Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita - MrsPip Dot Com

Tuesday, 3 March 2020

Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita

hi semua, kebaikan buah delima untuk wanita. Teringat ketika saya masih kanak-kanak, mak tanam pokok delima di depan rumah, dan setiap kali pokok delima tu berbuah, berebut saya dan abang-abang saya makan buah delima, sampaikan ada masanya mak dan bapa saya langsung tak dapat bahagian habis kami kerjakan semua buah delima! 

Dan hari tu ada terbaca buah delima ni harganya agak mahal, dijual pada harga RM50 untuk 9 biji. Wow kelas kau delima, mahal tapi berbaloi untuk dimakan kerana buah delima dikatakan mempunyai khasiat yang baik pada tubuh.

Mrs Pip pun sudah lama tidak makan buah delima yang sebenar, hari tu time preggy si Nami, Mrs Pip mengalami sembelit teruk, dan alhamdulillah Mrs Pip minum jus delima beli di Cosway, jus delima berkesan hilangkan sembelit ketika hamil.


Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita
Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita

Hari tu time tengah layan apps Crumblyy ni, Mrs Pip ternampak salah satu sharing kat apps tu mengenai buah delima , jadi terasa nak menulis mengenai khasiat buah delima untuk wanita ... 

Melalui perkongsian di Crumblyy , katanya :-

Consume pomegranate crush seeds in case of female infertility. It helps thicken the uterus lining

Jadi buat wanita yang nak usaha untuk hamil, mungkin boleh cuba tips yang dinyatakan iaitu memakan biji buah delima yang telah dihancurkan (pomegranate crush seeds) ... tak salah berusaha , apapun semuanya atas izin Allah. So sebelum nak makan tu, kenalah berdoa kat Allah mudah-mudahan mendapat zuriat atas izinNya ok.

khasiat dan kelebihan buah delima
khasiat dan kelebihan buah delima
gambar kredit Google

Antara khasiat buah delima untuk wanita (eh untuk lelaki juga ya) melalui pembacaan yang Mrs Pip baca ialah :-

  • Buah delima kaya dengan nutrien penting (sumber : https://jiwasihat.com/nutrisi/10-khasiat-buah-delima-yang-dibuktikan-oleh-sains/ )
  • Buah delima membantu melawan lemak di dalam badan dan menaikkan metabolisma badan
  • Buah delima mempunyai flavanoids dan polyphenols yang tinggi, antioksidan melawan penyakit jantung dan kanser
  • Buah delima kaya dengan Vit C, jadi sekaligus ianya membantu mencantikkan kulit
  • Buah delima membantu melawaskan sistem pencernaan , namun ianya dilarang diambil ketika anda mengalami cirit-birit
  • Buah delima memperbaiki memori manusia sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit Alzhaimer
  • Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita

buah delima juga ada disebut di dalam alquran
buah delima juga ada disebut di dalam alquran sebagai
antara buah yang berada di dalam syurga
gambar kredit Google

terus terasa mau cari tanam depan rumah pokok delima ni, so tunggulah ni mencari dulu kita bibit pokok delima, manatau ada yang sudi beri bibit untuk Mrs Pip tanam pokok delima kan ....

semoga bermanfaat sharing untuk semua yang membaca.

cheers.

6 comments:

  1. part kulit tu betul mrs pip..saya penah amalkan jus delima dulu..ada member tegur, kulit saya cantik..auchhh..perasan kejap kena puji..haha..lepas tu baru teringat masa tu tengah amalkan jus delima..no wonder kawan ckp kulit saya cantik..kesan dari pengambilan jus delima tu rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip tengah berfikir nak consume jus delima untuk kesihatan. nowadays nampak sangat kulit muka kusam. adeh.

      Delete
  2. wah patutlah suami selalu belikan buah delima masa saya pregnant dulu. saya tau makan ja. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus untuk wanita kan buah delima ni ... preggy atau tak preggy, boleh jer consume...lepas ni nak continue semula consume jus delima tu, nak beli buah delima mmg susah nak dapat.

      Delete
  3. Sebelum ni rajin juga ana beli buah delima ni. Sedap buat makan masa sejuk2.

    ReplyDelete
  4. baru semlm emak call, minta aida carikan buah delima ni segera.
    suruh Syuhada makan tiap hari.
    demi nak pulihkan anemia nya.
    di samping tu, aida dan nurin pun boleh sama2 makan, kan :)
    byk khasiatnya.

    ReplyDelete