Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !

Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !


hi there. Layan Korean Movie lagi, kali ini cerita Midnight Runners, dua orang polis pelatih yang secara tidak tersengaja melihat seorang gadis diculik , dan mereka berdua berusaha menjejaki penculik tersebut menggunakan ilmu dan semangat kepolisian walaupun mengundang bahaya kepada nyawa mereka. Jalan cerita menarik dan kombinasi pelakon Park Seo Joon dan Kang Ha Neul memang hebat. Park Seo Joon memegang watak Park Ki-Joon , manakala Kang Ha Neul memegang watak sebagai Kang Hee Yeol. 

Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !
Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !

Cerita bermula apabila Ki Joon dan Hee Yeol dalam perjalanan balik ke kampus polis daripada kelab malam, kebetulan terlihat seorang gadis berjalan kaki dan asalnya mereka berdua ingin mengurat gadis tersebut, dan ketika gadis tersebut semakin menjauh, mereka terlihat gadis tersebut ditarik masuk ke dalam sebuah van. Gadis tersebut diculik.

Mereka berusaha mengejar van penculik namun tidak berjaya. kemudian mereka kembali ke tempat kejadian dan terjumpa bungkusan makanan yang tertinggal oleh si gadis dan mereka berjaya mencari gerai yang menjual makanan tersebut, dan dari sana mereka mendapat clue di mana gadis itu bekerja, dan clue seterusnya membawa Ki Joon dan Hee Yeol menjejaki tempat persembunyian penculik.

Anak-anak gadis diculik dan dijadikan "kilang telur" untuk proses IVF bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, malangnya mereka dipaksa dan sekiranya mereka tidak mampu menghasilkan telur , mereka akan menjadi mangsa penjualan organ pula! 

Best Korean Movie Midnight Runners , polis pelatih yang berjaya selamatkan sindiket penculikan !
tajam tu mata tengok penyarah !

Ki Joon dan Hee Yeol tidak berjaya menyelamatkan gadis tersebut kerana mereka berjaya ditangkap oleh ketua gengster berkenaan , namun mereka berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripada balai polis berhampiran tetapi tidak dilayan kerana mereka kehilangan ID ketika diculik penjahat berkenaan , malam mereka terpaksa berdepan dengan hand-cuff di balai sehinggalah pensyarah mereka datang untuk membebaskan mereka.

Mereka diminta untuk kembali ke kampus dan biarlah pihak yang berkenaan menyelesaikan maslaah penculikan tersebut, namun Ki Joon dan Hee Yeol berasa tidak tenteram selagi tidak berjaya menyelamatkan gadis yang diculik, malah ketika mereka berjaya mendapatkan lokasi penculikan, ada ramai lagi anak-anak gadis yang menjadi mangsa penculikan berkenaan.

Memandangkan usaha mereka dengan meminta polis untuk menyelamatkan gadis-gadis tersebut gagal , maka mereka merancang untuk membebaskan gadis-gadis tersebut. Di kampus dalam diam mereka berlatih bersungguh sungguh.

Atas bantuan pencarian CCTV, mereka berjaya mendapatkan maklumat gadis-gadis yang diculik dibawa ke hospital untuk mendapatkan telur mereka. 

Ki Joon dan Hee Yeol bersiap sedia untuk menyerang gengster di tempat letak kereta hospital dan walaupun cedera , mereka berusaha untuk menghentikan doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan telur gadis-gadis yang menjadi mangsa penculikan tersebut.

Akhirnya , polis berjaya memberkas penjahat, dan anak anak gadis yang diculik juga berjaya selamatkan . 

Ki Joon dan Hee Yeol berdepan dengan tindakan disiplin, tetapi selepas ketua jabatan melakukan perbincangan, mereka berdua masih dibenarkan belajar di kampus dan terpaksa berdepan dengan 500 detention hours.

Part yang aku paling suka ialah bila dorang berdua ni bersiap sedia training memantapkan fizikal dan stamina mereka, memang pulunlah dorang training, nampak real dorang buat training tu. Dan aku suka lah watak persahabatan dorang dalam cerita Midnight Runners ni.

Tak rugi layan movie ni, selamat menonton.

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. jalan cerita menarik..
    blh download ni..
    cite polis2 camni sy minat nk tgk.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni not bad, Dan lagi best tiada scene bercinta, romantik2 ,haha.

      Delete
  2. 2 hero fav liez ni.. xsempat tgk lagi ni..

    ReplyDelete
  3. menarik jalan cerita dia..kat Netflix, ada ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti netflix ada ke tak since mrs pip langgan Viu, RM20 untuk 3 bulan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.