Guna Franch Oil rawat tumit kaki merekah atau pecah

hi there, masalah tumit kaki merekah bukanlah satu masalah yang besar, tapi kalau tidak dirawat dengan cepat, rekahan akan menjadi besar dan boleh membuat tumit kaki kelihatan hodoh, dan dalam sesetengah kes, tumit kaki akan terasa sakit dan menyebabkan ketidakselesaan pada diri sendiri ...

mcm mrs pip sendiri, memang mengalami tumit kaki merekah beberapa bulan yang lalu ... dan mrs pip mmg tidak begitu suka kalau ada tumit kaki merekah ni ... mungkin ada yang cakap "alah, merekah sikit sikit saja, bukan nampak sangat pun" , tapi still mrs pip tidak suka tengok tumit kaki ni merekah sana sini ... bila sentuh tumit kaki ni, terasa macam ada garis garis kasar , eeeuuw!

Guna Franch Oil rawat tumit kaki merekah atau pecah
Guna Franch Oil rawat tumit kaki merekah atau pecah 


kebetulan pergi watsons hari tu, ternampak la sebotol kecil Franch Oil ni ... mrs pip familiar dengar nama Franch Oil ni coz satu masa dulu, boleh nampak iklan Franch Oil ni kerap keluar di kacaTV dan majalah kesihatan dan kecantikan ... cumanya, mrs pip tidak pernah guna la pula Franch Oil ni ...

ternampak saja kat luar kotak tu tertera "Traditionally used for cracked heel, minor cuts, wounds, and burns and to relieve muscle and joint pains" , terus teruja mau try test guna Franch Oil ni ... manatau boleh membantu menghilangkan tumit kaki yang merekah tu kan ... harga untuk 120ml Franch Oil ni, kalau mrs pip tidak silap, less than RM20.00 , kira affordable juga untuk beli sebotol ...

lepas guna beberapa minggu secara konsisten, dua kali sehari selepas mandi ... rekahan tumit kaki semakin kelihatan mengecil, lama kelamaan rekahan hampir hilang dan tumit kaki kelihatan semakin pulih ... dan tada! dah lebih sebulan guna, rekahan tumit kaki hilang sepenuhnya ... 

Franch oil ni, selain khusus mrs pip guna utk hilangkan rekahan tumit kaki, mrs pip guna juga untuk sapu di sekitar betis mrs pip sebelum tidur malam untuk elak kaki kejang ... well, almaklumlah, mommy pregnant mmg sering diserang kaki kejang kan ... 

jadi korang yang tercari cari produk untuk rawat tumit kaki merekah tu, apa kata korang try guna Franch Oil, manatau berkesan kan ... 

sekadar berkongsi pengalaman merawat tumit kaki merekah ... 

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Biasa juga nampak brand ni mrs pip..tak pernah try sbb alhamdulillah tak ada masalah tumit kaki pecah2..boleh la cuba suggest kat org lain yg ada masalah ni...

    ReplyDelete
  2. selalunya orang lelaki tak kisah (rasanya la) bab tumit ni tapi saya rasa kot kasar sangat takut nanti merekah pulak

    ReplyDelete
  3. tumit abe kie pun dah start pecah2 ni sbb faktor penuaan. Kena beli sebotol la minyak Franch ni..

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. bagus la produk ni.. nnti boleh try dekat mak dan ayah..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.