5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki

5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. Anak lelaki dan anak perempuan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka kerana dari segi fizikal, emosi, pemikiran, dan tingkahlaku, saling berbeza antara anak lelaki dan anak perempuan. 5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. 

Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman mrs pip membesarkan anak lelaki dan juga berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh ibu-ibu lain di luar. 

cara mendidik anak lelaki
5perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki

Semoga entry ini sedikit sebanyak membantu para ibu untuk lebih memahami karakter anak lelaki dan semoga kita mampu mendidik anak-anak lelaki kita dengan lebih baik.

Sebagai seorang ibu, kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita juga sentiasa ingin melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita, dan sentiasa ingin ada di sekeliling anak-anak kita kerana merasakan anak-anak kita sentiasa memerlukan kita, padahal anak-anak lelaki kita menginginkan kita cukup menjadi penyokong setia mereka, memberikan mereka ruang untuk bebas bergerak, dan menyediakan sokongan kepada mereka ketika mereka memerlukan kita.

Anak-anak lelaki ini biasanya, kebanyakkan daripada mereka memiliki pemikiran yang lebih 'mekanikal'. Berdasarkan pemerhatian Mrs Pip terhadap Iman dan Amin, mereka pada usia 4 hingga 6 tahun ini gemar dengan aktiviti 'pembinaan'. Mereka suka membina sesuatu dan kemudian merobohkannya, mencabut segala permainan dan memasangkannya semula, dan mereka tidak suka diberi pertolongan selagi mana mereka mampu melakukan apa yang mereka sedang kerjakan. 

Dan mereka juga bertengkar sama ada berebut mainan ataupun tidak sependapat dalam sesuatu perkara, asalkan pertengkaran dalam skala kecil, biasanya Mrs Pip biarkan sahaja. Ini biasa terjadi dalam fasa pembesaran anak-anak. 

Tetapi ada masanya kita sebagai Ibu, apabila melihat anak-anak terkial-kial berusaha melakukan sesuatu, mulalah kita ingin membantu, padahal anak-anak sama sekali tidak memerlukan bantuan kita kerana, dan seharusnya jangan sekali kali kita cepat memberikan mereka bantuan, biarkan dulu mereka berusaha.

5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. 

☀1. Ibu perlu tahu apabila Ibu membuat kesilapan, anak lelaki perlukan Ibu untuk meminta maaf.

Mrs Pip sangat menekankan konsep meminta maaf sesama ahli keluarga setiap kali melakukan kesalahan atau kesilapan, tak kira salah kecil atau salah besar.

Mrs Pip tahu, lelaki mempunyai ego yang lebih berbanding wanita, maka Mrs Pip berharap dengan mendidik anak-anak lelaki dengan membiasakan mereka meminta maaf apabila melakukan kesalahan atau kesilapan akan menjadikan mereka seorang yang tidak egois apabila mereka besar kelak.

Anak-anak perlu dididik mengenai hal tiada apa yang perlu dimalukan sekiranya mengaku kesalahan dan meminta maaf. Meminta maaf akan menjadikan anak-anak memiliki ciri-ciri seorang yang berani, tidak pendendam dan jujur pada diri sendiri.

Anak-anak lelaki perlu dididik untuk memahami konsep meminta maaf.

cara komunikasi yang baik bersama anak
Cara komunikasi yang baik bersama anak

Sama juga kepada setiap ibu, sekiranya melakukan kesalahan kepada anak-anak, haruslah berani untuk meminta maaf. Jangan guna konsep 'mom always win' di dalam mendidik anak-anak lelaki kerana kelak mereka juga kemungkinan akan menggunakan konsep yang sama 'I'm always win'.

Teringat satu waktu Mrs Pip terlupa untuk membelikan Iman bread, padahal sudah berjanji untuk membelikannya apabila dia balik dari sekolah. Dan Mrs Pip merasakan ini hanyalah hal kecil.

Baca juga : Luahan Hati Aku Bukan Mommy Yang Perfect 

Iman agak kecewa apabila tiada bread seperti yang dijanjikan dan Iman tidak teragak-agak meminta Mrs Pip untuk meminta maaf kepadanya kerana terlupa membelikan bread untuknya.

