Sushivid; Platform dikemaskini

hi there, ada yang bertanya kepada mrs pip mengenai job dari Sushivid. mrs pip bukannya pakar mengenai Sushivid, tapi apa yang mrs pip tahu, mrs pip tidak keberatan untuk berkongsi kepada yang bertanya. so, antara satu soalan yang ditanya ialah "macam mana mrs pip dapat job dari Sushivid?" , "kenapa susahnya nak dapat job dari Sushivid?" , dan juga "macam mana mrs pip buat write up proposal?" .... buat yang tak tahu lagi mengenai Sushivid, boleh baca entry mrs pip yang terdahulu >>> DI SINI <<< 

"macam mana mrs pip dapat job dari Sushivid" , rasanya, ramai Influencer yang dapat JOB dari Sushivid kan , sama ada Instagrammers, Youtubers mahupun Bloggers ... mrs pip pun tidak terkecuali mendapat beberapa job advertorial melalui Sushivid.  kalau korang tanya macam mana mrs pip dapat job dari Sushivid, mrs pip nak bagitau korang, kena rajin check job di Sushivid. bila ada job yang korang rasa sesuai untuk korang, jangan takut-takut untuk submit proposal korang. macam mrs pip, hampir semua job menggunakan blogger platform, mrs pip akan submit proposal. dapat atau tidak dapat, itu belakang cerita. yang penting, cuba dulu submit proposal.

dan proposal ni, bukan Sushivid yang akan pilih, tapi THE BRAND / THE SPONSOR yang akan pilih. tiada pilih kasih kat sini. kalau proposal korang terpilih, maksudnya, THE BRAND / THE SPONSOR berkenan dengan proposal korang.

"kenapa susahnya nak dapat job dari Sushivid?" , kalau korang dah hantar proposal, tapi belum lagi dapat job, jangan pula putus asa. mrs pip pun banyak kali kena reject, buka email dan dapat notification "bla bla is not your gig" .... haha, nak buat macam mana, proposal tak menepati citarasa THE BRAND / THE SPONSOR kan ... 

selain itu, Ilyani dari Sushivid ada email  semua Sushivid-ians kan, mengenai ada beberapa beberapa campaigns tidak dapat diteruskan kerana berdepan dengan annoying marketers seperti the cold feet, the no money no honey, the blue tickers dan sebagainya ... so, ni juga salah satu sebab kenapa kita tak dapat job dari Sushivid ... nak tahu lebih lanjut mengenai annoying marketers ni, korang boleh layan IG Sushivid ...

"macam mana mrs pip buat write up proposal?", untuk buat write up proposal, seriously mrs pip tiada spesific plan macam mana nak buat write up tu... mrs pip just follow apa yang THE BRAND / THE SPONSOR nak ... mrs pip akan cuba faham permintaan / kehendak THE BRAND / THE SPONSOR ni ... lepas tu kalau ada specific website diberikan, mrs pip akan terjah website THE BRAND / THE SPONSOR juga, nak tau lebih lanjut apa service yang mereka sediakan .. so at least kita dapat view atau info yang lebih banyak mengenai THE BRAND / THE SPONSOR ni ... jadi dari sana, boleh kaitkan servis mereka dalam proposal kita ....

hari tu mrs pip ada kongsikan serba sedikit cara nak apply job di Sushivid, termasuk contoh simple write up proposal ... kalau suka boleh klik link >>> cara nak apply job di Sushivid <<< 

Sushivid; Platform dikemaskini
Sushivid; Platform dikemaskini

UPDATE TERKINI 5/12/2017 : program referral dimansuhkan dengan rasminya. hari tu siapa yang join Sushivid melalui referral link akan dapat extra duit kan, tapi sekarang ni NO MORE EXTRA CASH untuk referral link. jadi yang ni sila take note. yang nak join Sushivid, boleh terus langsung ke laman web Sushivid >>> www.sushivid.com <<< 

dan satu lagi, PASTIKAN semua blogger memasukkan code Sushivid (embed the Sushivid code) di dalam blog korang ya, kalau tak, Sushivid tak dapat nak buat analytics blog korang. sudahnya, client tak dapat nak tengok PV blog, dan blog korang akan dikira sebagai INACTIVE USER ... jadi, jangan lupa embed the Sushivid code dalam blog korang T_T

hari tu mrs pip ada share Influencer Marketing di Malaysia mengenai Sushivid, so mrs pip nak jemput korang baca semua ... sudi sudilah klik di sini >>>  Influencer Marketing di Malaysia - platform untuk 'Influencer meet Brand - Brand meet Influencer' <<< 

and the good news juga, dah boleh buka Sushivid sepenuhnya di smartphones! siap boleh propose job thru smarphones ... kalau dulu cuma boleh buka di laptop/pc saja , so this is great!

thanks for reading, have a nice day everyone.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Nice tips Mrs Pip.. sy pun susah nak dapat job dr SushiVid hahaha xD
    nak cari job yg sesuai pun payah juga.. apapun Good Luck!

    ReplyDelete
  2. oh thnk you. this is a new one for me.

    ReplyDelete
  3. Saya selalu jugak dengar nama Sushivid nie tapi blum ada keberanian lagi, sebab takut tak dapat nak bagi komitmen.. hihi

    ReplyDelete
  4. Hai Pip ^^ lamanya nda jalan2 di blog mu ^^ sambil2 tu saya mencari tips proposal diterima oleh Sushivid, eh terjumpa pula tulisan ni. Thanks sis Pip :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.