5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah - MrsPip Dot Com

Friday, 25 October 2019

5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah

hi there, 5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah. Cuti sekolah dah nak dekat ni. Anda yang ada anak-anak bercuti, sudah ada rancangan mahu buat apa sempena cuti sekolah ini? Di sini Mrs Pip senaraikan 5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah. Yes, serious menarik bagi pendapat Mrs Pip lah, ekeke.

5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah
5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah

Sebelum Mrs Pip senaraikan 5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah, anda dah fikir cuti sekolah anak-anak nak buat apa? Surirumah seperti Mrs Pip ni kenalah ada rancangan untuk anak-anak supaya anak-anak tidaklah duduk bosan di rumah.

Kalau tahun lepas, Iman dan Amin Mrs Pip hantar ke kelas tuisyen sepanjang cuti sekolah, tetapi kali ini mungkin tidak atas sebab-sebab tertentu. 

Memandangkan Mrs Pip tidak mahu anak-anak berasa bosan sepanjang cuti sekolah, di bawah ini Mrs Pip senaraikan antara 


5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah. 


1. Melawat kawasan menarik di sekitar tempat tinggal anda


Ya, cuba anda lihat sekeliling anda, ada tak tempat yang menarik untuk anda boleh bawa anak-anak anda berjalan? Lagi bagus, sambil melawat sambil belajar sesuatu.

5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah
Iman dan bunga bunga kesayangannya

Memandangkan Iman agak obses dengan bunga, jadi Mrs Pip bercadang untuk bawa Iman ke nursery bunga.

5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah
Iman dan bunga bunga kesayangannya

Bolehlah Iman sambil cuci mata tengok bunga, dalam masa yang sama belajar nama-nama bunga, dan cara-cara penjagaan bunga secara asas.

Tempat-tempat menarik lain sekitar kawasan Mrs Pip tinggal ni ada
✔ rabbit land, boleh belajar tentang arnab
✔ pantai, boleh bawa anak-anak piknik dan berenang dekat laut
✔ bukit, ada laluan untuk hiking
✔ stesen keretapi, tapi kitorang tak pernah naik keretapi pun, mungkin boleh dipertimbangkan bawa anak-anak pengalaman naik keretapi

2. Melancong


Melancong, jika mampu apa salahnya. Tidak kisah sama ada luar atau dalam negeri, by road, by flight, by train, pilihan di tangan anda asalkan dapat bawa anak-anak melihat dunia luas.

Mesti seronok dapat bawa anak-anak berjalan-jalan ke negara / negeri lain. Jangan lupa untuk melawat tempat-tempat menarik di negara / negeri tersebut dan rakam momen-momen menarik anda di tempat tersebut untuk kenang-kenangan.

Kalau tak dapat melancong jauh jauh pun, dalam negeri sendiri mesti ada landmark pelancongan kan.

Macam kat Sabah ni ada banyak tempat pelancongon juga, salah satunya ialah daerah Ranau Kundasang. Di sini kalau cuti sekolah dan menghampiri hujung tahun, memang penuh kawasan ni dengan pelancong dan pelawat.

Desa Dairy Farm Mesilau Kundasang
Desa Dairy Farm Mesilau Kundasang

Entry >>> Jalan Jalan Ke Desa Dairy Farm Mesilau Kundasang

Yang datang ke daerah Ranau Kundasang ni bolehlah melawat kawasan menarik dan terkenal di antaranya ialah

✔ Desa Dairy Farm, rasai pengalaman melawat lembu seperti berada di New Zealand
✔ Sabah Tea, kawasannya cantik  yang instagrammable dan rasai sendiri meminum teh pelbagai rasa dan dipetik segar dari ladang
✔ Maragang Hill, sesuai untuk anda yang suka hiking dan cintakan nature
✔ JS Nursery Kundasang, pelbagai pilihan bunga yang mungkin menarik untuk anda beli sambil sambil mencuci mata mencari idea untuk mencantikkan kebun bunga anda sendiri
✔ Sugai Moroli Kg. Luanti, rasai pengalaman bermain bersama ikan yang banyak lagi jinak di dalam sungai

dan ada banyak lagi kawasan menarik untuk dilawati di seluruh Sabah , insya allah nanti Mrs Pip update ❤

3. Berkreativiti bersama anak-anak


Aktiviti bersama anak-anak membuat seni hias, pertukangan mudah, melukis, membuat DIY, susun atur, menyelesaikan jigsaw puzzle, bermain Sahibba, Scrabble dan apa apa aktiviti yang membina kreativiti anak-anak, pasti sesuatu yang menyeronokkan.

Malah bermain masak-masak sambil mencipta menu baru juga boleh meningkatkan kreativiti anak-anak bersama anda.

Sekiranya anda tiada idea  untuk membina kreativiti bersama anak-anak, anda boleh saja mencari banyak idea menarik di Pinterest.

Atau boleh saja melihat aksi @thedadlab di Instagram atau menggunakan hashtag yang bersesuaian di Instagram untuk mencari feed yang bersesuaian, antaranya #dadlab .

4. Mini quiz atau mini pertandingan bersama anak-anak


Mini quiz atau mini pertandingan juga satu idea menarik untuk dilakukan bersama-sama anak-anak anda.

Apa kata sepanjang minggu, anda memberikan anak anda subjek untuk dipelajari , kemudian pada hujung minggunya anda membuat mini quiz / pertandingan di antara anak-anak, dan buatlah aktiviti tersebut penuh dengan fun dan tidak stress.

Dan untuk membuatkannya lebih seronok, anda bolehlah menawarkan hadiah kepada pemenang, haha. Pasti lebih semangat anak-anak nak bermain mini quiz / pertandingan ni kan.

