Cara nak apply job di Sushivid

Cara nak apply job di Sushivid. hi there, ada yang bgtau mrs pip mereka tak faham sangat bab nak apply job kat Sushivid, so mrs pip nak info info korang CARA NAK APPLY JOB KAT SUSHIVID, kot kot membantu mereka mereka yang tertanya tanya cara nak apply job di Sushivid ni macam mana sebenarnya ...

hari tu mrs pip ada cash out duit dari SUSHIVID , boleh baca link entry kat sini >>> cash out pendapatan di Sushivid <<< . rasanya ramai dah blogger yang berjaya cash out pendapatan kat Sushivid ni kan, mrs pip ni baru 1st time, walaupun tak banyak mana, tapi bila dapat duit tu, happy sangat, syukur. siapa nak bagi duit kan :))


Cara nak apply job di Sushivid



Cara nak apply job di Sushivid

kat Sushivid ni, korang boleh cash out berapa yang korang ada, no minimum amount at the moment ... tu yang best tu ... kalau ada sepuluh ringgit pun, boleh jer cash out kan ... mrs pip request untuk cash out 23 Sep 2017, dan duit masuk ke akaun bank mrs pip pada 4 Okt 2017 ... rasanya boleh lebih awal dari tu, tapi mrs pip tak check email selepas request untuk cash out. rupa-rupanya, ada email dihantar untuk first time nak cash out, kena emailkan IC depan belakang ... tu yang lambat email kat Sushivid IC depan belakang *padan muka, nextime rajin2 buka email ya mrs pip* ....

Cara nak apply job di Sushivid
Cara nak apply job di Sushivid


lepas dah dapat duit ni, lagi semangat nak apply job kat Sushivid . dah banyak apply, tapi ada yang tak dapat jawapan, ada yang kena reject tak layak, muehehe ... tapi tu bukan pematah semangat tak nak apply job lagi ... cuba dan cuba dan cuba, tangga kejayaan ... maybe proposal mrs pip tu tak gempak dan WIN hati dari para the sponsor kot ... *tapi alhamdulillah, dapat juga mrs pip job melalui Sushivid* ....

ada yang bgtau, tak layak lagi nak apply Sushivid ni, 

dah apply tapi tak faham fungsi Sushivid ni,  

mcm mrs pip ni, kalau job untuk Instagram dan Youtube memang tak layak lagi, tapi kalau job untuk Blog, alhamdulillah dah lepas target ...

lepas tu ushar2 la campaigns kat Sushivid untuk menaikkan semangat korang agar cepat meet the requirements ok ... mcm mrs pip cakap tadi, usaha tangga kejayaan ...

Cara nak apply job di Sushivid
Cara nak apply job di Sushivid

Syarat nak apply job kat Sushivid:-


Blogger: PV minimum 2000 sebulan
Youtuber : minimum 250 subscibers
Instagrammers : followers minimum 2000 orang

dah alang alang cakap pasal Sushivid ni, mrs pip kongsikan apalah benda dalam Sushivid ni ... ok, kat dalam Sushivid ni, sidebar kiri tu ada NEW CAMPAIGN, so korang boleh klik kempen yang sedang berlangsung dan pilih mana yang korang nak try apply ... mcm mrs pip cuma boleh apply kempen guna platform BLOG, untuk kempen guna platform youtube dan IG tu memang tak leh nak apply coz tak cukup syarat lagi ...

tengok kat box atas yg mrs pip highlight, tu penting korang kena tahu ... penggunaan bahasa tu ada sesetengah kempen nak Chinese jer, ada pula English dan Chinese dan ada juga Chinese, English dan Malay ... lepas tu social media, kalau ada tulis BLOG, mrs pip bolehlah apply... pastu harga, jangan isi out of range yer ...

Cara nak apply job di Sushivid
Cara nak apply job di Sushivid

lepas tu klik la jenis content, memang BLOG jer pun yang mrs pip mampu buat untuk masa sekarang ni ....

Cara nak apply job di Sushivid
Cara nak apply job di Sushivid

lepas tu, korang sanggup nak buat brapa blog post untuk kempen tersebut? terpulang korang .. kalau kempen tu korang rasa buat 1 blog post dah cukup, so buat jer lah satu ...kalau rasa nak buat sampai 2 atau 3, so propose lah 2 atau 3 ...

kemudian tu, kalau korang dpt job tu nanti, korang OK tak nak upload poster ke caption ke yang disediakan oleh pihak sponsor? kalau korang OK, so klik la button YES ...