Haha, I learnt my lesson! 

Jadi selepas ini, kalau ibu-ibu sudah membiasakan anak-anak lelaki untuk meminta maaf, maka ibu-ibu juga perlu membiasakan diri mengungkapkan perkataan maaf sekiranya melakukan kesalahan atau kesilapan ya.

☀2. Ibu perlu membiarkan anak lelaki berdepan dengan kegagalan dan menerima kegagalan untuk mereka berusaha lebih baik untuk berjaya.


Melihat anak-anak sedang bermain building block, tetapi tidak berjaya membina seperti apa yang dikehendakinya, maka ibu datang dan membantu membina struktur untuk si anak.

Kenapa ibu ada rasa untuk membantu si anak? Kerana ibu punya naluri cepat kesian apabila melihat si anak gagal melaksanakan sesuatu yang diinginkan.

Iman dan Amin sangat gembira setiap kali Mrs Pip bermain bersama mereka. Tetapi, mereka tidak suka kalau Mrs Pip membantu mereka melakukan sesuatu ketika mereka masih berusaha untuk mencuba melaksanakan apa yang mereka inginkan, contohnya membina kapal angkasa menggunakan building blocks.

Mereka akan berusaha berkali-kali sehingga berjaya membina dan setiap kali mereka gagal , mereka akan menzahirkan rasa kecewa kemudian mereka akan berusaha membinanya semula.

Ibu perlu belajar untuk membiarkan anak-anak berdepan dengan kegagalan. Emosi mereka mungkin terganggu namun mereka perlu faham bahawa kegagalan akan membuatkan mereka lebih bersemangat dan berusaha untuk lebih berjaya.

anak-anak lelaki mengetahui kebolehan
Biarkan saja Iman n Amin dengan percubaan untuk mengorek lubang

Biarkan anak-anak mengetahui kebolehan (capability) mereka, biarkan anak-anak lelaki tumbuh membesar dengan jiwa yang kental.

FAIL IS THE BEAUTY OF SUCCESS

☀3. Ibu perlu tahu yang anak lelaki mahukan ibu memberi persetujuan tentang apa yang mereka ingin lakukan, bukan apa yang Ibu mahu mereka lakukan.


Sebagai seorang ibu, Mrs Pip sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Dan selalunya, Mrs Pip akan memberitahu Iman dan Amin apa yang mereka perlu lakukan. 

Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Kena ikut cakap ibu. Tak boleh membantah.

Ibu lupa yang anak-anak juga punya keinginan melakukan sesuatu, dan sebagai ibu kita perlu memberi sokongan selagi mana mereka tidak melakukan sesuatu yang membahayakan mereka.

Seperti Iman yang sangat sukakan bunga (hobi Iman buat masa sekarang), setiap petang, dia akan menyiram pokok-pokok bunganya, dan ada masanya dia akan sesuka hatinya menukar bunga-bunganya ke pasu lain.

Perlukan Mrs Pip melarang Iman menukar bunga-bunganya ke pasa yang lain?

cara anak lelaki tanam bunga
Iman dan hobi barunya menanam bunga

Bagi Mrs Pip , menukar bunga ke pasu yang lain boleh menyebabkan pokok bunga tersebut rosak atau mati, tetapi berbeza bagi Iman, pokok bunga pasti suka duduk di pasu baru yang lebih besar dan cantik.

Jadi, ada masanya ibu perlu belajar untuk memberi persetujuan terhadap apa yang anak-anak ingin lakukan walaupun ibu tidak sependapat dengan anak-anak. Ibu hanya perlu menasihati dan membimbing mereka , tetapi biarkan anak-anak melakukan sesuatu yang mereka suka, selagi tidak memberikan kesan negatif kepada mereka.

Ini mendidik anak-anak lebih kreatif dan matang. Anak-anak akan belajar tentang konsep berdepan dengan akibat tentang sesuatu keputusan yang mereka sendiri lakukan.

