July 2019 - MrsPip Dot Com

Tuesday, 30 July 2019

Reload guna BOOST APPS & kelebihan lain yang ada pada Boost Apps

July 30, 2019 23
Reload guna BOOST APPS & kelebihan lain yang ada pada Boost Apps
hi there, korang tau tak Boost Apps ni? mrs pip dah terjangkit guna Boost apps ni sekarang ... selalunya bila mrs pip mau reload phone, akan guna SHOPBACK, then klik LAZADA Apps di Shopback, so baru akan reload ... kenapa SHOPBACK? pasal mrs pip akan dpt sedikit CASHBACK ... ada penjimatan duit di sana ...


tapi, baru baru ni, tak tau apa problemnya, LAZADA Apps mcm delay lama tiap kali tekan button RELOAD dia, so cari punya cari yang boleh reload XOX (mrs pip guna line XOX) , BOOST APPS ni boleh reload XOX, dan kelebihan BOOST APPS ni, boleh SHAKE SHAKE setiap kali pembayaran / pembelian minimum RM10 , nnt akan dapat sedikit pulangan duit ... dan selain tu, ada KELEBIHAN BOOST APPS yang lain juga ...

first, mrs pip reload RM10, shake shake dapat RM0.20 , lepas tu reload lagi RM10, shake shake dapat RM0.20, then reload lagi RM50, shake shake lagi dapat RM2.00 .. ao jumlah pulangan duit hasil reload semua tu ialah RM2.40 ... rasa happy bila ada sedikit penjimatan macam ni, siapa nak bagi ...


mrs pip sebelum ni pernah nampak kat SERVEY SUPERMARKET / HYPERMARKET yang pembayaran barangan boleh menggunakan aplikasi BOOST , tapi buat buat malas ambil tahu ... once dah tahu pasal BOOST APPS ni, menyesal juga kenapa selama ni tak install BOOST APPS ni .. hiks! dahlah setiap bulan kitorang beli barang dapur kat SERVEY ni ... kalau tak, mmg dapat EXTRA penjimatan melalui shake shake tu ... 

selain tu, mrs pip juga baru tahu boleh bayar guna BOOST APPS ni di 99 Supermarket, ni dekat jak dgn rumah, wah lepas ni semangat beli barang kat 99 Supermarket kalau gitu ...

mrs pip tinggal di pekan kecil, so mmg tak banyak tempat boleh guna BOOST APPS ni, so far SERVEY dan 99 Supermarket ni jak tempat yg boleh bayar guna BOOST APPS ...

KELEBIHAN LAIN YANG ADA PADA BOOST APPS

● ada diskaun dan promosi tertentu, kena rajin buka BOOST APPS dan tengok apa promo menarik yang disediakan ... ada promo IFLIX bayar RM5 sahaja utk 1 bulan subscription, 50% diskaun , juga diskaun dari SenHeng




● boleh kumpul BOOST coins melalui BOOST MISSION dan BOOST coins ni boleh guna untuk join contest dalam BOOST APPS ni ... banyak peraduan menarik , tapi mrs pip still baru guna BOOST APPS ni, so coins tak banyak mana pun, baru 4 Boost coins


● go CASHLESS konsepnya ... yang penting korang transfer duit ke BOOST APPS korang ... semakin banyak MERCHANTS yang mendaftar bersama BOOST, so semakin banyak pilihan pengguna nak beli , shopping kat mana kan ...
● transaksi selamat ... ni penting sangat ... setiap kali korang nak bayar kat kedai , atau nak reload misalnya, BOOST APPS akan minta korang masukkan 6 Digit pin keselamatan yang korang dah set kat BOOST APPS ...
● boleh bayar bil utiliti dan juga parking kereta tau ... dan boleh transfer duit kat sesiapa tanpa sebarang caj extra! dan boleh beli vouchers ... yeah.

