Pregnancy Update : 36 Minggu + Sembelit semasa mengandung - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 4 August 2018

Pregnancy Update : 36 Minggu + Sembelit semasa mengandung

hi there, mrs pip dah masuk 36 minggu mengandung ... so bila dah masuk minggu ke-36 ni , harus semakin peka dengan pergerakan bayi dan tanda tanda untuk bersalin, kerana minggu ke-36 dan seterusnya merupakan minggu bayi sudah matang dan bersedia untuk lahir pada bila-bila masa sahaja ... pengalaman anak pertama, lil' Iman lahir tepat pada minggu ke-36! 

masuk minggu ke-36 ni, kesihatan nampaknya sedikit terjejas ... dengan sakit bahagian belakang badan, dan ada masanya sukar untuk bangun atau pusing ke kiri atau ke kanan ketika baring ... allah, memang cabaran ibu ibu mengandung la katakan ... selain tu, bengkak kaki kanan yang kejap surut kejap datang , dan mrs pip dah tak boleh nak pakai sandal / loafers cos dah nama pun bengkak kaki kan, sebelah kaki senang saja nak sarung sandal, tapi sebelah yang bengkak ni agak sempit / ketat la pula rasa sandal setiap kali kaki menyarung sandal ... hohoho, so end up pakai selipar sajalah , lagi selesa.

dan masuk minggu ke-36 ni, mrs pip cepat rasa penat ... naik turun tangga pun rasa penat ... memasak pun rasa penat, cuci piring berdiri lama lama pun rasa penat ... kejap kejap rasa penat, kejap kejap rasa mau tidur di siang hari , padahal banyak lagi kerja rumah kena bereskan ... kalau mr.Husband free dari kerja, rajinlah dia tolong memasak di dapur dan layan karenah anak-anak ... sesekali bawa juga makan di luar, tapi mrs pip mcm not so into makan di luar nowadays, lebih prefer masakan rumah ... simple simple pun ok, janji masakan rumah ... 

Jus Delima membantu atasi smebelit ketika mengandung
Jus Delima membantu atasi sembelit ketika mengandung

kalau minggu ke-35, mrs pip kongsi cerita loya dan muntah berterusan, selain kena sore throat yang teruk, dengan tonsil yang bengkak dan kena ambil antibiotik, so minggu ni pula mrs pip share cerita kena sembelit teruk semasa mengandung!

hiks, selama mengandung ni, tak pernah lagi mrs pip diserang sembelit ... baik mengandung lil' Iman mahupun lil' Amin ... tapi tiba tiba , last few days ago (1 week ago la gitu), mrs pip diserang SEMBELIT teruk .. Allah, memang rasa nak nangis saat berada di dalam tandas sampai berpuluh-puluh minit tapi tak berjaya nak buang air besar ... 

padahal, hari hari minum air banyak risau dengan dehydration, lepas tu hampir setiap hari wajib makan buah (dah mr.Husband rajin belikan buah), dan favorite always buah betik yang masak manis tu ... lepas tu setiap hari mesti ada menu sayur , jarang sangat tak makan sayur sepanjang pregnant ni (dah pregnant kali ni mrs pip memang mengidam sayuran hijau, so mmg hari2 nak makan sayur) , tapi SEMBELIT ni muncul la jugak!

cecair Enema, ubat atasi sembelit
cecair Enema, ubat atasi sembelit

end up pergi klinik , dan doktor bagi lah ubat cucuk dalam bontot untuk lancarkan pengeluaran buang air besar ... first time dapat ubat mcm ni, mmg tak pernah tahu pun pasal ubat ni, tak pernah guna ... so bila try, memang rasa sedikit pedih dan tak selesa, so mrs pip hanya mampu guna setengah tiub sahaja ... dan lepas tu tak nak guna ubat ni, hiks!

bila mrs pip post di IG masalah sembelit ni, blogger DP bagi info, dia minum jus delima ... dan ada yang bgtau juga boleh try jus prun ... so end up petang tu juga mrs pip pergi cari jus delima, nak try sangat ... so bila google, nampak kat cosway ada jual jus delima ni, so terus beli sebotol ... RM30.00 satu (harga non-member) ... 