5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah
Reward untuk Iman dan Amin 
rajin buat homework time cuti

Hadiah pula , bolehlah pilih sesuatu yang menarik seperti belanja makan KFC, bagi set alat tulis, bawa anak main di taman, atau apa-apa yang sesuai mengikut kemampuan anda.

5. Terokai aktiviti baru


Wah, menerokai aktiviti baru pasti sesuatu yang seronok. Anda boleh fikirkan aktiviti yang menarik perhatian anak-anak anda.

Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan yang sesuai untuk anak anda jaga seperti arnab atau kucing.

rabbit land kimanis keningau
Jalan jalan ke Rabbit Land

Entry >>> Jalan-jalan ke Rabbit Land Jalan Kimanis-Keningau

Anak-anak boleh belajar bagaimana cara untuk memberi haiwan tersebut makan, menjaga kebersihan, dan mungkin mengajar haiwan seperti kucing untuk berak/kencing di atas tanah / pasir.

Atau mungkin juga boleh mengajar anak- anak mengayuh / bermain basikal dua roda. Tidak semua anak-anak tahu / boleh mengayuh basikal dua roda dengan baik, ianya memerlukan kemahiran mengendalikan basikal dengan baik.

Iman dan Amin pun belum lagi berpeluang untuk memiliki basikal dua roda sendiri atas faktor keselamatan kerana kawasan rumah Mrs Pip tidak berpagar dan sangat hampir dengan jalan raya.

5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah
Berkebun bersama anak anak

Entry >>> Aktiviti berkebun Iman dan Amin, what a beautiful experienced

Atau apa kata mengajar anak-anak bercucuk tanam, atau cukup sekadar menanam indoor plant dan menjaganya dengan baik. Mungkin anak-anak teruja melihat pokok yang ditanam tumbuh mekar 😊

Aktiviti tanam pokok kelapa Iman dan Amin pada satu ketika dulu, sekarang pokok kelapa tu pun dah besar sikit, nanti ada masa Mrs Pip update pula gambar terkini pokok kelapa tu, haha tak sempat nak ambil gambar terkini.

mendaki bukit tinubau membakut
Hiking di Bukit Tinubau Membakut

Entry >>> Iman dan Amin menjejaki Bukit Tinubau

Kalau anak-anak tak pernah hiking dan kebetulan di kawasan anda ada tempat hiking yang sesuai untuk anak-anak ikut bersama, apa kata bawa anak-anak anda melakukan riadah mendaki bukit.

Pasti aktiviti ini memberikan sedikit cabaran kepada anak-anak anda tetapi ianya juga akan memberikan rasa gembira kepada mereka apabila mereka berjaya mendaki hingga ke atas bukit.

Sebenarnya, ada banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama-sama anak anda, terpulang kepada anda untuk merancang aktiviti berkenaan.

Apapun diharap cuti sekolah anak-anak tidak disia-siakan , dan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik mengikut kreativiti dan gaya hidup anda.

Mrs Pip mengucapkan selamat bercuti sekolah kepada semua anak-anak, dan nantikan update percutian Mrs Pip dan keluarga, insya allah.

Mrs Pip merancang untuk mendapatkan arnab bagi Iman dan Amin , selain bercadang untuk membawa Iman dan Amin ke Sabah Tea dan ke Kg. Luanti untuk bermain ikan sungai, dan kalau sempat juga ke Hot Spring Ranau untuk mandi kolam air panas pada bulan Disember ini.

Till then, happy holidays.

Xoxo.

Cheers.

13 comments:

  1. Cuti-cuti sekolah ni elok rangka aktiviti utk mereka ni supaya mereka tak terlalu leka main, tgk tv ataupun handphone :)..idea yang bagus ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Pip harap anak2 kak pip ni tak lekat sangat nak tengok tv. Kalau gajet mmg tak bagi kecuali sesekali saja., tu pun daddy dorg la yg layan.

      Delete
  2. byak enda yg kita boleh buat masa cuti sekolah nie kan.. kami sekeluarga plan nak berjualan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus berjualan, cepat pandai mengira tanpa sedar. Kak pip pun dulu2 berjualan juga dgn parents.

      Delete
  3. masa cuti sek ini lah dapat luangkan masa dengan anak. anak saya baru masuk 2 tahun......

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin

    Saya dah follow blog awak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Tq sudi follow blog saya ni. Ok jom tukar link kat bloglist.

      Delete
  4. Yea cuti sekolah ni, kena buat banyak aktiviti supaya anak-anak tak bosan duduk di rumah. good idea semua yg mrs pip share ni. jalan-jalan, hiking, melawat tempat ternakan haiwan, kuiz. banyak aktiviti boleh buat sebenarnya dari biarkan anak-anak kita asyik dengan gadget je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena fikir juga nak bagi anak2 main gajet, sesekali ok kat, tp mmg prefer bawa anak2 buat aktiviti tanpa gajet ...

      Delete
  5. bagus aktiviti macam tu.Daripada anak2 main gadget kan. Good activity to kids.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak aktiviti menarik boleh buat dgn anak2 selain gajet, tp gajet pun ok as long as kena pantau dan bagi limit masa.

      Delete
  6. Banyak aktiviti sebenarnya boleh dibuat masa cuti sekolah. Bila ada aktiviti macam ni tak ada lah asyik nak main je kan. plus, aktiviti macam ni boleh isi masa dengan baik dan seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope anak2 kak pip happy buat aktiviti cuti sekolah nnt dgn kak pip.

      Delete
  7. Cadangan aktiviti yang menarik mrs pip..

    ReplyDelete