Tips atasi STRETCH MARKS Ketika Hamil

Tips atasi STRETCH MARKS Ketika Hamil . hi there, wanita dan stretch marks bukan bersahabat baik! rasanya tiada wanita yang suka ada stretch marks, lagi lagi kalau stretch marks yang terdapat di kawasa tubuh badan yg senang kelihatan ... 

wah, kalau boleh nak tutup habis habisan stretch marks tu kan ... tapi nak buat mcm mana, tak kira kau gemuk kau kurus, stretch marks boleh sahaja timbul di badan ... 

kau ingat wanita gemuk sahaja yg ada stretch marks ni, NO NO NO , stretch marks tak kenal erti gemuk kurus yer. kalau kulit kau kurang daya elastik, so stretch marks boleh sahaja timbul ...

Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil
Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil 

dan stretch marks juga merupakan salah satu masalah bagi wanita yang mengandung ... 

semakin perut membesar, berat badan bertambah, maka stretch marks akan kelihatan dari garis garis halus pada mulanya sehingga garis garis yang boleh jelas kelihatan, dan ada yang sehingga menjejaskan keyakinan diri buat wanita yang mengandung ... 

stretch marks bukan sahaja timbul di sekitar permukaan perut, tapi juga di kawasan paha, pinggul, belakang ketiak, di betis etc ...

Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil
Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil : minum air secukupnya

Apa yang menyebabkan stretch marks? 


stretch marks adalah disebabkan oleh kulit yang meregang dan peningkatan hormon kortison yang berlebihan yang menyebabkan kulit kehilangan daya elastik. 

ada juga yg mrs pip baca info, stretch marks juga terhasil akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang dah kurang pengambilan air menyebabkan badan mengalami dehidrasi.

Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil
Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil : grapefruit yg kaya vit C

antara jenis jenis makanan / diet yang baik diambil untuk badan bagi mengelakkan stretch marks ialah makanan yang kaya sumber vitamin C, vitamin A, vitamin E, kaya zat besi yang mampu menggalakkan formasi kolagen, makanan kaya protin, sayur-sayuran, dan bekalkan badan anda dengan air yang mencukupi dan elak mengambil minuman berlebihan yang mengandungi kafein dan minuman tinggi gula.

Macam mana nak hilangkan atau kurangkan garisan stretch marks? 


dari apa yg mrs pip baca info la kan, banyak cara untuk mengurangkan stretch marks ni, tapi kalau nak completely hilang seratus peratus, tu korang kenalah buat pembedahan nak cantikkan kulit ...

Tips atasi STRETCH MARKS Ketika Hamil 

so, antara cara yang senang untuk korang buat pada pernukaan kulit yg mengalami stretch marks ialah (tapi tahap keberkesanan tu berbeza beza dari sorang individu ke sorang individu yg lain) :-

  • 1. sapu gel aloe vera
  • 2. gunakan shea butter
  • 3. gunakan vaseline
  • 4. gunakan minyak kelapa dara
  • 5. guna bio oil

Baca Juga Produk Yang Membantu Pudarkan Stretch Marks: Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin Berkesan Dengan Serum Oil Ini!


Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil
Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil : Bio oil membantu mengurangkan stretch marks

mcm mrs pip, sejak mengandung anak pertama sehingga mengandung sekarang ni, mrs pip memang setia dengan bio oil. bila tau saja mengandung, mrs pip cepat cepat grab bio oil ni, dan tak nak tunggu perut memboyot baru nak letak bio oil, NO NO NO ...

since dari permulaan minggu mengandung, mrs pip mmg akan sapu bio oil di sekitar perut mrs pip dua kali sehari untuk pastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering. dan bila perut semakin besar, mrs pip akan letak tiga hingga empat kali sehari untuk membantu kulit meregang dengan baik dan mengurangkan kelihatan stretch marks yang ketara...

bukan sekadar sekitar perut saja , mrs pip juga akan letak sekitar paha dan pinggul kerana kawasan ini juga tidak terkecuali akan mengalami pembesaran ketika mengandung .... 

dan alhamdulillah, tiada stretch marks yang jelas kelihatan di perut mrs pip sehingga kini ...

Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil
Tips atasi STRETCH MARKS ketika hamil 


kalau susah sangat korang nak ingat mcm mana nak atasi stretch marks ni lagi lagi time tengah preggy, hah korang tengok saja gambar yg mrs pip share kat atas tu, mudah nak faham dan senang korang nak ingat kan ...

P/S: kredit gambar dari Google

to everyone, stay beautiful inside out, and have a nice day ...

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ana dulu hari2 apply bio oil ni. Nampak berkesan. Parut luka pun boleh pudar.

    ReplyDelete
  2. Wanie pun bnyk stretch marks tp stakat ni dr bnyk2 tips kat atas ni, Bio Oil je yg tak pernah try lg 🤔

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.