selepas beberapa hari minum jus delima ni, disamping amalkan minum air banyak, dan makan buah betik, mrs pip rasa sembelit semakin berkurangan, dan proses membuang air besar semakin baik ... so I guess jus delima tu, it works for me ... tapi, apapun yang berlaku, kesembuhan tu atas kehendak Allah SWT, kita ni cuma ikhtiar saja ... tak ikhtiar pun tak jalan juga kan, tapi tak berharap dengan Allah SWT pun tak boleh juga ... kenalah ikhtiar dan berdoa dalam masa yang serentak.

mrs pip google juga kenapa wanita mengandung ni mudah dapat sembelit , ini antara sebab sebab  utama kenapa berlaku sembelit ketika mengandung :- 

  • kehadiran hormon progesterone yang banyak ketika mengandung menyebabkan usus memproses makanan dengan agak perlahan dan selain rahim yang semakin membesar menyebabkan tekanan fizikal pada usus dan seterusnya menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum
  • dehidrasi kerana kurangnya meminum air putih juga menyebabkan sembelit
  • pil zat besi yang diambil oleh ibu ibu mengandung juga antara sebab kenapa sembelit boleh berlaku


dan ini pula antara cara-cara atau tips mengatasi sembelit ketika hamil:-

  • mengambil makanan tinggi serat seperti cereals, buah-buahan, dan sayur-sayuran
  • minum air secukupnya untuk megelak dehidrasi
  • minum jus prune (seperti yang disyorkan ramai pihak, tapi mrs pip minum jus delima, dan so far so good buat mrs pip)
  • minum yogurt yang mempunyai bakteria baik untuk membantu memperbaiki sistem pencernaan (yakult kan ada , tak pun vitagen)
  • melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, yoga, pilates, untuk membantu pergerakan usus besar
  • disarankan untuk berbincang dengan doktor mengenai pengambilan pil zat besi, sama ada perlukan dikurangkan dos pengambilan, atau tukar kepada pil yang rendah kandungan zat besi

dan mengikut tulisan dr.Zubaidi di blog, pengambilan enema (ubat cecair atasi sembelit seperti gambar mrs pip tu) adalah tidak digalakkan ...

dan satu lagi, baby NH scanned pada minggu ke-36 berada dalam keadaan yang baik, dengan berat 2.74kg ... hope baby NH tak overweight dan senang untuk dilahirkan, amin ... dan beg pakaian baby pun dah siap disediakan ...


thanks for reading.

cheers

12 comments:

  1. wahhh aku pulak yang terasa mau meneran sudah mpy...sikit lagi tunggu masa sudah, lepas tu boleh rasa kurus selama 2 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bah lulu, jom kita diet lepas ni sesama...

      Delete
  2. Alhamdulillah, sembelit dah makin pulih. semoga pregnancy Mrspip berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan. btw, TQ sebab take into consideration my opinion. It works for m, hopefully it works to you as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it works foe me too!
      thanks a lot for sharing your info kat IG hari tu...

      Delete
  3. jus delima mmg elok...buahnya pun..bnykkan makan makanan sunnah ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik Yaya for the info about makanan sunnah ...
      love it!

      Delete
  4. Sha kalau sembelit memang makan buah prune ataupun makan sawi bunga.. Insya Allah.. Jus delima tak pernah try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks info about makan sawi bunga tu ...
      lepas ni boleh tambah dlm koleksi makanan2 yg baik di ambil utk elak sembelit :))
      yeah.

      Delete
  5. Assalam..saya pn.atie pregnant 32weeks skrg ni kena sembelit yg teruk,mcm2 dh buah saya mkn air xpyh ckplh smpai rasa senak perut minum air xtaulh nk buat apa lagi nk ilangkn sembelit ni.nk mmbuang tu rasa mcm nk menngis duduk pun xselesa sbb sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalakumsalam ... allahu, bila sembelit ni, memang menyeksakan ... dah kena time preggy hari tu.

      kalau teruk sangat sembelit tu, cuba check balik pemakanan puan. maybe puan boleh try kurangkan nasi, dan buat sementara waktu makan cereal dan oat. tak pun nasi tu , tanak bagi lembut sikit, jangan makan nasi yang agak keras (ni just opinion saja).

      teruskan minum air yang banyak, makan buah dan sayur juga ... mcm saya hari tu kena sembelit, saya minum jus delima .. ada juga yang syorkan minum jus cranberries ...

      semoga sembelit puan hilang , take care ya puan.

      Delete