Amin Johansen || Birthday Yang Ke-5 Tahun

hi there, minggu ni minggu yang busy untuk mrs pip. minggu terakhir persekolahan, dan Iman konvo tahun akhir berada di tadika esok 22.11.2019. 

Banyak nak cerita, tapi tak larat nak menaip kerana kekangan masa. Kek untuk Amin dan beyblade untuk Iman.

beli jiwa anak
beli jiwa anak

Amin birthday 5 tahun hari tu 11.11.19 . Tiada sebarang celebration. Birthday dia jatuh pada hari Isnin, hari mr.Husband tiada di rumah kerana bekerja. Nak celebrate di sekolah, tapi Nami not feeling so well, asyik nak mengempeng, maka tiada siapa yang dapat membantu siapkan makanan dan kek untuk Amin.

Dan Amin pula dia tahu hari tu birthday dia, so dia keep on saying "nanti Amin mau makan kek tiup lilin", bukan sekali dua dia cakap statement yang sama, tapi berkali kali tau, sayulah hati mrs pip tengok Amin berharap sangat nak tiup lilin tu.

last weekend , hari Sabtu 16.11.2019 kitorang keluar bawa anak anak jalan kejap buat groceries shopping, lepas tu terus lah sekali belikan kek untuk Amin.

black forest cake
black forest cake

mrs pip beli ready made kek. pilihan yang ada hanya black forest cake, cheese cake, dan fruit cake ... mrs pip pilih black forest coz Amin ni kalau makan kek, dia suka yang banyak krim dan ada cherry.

beli kek setengah kilo, harga RM35.00. mrs pip memang tak sempat nak buat kek, lepas tu kalau buat kek, tak suka letak krim krim ni semua, so mesti Amin reject kek kalau mrs pip yang baking, haha. 

Birthday Amin 5 Tahun
Birthday Amin 5 Tahun

rezeki Amin lah kan, dapat ready made cake yang dia suka. Amin happy. kami pun happy. suka sangat Amin bila kami nyanyi lagu happy birthday , dia tiup lilin dan potong kek. 

beli jiwa anak
beli jiwa anak

Iman pula masih dengan season nak berbeyblade. hari tu daddy lah ambil beyblade Iman gara gara Iman langgar peraturan bawa beyblade pergi sekolah lepas tu malas buat homework, asyik mau main beyblade saja.

daddy letak beyblade dalam stor. haha, time groceries shopping tu, Iman buat muka kesian nak beyblade baru. 

rezeki sangatlah bila daddy lembut hati dengar pujuk rayu Iman nak beyblade baru. bukan Iman saja dapat beyblade baru, Amin pun daddy belikan sekali.

beyblade lama tu daddy keluarkan dari stor dan bagi Iman semula. cuti sekolah pun sudah bermula kan, so biarlah budak budak ni main beyblade di rumah, tapi dengan syarat setiap malam kena belajar dengan mommy sepanjang waktu cuti sekolah ni.

main tu mainlah juga, tapi study tak boleh tinggal kata daddy. happy anak anak dapat toys kegemaran dorang. 

macam inilah kami beli jiwa anak. nak buat dorang happy, tapi tetap kena bersyarat. 

cuti dah start kan. mak mak semua dah planning cuti ni nak buat apa dengan anak anak?

macam mrs pip, planning memang banyak, tapi mr.Husband kerja, so kena adjust ikut masa free dia lah.

cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. Sesekali memang kene beli jiwa anak anak kan..dapat makan kek sedap dan dapat beyblade tentu seronok

    ReplyDelete
  2. Sekali-sekala kena manjakan diaorang jugakan, Kak Pip. Semua nampak happy.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.