Resepi sosej masak sos bersama belunu

hi there, pip kitchen bersiaran lagi , kali ni masak sosej pula, tapi kita bereksperimentasi sosej  masak sos bersama belunu ... tau belunu tu buah apa? yang lebih kurang adik beradik binjai bah , tapi binjai asam2 sikit kot, belunu ni manis sikit ... tak sure mrs pip kalau binjai n belunu ni ialah buah yang sama ... 

eksperimentasi ni terjadi tanpa sengaja, bila kebetulan ada buah belunu 5 biji di dapur, dan tengah2 masak sosej ni, terfikir nak tambah sikit belunu ni, rasa not bad, ada kelainan ... I wish I had daun sup penambah rasa ...

resepi sosej masak sos bersama belunu
Resepi sosej masak sos bersama belunu

sosej masak sos biasanya mrs pip masak untuk Iman m Amin, mrs pip ni kalau sosej not a big fan ... bolehlah makan gitu2 jak, atai kalau tiada lauk lain  layan jugalah sesekali sosej ni.

bahan bahan :

1 bungkus sosej, di goreng terlebih dahulu, kemudian dipotong2 ikut potongan kesukaan korang
1 biji telur
1 biji bawang besar dihiris hiris
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
gula , garam secukupnya
1 biji buah belunu

cara caranya:

● tumis bawang besar hingga naik bau
● masukkam telur, kacau bersama bawang sehingga telur tergoreng sepenuhnya
● masukkan sos tomato, sos cili dan kicap, tumis seketika, gunakan api sederhana
●masukkan sosej yg sudah digoreng terlebih dahulu tadi, gaul rata dan perisakan bersama garam dan gula
●masukkan buah belunu yang sudah dipotong, dan kacau sebati semua ..
●dah siap , bolehlah menjamu selera, makan panas panas bersama nasi memang sedap ...

Optional: yang suka pedas2 , boleh letak cili padi ketika menumis sosej tadi , memang upmhhhh gitew ...

selamat mencuba 🍴 lauk yang simple untuk lunch nanti ...

nota: tengah berfikir2 apakah sosej sesuai juga digandingkan bersama tuhau atau bunga kantan 😕?

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

7 Comments

  1. Nampak menarik..tak pernah makan buah binjai...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau kalau binjai n belunu ni buah yg sama , tp dari segi rupa, nampak sama.

      Delete
  2. wow.. nda pernah lgi kak belunu campur dlm masakan, baru fisrt time nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la campur dalam masakan, ok jak rasanya ...

      Delete
  3. belunu ni buah apa ye? tak pernah dengar pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belunu ni mcm buah binjai, tapi saya tak pasti sgt kalau belunu n binjai ni adalah buah yg sama.. Dari segi rupa, nampak mcm sama.

      Delete
  4. fuhhh SOSEJJJ! love it hehehehe. tapi belunu tu... tak pernah rasa lagi hehehhe.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.