Pregnancy Update : 20 Minggu + disahkan Hepatitis B carrier - Cerita Cinta Surirumah

Friday, 13 April 2018

Pregnancy Update : 20 Minggu + disahkan Hepatitis B carrier

hi there, so minggu ni mrs pip dah 20 minggu mengandung ... terasa mcm cepat masa berlalu , hari tu rasa mcm baru juga beberapa minggu mengandung, now half way sudah , lagi 20 weeks to go, itupun kalau tidak bersalin awal ... kes lil' Iman, mrs pip bersalin tepat 36 minggu, dan kes lil' Amin pula tepat 38 minggu ... 15 Mac hari tu mrs pip buat ujian MOGTT (ujian minum air gula) dan keputusan ok, TAPIIIIII ni yang mrs pip TAK SUKA, doktor arahkan mrs pip untuk buat ujian ke-2 MOGTT atas faktor :- 

  • BMI >>> kategori obese <<<  I is 74kg dgn 29 BMI
  • umur mencecah 4 series , keturunan >>> 39 yrs you old! nothing to hide
  • keturunan >>> my mom is a diabetic patient <<< 

oh tidak! tanyalah mana mana ibu mengandung, ujian MOGTT ni kalau boleh memang tak nak buat, cukuplah SEKALI sahaja .... so, belum ada jadual lagi bila nak buat 2nd MOGTT, tapi sebelum kandungan masuk ke minggu - 28 .... so, lagi 6 to 7 weeks akan buat MOGTT yang kedua , argh.

Pregnancy Update : 20 Minggu
Pregnancy Update : 20 Minggu

last Monday 9/4/2018, mrs pip ada temujanji di klinik ibu dan anak, so seperti biasa kena check darah  untuk HB dan air kencing ... HB turun sedikit berbanding bulan sebelumnya, tapi masih ok, 11g/dl , kandungan air kencing pun tiada masalah, dan tekanan darah normal ... dan satu lagi, berat badan tiada peningkatan ... still 74kg ... biasanya berat badan akan naik 1 kg setiap bulan, tp ni maintain pula, so hope boleh maintain lagi untuk the next month :)) ....

baby pun dah start rasa boleh bergerak, cuma still dalam gerakan yang agak lembut ... tak start main football lagi ... dan doktor buat ultrasound scan ... alhamdulillah, baby berada dalam keadaan yang baik, pertumbuhan yang normal sesuai dengan minggu kehamilan, baby sangat aktif bergerak ... dan mrs pip request nak tengok jantina ... walaupun still dalam 20 minggu, jantina BERJAYA DIKESAN, cuma doktor bgtau nnt baby 7 bulan dalam perut, baru boleh betul2 CONFIRM jantina baby ....

cer teka baby boy or girl? I is senyum je bila doktor bagitau probability jantina baby dalam rahim mrs pip ni T_T .... 
selfie seketul depan Occ. Theraphy Hospital Beaufort

hari tu dalam entry pregnancy update : 16 weeks, mrs pip ada bgtau mrs pip mengalami masalah vena verikos, so doktor arahkan mrs pip untuk buat net sock untuk vena verikos di Hospital Beaufort, bahagian Occupational Therapy ... dah siap bagi borang untuk request stokin khas tu .. I is malas sebenarnya nak pigi buat, tp doktor risau vena verikos tu semakin membesar, jadinya mrs pip pun merajinkan diri pergi ke hospital untuk buat  net sock tu ....

buat net sock ni bukannya lama pun ... bawa saja borang yg doktor bagi ke bahagian Occupational therapy tu, dan berdoalah tak ramai pesakit ya ... mrs pip bernasib baik coz time mrs pip pergi tu, pegawai Occ. Therapy tu ada kebetulan slot dia kosong jam 9.30am, so mrs pip terus dipanggil untuk jumpa pegawai tu ... kalau tak, mmg kena buat appointment dan datang kemudian hari ...

Net sock untuk vena verikos
Net sock untuk vena verikos

lepas pegawai Occ. Therapy check vena verikos mrs pip, dan ekceli vena verikos still berada dalam peringkat awal, so cuma perlu treatment guna net sock untuk compress kan vena verikos tu dan berharap vena verikos tak membesar untuk elak sebarang burst pada vena ... ekceli, net sock ni ialah sort of elastic bandage . just pakai mcm kita pakai stokin biasa, cuma ianya sedikit ketat ... pakai pun dalam sejam dua , lepas tu buka net sock tu dalam sejam dua juga dan pakai semula, kiranya pakai on off macam tu la .... dan mrs pip dinasihatkan jangan berdiri terlalu lama , dan banyak rehatkan kaki ...

kehamilan sudahpun masuk usia 20 minggu, tapi bab loya, muntah, pening tu jangan cakaplah ... recently, Monday night were one of the  hard night for mrs pip ... denga loya, dengan muntah lewat malam, lepas tu boleh pula lapar tapi tak tahu nak makan apa, nnt makan muntah balik pula ... lepas tu pening tak dpt tidur ...duduk kat sinki dapur berminit minit coz rasa muntah tu datang hilang datang hilang ... adohai, mmg cabaran ibu  mengandung la katakan ...  

mrs pip juga membuat ujian darah untuk saringan Hepatitis B, dan disahkan HEPATITIS B CARRIER .... menurut doktor, tiada apa yang mrs pip perlu risaukan kerana mrs pip bukanlah penghidap HEP B yang boleh menyebabkan orang sekeliling terjangkit ... mrs pip hanyalah (healthy) carrier kerana badan mrs pip sendiri mempunyai ketahanan daya imun untuk melawan virus HEP B itu sendiri (disahkan melalui laporan makmal ujian darah) ... 

bila masuk bab kesihatan mcm ni, paling penting untuk ibu mengandung atau sesiapa pun ialah SILA DAPATKAN PENJELASAN PENUH DARIPADA DOKTOR , kerana penting untuk kita mengetahui dgn jelas tahap kesihatan diri kita dan sekiranya perlukan rawatan, jangan berlengah atau bertangguh takut nak buat prosedur itu ini ... think positive dan jangan lupa selalu berdoa ...

itu saja pregnancy update mrs pip untuk 20 minggu kehamilan, doakan mrs pip dan baby sentiasa sihat ... and have a nice day everyone.

cheers.

4 comments:

  1. apa tu MOGTT kak? sha xpernah dgr...minum air gula ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sha, MOGTT tu ujian minum air gula ...

      Delete
  2. minum air gula dua kali tu macam dah jadi wajib pula.. maybe faktor pemakanan rakyat malaysia skarang ni kot.. Sebab kat tempat sha ini budaknya muda lagi.. Pun kena minum dua kali..

    ReplyDelete