreng kulitnya rangup versi mrs pip. Gembira apabila berjaya buat kuih kacang hijau sendiri. Dan happy bila teksturnya sedikit lembut, namun masih perlu dibaiki lagi.

Akan datang, mrs pip akan pastikan yang semua kacang hijau betul betul masak hancur hingga lembut sepenuhnya, yang tadi ni ada beberapa biji kacang hijau tu rasanya masih agak kasar ketika dimakan tadi, kita masih amatur buat kuih ni, so kena improve bahagian rasa dan tekstur kelak. 

Siapa yang suka makan kuih kacang hijau goreng ni? Korang beli atau buat sendiri? Lepas ni korang bolehlah cuba buat sendiri resipi kuih ni. Kalau berjaya, bagitau mrs pip ya. Kalau tak berjaya, alamatnya sama ada korang buat lagi dan lagi hingga berjaya atau beli sajalah di gerai menjual kuih, teehee.

Happy cooking semua.

P/S: sedang dalam PKP ni, rajin jak kita masuk dapur mencuba macam-macam resepi kuih-muih. Hari tu mrs pip buat penyaram, tapi hurmmmm jauh panggang dari api tu rasa penyaram. 2 kali buat, dua kali juga tidak berjaya. Teknik penyaram tak betul kot :(

cheers.

Monday, 11 May 2020

Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap

Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap

hi there, berbuka puasa beberapa hari lalu dengan menu kuey teow goreng basah yang ringkas lagi sedap hasil air tangan mr.Husband. Kali ini, mr.Husband mengidam sangat mau makan kuey teow, jadi kita bagi laluan untuk mr.Husband siapkan resipi kuey teow goreng basah mengikut selera dia. 

Kuey teow goreng basah sesuai dijadikan menu berbuka puasa bagi mereka-mereka yang memang sukakan mee sebegini. Kalau mrs pip, suka makan kuey teow goreng bersama udang dan taugeh serta beberapa hirisan cili padi. 

Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap
Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap

Rasanya kuey toew goreng basah ni kalau tengok seimbas lalu, nampak seperti adik beradik wantan mee, eh atau kuey teow goreng basah dan wantan mee memang serupa cuma nama lain-lain? Nampak macam sama jak, rasanya pun macam sama jak ... ndak kisahlah wantan mee kah, atau kuey teow goreng basah nama resipinya, yang paling penting haruslah sedap bila dimakan, ekekeke.

Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap
Resipi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas Lagi Sedap

Jom tengok bahan-bahan dan cara membuat kuey teow goreng basah ni. Nampak macam senang sajakan, tapi mrs pip surrender mau masak kuey teow, susah mau handle ni kuey teow bagi pendapat mrs pip ... mudah betul terputus putus, terus nampak tidak cantik apabila dihidang. Makanya, biarlah mereka yang expert masak ni kuey teow, dan mrs pip tumpang makan sajalah ya.

Resipi kuey teow goreng basah ringkas lagi sedap  :-

Penyediaan kuey teow
  • 1 bungkus kuey teow di goreng kosong hingga masak dan di letakkan kedalam pinggan makan.
  • 3 ulas bawang putih di tumis bersama setengah biji carrot, ⅓ lada merah besar, sedikit sayur sawi, cendawan, isi ayam dengan pati ayam dan sos tiram secukup rasa. 
  • Kemudian masukkan pada kuey teow tadi. 

Penyediaan kuah kuey teow
  • Tumis 2 ulas bawang putih dengan 1 inci halia, 
  • masukkan 3 cawan air dan biar hingga mendidih. 
  • Masukkan 2 sudu kecil pati ayam dan white pepper. 
  • Masukkan bancuhan 1 sudu makan tepung kanji, gaul kemudian masukkan 2 biji telur yang telah dipukul. 
  • Kacau sekejap dan tuangkan pada kuey teow tadi. 
  • Letakkan beberapa titik minyak bijan. 
  • Siap

Nampak macam senang kan. So, kalau kamu ndak suka kueh teow, bolehlah cuba mi kuning pula, kot kot lebih sedap berbanding kuey teow. Apapun selera masing-masing jadi terpulang anda mahu guna mi kuning atau stick bersama kuey teow.

