Hotel Review : Bermalam di Yaho Hotel Kota Kinabalu

hi there,

Raya ke-3, mrs pip berkesempatan untuk datang ke KK (Kota Kinabalu yo!) ... dah quite sometimes tak turun KK ...

hari tu mrs pip terima hotel voucher dari TRAVELOKA melalui segmen blogger contest 'share your travel story' .. mrs pip tak menang apapun, just dapat voucher ni kerana mrs pip antara 20 peserta pertama yang berjaya up entry di blog untuk peraduan Traveloka tu, so kiranya complimentary gift la. nilai voucher tu RM150, dan valid sehingga 31 Ogos 2017.


dah nak beraya di KK, so kita gunalah voucher tu kan ... banyak juga pilihan hotel yang boleh dipilih di laman web TRAVELOKA, tapi tu lah ada beberapa kriteria yang mrs pip utamakan sebelum nak menginap di hotel.

1/ perlu bilik yang agak luas senang anak anak nak bermain kan :)
2/ perlukan family room atau king bed size atau 1 queen bed + 1 single bed , jadi bolehlah tidur dgn selesa untuk kami berempat, hehe
3/ kawasan parking kereta yang selamat, lagi best kalau ada security 24 hours :)
4/ jauh sedikit dari pusat bandar atau tidak berada di tengah tengah bandar. untuk hotel kat tengah2 bandar ni, biasanya agak bising kan, boleh dengar bunyi kenderaan bergerak atas jalanraya
5/ kawasan hotel yang selamat
6/ harga hotel yang berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan, biasanya mrs pip selalu pilih 3-Star hotel saja, ikut kemampuan yang ada ...

the hotel building

cari punya cari di laman web Traveloka tu, so end up kitorang decide untuk beli 1 nite stay di YAHO HOTEL. mrs pip berjaya dapat family room (1 queen bed + 1 single bed) dengan harga RM160.00 termasuk tax. since mrs pip ada voucher bernilai RM150 kan, mrs pip cuma perlu tambah rm10.00 sahaja ...

nak book dengan Traveloka pun senang saja. just pergi laman web Traveloka, register as a user tau... kelebihannya, korang akan dapat sedikit diskaun harga berbanding korang tak register, dalam 10% discount price kalau tak silap ...

pilih destinasi, pilih tarikh nak menginap, pilih jumlah tetamu (dewasa), then pilih bilangan bilik ... lepas tu akan keluar lah segala pilihan yang ada .. so bolehlah start browsing mana satu pilihan kalbu :) ... tapi please baca juga komen2 pengunjung, coz ianya membantu korang untuk lebih faham keadaan dalam hotel tu ...

lepas korang dah buat pembayaran, Traveloka akan terus sms dan emailkan korang details dan korang tak perlu print pun details tu, just screenshot kan sahaja, then sampai kat hotel tu nnt, just tunjukkan saja screenshot korang tu bersama I/C orang yang membuat tempahan bilik hotel tu ... senang kan ...

receptionist counter

untuk Yaho Hotel ni, masa check in ialah jam 2 petang dan check out jam 12 tengahari ... mrs pip sampai sekitar jam 2.30 petang, dan sampai ja, terus boleh check in ... bilik pun kemas dan luas ...


masuk ja bilik hotel, lil' armies naik katil terus main lompat lompat sambil gelak happy ... kita larang pun dorang buat tak dengar saja ... bukan apa, risau kalau jatuh katil kan ...


dalam bilik ni pun, disediakan cofee table set .. kalau nak lepak lepak minum petang dalam bilik, bolehlah duduk kat kat kerusi ni kan sambil buka langsir and lihat pemandangan luar ... juga disediakan kabinet baju bersama hanger, kot2 nak gantung baju kan T_T

perasaan tak belakang lil' Iman tu mcm ada pintu kecil? ... tu ialah pintu untuk access ke luar nak service aircond + pintu kecemasan la juga :) ... pintu tu kita boleh buka sendiri, dia tak padlock, just lock guna engsel ...

so, kalau untuk bilik yang ada service door mcm ni, korang as a parents kena hati hati, risau anak buka pintu tu kan, nnt jatuh kat luar pula ... kat luar tu memang ada balkoni untuk letak aircond sahaja ... so be careful ya ...



ada TV disediakan juga, tapi mrs pip n mr.Husband tak layan sangat tengok tv ... cuma kebetulan ada upin ipin petang tu, so anak anak layan tengok upin ipin ... ada juga tempat penggantung baju / tuala disediakan ... small counter pun disediakan bersama cerek dan extra tea and coffee with mineral water ... cuma bilik ni tak disediakan mini fridge ...