Cara nak bayar kat kedai ? ⤵

senang saja , just buka BOOST APPS, lepas tu ada button pay ... ala, susah susah kan, mrs pip add gambar HOW TO SCAN & PAY USING BOOST ...


jadi, jom bayar guna BOOST APPS ... yang belum download tu, apa kata korang download BOOST APPS ni ...

antara merchants yang membenarkan pembayaran menggunakan BOOST APPS ... omo, GIANT, KFC dan Watsons pun boleh guna BOOST APPS, yeah coz KFC & Watsons ni ada kat area Beaufort, GIANT pula ada kat Papar ... sesekali kitorang mmg beli barang kat Papar kalau bosan bosan pigi Beaufort, hehe.

dan bila korang dah DOWNLOAD AND INSTALL BOOST APPS ni, jangan lupa masukkan INVITE CODE mrs pip ⤵

empt1p6



Kenapa nak guna INVITE CODE pula? kalau tiada invite code, tak boleh install ke apps ni?

INVITE CODE tu, boleh saja kalau tak nak guna, no problemo bah ... tapi kalau guna boleh dapat EXTRAAA CASHBACK ... 


see, gambar kat atas ni adalah SEBAB kenapa nak invite friends bila dorang register kena guna INVITE CODE tu ... ada CASHBACK , woha!

yang banyak soalan pasal BOOST APPS ni, just drop down.your comments ok ...

cheers  xoxo.

Monday, 29 July 2019

Resepi sosej masak sos bersama belunu

July 29, 2019 9
Resepi sosej masak sos bersama belunu
hi there, pip kitchen bersiaran lagi , kali ni masak sosej pula, tapi kita bereksperimentasi sosej  masak sos bersama belunu ... tau belunu tu buah apa? yang lebih kurang adik beradik binjai bah , tapi binjai asam2 sikit kot, belunu ni manis sikit ... tak sure mrs pip kalau binjai n belunu ni ialah buah yang sama ... 

eksperimentasi ni terjadi tanpa sengaja, bila kebetulan ada buah belunu 5 biji di dapur, dan tengah2 masak sosej ni, terfikir nak tambah sikit belunu ni, rasa not bad, ada kelainan ... I wish I had daun sup penambah rasa ...


sosej masak sos biasanya mrs pip masak untuk Iman m Amin, mrs pip ni kalau sosej not a big fan ... bolehlah makan gitu2 jak, atai kalau tiada lauk lain  layan jugalah sesekali sosej ni.

bahan bahan :

1 bungkus sosej, di goreng terlebih dahulu, kemudian dipotong2 ikut potongan kesukaan korang
1 biji telur
1 biji bawang besar dihiris hiris
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
gula , garam secukupnya
1 biji buah belunu

cara caranya:

● tumis bawang besar hingga naik bau
● masukkam telur, kacau bersama bawang sehingga telur tergoreng sepenuhnya
● masukkan sos tomato, sos cili dan kicap, tumis seketika, gunakan api sederhana
●masukkan sosej yg sudah digoreng terlebih dahulu tadi, gaul rata dan perisakan bersama garam dan gula
●masukkan buah belunu yang sudah dipotong, dan kacau sebati semua ..
●dah siap , bolehlah menjamu selera, makan panas panas bersama nasi memang sedap ...

Optional: yang suka pedas2 , boleh letak cili padi ketika menumis sosej tadi , memang upmhhhh gitew ...

selamat mencuba 🍴 lauk yang simple untuk lunch nanti ...

nota: tengah berfikir2 apakah sosej sesuai juga digandingkan bersama tuhau atau bunga kantan 😕?

cheers.