Done makan kueh teow goreng basah paling ringkas lagi sedap.

Selamat mencuba.

cheers.

Saturday, 9 May 2020

Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau

Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau

hi there, masak apa tak jadi hari ini berkisah tentang kuih pau yang tak gebu dan sebahagiannya permukaan pau nampak agak menggerutu tak cantik. Alkisahnya, suami mau buat pau, so cari punya cari resipi, maka terjumpalah resipi kuih pau senang buat.

Jadi, kami pun ikutlah step step yang diajar bagaimana untuk buat kuih pau gebu cantik dan sedap. Tetapi, lain yang diexpect, lain pula kejadian selepas pau tersebut masak. Bukan resipi tu yang salah, tapi teknik kami yang buat doh tu tak pandai!

Apapun, ke semua biji pau telahpun berjaya masuk ke perut kami anak beranak. Tak gebu, tapi alhamdulillah masih boleh dimakan, dan walaupun rasanya setakat so-so, kami berebut makan kuih pau panas-panas selepas sungkai hari tu.

Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau
Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau

kalau kamu nampak dalam gambar pun boleh nampak kan sebahagian pau ni cantik kejadiannya, cuma tak kembang sangat, manakala beberapa biji pau (hampir semua bah) nampak sangat macam pau rosak!

Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau
Masak apa tak jadi hari ini : Kuih Pau

Persoalannya, bagaimana untuk buat kuih pau kembang, gebu, putih melepak dan lembut sehingga seharian / semalaman? 

Ada sesiapa yang ada tips tak bagaimana untuk dapatkan pau yang cantik macam kebiasaan jual di kedai?

well, mr.Husband sehingga hari ini masih tidak berputus asa untuk mencari formula bagaimana untuk kembang gebukan pau tu macam ni kedai. teehee.

mrs pip dah surrender nak buat pau ni. Lepas ni nak yang pau gebu - gebas tu, silalah beli saja di kedai, kan kan kan? ...

Korang ada tak makanan yang korang masak tak menjadi? Meh komen kat bawah , teehee.

p/s: mr.Husband dah 5 kali mencuba buat kuih pau ni tau setakat ini, dan percubaan ke-5 menunjukkan perubahan yang menarik. 

cheers.

Friday, 8 May 2020

Resipi pajeri nenas simple dan sedap

Resipi pajeri nenas simple dan sedap

hi semua, resipi pajeri nenas simple dan sedap, makan hingga menjilat jari bagi penggemar nenas. Apabila adik ipar bagi dua biji nenas yang sedang-sedang masaknya, terus teringat mau makan pajeri. Lama sangat rasanya tidak pekena pajeri nenas ni. Dan kebetulan ada sedikit terung di dalam peti sejuk, maka sesuai sangatlah kombo nenas dan terung ni kan makan masak kari.

Pajeri nenas disediakan oleh chef cook in the house aka mr.Husband. Makcik ni tau makan jak , buatnya entah bila mau belajar. Bab-bab masak kari, semuanya memang makcik serahkan kepada si pakcik yang pandai masak kari, ekekek.

Resipi pajeri nenas simple dan sedap
Resipi pajeri nenas simple dan sedap

maaflah gambar tu kurang menarik. Tapi yes, pajeri tu habis makcik kerjakan ketika berbuka puasa  hari tu (ni buka puasa hari keberapa ntah, lupa pula bila kitorang makan pajeri nenas ni), siap makcik tinggalkan sedikit untuk bersahur esoknya. Makcik korang ni hantu makan kari. I tahu makan saja, tapi masaknya hurm selalu hancur ndak sedap bah. Jadi paling senang minta jak si mr.Husband tolong masak, insya allah sedap di tekak mrs pip.

Resipi pajeri nenas simple dan sedap
Resipi pajeri nenas simple dan sedap

Gambar di atas pula segala bahan-bahan untuk membuat pajeri nenas. Bahan-bahan tak banyak sangat mau digunakan, senang jak mau masak kata si mr.Husband. Bah, kalau senang silalah masak ya teehee.

