Pregnancy: Minggu Kehamilan ke-16

hi there, update sedikit perkembangan pregnancy mrs pip. so minggu ni dah masuk 16 weeks of pregnancy. muka pun dah tembam, berat badan dah naik 4 kg ... 

sebulan naik 1kg, so most probably mrs pip akan naik sampai 79kg ! I is berat seberat beruang kutub ☺... 

lepas bersalin kelak, wajib gigihkan diri nak buang extra 9kg tu dulu, lepas tu baru fikir mcm mana nak buang lagi extra 10 kg. mrs pip perlukan total lost weight lepas bersalin sebanyak 19kg. so, how's the 16 weeks of pregnancy? muehehe.


dah 16 minggu ni, midnite sickness masih dtg menyerang... loya loya, muntah, pening kepala, mabuk tu jangan cakaplah, mmg hampir setiap malam bertarung dgn semua ni. dan recently, nampak gayanya, bukan setakat midnite sickness ni saja, morning sickness pun dah mula menunjukkan tanda tanda nak datang! 

oh please please go away. mmg nak berdepan dpn morning sickness ni agak menakutkan ... dahlah sebelah siang tu kena siapkan anak anak pergi sekolah, drive anak anak pergi sekolah, lepas tu balik rumah terkejar kejar nak siapkan kerja kerja surirumah, dan time tu kalau morning sickness datang menyerang, kalau pening tak tahan, mmg baring tidur la nampak gayanya.

so far, still alhamdulillah HB masih berada di tahap yang baik. dua pregnancy lalu (lil' Iman dan lil' Amin) HB mmg drop, dua kali seminggu kena pergi klinik check HB. hope HB untuk pregnancy kali ni berada dalam tahap yg memuaskan ... 

hopefully lah kan. HB yang rendah memungkinkan ibu yang mengandung akan berasa lemah, pening dan melahirkan baby lebih awal dari seharusnya, dan mungkin juga boleh melahirkan baby pramatang.


dan pregnancy kali ni juga, mrs pip mengalami masalah untuk minum susu, so sebagai ganti, mrs pip ambil supplemen kalsium. mmg tak boleh nak minum susu la, unless susu berperisa. 

dan selain tu, mrs pip juga tak boleh nak hadam pil iron yg diberikan oleh pihak klinik kesihatan, so, mrs pip request mereka berikan obimin, satu pil lengkap, tak perlu nak hadam sebiji sebiji pil 3 sekawan yang klinik kesihatan selalu bekalkan untuk ibu ibu mengandung tu kan ... 

memandangkan vena verikos kelihatan dengan jelas di tepi betis kaki kiri mrs pip, so mrs pip sangat dinasihatkan untuk tidak mengangkat beban yang berat seperti mendukung anak. dan mrs pip diminta untuk selalu merehatkan kaki sekiranya berdiri terlalu lama. 

selain tu, jururawat bgtau mrs pip, kalau mengangkat beban secara berterusan, vena verikos boleh muncul di sekitar luar kawasan vagina dan menyebabkan masalah melahirkan anak secara normal. 

bab makan minum pula, so far mrs pip lebih berselera makan sayuran hijau berbanding makan ayam / daging / ikan ... 

minum pula, mrs pip lebih suka minum air putih berbanding air berperisa dan langsung tidak mengambil sebarang minuman berkarbonat... 

dan mrs pip juga amalkan makan kacang kuda untuk membantu HB mrs pip agar berada dalam tahap yang baik. bab makan kacang kuda ni, mrs pip dapat info dari doktor O&G yang pernah merawat mrs pip semasa kandungan pertama dulu. 

last scan hari tu pada 27/2/2018 (14 minggu 5 hari ) dan baby berada dalam keadaan yang baik dengan berat badan 90gram. most probably next scan pula hujung Mac ni ... 

hope mrs pip akan sentiasa berada dlm keadaan yang sihat, dan baby pun sihat, dan mrs pip dan mr.Husband dah siap ada nama for our coming baby ni. 

thanks for reading, xoxo... have a nice day everyone.

cheers.

Post a Comment

9 Comments

  1. Sis, yang calcium tu ika ada baca semalam yang dia bagus untuk tulang eh? so boleh je kan makan even tak pregnant kan?

    Blog updated.https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/bersyukurkah-kita.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja makan walaupun tak pregnant. Kak pip mmg makan pil ni even tak pregnant ...just nak jaga kesihatan ...

      Delete
  2. semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Semoga kakpip dan baby sentiasa sihat, kuat, serta sentiasa dilindungi Allah SWT :) Ameen...

    ReplyDelete
  4. Congrats .... with kak pip and baby . Wish all both healthy always .....

    ReplyDelete
  5. auch..suwit..boy or girl ni..hope girl..hehe...

    ReplyDelete
  6. Seronok baca cerita orang pregnant ni.smaalah kalau preggy tak suka pil iron tuh tau.benci betul nak telannya.bau nauzubillah betul

    ReplyDelete
  7. Semoga mrs pip dan baby sentiasa sihat.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.