hi there, raya kan sebulan ... korang still celebrate raya tak? Jumaat minggu lepas 6/7/2018 , sekolah tadika tempat lil' Iman dan lil' Amin bersekolah ada buat sambutan Hari Raya Aidilfitri . semua murid dikehendaki memakai pakaian raya , tak kisahlah nak pakai baju melayu, baju kurung , skirt, dress, jeans , etc ... mrs pip pakaikan lil' Iman dan lil' Amin kurta raya mereka ... happy lil' armies bila dapat tahu hari tu ada sambutan raya ... siap lil' Iman tanya "mommy, nanti ada makan-makan di sekolah? Iman mau makan biskut raya" ...
Sambutan raya di tadika Iman dan Amin #bromance #twopeasinthepod |
untuk sambutan raya ni, hanya guru-guru dan murid-murid sahaja yang terlibat ... parents tidak dijemput *maybe nextime, hehe* ... tetapi, setiap parents diminta untuk bawa makanan potluck dari rumah ... tidak kisahlah sama ada nak bawa biskut raya, buah-buahan, makanan ringan, makanan berat, minuman dan sebagainya.
so, mrs pip request mr.Husband masak mee goreng ayam (tanpa kicap) ... biasa mee goreng letak kicap kan, yang ni sesekali buat kelainan, buat mee goreng tanpa kicap, dan letak isi ayam ... mrs pip bekalkan dua container sederhana besar , hope cukup untuk murid murid lain dan cikgu cikgu menjamu selera ... lagipun parents lain pun bawa potluck juga , so kiranya makanan semua mmg share share makan ...
Sambutan raya di tadika Iman dan Amin potluck dari parents |
gambar atas ni hanya sebahagian gambar makanan yang mrs pip dapat dari perkongsian group whatsapp untuk kelas lil' Iman ... dan laoshi dorang bgtau, buah-buahan yang paling banyak dibawa untuk potluck pada hari tu ... kenyang budak-budak makan segala jenis buah ... oh lega! risau kalau banyak junk food ...
Sambutan raya di tadika Iman dan Amin nampak tak lil' Iman? |
dan terima kasih buat laoshi Chiam yang kongsi banyak sangat gambar2 kat group whatsapp ... dah parents tak dapat nak join kan, so terpaksalah harap laoshi yang ambil gambar murid murid kan ... adalah juga terselit beberapa gambar lil' Iman dan lil' Amin ...
Sambutan raya di tadika Iman dan Amin nampak tak lil' Amin? |
seronok bila nampak gambar anak anak bersama rakan rakan mereka ... banyak sangat gambar yg dikongsi, so mrs pip pilih yang ada gambar lil' armies yer ... lil' Iman nampak agak selesa join the crowd, tp lil' Amin ni memang sejenis tak brapa suka nak mixed dengan orang ... kalau boleh dia nak yang jauh terpencil kelihatan dari sesiapa ... tak suka nak masuk dalam group ... hiks lil' Amin ni kan ...
Sambutan raya di tadika Iman dan Amin nampak tak lil' Iman dan lil' Amin? mengabadikan gambar kenangan beramai-ramai |
habis saja waktu sekolah, mereka pun semua bersurai ... masing-masing dibekalkan dengan goodie bag yang berisi minuman kotak, coklat, wafer, snek, jelly, dan lolipop ... happy sangat lil' Iman dan lil' Amin dapat makan makan , dan lagi happy dapat makan 'junk food' yang memang mrs pip dan mr.Husband tak benarkan dorang makan! adoi ... kalau parents dibenarkan hadir, memang anak anak mrs pip takkan merasa nak makan junk food tu ... tak pa lah, sesekali bolehlah kot T_T
dan yes, mee goreng tanpa kicap tu licin!
cheers
2 Comments
Meriah jamuan raya sekolah iman dan amin..
ReplyDeletemeriah ... tp I wish I could join the kids too ...
Deletehaha, bab makan mesti tak nak lepaskan...
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.