Bahan-bahan untuk Pajeri Nenas / Nenas Masak Kari:-

1 biji kecil buah nenas
2 batang terung
2 sudu makan besar kari ikan
1 sudu kecil rempah kurma (optional)
1 sudu kecil white pepper
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu kecil udang kering diblender
2 sudu kecil pati ikan bilis
1 sudu kecil garam
1 inci kayu manis
2 biji bunga lawang
Beberapa biji bunga cengkih
1 inci halia
Susu cair / santan secukupnya


Cara-cara memasak Pajeri Nenas / Nenas Masak Kari:-


  • 1 biji kecil buah nenas di potong, di bersih dan dipotong slice atau mengikut kehendak sendiri.
  • 2 sudu makan kari ikan, 1 sudu kecil rempah kurma, 1 sudu kecil white pepper, 1 sudu kecil serbuk kunyit di campur dan gaul dengan 1½ air.
  •  4 sudu udang kering diblender dengan 2 sudu kecil pati bilis, 1 sudu kecil garam.
  • Blender 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, 1 inci halia.
  • Tumis 1 inci kayu manis, 2 ulas bunya lawang dan beberapa biji bunga cengkih. 
  • Masukkan semua bahan blender tadi. 
  • Gaul sehingga naik bau. 
  • Masukkan bancuhan kari dan gaul sehingga mendidih. 
  • Masukkan nenas dan terung. 
  • Gaul seketika sehingga campuran agak pekat. Boleh tambah 1 sudu  besar susu cair atau santan atau tambah lebih ikut suka korang. 
  • Siap.

Sedia untuk dihidang, makan dengan nasi panas-panas. 


Mrs Pip harap yang suka makan pajeri nenas atau pun nenas masak kari ni, bolehlah cuba resipi yang mrs pip share kan ni. Rupa-rupanya, tidaklah sesusah mana pun buat pajeri nenas pula, boleh lah mrs pip belajar buat sendiri ni pajeri nenas. Eh tapi kenapa mau buat sendiri bila chef cook kita rajin masuk dapur memasak? ekekeke #ragamsuamisiteri

Apapun, selamat berpuasa. Dah masuk hari ke-15 hari ini kan :))

cheers.

Tuesday, 5 May 2020

Resipi sup ikan ala tom yam

Resipi sup ikan ala tom yam

hi there, rezeki sangat apabila adik ipar bagi banyak buah tomato dan kubis. Jadi untuk tidak mensia-siakan tomato tersebut, mrs pip buat sup ikan tomato ataupun ala tom yam tidak pedas. Teringin sangat mau makan sup tom yam, malangnya anak-anak mrs pip tidak makan sebarang makanan pedas, ouch!

Apabila campuran tomato bersama serai bersatu di dalam kuah ikan, terasalah macam ada rasa ke-tom-ya-man tu, tapi lagi power kalau boleh letak tom yam paste kan. Hai lah anak-anak, hope bila kamu semua sudah besar, bolehlah layan makan tom yam bersama mommy ok. 

Resipi sup ikan ala tom yam
Resipi sup ikan ala tom yam 

Untuk buat sup ikan ala tom yam ni, sangatlah mudah. Kalau tengok dari gambar tu pun korang boleh nampak banyak potongan tomato dan serai, serta sedikit lobak merah.


Bahan-bahan sup ikan ala tom yam:-
  • Beberapa biji tomato (mrs pip guna 5 biji tomato sederhana kecil
  • Setengah batang lobak merah dipotong bulat
  • 2 batang serai dititik
  • Beberapa ekor ikan sederhana kecil (terpulang kuantiti korang nak berapa banyak , ikut saiz hidangan korang makan berapa ramai orang. Macam mrs pip letak 3 ekor ikan yang digoreng terlebih dahulu)
  • Gula, garam, pati serbuk ikan bilis, sos tiram, bawang, halia

Tips goreng ikan sebelum buat sup: mrs pip memang suka goreng ikan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sup kerana nak tekstur ikan tu tak hancur. Biasanya akan goreng dengan sedikit perapan nipis tepung kanji.

