About Author

Header Ads

Harga Pasang Implanon Baru Dan Buka Implanon Lama

Ramai wanita yang sedang mencari kaedah perancang keluarga jangka panjang pasti akan tertanya-tanya satu perkara — berapa harga pasang Implanon di Malaysia?

Sebelum mommy memilih Implanon, mommy juga mempunyai banyak persoalan. Adakah kosnya mahal? Adakah prosedur pemasangan menyakitkan? Berbaloi atau tidak menggunakan implan perancang keluarga ini?

pengalaman buka implanon lama pasang implanon baru


Dalam artikel ini, mommy ingin berkongsi maklumat tentang harga Implanon, kos pemasangan, proses menukar implan dan pengalaman mommy sendiri selepas menggunakan Implanon selama lebih 3 tahun.

Apa Itu Implanon?

Implanon ialah sejenis implan perancang keluarga berbentuk batang kecil yang dimasukkan di bawah kulit bahagian lengan. Ia mengandungi hormon progestin yang membantu mencegah kehamilan.

Antara sebab ramai wanita memilih Implanon ialah kerana ia praktikal. Selepas dipasang, kita tidak perlu mengingati pengambilan pil perancang setiap hari.

Bagi mommy sendiri, faktor kemudahan menjadi sebab utama mommy memilih Implanon.

Berapa Harga Pasang Implanon di Malaysia?

Harga pemasangan Implanon boleh berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti:

- Jenis klinik (kerajaan atau swasta)
- Caj konsultasi doktor
- Kos implan itu sendiri
- Caj prosedur pemasangan
- Kos pemeriksaan atau susulan

Secara umum, kos di klinik swasta biasanya lebih tinggi berbanding klinik kerajaan kerana ia melibatkan caj konsultasi dan prosedur.

Sebelum membuat keputusan, mommy cadangkan anda bertanya terus kepada klinik pilihan tentang:

- Harga keseluruhan pemasangan Implanon
- Kos mengeluarkan implan lama
- Kos menggantikan dengan implan baharu
- Caj konsultasi doktor

Pengalaman Mommy Menukar Implanon Selepas 3 Tahun

Mommy memasang Implanon pertama pada Februari 2023.

Selepas hampir 3 tahun menggunakannya, mommy kembali ke klinik swasta pada Mac 2026 untuk menukar kepada Implanon baharu.

Proses mengeluarkan implan lama dan memasang yang baharu dilakukan pada hari yang sama. Keseluruhan prosedur mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Sebelum prosedur bermula, doktor memberikan suntikan bius pada bahagian lengan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah proses dilakukan.

Bagi mommy, prosedur ini tidak menyakitkan. Selepas pemasangan, cuma terdapat sedikit lebam pada kawasan lengan yang beransur pulih.

Ini cerita pengalaman mommy sendiri apabila mommy nak pasang implanon baru selepas implanon lama dah dekat luput ya.

Sebelum tu, mommy ada cerita mommy pasang implanon pertama di Klinik One Beaufort, boleh baca tau cerita pasang implanon pertama di sini, dan selepas 3 tahun tu mommy mau buka yang lama dan pasang baru, cuma malangnya mommy tak buat di klinik yang sama.

Waktu survey harga untuk buka implanon lama dan pasang implanon baru, harga memang agak mahal untuk dompet nipis mommy ni. Kalau dulu, mommy pasang implanon hanya dikenakan caj RM260 (pasang implanon + pregnancy urine test), tapi bila mommy tanya klinik yang sama tu caj buka implanon + pasang baru ialah sekitar RM650. 

Jadi, mommy merajinkan diri whatsapp / call klinik-klinik lain, rasanya dalam 12 buah klinik mommy tanya harga implanon dan tak semua klinik ada servis buka pasang implanon.

Rata-rata klinik yang mommy tanya 
  • Harga implanon sahaja boleh mencecah sekitar RM450-550
  • Caj harga untuk buka implanon lama sahaja RM100-RM150
  • Caj harga pasang implanon baru RM50-RM100

Sedih betul mommy tengok harga yang diberikan. Memang mahallah bagi mommy harga untuk implanon baru.

