Tips Untuk Berjaya Simpan Duit Gaji - Jom Cuba Buat

Hi. Cuba kau bayangkan, kau kerja berpenat lelah, kerja berhempas pulas dan cukup bulan kau dapat gaji, tapi kau belanjakan semua gaji kau dan langsung tiada sesen pun kau simpan duit gaji kau tadi! Siapa pernah lalui situasi sebegini?

Aku faham keadaan kita semua tidak sama, matlamat hidup pun berbeza-beza. Cuma yang pasti, ramai kita mengimpikan untuk punya duit simpanan yang banyak. Lagi besar gaji, lagi banyaklah kau menyimpan duit kononnya kan, tak gitu?

Tapi ramai orang makin besar gaji, makin kurang simpanan, melainkan kau ada ilmu kewangan yang baik. Mesti ada yang dah kerja beberapa tahun atau dah berbelas-belas tahun, malangnya masih gagal simpan duit gaji mereka. Dan kalau menyimpan pun, setakat 'ASAL ADA' atau 'ALA KADAR' sahaja. 

Adik-adik sekalian, korang yang dah start bekerja tu, pastikan korang belajar betul-betul ilmu kewangan dan ambil tahu teknik menyimpan atau menabung yang praktikal supaya korang tak gigit jari rasa rugi dikemudian hari.

Pendek kata, jangan tiru macam aku yang gagal menabung duit ketika masih kerja dahulu kerana tiada ilmu kewangan dan gagal merancang kewangan dengan baik!


Tips Untuk Berjaya Simpan Duit Gaji


Anda Gagal Simpan Duit Gaji?

Ada banyak sangat sebab kenapa anda boleh menjadi seorang yang gagal menyimpan duit gaji, tapi aku pilih 5 sebab sahaja, dan ini antara pilihan yang PALING BIASA menyebabkan gagal menabung.


1. Tiada Matlamat Kewangan Yang Jelas (No Financial Goals)

Ini ramai yang ignore tentang matlamat kewangan, lagi-lagi yang masih muda atau baru mula bekerja. Jiwa mereka asyik nak enjoy dulu.

Macam-macam alasan kan, padahal korang sedar tak sedar sebenarnya korang tiada matlamat kewangan yang jelas seperti nak menabung untuk downpayment rumah atau sambung belajar, maka kesudahannya, duit gaji korang tadi korang guna untuk berjoli sakan.


2. Tidak Menyediakan Bajet Bulanan

Setiap bulan selepas dapat gaji, korang tidak membuat kira-kira perbelanjaan / 'budgeting'. Main hentam saja guna duit.

Bukannya susah pun untuk menyediakan budgeting bulanan untuk korang ambil tahu ke mana duit korang dibelanjakan. 

Korang boleh guna apa saja rule yang sesuai dengan keadaan korang (walaupun ramai yang suggest guna rule 50/30/20) asalkan ia boleh membantu anda untuk menyimpan duit.


3. Tidak Berfikir Tentang Masa Depan

Korang yang selalu fikir korang akan OK di masa depan, sesungguhnya korang salah! Korang takkan tahu pun bila masa korang tak OK, jadi bagi aku sangat penting untuk luangkan masa berfikir tentang masa depan- apa korang nak buat lagi next 5 years atau 10 years. Maybe nak kawin, lepas tu beli rumah, misalnya.

Bayangkan Covid-19 melanda dan kita kena lockdown, ramai yang hilang pekerjaan. Ramai yang hilang sumber rezeki, kan? Dan ramai yang tiada simpanan duit yang cukup untuk sustain kehidupan harian sehingga ada yang terpaksa meminjam duit daripada ahli keluarga dan orang lain. 

Kalau aku diberi peluang untuk bekerja semula dan berpendapatan tetap, dalam banyak-banyak tabung simpanan, kalau boleh TABUNG MASA DEPAN ni aku akan isi bagi PENUH terlebih dahulu. Padan muka aku tak plan elok-elok masa depan aku dulu. 