Cara-cara memasak sup ikan ala tom yam:-

1. Goreng ikan terlebih dahulu dengan perapan nipis tepung kanji , ketepikan.
2. Di dalam kuali lain, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan serai, tomato dan lobak, tumis sekejap
4. Tambah air secukupnya
5. Biarkan air mendidih, kemudian tambah perisa dan perasa secukupnya seperti garam, gula, pati serbuk ikan bilis, sos tiram mengikut citarasa anda
6. Biarkan semua campuran bersatu rasa, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi
7. Kecilkan api, masak seketika.  (Kalau ada paste tom yam kan sedap ... )
8. Apabila rasa sup ikan tadi dah blend well , bolehlah matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Siap pun sup ikan ala tom yam kita yang mudah dan ringkas, dan memang sesuai sangat makan dengan nasi panas-panas,  memang sedap.

Bolehlah letak hirisan daun sup untuk naikkan rasa sup ikan... jadi begitulah cara untuk buat sup ikan ala-ala rasa tom yam, guna tomato dan serai.

Senangnya buat sup ikan kan, lagi sedap kalau guna ikan tenggiri rasanya kan.

selamat menjamu selera.

cheers.

Monday, 4 May 2020

10 resipi kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah

10 resipi kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah

hi there,  terasa mau makan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah? Nah ini antara 10 jenis kuih tradisional di Sabah (beserta resipinya sekali) yang biasa kamu temui dijual sama ada di gerai kuih, tamu mingguan, pasar, atau di kedai-kedai makan.

kuih traditional yang sedap dan terkenal di Sabah
kuih traditional yang sedap dan terkenal di Sabah

Ok mungkin kuih tradisional Sabah ini juga ada di tempat lain selain di Sabah, dan mungkin dikenali dengan nama lain. Namun senarai 10 kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah yang mrs pip berikan ini adalah antara kuih yang common dikalangan rakyat Sabah.


1. Kuih Jala Sabah

Kamu ingat ikan saja yang perlu dijala? Haha, kuih pun ada juga yang harus dijala sebelum kamu boleh memakannya. Jadi, perkenalkan kuih jala Sabah. Sama ada bentuk tiga segi seperti kipas ataupun bentuk gulungan panjang, kuih jala ini sedap dimakan bersama kopi O panas.

nak buat kuih jala Sabah? pertama, sila pastikan kamu ada daya sabar yang tinggi dan tangan yang pantas melipat / menggulung kuih jala Sabah ini ya.

mrs pip suka kuih jala Sabah, tapi hanya tau beli kerana ia jalan pantas untuk makan. Dan memang mrs pip tiada seni untuk buat kuih jala ini ya.

kuih jala sabah
kuih jala sabah

Bahan-Bahan Resipi Kuih Jala Sabah

Tepung beras 2 kg
Gula 1 kg
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
untuk 200pcs ( ikut saiz jala yang anda masak )

Cara membuat Resipi Kuih Jala Sabah

1. Ayak tepuk dan gaulkannya bersama gula
2. Masukkan air dan kacau hingga sebati
3. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan jala
4. Kiraikan adunan ke dalam kuali berisi minyak panas (minyak masak sekadar cukup untuk basahkan kuali atau frying pan tu)
5. Gerakkan acuan sambil diketuk ikut arah jam atau sebaliknya
6. Masak sehingga kekuningan
7. Angkat dan lipat dengan segera.

Tips : adunan jangan terlalu cair biarkan ia pekat-pekat macam susu pekat untuk mengelakkan adunan berbola-bola ketika di masak dengan minyak.

kuih jala sabah ni, mrs pip pernah tengok makcik mrs pip sendiri buat, fuh memang bersabarlah nak buat ... kena laju pula melipat kuih jala yang siap masak, kalau lambat nanti keras memang habis patah pula kuih jala tu.

kuih jala ni kalau yang pandai buat, memang rasanya sedap. makan krup krap krup krap rangup. biasanya kuih jala ni akan terjumpa waktu raya , tapi kalau nak beli kuih jala, di tamu gaya street setiap ahad tu memang ada gerai yang jual. 

Tapi memandangkan kita berdepan dengan serangan Covid-19, dan masih dalam PKP, maka tunggulah sehingga PKP selesai baru kamurang pigi cari kuih jala sabah yang sedap ni di tamu-tamu ok.