Cara nak apply job di Sushivid
Cara nak apply job di Sushivid


Cara Tulis Proposal di Sushivid


yang part Interested? Propose Now! ni sangat penting. kat sinilah idea korang macam mana korang nak propose untuk dapatkan perhatian para Sponsor ... 

korang boleh berikan idea kasar korang apa yang korang nak propose untuk kempen tu nanti ... boleh bagitau para sponsor, korang akan tulis kat blog dan share kat facebook, fanpage, Ig, Twitter ... 

ni penting juga so that sponsor tu tau korang ni ada media social platform yang lain juga untuk drive traffic ... 

tulislah proposal yang berkaitan dengan kempen tersebut, lagi bagus kalau buat sedikit research, so korang akan faham kempen ni nak apa sebenarnya ... contoh kalau ada kempen untuk women plus size clothing kan:-

for this campaign, I will write about my ideas how women should feel confidence with themselves without thinking the body size is the obstacle for them not keep trendy. Women deserve to feel beautiful, look beautiful and be beautiful. Stay elegant. Size does not matter. Once selected, I will write in my blog and share to my facebook, fanpage and IG as well.

lepas tu provide sample URL tu, yang ni OPTIONAL, nak bagi boleh, tak nak bagi pun boleh ... maybe time korang propose tu korang tak fikir lagi nak buat tajuk post, jadi bolehlah dikosongkan bahagian ni ....

Cara nak apply job di Sushivid
Cara nak apply job di Sushivid


lepas tu isi HARGA untuk kerja korang ... let say kalau korang dapat lah job tu nanti, korang nak sponsor tu bayar korang berapa ringgit ... tapi kat sini guna USD ... 

so letaklah harga yang bersesuaian mengikut PRICE range telah diberikan tadi .... 

dan nak maklum kat sini, SUSHIVID akan mark up harga korang ni sebanyak 25% (biasanya) kepada sponsor, coz yang 25% tu milik SUSHIVID ... 

kalau korang letak harga korang RM100, maka SUSHIVID akan letak kelak RM125 time submit proposal korang kat sponsor ...

lepas tu, DELIVERY DATE ... ok, kat sini kena faham apa itu DELIVERY DATE. Delivery date ni ialah tarikh yang korang rasa sesuai untuk publish post korang andai kata korang dipilih untuk job ni. let say kempen ni berakhir pada 30/Okt, so lepas 30/Okt kempen ni akan tamat. 

So rasanya dari 30/Okt ni, korang rasa kalau korang terpilih, bila korang boleh publish post? .... lepas semua dah selesai, bolehlah tick Terms & Condition dan klik butang SEND PROPOSAL ...

nanti dah dapat job, bayaran mcm mana pula? bab bayaran, sponsor tu akan bayar melalui Sushivid. lepas Sushivid dah dapat payment, baru Sushivid akan bayar korang.

macam mana nak tahu dapat tak job tu? jangan risau, kalau korang dapat job, Sushivid akan email / wasap korang untuk bagitau korang dah dapat job tu. so apa korang perlu buat, pergi DASHBOARD kat akaun korang, dan klik setuju kat job tu, lepas tu tunggu email seterusnya daripada sponsor tu. nanti sponsor tu akan email melalui akaun Sushivid discussion apa yang mereka nak korang publish.

macam mana? dah faham macam mana nak apply job kat Sushivid? kalau nak tanya lagi, boleh tinggalkan komen kat ruang komen di bawah, nanti mana mana yg mrs pip dapat bantu, mrs pip jawab utk korang ya ...

sekadar untuk berkongsi, happy blogging everyone.

cheers.

Post a Comment

26 Comments

  1. belum ada rezeki dengan sushi vid

    ReplyDelete
    Replies
    1. ndak apa MV, apply jak semua job yang bersesuaian, manatau ada yang sangkut ...

      Delete
  2. Good info Mrs. Pip..
    Saya baru setakat nak letak code pada template.. Masih belum familiar dengan SushiVid. InshaaAllah akan berguru dari Mrs. Pip nanti 😉.. Sila beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita belajar sama sama...
      mana yang mrs pip tahu, mrs pip share kat blog utk perkongsian bersama :))

      Delete
  3. Replies
    1. Sushivid sekarang ni banyak job best2 utk IGers,
      tp mrs pip x lepas lagi nak join job utk IGers ni...
      hope Sheila dapat job kat Sushivid ...

      Delete
  4. Tq atas perkongsian so far mama x Cuba lagi apply job sushivid ni

    ReplyDelete
  5. Nak trylah Mrs Pip macam best ni.. tapi saya layak kah ni ah nmm try jaklah tgk cmna nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. try apply dulu, layak tak layak tu belakang kira.
      Curios Traveller buat review semua best best, lebih dari layak.

      Delete
  6. 1st time juga dengar Sushivid. Terbaik la Kak Mrs Pip. Tapi tgk syarat, GV tak layak nak apply lagi. huhu. Cmner pun, Sushivid cam best juga. hihi. :D

    ReplyDelete
  7. tq mrs pip..lps ni boleh la cuba apply sushivid.

    ReplyDelete
  8. Tq sis sebab bagi penerangan detail macam ni.. hhehe semoga murah rezeki sis lagi.. :)

    ReplyDelete
  9. Semoga bertuah la badan kita pulak ye kak. kekee

    ReplyDelete
  10. Baca entry ni rasa semangat sikit untuk terus memohon.. Tak pernah berjaya lagi. Tapi takpe.. Usaha tangga kejayaan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best Maria ... mrs pip pun apply banyak kali sushivid ni, ada juga yg sangkut.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.