Now I learnt from the past ya.


4. Berhiburan

Berhiburan mempunyai definisi yang luas. Tapi ada beberapa jenis 'BERHIBURAN' yang aku rasa seperti satu pembaziran, antaranya

  • Buat subscription tapi tak maksimumkan penggunaan seperti langgan Astro, bayar keahlian bulanan / tahunan gym, streaming online channel seperti Netflix atau VIU 

  • Beli sesuatu tapi tak gunapakai pun - ada orang jenis happy beli itu ini, tapi dia bukan pakai sangat pun. Contohnya beli air fryer, tapi pakainya sekali dua sahaja. Lebih baik simpan duit tu dalam ASB misalnya, cukup hujung tahun dapat juga dividen.

  • Beli barangan berjenama mahal padahal tak padan dengan gaji bulanan - melainkan kau memang dah menabung berbulan-lamanya sehingga cukup bajet. Tapi ada saja jenis yang nak beli something LUXURY di luar kemampuan dia, sampaikan sanggup berhutang piutang dengan orang lain. 

  • Hobi yang mahal - bagi aku hobi memang something yang boleh buat seseorang tu healing, relaxing dan mungkin boleh jana pendapatan tambahan. Tetapi, bayangkan hobi kau jenis hobi yang mahal kos perbelanjaan dan gaji kau memang susah nak cover hobi tersebut, pastilah kau susah nak simpan duit gaji nak melayan hobi yang mahal tu. 

Ni antara sebab kenapa gagal simpan duit gaji semata-mata untuk berhiburan. Dan beberapa tahun lepas, aku batalkan langganan ASTRO kerana kitorang tiada masa nak melayan TV sangat, so end up setahun boleh jimat RM1,056.00 ! Duit banyak ni boleh guna untuk savings fund pendidikan atau travel.


5. Bebanan Hutang

Bebanan hutang adalah salah satu juga sebab yang gagalkan rancangan korang untuk menyimpan duit. Gaji kau naik, lifestyle kau pun ikut naik sama. Eh, janganlah begitu.

Gaji naik, janganlah terus nak beli rumah, padahal nak bayar downpayment pun setakat cukup-cukup sahaja. Atau elok-elok ada kereta ekonomi, terus nak tukar ke kereta segak bergaya tapi bayaran bulanannya buat dompet kau nipis!

Antara bebanan hutang lain antarnya hutang peribadi - semata-mata nak kawin. Fuh, ni kalau boleh elak,elaklah. Bukan senang nak langsaikan. Samalah juga dengan hutang kad kredit, kalau ada bagus langsaikan cepat sebelum hutang semakin bertambah.

Aku ada pengalaman langsaikan hutang kad kredit, dan memang kena tekad betul-betul kerana hutang kad kredit ni lah antara punca aku gagal menyimpan wang dulu!


Tips Untuk Berjaya Simpan Duit Gaji

Semua orang boleh buat simpanan duit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi kenalah sabar dan bijak urus wang.
 

1. Periksa Bajet

Ya, sangat betul perlunya periksa bajet anda. Korang perlu tahu berapa bajet yang diperlukan setiap bulan untuk melangsaikan komitmen penting seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, belanja rumah, insurans kesihatan dan sebagainya.

Semua komitmen yang penting ini perlu dibayar terlebih dahulu. Kemudian periksa baki duit. Sekiranya baki duit gaji tu nampak macam tak cukup, semak keutamaandan mungkin boleh kurangkan perbelanjaan pada hal yang tidak penting.

Boleh cuba cari pendapatan tepi (side income) seperti membuat affiliate untuk mendapat komisyen jualan, menawarkan servis perkhidmatan contohnya video editing, digital artwork, buat ebook, dan sebagainya.