Sumber: lieyhnm.blogspot.com & akuman999.blogspot.com


2. Kuih Lidah Buaya

Kuih lidah buaya ni rasanya bukan setakat di Sabah jak femes, tempat lain pun femes juga ni rasanya, tapi mungkin dipanggil dengan nama yang lain, cumanya mrs pip kenal kuih ni dengan nama kuih lidah buaya.

kuih lidah buaya ini antara kuih tradisional yang sedap dan mudah ditemui di Sabah. Rasanya crunchy, manis-manis. Tanpa sedar, kamu pasti habiskan satu pek tanpa disedari. Selalu ada dijual di Gaya Street , tamu minggu yang terkenal di KK.

Kuih Lidah Buaya
Kuih Lidah Buaya

Bahan-bahan Resipi Kuih Lidah Buaya

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**


Cara-cara membuat Resipi Kuih Lidah Buaya

1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. 
4. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. 
5. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
6. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak, kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.
7. Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing.
8. Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai
9. Amik doh kecil tadi & canai leper.
10. Bila dah agak leper, nak canai 2,3 sekali pun boleh..
11. Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.
12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali..
13. Goreng hingga kekuningan(api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus..

Sumber: sue-hasue.blogspot.com


3. Resipi Kuih Cincin 

Kuih cincin juga merupakan salah satu kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. Dan kuih cincin paling sedap yang mrs pip pernah makan ialah kuih cincin dari daerah Kota Belud. Kuih cincin ini ada dua versi, satu yang lembut, tebal dan gebu. Satu lagi yang garing, nipis dan sedikit keras.

mrs pip lebih suka makan yang sedikit lembut berbanding yang keras. Kalau kamu berjaya beli yang sedap, kamu pasti akan makan tanpa sedar bercincin-cincin kuih cincin tersebut.

kuih cincin
kuih cincin


Bahan-bahan  membuat kuih cincin

300 gram tepung beras
100 gram gula pasir
200 ml air, untuk merebus
150 gram kelapa parut, disangrai
200 gram gula merah
Garam halus secukupnya
Minyak goreng secukupnya

Cara-cara membuat kuih cincin 

1. Didihkan air dan gula merah hingga larut, lalu tuangkan kedalam tepung beras. Kacau menggunakan spatula kemudian menguli.
2. Campurkan kelapa parut yang sudah disangrai, gula pasir, dan garam secukup rasa kedalam adunan tepung.
3. Kacau adunan hingga sekata dan gula menjadi hancur, kemudian diamkan satu malam
4. Keesokan harinya ambil adunan lalu bentuk menjadi bulat dan lubangi empat lubang ditengahnya, terakhir goreng di dalam minyak goreng yang sudah panas hingga matang kecoklatan.
5. Angkat, tiris, dan sajikan dengan minuman seperti teh ataupun kopi, selesai.

Sumber: borianafoods.com


4. Resipi Penyaram sukatan cawan

Sehingga hari ini, mrs pip belum pernah buat kuih penyaram. Ok, coming soon Insya allah kita buat. Rahsia kuih penyaram sedap dan bentuknya cantik? mengikut tips daripada arwah nenek mrs pip, kuih penyaram akan lebih sedap dan cantik kalau dibancuh semalaman dan digoreng keesokan harinya. Dan mahukan penyaram cantik warnanya, letaklah beberapa titik kicap. 

Yang ini tips ya, mrs pip belum pernah mencuba, jadi nanti kalau sudah dicuba, Insya Allah mrs pip buat review ya mengenai tips untuk mendapatkan penyaram yang cantik.

Mungkin penyaram di tempat kamu dipanggil dengan nama yang lain, tapi yang pasti penyaram merupakan antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah.

kuih penyaram sukatan cawan
kuih penyaram sukatan cawan

Bahan-bahan  kuih penyaram sukatan cawan

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir - boleh kurangkan bila tak suka manis
garam secukupnya

Cara-cara membuat kuih penyaram sukatan cawan

1. mula-mula masak gula merah bersama dengan air hingga gula larut kemudian bila sudah larut ketepikan dan biarkan sejuk.
2. bila sudah sejuk tapiskan air gula dan satukan dengan semua bahan diatas tadi (tepung beras, tepung gandum, gula pasir, dan garam) kemudian kacau hingga sebati dan peram semalaman.
3. esok paginya boleh goreng adunan, gunakan minyak sikit je, untuk menggorengnya sendukan 1 senduk adunan dan goreng ke dalam minyak panas tadi.
4. biarkan adunan masak dari tepi sampai ke tengah kemudian boleh terbalikan, bila sudah masak boleh angkat dan ulangi langkah menggoreng tadi hingga adunan habis.
5. kuih cucur jawa menurut saya paling sedap kalau manis dan bila anda tengok tekstur dalamnya berongga seperti sarang semut. 

