Pregnancy: Berjaya Naikkan Bacaan HB

hi there, minggu ni dah masuk minggu ke 33 kandungan mrs pip, very alhamdulillah ... lagi 7 minggu menanti baby NH akan keluar, insya allah ... doakan semoga kelahiran ini selamat dan dipermudahkan Allah SWT ... 

selama mengandung baby NH ni, memang sangat berbeza dengan mengandung lil' Iman mahupun lil' Amin , tapi tu semua ujian ibu mengandung la kan ... 

mengandung baby NH ni, serius muntah dan loya berpanjangan, dan masuk minggu ke-33 ni still muntah tak kira masa ... 

bacaan Hb naik mendadak
Throwback scan baby 9 minggu 4 hari

so, what's up dengan 33 minggu mengandung ni? well, semakin bertambah minggu kandungan, semakin bertambahlah juga berat badan mak buyung ni ... 

berat sekarang dah cecah 79kg, which is 1kg to 80kg ! woha! I am a real balloon now. lepas ni tak tahu lah mcm mana nak turunkan berat badan 20kg ... 

tapi 1st target of course nak hilangkan 10kg dulu, lepas tu slowly cari cara nak hilangkan another 10kg lagi ... tak boleh nak hilangkan 20kg sekaligus, mmg plan tak menjadi lah tu namanya ....

selain fikir bab nak reduce weight, mrs pip juga disahkan ada GDM (diabetes) semasa mengandung ... ini biasa berlaku kerana hormon badan tidak stabil, tetapi biasanya GDM akan hilang selepas bersalin kelak, so bab ini mrs pip tak risau sangat ... 

my first pregnancy was the same too T_T cumanya kena jaga makan minum ... 

nak tahu kenapa penting untuk ibu ibu mengandung yang ada GDM jaga makan dan minum, korang kena baca entry sebelum ni yang mrs pip pernah kongsikan dulu ...


baru baru ni, mrs pip scan baby NH pada usia kandungan 33 minggu di klinik swasta ... hari tu pada 32 minggu, doktor di klinik awam dah ada scan baby NH, dan tup tup doktor bgtau kepala baby songsang ... 

oh tidak! mmg risau bila dpt tahu baby songsang, tapi doktor bgtau nnt mingu ke 36 baru boleh confirm-kan sama ada baby betul2 songsang atau tidak ... 

pengalaman mrs pip mengandungkan lil' Amin , baby songsang dan terpaksa dipusing pada minggu kandungan mencecah 37 minggu .... 

dan serius nak pusingkan baby ni mmg sakit ... alahai, lebih sakit dari contraction nak bersalin , lebih sakit dari nak bersalin normal ... *maybe lain ibu mengandung, lainlah perasaan bila baby kena pusing akibat songsang* ... mmg berdoa banyak2 , baby NH akan pusing kepala ke bawah ...

so, bila buat scan kat klinik swasta tu, doktor bgtau kepala baby ada di bawah , tak songsang tapi baby still ada tendency untuk berpusing pusing di dalam rahim, so kalau kepala tu ter'engage' kat atas, tu yang boleh songsang ... 

alahai baby NH, duduk diam diam elok elok kat rahim mommy ok ... hope baby NH tak songsang ...

selain tu, berat baby sewaktu scan ialah 2.4kg, which the private doctor bagitau berat pada minggu ke 33 biasanya sekitar 2kg , so ni dah ada extra 400gm ... 

jadi doktor nasihatkan mrs pip untuk jaga pemakanan since ada GDM untuk elak baby terlebih besar ... 

nanti susah nak bersalin, dan baby tu sendiri boleh dapat diabetes bila dia besar kelak ... tu yang mrs pip nak elak sangat coz mrs pip mmg ada diabetes (secara keturunan) ...

Zincofer , tablet haematinic yg membantu menaikkan Hb ketika mengandung
Zincofer , tablet haematinic yg membantu menaikkan Hb ketika mengandung

Bacaan HB Naik Selepas Ambil Zincofer

pregnancy kali ni juga menampakkan penyusutan bacaan Hb setiap kali temujanji di klinik ibu dan anak ... 

tapi HB rendah ni mmg dah sedia maklum coz dari mengandungkan lil' Iman dan lil' Amin, Hb tak pernah naik ... 

letih makan multivitamins yg diberikan dan segala senarai menu yang dipercayai mampu membantu menaikkan Hb ... so kali ni, malas mau fikir bab bab Hb rendah ni ...

tapi kan, dalam waktu kau rasa nak putus asa tu, tetiba datang seorang doktor yang sangat concern dengan tablets yang mrs pip ambil ... 
  • mula mula bagi tablets '4 sekawan' tu, mmg pening la berhari hari , so terus reject tablets ni ... 
  • lepas tu dapat Obimin, so far mmg tak pening tapi Hb tak pernah nak naik ... 
  • lepas tu ingat nak ambil Iberet, tapi pregnancy dulu makan Iberet pun mmg tak naik juga Hb ni, siap makan sebiji pagi petang pula tu ... so, Iberet ni mrs pip tak nak dan hope ada tablet lain yg mrs pip boleh cuba ...

tada! doktor bagi Zincofer pula ... siap suruh makan sebiji pagi dan petang ... 

sebelum ambil Zincofer tu, bacaan Hb dah susut kepada 10.2 , dan sah sah akan turun kepada bacaan 9 ... 

dua minggu consumed Zincofer ni, bacaan Hb naik kepada 11.0 lepas tu seminggu kemudian check lagi Hb naik 11.3 ... alhamdulillah ...

setiap kali ambil Zincofer ni, mrs pip minum bersama jus limau kasturi (any drinks with vit.C) untuk memudahkan penyerapan zat besi dan elak ambil bersama susu, teh dan kopi ... 

apapun, setiap ibu mengandung tu tak sama, maybe ada yg sesuai ambil Zincofer ni, maybe ada yg tak ... so korang kenalah rajin mencuba dan bertanya kepada doktor untuk minta saranan terbaik buat korang and baby korang ...

sekarang ni, mrs pip tengah tunggu pula result darah pengesahan lanjut mengenai keputusan hepatitis B ... 

hari tu doktor request untuk ambil result darah terkini nak tahu sama ada mrs pip masih hepatitis B carrier atau tak ... 

so will update the result once keputusan makmal dah keluar ...


dan jeng jeng jeng, cer teka jantina baby? baby girl or baby boy? .... 

nnt mrs pip share the latest scan photo baby NH , insya allah ... 

thanks for reading.

motherhood journey always full with fun and chaos! :))

cheers.

Post a Comment

11 Comments

  1. jaga diri akakk.. inshaAllah smuanya dipermudahkan . amin <3

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..selalu baca pasal hb rendah ni kat ibu2 yg mengandung..bila baca entry mrs pip ni dpt info baru tapi betul la setiap org berbeza kesesuaian ubat atau supplement..so better consult with doctor before ambil apa2,kan..terutama tengah pregnen ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya FS, kalau preggy ni, apa2 nak consume ubat / multivitamins betterlah consult doktor dulu ...

      Delete
  3. mpy....terus lah aku rindu mengandung, aku doakan kan kau dan baby sihat sentiasa, insyaAllah semua akan baik baik saja mpy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lu doakan aku ...
      semoga kau pun diberi rezeki yg murah selalu ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.