2. Rancang Sebelum Berbelanja

Sememangnya kos sara hidup agak tinggi berbanding penggajian bagi rakyat Malaysia, jadi mahu tidak mahu perbelanjaan pun meningkat. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak menyimpan duit gaji bulanan. Lagi tinggi kos sara hidup, lagilah korang perlu kurangklan perbelanjaan pada hal yang tidak perlu, dan buatlah simpanan kewangan.

Ada yang nasihatkan aku dulu, perlu ada simpanan duit sekurang-kurangnya 6 bulan gaji, TETAPI Covid-19 mengajar aku untuk pastikan WAJIB ada simpanan gaji kalau boleh sekurang-kurangnya 18 - 24 bulan gaji!

Menggunakan teknik 'rancang sebelum berbelanja', bagi aku ia sangat membantu dalam memastikan aku tak guna duit belanja pada hal yang tak tentu. 

Kadang-kadang, kita nak beli benda kerana benda tu viral dan ikut trend, padahal kita tak perlukan pun benda tersebut. Jadi, kuatkan hati dan iman agar jangan mudah terjebak dan terpedaya berbelanja pada hal yang membazir.

Nak minum segelas kopi harga RM18.00 tu bukannya salah, pergilah beli dan minum, tapi kalau korang bergaji kecil, sebulan sekali tu ok jer. Janganlah beli selalu, boleh bankrup korang nanti.


3. Menabung Secara Konsisten

Ada yang nasihatkan untuk simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah gaji bulanan. Tetapi, tengok juga keadaan bajet bulanan yang korang. Tak semua orang mampu ikut formula simpan 10% setiap bulan.

Jadi, kalau anda sukar untuk ikut formula simpan duit gaji 10% setiap bulan, korang boleh simpan duit gaji dengan jumlah yang tetap setiap bulan tanpa bergantung dengan formula 10% tersebut.

Contoh: Katakan gaji bulanan anda RM3,000 dan hanya mampu simpan RM200 sebulan, maka ini lebih baik daripada tak menabung langsung. Dan jangan sesekali berasa STRESS jika anda gagal daripada mengikuti formula 10% tersebut seperti nasihat kebanyakkan pakar kewangan.

Nak menyimpan duit gaji, biarlah anda rasa mudah, kreatif dan berkesan, barulah pasti menjadi. 

Teruskan menabung secara konsisten, dan setiap kali ada duit lebih misalnya daripada side income, maka anda boleh menabung lebih sedikit pada bulan berkenaan.

Selain itu, korang boleh juga guna formula money managament yang lain yang korang lebih selesa.

Contoh: perkongsian yang aku tengok di TikTok tentang  idea untuk mengagihkan duit gaji dengan cara 60% untuk keperluan (necessity), 10% untuk tabung kecemasan (emergency), 10% tabung pelaburan (investment), 10% tabung pembelajaran (learning) dan baki 10% lagi untuk hiburan (fun). 

Apa-apapun, hanya korang sahaja yang tahu kemampuan anda menyimpan duit, namun jangan bagi alasan tak mampu nak menyimpan langsung. Simpanlah biar sedikit demi kegunaan di masa depan.

   
4. Tentukan Matlamat 

Apabila kita mahu menyimpan duit gaji secara berkesan, satu cara yang kita boleh guna ialah dengan menentukan matlamat menyimpan duit.

Tanya diri sendiri "Kenapa mahu simpan duit?"

Mungkin anda akan jawab anda simpan duit untuk kawin lagi 3 tahun, atau untuk down payment beli rumah 5 tahun akan datang, just in case untuk hal-hal kecemasan, untuk pergi holiday atau umrah atau naik haji, atau untuk beli kereta dan sebagainya.

Fokuslah pada matlamat anda menyimpan duit kerana dengan adanya fokus, ia akan membantu anda untuk mempunyai keinginan menyimpan duit.