Sunday, 28 July 2019

Resepi simple sayur labu tumis bersama taugeh dan telur

July 28, 2019 16
Resepi simple sayur labu tumis bersama taugeh dan telur
hi there, resepi simple sayur labu tumis bersama taugeh dan telur ... masak yang simple2, ndak banyak bahan mau guna, I like pasal mrs pip mmg bukan pakar memasak ... since masih ada lebihan labu kuning selepas buat bubur labu, maka eloklah masak labu ni buat sayur, mrs pip mmg suka makan sayur labu tumis, slalu layan tumis dengan ikan tausi  tapi tiada stok la pula ikan tausi ni , jadi masaklah dgn bahan2 yg ada dlm peti sejuk.

selain tumis tausi, boleh juga masak berkuah santan bersama ikan masin , letak cili padi bagi pedas2 gitew, tapi mrs pip kurang sikit masak labu berkuah santan ni, lebih prefer tumis ... 

adik angkat mrs pip cadangkan nextime kena cuba tumis bersama udang kering, cili padi, dan letak daun kunyit, katanya sedap ... so will try lah next time once ada stok udang kering ... cili padi dan daun kunyit boleh petik depan rumah saja ...

sedap atau tidak resepi sayur labu tumis bersama taugeh dan telur ni, terpulang tekak masing masing, tapi why not give it a try kan ... I is suka bereksperimentasi bila berada di dapur ❤


bahan bahannya:

nota: ni utk 2 hingga 3 orang makan 

● 1 mangkuk labu yang telah dihiris nipis ( jangan nipis sgt, nnt hancur time tumis, tapi jgn tebal sgt, nnt lambat pula nak lembut)
● 2 ulas bawang putih , dihiris halus
● 1 biji telur
●segenggam taugeh yang sudah dicuci, ditoskan airnya
● garam dan perasa secukupnya 

cara caranya:

●panaskan sesudu dua minyak masak , tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan telur , kacau2 telur sehingga telur masak sepenuhnya 
●masukkan labu kuning dan tumis bersama telur tadi , tumis labu sehingga labu kelihatan lembut ... boleh masukkan sedikit air ( 1/3 cawan air) utk melembutkan labu
●masukkan taugeh, dan kacau rata , masukkan garam dan perasa secukupnya ... mrs pip suka taugeh tu ada rasa crunchy2, so mmg tumis sekejap jak taugeh ni, kalau tumis lama nnt taugeh lembik la pula ... dah ngam sudah rasa semua, labu pun lembut, so bolehlah matikan api ...

kalau suka labu ni sedikit berkuah / berair , so boleh tambah sedikit air , tp mrs pip prefer labu ni just lembap2 gitew ...

cuba juga resepi >>>


yang tanya ikan tausi tu apa, boleh refer gambar di bawah, byk jual di supermarket ni... kalau guna ikan tausi ni, satu tin ni mrs pip slalu guna 1/3 saja sekali masak, tak guna habis , just guna sbg penambah rasa ...

lebihan ikan tausi tu, mrs pip guna bila nak masak next time ... boleh guna bila2 nak menumis sayur daun , atau tambah dlm nasi goreng ...


selamat mencuba.

cheers.

Friday, 26 July 2019

Cara mudah nak tanam kurma di Syurga

July 26, 2019 2
Cara mudah nak tanam kurma di Syurga
hi there, salam Hari Jumaat ... satu waktu yang lalu, mrs pip tetdengar ceramah sorang ustaz ni mengenai ayat SUBHANNALLAH HIL'AZIMI WABIHAMDIH ... kemudian baru baru ni ada yang share video juga mengenai kelebihan zikir tetsebut, so betterlah mrs pip nak share sekali kelebihan zikir ringkas ni , penuh kebaikan ...


zikir SUBHANNALAH HIL'AZIMI WABIHAMDIH ni, nampak simple, mudah nak ingat kan ... jom kita amalkan zikir ni kerana 

satu kali zikir dibaca, maka satu pohon kurma akan tumbuh disyurga untuk kita ...