Lepas tu entah macam mana mommy scroll FB kalau tak silap, mommy ada nampak satu iklan Klinik Medisinar & Surgeri Kampung Air katanya "Pemasangan Implanon RM480", dan iklan klinik tu dekat Kota Kinabalu. Terus laju jari jemari mommy whatsapp klinik tu tanya kalau harga implanon di klinik tu masih sama sebab tarikh promosi dah tamat waktu tu.

Rezeki untuk mommy, klinik tu balas whatsapp mommy dan bagitau promosi masih valid dan mommy tanpa fikir panjang terus buat appointment.

Jadi dapatlah mommy tukar implanon baru pada 14 Mac 2026. Doktor yang bertugas tu nama dia Dr. Kelvin (kalau mommy tak lupa). Macam biasa dia explain dulu prosedur dan tanya beberapa soalan berkaitan kesihatan. Lepas tu kena buat UPT juga, dah dapat result confirm mommy tak pregnant baru dia buat prosedur tukar implanon baru.

Untuk Dr. Kelvin ni, dia explain dia tak letak caj buka implanon lama since kita datang memang nak buka dan pasang implanon baru. Dia cakap why nak extra charge kalau memang client datang nak tukar implanon kan. Caj mahal-mahal untuk apa?

Rezeki mommylah dapat doktor yang prihatin. Terima kasih Klinik Medisinar Kampung Air bagi mommy tukar implanon dengan harga kasih sayang. 

Mommy bayar RM490 sahaja termasuk caj buat UPT. So tu lah ceritanya kenapa mommy tak pergi buat dekat Klinik One Beaufort padahal klinik ni dekat ja dengan rumah mommy.

Adakah Implanon Berbaloi Dengan Kosnya?

Bagi pengalaman mommy, jawapannya adalah YA.

Walaupun kos pemasangan mungkin kelihatan agak tinggi pada awalnya, mommy melihatnya sebagai satu pelaburan untuk kemudahan dan ketenangan fikiran.

Dengan Implanon:

- Tidak perlu risau terlupa makan pil setiap hari
- Tidak perlu membuat perancangan bulanan
- Boleh digunakan untuk tempoh sehingga 3 tahun
- Sesuai untuk wanita yang mahukan kaedah perancang keluarga yang mudah

Namun begitu, setiap wanita mempunyai keadaan kesihatan dan pengalaman yang berbeza. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memilih kaedah perancang keluarga.

Kesan Sampingan Yang Mommy Alami

Sepanjang menggunakan Implanon, perubahan yang paling ketara bagi mommy ialah kitaran haid.

Selepas menggunakan Implanon, haid mommy menjadi tidak teratur dan datang lebih kurang setiap dua bulan.

Mommy juga mengalami perubahan berat badan sepanjang tempoh penggunaan Implanon. Walaupun mommy tidak dapat memastikan sepenuhnya sama ada ia berpunca daripada Implanon, ia merupakan perubahan yang mommy perhatikan.

Soalan Lazim Tentang Harga & Pemasangan Implanon

1. Berapa lama Implanon boleh digunakan?

Implanon biasanya digunakan sehingga 3 tahun, tetapi tempoh penggunaannya bergantung kepada nasihat doktor.

2. Adakah pemasangan Implanon sakit?

Kawasan lengan akan diberikan bius terlebih dahulu, jadi kebanyakan pengguna tidak merasa sakit semasa prosedur.

3. Adakah harga Implanon sama di semua klinik?

TIDAK. Harga boleh berbeza mengikut klinik, lokasi dan caj perkhidmatan yang dikenakan.

4. Perlukah berjumpa doktor sebelum memasang Implanon?

Ya. Doktor akan membantu menilai sama ada Implanon sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Kesimpulan

Bagi mommy, Implanon merupakan salah satu pilihan perancang keluarga yang sangat praktikal. Walaupun terdapat kos pemasangan dan beberapa perubahan yang mommy alami, kemudahan yang diberikan membuatkan mommy masih memilih kaedah ini.

Jika anda sedang mencari maklumat tentang harga pasang Implanon di Malaysia, mommy harap perkongsian ini dapat membantu anda memahami proses, kos dan pengalaman sebenar sebelum membuat keputusan.

Setiap wanita mempunyai pengalaman yang berbeza, jadi berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan pilihan yang paling sesuai untuk diri anda.

____________________

"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

0 Comments