Set target anda berapa jumlah wang yang anda mahu menyimpan untuk capai matlamat anda - mungkin RM20K, RM50K, RM100K dan sebagainya. 


Pilihan Tempat Untuk Simpan Duit Gaji

Ini pula cadangan di mana korang nak menyimpan duit gaji. Korang pilihlah mana-mana cara menyimpan duit gaji asalkan korang KONSISTEN menyimpan setiap kali terima duit gaji.

Bagi aku, kalau mampu semua instrumen penyimpanan wang aku akan letak duit aku, tapi so far aku just letak masuk dalam ASB (senang nak transfer online banking) dan Unit Trust (buat potongan bulanan & simpanan jangka panjang).


1. ASB

Ramai yang pilih untuk simpan duit di ASB, dan ianya adalah untuk Bumiputera. ASB seperti yang anda sedia tahu, ia menyediakan pengagihan keuntungan (atau anda mungkin panggil dividen) setiap tahun dengan kadar yang berbeza-beza mengikut keuntungan tahunan. 

Menyimpan di ASB pun sangat mudah. Tak perlu walk-in ke bank untuk simpan duit, sekarang ni dah boleh online transfer daripada bank terus masuk ke ASB anda.

Seperti kes aku, memang ASB adalah pilihan pertama untuk aku simpan duit kerana pengagihan keuntungan biasanya lebih tinggi sedikit berbanding deposit tetap atau Tabung Haji. Dan ASB menjanjikan pembelian seunit RM1 dan jika nak jual balik tetap RM1 juga, jadi kadar rugi bnoleh dikatakan zero.

Contoh: Untuk yang savings goal niat nak simpan duit, katakan kemampuan anda sebulan RM200, dan nak menyimpan selama 10 tahun, boleh kira berapa wang yang korang akan dapat selepas 10 tahun (dengan meletakkan (assumption sahaja) pengagihan keuntugan / dividen sebanyak 4.5% setahun).

Korang guna Savings Calculator untuk dapatkan jumlah simpanan ASB, dan masukkan sahaja anggaran simpanan duit gaji sebulan selama 10 tahun, dan masukkan dividen 4.5%

Katakan :
ASB anda ada initial savings RM1,000
Simpan untuk 10 tahun
Simpanan sebulan RM200
Dijangka dividen setahun 4.5%


tips simpan duit gaji di ASB

Jadi, guna savings calculator untuk pengiraan RM200 sebulan secara konsisten, dan apabila cukup tempoh 10 tahun anda ada sekitar:  RM31.9K, woha! 



2. Tabung Haji

Bagi yang beragama Islam, bolehlah menyimpan di Tabung Haji. Menyimpan di Tabung Haji ni bukan semata-mata anda berniat nak tunaikan fardhu haji, tetapi duit simpanan anda akan diberikan dividen dan bonus serta dikecualikan cukai.

Zakat juga dibayar pihak Tabung Haji, jadi anda boleh berasa tenang dan tidak perlu rasa terbeban dengan pembayaran zakat wang simpanan. Simpanan dan pengeluaran boleh dilakukan tanpa had dan ianya patuh syariah.


3. Unit Trust

Kalau anda faham selok belok saham, mungkin anda bolehlah bermain saham untuk menambahkan duit simpanan, namun aku memang zero knowledge tentang hal sedemikian dan tak sanggup ambil risiko kehilangan duit.

Salah satu cara nak menyimpan (untuk jangka masa yang panjang) ialah di unit trust. Carilah unit trust consultant yang berpengetahuan dan boleh jelaskan kepada anda tentang jenis-jenis unit trust, serta risiko yang anda mungkin hadapi dengan mengambil unit trust berkenaan.

Unit trust ni ada jenis-jenisnya seperti berisiko rendah, berisiko sederhana dan berisiko tinggi. Kalau risau dengan berisiko tinggi, boleh ambil unit trust berisiko rendah atau sederhana.