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الْجَنَّةِ

“Siapa yang membaca: Subhanallahi al-'Adziimi wa Bihamdihi, niscaya ditanamkan untuknya satu pohon kurma di surga.” (HR. al-Tirmidzi dan dishahihkan Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 6429) 


dan lagi, selain itu apa yang mrs pip pernah dengar, dengan membaca zikir ini 3x selepas subuh, maka segala penghuni di langit dan di bumi akan mendoakan kesejahteraan kita ... 3x selepas subuh saja wak! tak susah, so jom jom amalkan ...

dan lagi,  dengan mengamalkan zikir ni di waktu pagi, akan membuka pintu2 rezeki utk kita ... so time2 nak kluar rumaj di pagi hari, nak pergi sekolah , kerja, berurusan , baca zikir ni, semoga murah rezeki kita ...

rezeki ni banyak maksud, bukan duit semata mata ok, dipermudahkan urusan pun satu bentuk rezeki juga tau ❤

semoga bermanfaat apa yang dikongsi utk hari ini ... semoga banyak pokok2 kurma kita disyurga kelak , amiiin.

cheers.

Thursday, 25 July 2019

Nami Heavenlee || Jurnal 11 Bulan

July 25, 2019 2
Nami Heavenlee || Jurnal 11 Bulan
hi there, tepat 20.07.2019, baby Nami berusia 11 bulan ... makin besar baby mommy ni ... alhamdulillah, baby Nami membesar dengan baik, walaupun selalu demam, selesema, dan batuk, tapi dia aktif seperti hari2 selalu, dan mood makan sekarang ni memang tiptop walaupun tengah batuk sekarang ... baru juga kemarin bawa baby Nami pergi klinik, doktor bgtau ada sedikit bengkak di tekak ...


so, 11 bulan 4 batang gigi , 2 gigi atas, 2 gigi bawah ... suka gigit pipi mommy, kalau tak dpt gigit pipi, jari2 mommy jadi mangsa dia ... 

dah boleh identify kucing, anjing, ayam, burung ... since haiwan2 ni ada sekitar rumah, so hari2 ajar dia cam haiwan2 ni, kecuali burung kena tunggu dtg bertenggek depan gril tingkap baru dapat tunjuk kat nami ...


dan ada few words yg dia faham, antaranya 
Nami , eat.
Nami, come here.
Nami, don't.
Nami, come we go jalan.
Nami, where is bumbum tit tit (car) - ni baby talk , mr.Husband la yg ajar ... kalau mrs pip mmg NO to baby talk , mmg ajar dorg seketul2 ayat ... 

dan dari segi bahasa, kalau kami berdua, mmg mrs pip ckp English la dgn Nami, tp kalau yg lain mmg cakap Malay dgn Nami ... Iman m Amin pun sama, mrs pip ckp English kat dorg, tu antara cara mau bagi dorang faham English pada usia yg muda ... dorg tak pandai cakap English, tak pa,.asalkan dorang faham, nnt slow2 la dorang blajar cakap ... 


nami dah start belajar berdiri dan dah start nak berjalan ... kalau dia rajin dan berani nak buat langkah2 kecik ketika berdiri, so most probably next month baby darling mommy ni dah boleh berjalan ...

ada masa nami suka main sorang2, tapi ada masa dia super clingy la , nak berkepit dgn mommy saja ... hehe, baby manja kdg2 ...

since dia ni suka makan, asal nampak mommy makan, mesti nami suka rebut2 ... asal nampak mommy pegang makanan, mak oiii cepat tgn nami rebut ... kdg2 mommy belum makan lagi, dah masuk mulut nami .. laju tgn dia nak rebut makanan mommy ❤


pada usia 11 bulan, berat Nami 8.2kg, ok la kan ... mommy happy berat nami bertambah selepas 2 bulan gitulah berat ndak naik2 .. 

semoga nami membesar dengan sihat, gembira, dan next month nami dah masuk setahun! time flies surely ...

lots of love , xoxo.

cheers.