Dan ibu-ibu juga belajar cara mengurangkan rasa risau terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh anak-anak. 

Pada satu peringkat umur anak-anak, ibu-ibu perlu bersedia memberikan sedikit kebebasan untuk anak-anak membuat keputusan sendiri tentang apa yang mereka ingin lakukan.

☀4. Ibu perlu tahu yang anak lelaki belajar mengenai kepercayaan beragama dengan melihat cara Ibu melaksanakan kepercayaan Ibu


Iman bertanya kepada Mrs Pip "mommy, kita Islam?" , dan Mrs Pip mengangguk.

"Mommy, kalau kita Islam, kita sembahyang bersujud kan, dan kalau Kristian, sembahyang cross kan?, dan Mrs Pip mengangguk sambil memberikan sedikit penjelasan ringkas agar Iman faham konsep beragama.

Ya, tentang kepercayaan, lagi-lagi keluarga kami yang berkahwin campur mungkin menimbulkan sedikit kekeliruan pada pandangan anak-anak. 

Penting untuk ibu-ibu menunjukkan agama yang dianuti agar anak-anak faham tentang agama mereka.

Apabila Mrs Pip solat, Mrs Pip ajak Iman dan Amin solat bersama, ada masanya mereka ikut, ada masanya mereka enggan. Tidak dipaksa, cukuplah pada usia kecil dididik dengan melihatkan mereka cara kita solat, baca al-quran, bertasbih, istighfar dan sebagainya. 

Dan ibu-ibu jelaskanlah kepada anak-anak lelaki apa itu solat, bagaimana untuk solat, bacaan solat, kenapa perlu solat agar mereka mudah faham. Insya allah, apabila mereka faham, mereka akan ikut solat dengan rela hati dan gembira.

didik anak lelaki solat
Sejuk rahim mak mengandung tengok anak solat

Jelaskanlah juga kepada mereka akibat tidak solat. Seperti Iman, Mrs Pip bagitau kalau kita tak solat nanti Allah tak sayang, kalau Allah tak sayang, nanti Allah tak bantu kita bila kita ada masalah.

Iman belum begitu faham konsep solat, tetapi dia suka ikut Mrs Pip solat dan ada masanya dia akan solat sendiri-sendiri. 

Ada masanya Mrs Pip tanya kenapa Iman sembahyang. Saja bertanya untuk mendengar jawapan anak-anak, dan melihat kefahaman mereka tentang konsep beribadat.

Iman bagitau daam Islam kan kena sembahyang supaya nanti Allah sayang. 

Selalunya, di malam hari Mrs Pip mengajak Iman dan Amin menghafal surah surah pendek, dan sebelum tidur pastikan mereka membaca doa tidur, ayat 3 Qul, dan ayat Kursi.

Dan Mrs Pip juga akan heart-to-heart dengan anak-anak tentang hal hal yang mereka risaukan, seperti kepercayaan anak-anak yang selalu takutkan hantu. Jadi pendekatan agama digunakan untuk menjadikan mereka tidak perlu takutkan hantu, dan sebaliknya yakin dengan kekuatan Allah SWT yanh sentiasa melihat kita.

Begitu juga dengan makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan menurut Islam, juga perbuatan baik dan perbuatan jahat yang dilarang. 

Ibu-ibu jangan sesekali mudah rasa berputus asa dalam mendidik anak-anak lelaki tentang kepentingan beragama, lagi-lagi anak-anak lelaki inilah apabila besar nanti akan menjadi imam-imam kita dan ketua keluarga dan ketua agama.

☀5. Ibu perlu tahu yang anak lelaki sentiasa merasakan Ibu seorang wanita yang hebat, maka tunjukkan anak lelaki definisi wanita hebat

Penting untuk ibu menunjukkan ibu seorang yang hebat, supaya anak-anak kita selalu mengingati yang mereka memiliki ibu yang hebat.

Definisi hebat itu sangat luas. Sangat subjektif. Ibu menyediakan makanan kegemaran, memberikan pakaian kesukaan, menghadiahkan hadiah harijadi, memastikan bilik tidur bersih, menyusun mainan agar mudah dicari, semua ini adalah antara contoh ibu seorang yang hebat.