Sumber: Facebook ilovesarawak


5. Jelurut

Kuih jelurut antara kuih kegemaran mrs pip. Kuih ini bukanlah yang common di jual di gerai kuih, tapi boleh ditemui di tamu-tamu minggu. Kuih ini lembut dan sedap. Ada yang jual letak warna hijau, ada yang jual tanpa pewarna hijau.

Kalau di tamu Rabu Pekan Membakut, memang ada sorang makcik tu jual jelurut ni sedap. Dan memang akan beli jelurut buatan makcik tu. Sekarang ni tengah PKP kerana Covid-19, maka bertahanlah rasa craving mau  makan jelurut.

Jelurut
Gambar: Google

Bahan-bahan  membuat kuih jelurut

500gm tepung beras
1000 ml air santan(guna 200ml santan kotak KARA + 800ml air) kalau nak lemak tambahkan kuantiti santan pekat
secubit garam
250 gm gula apong @gula melaka

Cara-cara membuat kuih jelurut

1. Didihkan air di dalam periuk pengukus dan aturkan kelongsong kedalam bekas secara berdiri supaya mudah untuk menuang adunan kedalam kelongsong.
2. Didihkan air santan, masukkan garam dan gula apong.
3. Masukkan air santan yang sudah mendidih ke dalam tepung yang telah di ayak.
4. Kacau rata, masukkan ke dalam jug supaya mudah menuang adunan kedalam kelongsong. k

p/s: semasa menuang tak perlulah menuang di atas air yg tengah mendidih. tapi selepas habis adunan di tuang ke dalam kelongsong perlu cepat2 simpan ke dalam pengukus.

Sumber: sihzmah-huzaimah.blogspot.com/


6. Kelupis


Kelupis ni mrs pip kenal hanya selepas berkahwin dengan incik suami. Kelupis merupakan kuih yang biasa ditemui sekiranya ada majlis perkahwinan. Ni kiranya makanan WAJIB ada pada kebiasaan majlis perkahwinan di Membakut.

Yang ni, mak mertua selalu buat. Jadi kalau mrs pip mau makan kelupis, senang jak, hanya perlu roger-roger my mertuaku sayang :)) ... dan yang pasti, kelupis juga merupakan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. mrs pip suka makan kelupis bersama kuah kari atau kuah kicap. 

kelupis
kelupis


Bahan-bahan  membuat kelupis
(untuk menghasilkan kira-kira 100 biji kelupis bersaiz kecil)

Segantang atau 4 kg beras pulut.
Lima biji kelapa tua yang diparut dan diperah santan.
Daun silad atau palas.
Garam.
Kawah untuk memasak santan dan pulut.
Periuk pengukus.

Cara-cara membuat kelupis

1. Masak santan sehingga keluar minyak selama sejam.
2. Masukkan beras pulut, santan dan garam secukup.
3. Selepas setengah jam, pulut dibungkus dengan daun silad atau palas.
4. Kemudian, kukus atau rebus pulut yang sudah dibungkus selama dua jam.
5. Daun silad berubah ke warna gelap menandakan ia sudah masak dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: www.bharian.com.my/node/171906


7. Kuih Terang Bulan

Kuih terang bulan inti kacang tanah bersama gula. Kuih terang bulan ni pun antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. Senang jak jumpa kuih ni lagi-lagi kalau waktu tamu minggu. Buat sendiri pun nampak macam senang, tapi mrs pip tak pernah buat lagi, selama ni memang beli ja kalau mau makan.

kuih terang bulan
kuih terang bulan
gambar: Google


Bahan-bahan 
membuat kuih terang bulan (Bahan 1)

2 Cawan Tepung Gandum.
4 Sudu Teh Serbuk Penaik.
1/2 Cawan Gula.
1/2 Sudu Teh Garam.

Bahan-bahan  membuat kuih terang bulan (Bahan 2)
1 Cawan Susu Cair,
1 Cawan Air.
1/2 Cawan Minyak.
2 Biji Telur.