Aku pun baru juga berjinak-jinak dengan unit trust. Aku ambil 2 unit trust berisiko rendah, dan satu aku buat potongan bulanan dari savings account terus ke unit trust account, manakala satu lagi aku buat bayaran secara lump sum dan aku rancang hanya akan keluarkan duit tersebut selepas 15 tahun.

Memandangkan aku ambil unit trust berisiko rendah, makanya untuk unit trust jatuh teruk tu adalah rendah (namun tetap boleh jatuh juga - tiada siapa yang boleh bagi jaminan tentang hal ini), tetapi pulangan keuntungannya juga mungkin sedikit.

Tetapi itu lebih baik berbanding unit trust berisiko tinggi dengan pulangan yang tinggi tapi ada rasa bimbang unit trust jatuh mendadak (kerana aku cetek pengetahuan dengan unit trust, jadi lebih baik aku pilih yang risiko rendah).


4. Simpanan Emas 
 
Selain menyimpan dalam bentuk wang ringgi, korang boleh juga menyimpan dalam bentuk emas fizikal, eh emas perhiasan pun boleh juga. 

Kebaikan menyimpan dalam bentuk emas fizikal untuk long-term savings antaranya ialah emas tak susut nilai, malah emas sentiasa naik nilainya, dan boleh dijual semula dekat mana-mana kedai pajak juga dipanggil pawn shop mahupun mana-mana kedai emas jika terdesak memerlukan duit.

Tetapi, melalui sumber yang aku baca, pastikan korang cukup simpan duit dalam bentuk wang tunai terlebih dahulu, kemudian barulah merancang menyimpan dalam bentuk emas fizikal. Ini hanyalah pandangan sesetengah pakar pengurusan kewangan. Dan emas hanya boleh dijual balik sekurang-kurangnya selepas 10 tahun dan ke atas untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan.

Boleh buka akaun GAP untuk beli emas fizikal. Korang boleh menyimpan serendah RM100, dan boleh tambah duit pada bila-bila masa sahaja (tanpa komitmen) dan boleh keluarkan emas fizikal tersebut dengan upah bayaran RM10 sahaja untuk setiap pengeluaran. 


5. Simpan Duit Cara Cash-In-Hand

Selain simpan duit gaji dalam bank atau institusi kewangan, ada juga yang suka simpoan duit cara cash-in-hand. Cara ni tidak selamat untuk nilai yang besar - risau hilang, dicuri, kebakaran, rosak akibat banjir dan sebagainya.

Namun begitu, surirumah seperti aku enjoy simpan duit di tangan. Nampak duit simpanan fizikal, memang lebih semangat untuk menambah nilai wang simpanan.

Aku menyimpan duit cash ni hanya bila aku ada target nak beli sesuatu barang seperti emas, kalau tak aku memang prefer letak duit dalam bank. 


A) Menyimpan Duit Tunai Ikut Warna Duit

Pernah dengar tak ada orang yang menyimpan duit tunai di rumah mengikut pilihan warna duit? Trend ni memang ramai surirumah yang buat menyimpan duit ikut warna wang tunai. Aku pun baru saja start menyimpan mengikut tabung warna, dan warna pilihan aku ialah nota RM20 dan RM5. 

Jadi setiap kali aku terima RM20 atau RM5 dari transaksi mana-mana pembelian, aku akan masukkan ke dalam sampul surat khas dan hujung tahun nanti baru kira berapa duit simpanan yang berjaya aku kumpul. 


B) Menyimpan Duit Ikut Kiraan Mingguan

Satu lagi cara menarik untuk menabung dan menjadi pilihan kebanyakkan orang ialah menabung ikut kiraan jumlah mingguan.

Dalam setahun ada 52 minggu, jadi korang boleh menabung setiap minggu mengikut pilihan mingguan yang korang nak menyimpan duit. Paling senang nak faham, boleh tengok carta di bawah ni - 52 Week Savings Challenge

money savings challenge


Seperti biasa, sampai hujung tahun nanti korang bolehlah keluarkan duit tersebut dan kira simpanan terkumpul korang. Wah! Mesti teruja nak tahu berapa duit korang kumpul nanti kan?