Anak-anak lelaki gembira apabila semua barangan mereka sentiasa ada ketika mereka memerlukannya, dan mereka tahu ibulah yang menyediakan semuanya buat mereka.

Ibu perlu kelihatan hebat di mata anak lelaki
Ibu perlu kelihatan hebat di mata anak lelaki

Ibu-ibu juga perlu menjaga penampilan dengan berpakaian sopan, menjaga lisan dengan berkata yang baik-baik dan tidak kasar, menjaga kesihatan agar sentiasa punya daya untuk menguruskan anak-anak, ibu bijak dalam menjawab semua soalan anak, dan semua ini juga termasuk di dalam kategori ibu hebat bagi pandangan anak-anak lelaki anda.

Dan tidak hairan apabila anak-anak lelaki ini dewasa kelak, mereka cenderung mencari pasangan yang mempunyai ciri-ciri kehebatan ibu mereka sendiri. 

Tidak dinafikan , kata kata seperti "Ibu adalah role model terbaik buat si anak lelaki" juga ada benarnya.

Kita biasa mendengar ungkapan "anak ibu" atau "manja ibu" yang ditujukan kepada anak lelaki kerana anak lelaki ni manja dia lain sikit dekat ibu berbanding manja dia dekat ayah kan. 

5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. Banyak lagi sebenarnya cara mendidik anak-anak lelaki agar mereka membesar menjadi anak yang baik. Perkongsian Mrs Pip ini hanya sebahagian sahaja, dan Mrs Pip percaya ibu-ibu lain juga punya cara, pendapat, pandangan tersendiri dalam mendidik anak-anak lelaki.

Sebagai ibu, Mrs Pip berusaha mendidik anak-anak memilih jalan yang baik dalam hidup mereka, tetapi di luar bidang kuasa Mrs Pip untuk menentukan jalan hidup anak-anak sepenuhnya.

peraturan 10 saat untuk  kecil anda
peraturan 10 saat untuk  kecil anda

Dan baca juga peraturan 10 saat untuk anak-anak. Sila klik entry Peraturan 10 Saat untuk anak kecil anda untuk cerita lanjut.

Till then, happy parenting semua.

Xoxo.

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. nasihat yang bagus. walaupun kita belum ada rezeki utk ada anak sendiri, tapi kita tahu .. bukan senang nak besarkan anak pada zaman sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tatie. Semoga Tatie sentiasa dimurahkan rezeki dalam pelbagai bentuk. Amin.

      Delete
  2. Good sharing.. memang beza kan antara anak lelaki dan perempuan. Tambah bila dah meningkat remaja macam anak-anak Kak Sue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope kita semua menjadi parents yang hebat.

      Delete
  3. Sis ada anak lelaki seorang tapi memang jauh beza dengan menjaga anak lelaki seorang. kena pandai amik hatinya dan cakap dan nasihat kena slow..sebab anak lelaki mudah merajuk tapi nak di sayangi lebih dari anak perempuan..tu laa pengalaman Sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak lelaki 1st saya pun kalau ckp kena slow talk, yg 2nd boy pula manja, yang 3rd boy ni kecik lagi, tak nampak lagi character mcm mana.

      Delete
  4. Allahu. terima kasih atas perkongsian. kak dah ada 3 orang anak perempuan. belum ada anak lelaki lagi tapi inshaAllah bookmark terus info ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo comelnya ramai princess. Semoga info ni bermanfaat

      Delete
  5. good sharing mrs pip..mana tahu rezeki saya nanti dpt anak lelaki..boleh rujuk guide ni..betul, cara pendekatan anak lelaki & anak perempuan, berbeza..walaupun belum ada pengalaman lagi tapi belajar dari anak2 buah, anak2 kawan...boy, macamni layanan dia..girl, macamtu layanan dia...

    ReplyDelete
  6. terbaiklah perkongsian mrs pip ini.. boleh dijadikan panduan.. tq..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.