Bahan-bahan membuat kuih terang bulan (Bahan 3 : Inti)

1 Cawan Kacang Tanah (Kisar).
1/2 Cawan Gula.

Cara-cara membuat kuih terang bulan

1. Masukkan semua BAHAN 1 ke dalam mangkuk besar. 
2. Kemudian masukkan BAHAN 2 dan kacau sebati. 
3. Panaskan kuali leper dan letaklan sedikit minyak. 
4. Tuangkan secawan adunan tadi dan ratakan. 
5. Tabur kacang dan gula. Siap!

Sumber: Kanopi Biru


8. Kuih Bom

Nah, kuih bom yang sticky sikit tapi memang sedap. Tak rugi mencuba untuk makan kuih bom ni kalau kamu datang ke Sabah, tapi ikut nasiblah sedap atau tak sedap.

Kalau kamu jumpa penjual yang memang pandai buat kuih bom, memang nikmat untuk makan lagi dan lagi. Kalau sebaliknya, cukuplah sebiji lepas tu kamu mesti ndak mau makan lagi.

Kuih bom juuga kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah, penuh dengan salutan bijan di luar permukaan kulit.

Kuih bom
Kuih bom

Bahan-bahan membuat kuih bom

1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
2 sudu makan tepung gandum
secubit garam
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

Cara-cara membuat kuih bom

1. Dalam mangkuk atau basin, masukkan gula pasir, garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur.
2. Kemudian masukkan tepung pulut dan tepung gandum.
3. Uli hingga menjadi doh

p/s ; tujuan gula dimasukkan ke dalam adunan adalah untuk mengelakkan kuih bom meletup semasa menggoreng..(sebab tu kuih ni di panggil kuih bom..hihii)

Bahan-bahan membuat inti

500 gm kacang hijau @ kacang merah (direndam setengah hari sekurang-kurangnya supaya kacang cepat empuk)
Seketul gula melaka
Gula pasir secukupnya (mengikut citarasa masing2)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung gandum (tujuannya supaya inti tidak mudah bersepai)
Sehelai daun pandan

Cara-cara membuat inti
1. Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan tepung gandum. Kacau hingga kering...tapi jangan terlalu kering..agak2 inti boleh di kepal boleh la matikan api dapur tu ye...
2. Sejukkan inti, kemudian kepal bulat-bulat sebesar syiling 20 sen lama.
3. Ok..dah siap buat kulit dan inti kacang...ambil doh kulit kuih bom tadi..
4. Leperkan kat atas tapak tangan, kemudian letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan tadi, tutup inti dengan kulit kuih bom tadi..dan golekkan kuih bom kita tadi tu kat dalam bijan hingga bijan menyaluti semua bahagian kuih bom..
5. Lepas tu boleh la goreng dalam api sederhana besar sehingga kuih menjadi warna keemasan dan terapung dipermukaan minyak...

p/s: goreng dengan minyak yang mencukupi supaya kuih masak sempurna dan tak hangit kat bawah.

Sumber: Facebook 1Sabah


9. Pais Pisang

Pais pisang ni kalau pergi tamu Membakut, memang ramai yang berjualan. Ada pelbagai style dorang punya pais pisang bah. Ada yang guna tepung gandum, tepung beras, ada yang pisang tu kena lecek habis habisan, ada pula yang letak seketul pisang di dalam lipatan tepung ... 

Ada yang sedap rasanya, kau makan satu kau mau lagi dan lagi. Ada yang lembut , manisnya ngam ngam rasa. Ada pula yang hurmmmmm kau baru gigit sekali terus kau buang yang lain pasal keras, masih mentah dan ada pula yang basi! Adeh.