  
C) Guna Money Savings Planner

Satu lagi cara untuk menabung duit ialah dengan susun dan label duit guna money savings planner. Planner ni ada banyak dijual dekat Shopee, macam-macam pilihan ada, dan so far standard saiz ialah A5 dan A6. 

Macam aku pun guna money savings planner juga - envelope type, dan lepas ni aku nak upgrade more or less seperti savings planner kat gambar di bawah ni. Dan untuk pengetahuan, yang bestnya guna planner macam ni, korang boleh add extra zipper dan label ikut kehendak korang dan boleh buat simple money journaling dan letak dalam satu planner sahaja.

Dan aku rasa guna money savings planner ni, semua duit lebih mudah dijaga - simpan dalam satu tempat sahaja.

Dan sebenarnya korang guna planner macam ni, dalam masa yang sama korang still boleh guna cara A atau cara B di atas tadi - hanya perlu susun elok-elok dalam planner sahaja.

Atau boleh guna planner sebegini untuk simpan duit secara random dan for fun, kemudian hujung tahun kira berapa duit yang korang berjaya simpan - untuk tahun 2022, aku berjaya simpan cash sebanyak RM1200 ++ , memang happy sangat tau! 

Let's see tahun 2023 ni berapa banyak cash in hand pula aku berjaya simpan.


money organizer cantik


Kesimpulan

Bagi aku, tak kisahlah bagaimana seseorang tu nak ikut peraturan simpan duit gaji - sama ada nak ikut rule 50/30/20 atau rule 60/10/10/10/10 atau fixed 10%-15% untuk savings, yang paling penting adalah KONSISTEN menyimpan duit dan dalam masa yang sama kurangkan PEMBAZIRAN berbelanja pada benda yang tidak begitu memerlukan.

Selain itu, jangan mudah terpedaya dengan SKIM CEPAT KAYA atau pujuk rayu SCAMMERS yang sangat berleluasa atau apa-apa sahaja yang 'too good to be truth' seperti upah house cleaning murah misalnya - kerana semua ni boleh menyebabkan korang kehilangan duit dengan cepat.

Selain itu, korang rajin-rajinkan diri untuk belajar pengurusan kewangan. Ramai 'money gurus' yang hebat yang korang boleh cari di media sosial dan belajar ilmu daripada mereka.

Semoga perkongsian tips untuk berjaya simpan duit gaji ini bermanfaat untuk semua.

______________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Write


"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"


Post a Comment

7 Comments

  1. Sy simpan duit gaji selebihnya bagi dkt umi ayah juga

    ReplyDelete
  2. Sis lebih suka simpan dlm tabung haji hehe..byk cara rupanya

    ReplyDelete
  3. Dulu rajin simpan duit RM5. Pantang nampak duit hijau mesti simpan. Last-last kena guna untuk duit raya sebab lambat tukar duit.

    ReplyDelete
  4. Very true, if without clear financial goals, sometimes saving not lasting. Thanks for this detailed sharing, gonna learn them to secure more saving from my salary. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Banyak cara rupanya nak simpan. Tq share. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  6. Bab minimumkan beban hutang tu memang betul. Bila dapat kurangkan, insyaAllah sikit sikit sure boleh buat tabungan gaji bulanan.

    ReplyDelete
  7. betul kak bab duit ni memang kena rancang sebaiknya sebab pernah rasa keadaan duit gaji habis gitu je selepas tolak itu ini, belanja sana sini.

    Masa awal² kerja dulu 😅 skrng Alhamdulillah. kalau ada kerja, wajib tarik rm50 utk setiap kerja lebih baru setel @ belanja @ saving untuk apa patut.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.