Garis Panduan Covid-19 Bagi Pembelian Barangan Keperluan Harian

hi semua, rasanya semua dah sedia maklum yang negara kita sedang dalam Restricted Movement Order (RMO) untuk membendung Covid19 yang mengganas di seluruh dunia. Dan rasanya semua pun faham yang kita kena STAY AT HOME dan hanya keluar rumah untuk hal-hal yang betul-betul memerlukan. Dan hanya mereka-mereka yang tertentu sahaja yang bekerja sebagai essential workers (yang ni sedia faham lah ya semua essential workers ni siapa) yang dibenarkan keluar bekerja ataupun mereka yang bekerja atas arahan majikan (yang ni periuk nasi masing-masing so kenalah bekerja juga). Siapapun kita, please stay safe semua ya , amiin.

Dan untuk mereka-mereka yang keluar rumah untuk beli keperluan harian, di harap korang betul-betul berusaha mengikut langkah-langkah keselamatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelak / mengurangkan perebakan Covid19 .

sop pembelian barang keperluan harian covid19
sop pembelian barang keperluan harian covid19

Kebetulan ada yang share info bagi langkah-langkah atau standard operating procedure pembelian barangan keperluan harian (musim Covid19) , jadi Mrs Pip share kat entry blog, semoga perkongsian ini bermanfaat. Walaupun mungkin ramai yang dah tahu apa yang Do and Dont's sebelum , semasa dan ketika balik rumah membeli barangan keperluan harian, tetapi no harm sharing good information buat semua.

S.O.P PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN (Musim Covid19)


*📌Sebelum Keluar*
- Lantik 1 orang wakil tetap sahaja
- Senaraikan barang² yang hendak dibeli
- Pakai mask
- Keluar sekitar jam 10pagi-3ptg (waktu matahari dah naik)
- Bawak 1 plastik untk isi duit baki (jangan letak duit baki dalam poket/beg duit)

*📌Semasa Di Luar*
- Keluar tidak lebih 40minit
- Jaga jarak dengan orang lain (1 meter)
- Bersuara pada benda yang perlu sahaja
- Lihat barang dengan betul, dan ambil (Elakkan ambil, letak semula)
- Hulur plastik untuk pekerja kedai masukkan duit baki

*📌Balik Ke Rumah*
- Jemur barang yang tidak boleh dibasuh
- Jemur kunci kenderaan (termasuk motor)
- Basuh tangan (dengan sabun)
- Basuh barang yang boleh dibasuh termasuk duit (dengan sabun) dan keringkan
- Kumpul plastik² dan buang
- Cabut mask dan gantung/buang

*📌Fasa Akhir*
- Basuh kaki sebelum masuk rumah (dengan sabun)
- Mandi dan bersihkan seluruh bandan (Dengan sabun dan shampoo)
- Keringkan badan
- Minum segelas air suam panas
----------------------------------------------
🔊🔊Tambahan: Pakai tisu atau sarung tangan ketika isi minyak
-------------------------------------------
Sumber oleh :- KKM


Mrs Pip harap kita semua stay at home , stay safe.

Dan kerajaan dah umumkan RMO dilanjutkan sehingga 14 April 2020, dan mungkin ada yang tengah stress kerana tiada sumber pendapatan, ada yang tengah struggle untuk catu perbelanjaan, dan mungkin ada yang dah mula rasa mati kebosanan , tetapi apapun situasi yang anda hadapi sekarang, Mrs Pip berharap anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan stay healthy everyone.

Serius, Covid19 ni mengajar Mrs Pip beberapa perkara yang selama ni mungkin I just take for granted seperti pentingnya menjaga kebersihan diri, bersyukur dengan setiap rezeki yang ada, jangan mudah mengeluh, sentiasa berbahagia dengan ahli keluarga, banyakkan sabar, selalu berdoa kepada yang Maha Kuasa minta dijauhkan segala kemudaratan, etc

Dan kalau yang rasa tak tahu nak buat apa asyik berperap di rumah, bolehlah fikir untuk spring cleaning barangan / pakaian , pilih mana yang dah tak nak guna , asingkan. Bolehlah guna masa RMO ini untuk belajar benda lain seperti nak belajar memasak, baking, nak improve foreign language, nak baca al-Quran, nak tulis blog, edit blog, cantikkan layout instagram, nak buat movie marathon dan banyak lagi yang boleh buat dalam rumah kan.

Love you all. Hugs and Kisses.

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. sha order je, pastu ada orang hantar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang . memudahkan. tak perlu nak keluar beli barang kan.

      Delete
  2. dah jadi paranoid dengan apa yang sedang berlaku kini ,semoga doa2 umat Islam dimakhbulkan Allah swt agar ianya segera berlalu, aamiin

    ReplyDelete
  3. aida bebetul skang jaga perkara ni.
    demi anak2.
    tak sanggup la kalau2 ditakdirkan anak2 dijangkiti.
    balik je, aida / asben akan bersihkan diri. baju bilas, terus cuci.
    tgn cuci dgn dettol.

    ReplyDelete
  4. good reminder. thnk you mrs pip

    ReplyDelete
  5. tolonglah jaga jarak dan sentiasa mandi, dan cuci tangan lepas balik dari membeli barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn Sha.
      mmg kena ambil berat social distancing dan bersihkan tgn tu.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.