Apapun, pais pisang juga dikenali sebagai lepat pisang dan mungkin bukan di Sabah saja ada pais ni kan, tempat lain pun ada juga ni kan ... apapun, pais pisang ni antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah yang biasa orang berjualan di tamu-tamu atau pasar.

pais pisang tepung beras
pais pisang tepung beras

Bahan-bahan membuat pais pisang tepung beras

2 cawan pisang lenyek( blend)
2 cawan tepung beras
1 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula( jika nak extra manis)
15-20 keping daun pisang selebar tapak tangan
(layur daun pisang hingga nampak macam berminyak)


Cara-cara membuat pais pisang tepung beras

1. Campurkan tepung beras, kelapa, gula, garam dan kacau sebati..
2. Bentangkan sekeping daun pisang dan letakkan 1 sudu besar adunan pisang ditengah- tengah daun pisang
3. Tutup kiri kanannya dan lipat kedua- dua hujungnya..
4. Jerang air dalam kukusan hingga mendidih dan kukuslah kuih yang siap dibungkus selama lebih kurang 20 minit
5. Selepas 20 minit, ambil 1 kuih dan buka bungkusan serta kerat tengahnya dengan sudu..
6. Tengok, jika dah cantik masaknya bolehlah angkat. Jika masih ada kesan tepung yang belum masak, tambah masa mengukusnya 5-10 minit lagi..

Sumber: namakucell.blogspot.com

10. Kuih Cempiang

Kuih cempiang ni dulu waktu mrs pip kecik-kecik, biasanya bangsa Cina yang berjualan di pasar atau ditamu. Jadi waktu tu memang ndak pernah merasa kuih cempiang ni dan selalu ingat kalau bangsa Cina yang jual, maka ianya not halal. ekeke. 

Tapi, bila sudah besar barulah tahu yang kuih cempiang ni campurannya semua halal, cuma kuih ni dulu memang terkenal dikalangan bangsa Cina, dan lepas tu baru perasan laaaa ada la yang Muslim pandai bikin dan jual kuih ni. haha.

Hari tu mengidam mau makan ni cempiang, maka paksa diri belajar buat cempiang ni. Tak susah mana pun tapi kena bersabarlah ya untuk buat doh nya.

Mau tengok full version punya resipi, boleh klik di >>> Resipi Kuih Cempiang Sabah Simple dan Sedap

kuih cempiang sabah
kuih cempiang sabah

Bahan-bahan membuat kuih cempiang:-

Bahan A

Sepeket Yis (mrs pip guna 2 sudu makan yis)
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
- campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih

Bahan B

4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung
- semua bahan - bahan digaulkan bersama

Bahan C: Inti Cempiang

2 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar rempah lima
2 sudu besar air suam


Cara-cara membuat kuih cempiang:-

1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan uli sekejap sahaja sampai sebati.
2. Rehatkan doh selama sejam, dan doh akan mengembang sekitar 2 kali ganda dengan doh asal.
3. Tutup bekas doh dengan sehelai kain basah, atau menggunakan plastic wrapper ataupun penutup bekas
4. Selepas sejam, uli doh semula sekitar 20 minit (dan ada yang bagitau mrs pip , doh tu kena uli selama 40 minit! boleh pengsan mrs pip nak uli doh lama-lama)
5. Leperkan doh menjadi empat segi dan sapu inti cempiang (sila abaikan gambar inti di bawah ini yang kurang cantik tu)
6. Selepas sudah sapu, gulung tu doh sehingga di penghujung, dan potong doh kepada beberapa bahagian (lebar potongan jangan terlalu tebal, nanti time goreng risau pula masak di permukaan tapi mentah di dalamnya)
7. Selesai potong, kemas-kemaskan doh tadi agar melekat di bahagian hujung untuk elak doh terbuka time goreng nanti.
8. Panaskan kuali dengan api sederhana , dan tuang minya secukupnya.
9. Goreng kuih cempiang tadi dan terbalik-balikkan beberapa kali sehingga kuih warna keperangan.
10. Angkat kuih tadi, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama kopi panas.


Baiklah, ini adalah senarai 10 kuih tradisional Sabah beserta resipi mudah nak buat. Kuih kuih ini mungkin bukanlah seratus peratus kuih tradisional Sabah atau berasal dari Sabah, namun ada yang sudah diolah mengikut kesesuaian penduduk setempat.

Apa-apapun, mana satu kuih yang korang pernah makan, suka makan mahupun tak pernah nampak dan tak pernah makan?

Nak cuba buat 10 resipi kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah? Semoga berjaya buat kuih ni semua ya. Apapun, selamat berpuasa semua.

Hugs and kisses, xoxo

cheers.
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done