untuk penghawa dingin pula, it seems like the A/C tu kan macam 1hp sahaja, walhal bilik ni agak besar. rasanya mereka perlu upgrade ke 1.5hp untuk cater ruang bilik mendapat suhu sejuk yang cepat dan cukup. tapi memandangkan mrs pip ni jenis tak suka sejuk sejuk sangat, so 1hp A/C tu dah memadailah .. anak anak pun tidur tak kesejukan sangat ...


untuk katil pula, everything is clean. tak ada debu debu habuk habuk whatsoever ... jadi, bolehlah tidur penuh keriangan T_T



untuk toilet pula, tuala, body shower, shampoo disediakan ... shower cap tiada yer kengkawan. 


so this is the toilet / shower room ... ada fixed shower pipe, ada bidet shower pipe. cuma waktu mrs pip bermalam kat sini, bidet shower pipe tu bocor, so memang kalau ON kan air, habis basah lah korang, so memang tak boleh nak guna. since bermalam cuma untuk 1 malam kan, so malas nak buat complain dengan pihak hotel.

kalau nak mencebok tu, terpaksa guna botol mineral water yang dah kosong ... isi dengan air dari sinki, baru cebok ... biasa anak anak cebok sendiri lepas buang air kecil, since bidet tu rosak,  kena bantu dorang cebok ... mrs pip ok saja, cuma tu lah anak anak jenis nak buat sendiri, bila tau tak dapat guna bidet tu, dorang pun tak berapa happy coz 1/ tak dapat cebok sendiri, 2/ tak dapat nak main air sangat, muehehe ...


view dari ruang tidur


view dari ruang tandas

cerita bab dinding ni ... mrs pip tak faham kenapa dinding ni, tetiba diletakkan cermin ... walaupun tu jenis cermin kabur, tapi what is the purpose? ni dinding antara pemisah ruang tidur dan toilet hokey ... kenapalah tak bata kan saja semua dinding ni kan ... lucky lah cermin tu jenis glazing glass + ada lapisan laminate ... kalau clear glass, what do you think? 


keluar saja dari toilet ni, betul2 tau berdepan pintu toilet, disediakan cermin besar gedabak ... boleh melaram puas puas menghadap cermin yo! ... yours truly selfie satu.


pintu toilet ni kan, kalau nak tutup rapat, memang akan berbunyi keriut-keriut ... eeeiiii, time anak anak tidur, boleh terkejut dorang :( bila pintu ni ditutup n dibuka .... 


mr.Husband yang suka menyakat lil' Amin ...
ni kes mr.Husband konon2nya nak rebut baju lil' Iman,
tapi lil' Amin protect tak nak bagi his daddy T_T


aiseh, bukan main khusyuk lagi budak berdua ni tengok TV


jom wefie bertiga.
mr.Husband time ni dah angkat barang2 turun masuk kereta, nak check out dah
lil' Amin muka unhappy  coz terbabas time turun dari katil,
tu lah kelam kabut sangat nak turun katil ...


dah nak check out. 3 geng keras ni tunggu kat ruang lobi.
pakej ni tidak menyediakan breakfast tau. 
jadi pandai2lah korang cari makanan kat luar hotel,
tapi kalau nak cari kedai makan, bukan jauh sangat pun nak berjalan kaki ... 
kalau nak pergi Imago Shopping Mall tu, boleh saja jalan kaki (untuk orang2 bujang la, kalau nak angkut anak, kena call Uber / Grabcar dulu kalau tak ada kenderaan sendiri) ...



check out awal dari hotel, sekitar jam 8.30 pagi. before balik Membakut, mr.Husband kena singgah few places nak beli barang, lepas tu petang kena naik Keningau untuk urusan kerja :( ... rushing la sungguh .. apapun jom pigi breakfast! ... sanaaaaaaaaaaaaa mcD :)

untuk 1 nite stay, mrs pip bagi rating 8/10 ... kalau bidet tu berada dalam keadaan yang baik, sure dapat 8.5/10, and kalau pintu tandas tu tak berbunyi semacam tiap kali nak tutup / buka, kasi up lagi 9/10 ... overall, mrs pip happy bermalam di YAHO HOTEL.

klik banner utk join
tarikh tutup 20/7/17

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Overall ok je hotel ni ye MrS Pip. Teringat satu hotel ana check in di KK. Amik 3 blk, 3-3 tak ok. Huhu

    ReplyDelete
  2. overall dapat 8/10 ok la tu. tapi spoil jugak bagi IQ kalau bidet ada masalah..huhu..

    ReplyDelete
  3. hehe bilalah elsa nak sampai KK hikhik

    ReplyDelete
  4. yang penting selesa.. tu paling penting =)
    lamanyaa tak pergi KK bilalah nak peegi sana lagi.

    ReplyDelete
  5. review yang menarik..semoga bermanfaat kepada yang nak ke KK.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.