Majlis perkahwinan Harry x Eliza di Kg. Marais , Tenom || 19.07.2019

July 25, 2019 6
Majlis perkahwinan Harry x Eliza di Kg. Marais , Tenom || 19.07.2019
hi there, last week berkesempatan attend wedding anak buah , Harry dan Eliza, apapun tahniah buat anak buah ... ni anak buah mr.Husband, mak kepada Harry ni ialah kakak mr.Husband ...


Last year kakak kepada Harry yang kawin, si Ruby, tapi mrs pip waktu tu baru beberapa hari bersalin baby Nami, jadi mrs pip ndak terattend wedding si Ruby ...

kali ni Harry pula yang kawin, tunang dia orang Tenom, dari kampung Marais ... dia kawin hari Jumaat, 19.07.2019 ... Jumaat pun Jumaat lah, bukan halangan utk attend wedding walaupun pada weekday ... mr.Husband kena ambil cuti kerja sehari ... 

tema kawin kitorang sebelah family lelaki (sebelah Harry) pakai dark blue, sebelah perempuan (Eliza) purple ...  tapi mcm biasalah ya, utk ambil gambar the whole big family mmg selalu gagal ... whatever! yang penting kami enjoy the wedding ceremony ❤ , yeah.


banyak gambar, so kasi collage senang mau tinguk ... mcm biasalah , tempat berselfie wefie paling BEST ialah dlm kereta, time ni baru mau gerak, so semua semangat lagi, make up blum cair, muka masih ceria ... so jomlah kita mengharungi perjalanan berbukit bukau 2 jam dari rumah ke Tenom ... 


selepas dua jam drive tanpa henti, dan terlajak jalan pasal kereta yang lead jalan terlepas pandang simpang masuk kampung marais, nasib baik sedar sudah salah jalan, so patah balik dan jumpa simpang sebenar ... 

sampai jak tempat kawin, teruslah kita sibuk sibuk bergambar, lepas tu cari tandas , haha ... Iman n Amin sibuk berkepit dgn pohpoh dorang, sekali cari sudah duduk dalam church pasal majlis kahwin dah start ... tapi mommy daddy n few others stretching dulu di luar church, kita hadam dulu view yang cantik di pagi hari ...

untuk makluman, family mr.Husband ni Christian Catholic, dan kawin campur berlainan agama dan bangsa ni perkara biasa jak ni kan kalau kami .. ada yang tanya "masuk church ka?" , "knapa hari Jumaat juga dia mau kawin?" ..

well, kita kawin2 campur ni kena pandai bawa diri ... lepas ambil2 gambar tu, kitorang masuklah church sekejap mau tengok Harry n Eliza, paderi bagi ucapan m nasihat, so kita dengarlah ... lain2 kepercayaan, jangan sentap kalau nasihat2 kata2 ucapan2 paderi tak sama dgn kepercayaan kita, just relax ok ... just percaya dengan agama yang kita anuti, jangan kecam agama lain ...

why Friday? kitorang pun tak sure knapa dorang pilih hari Jumaat ... Eliza ialah Christian SIB, so maybe la SIB kawin hari Jumaat, selalu kalau Catholic kawin hari Sabtu atau hujung minggu ... bersangka baik sajalah ... lagipun, ada jak masjid ndak jauh dari church dorang ni ... simpang masuk sebelum church, ada masjid ya.


agak lama juga upacara dlm church, so kami kluar duduk santai2 di luar, then Nami mcm lapar, so bawa Nami makan dulu dalam kereta ...

habis jak Nami makan, upacara church pun selesai, so ke khemah kawin la kita menjamu selera ... makanan halal disediakan , well family kitorang baik sebelah mommy harry mahupun sebelah daddy harry, ada yang beragama Islam , so makanan wajib halal ...


sambil2 makan, sambil2 cerita2 dgn family members, sambil2 layan si Amin mau jadi dinosaur, adeh ... so buka mulut luas2 jadi dinosaur katanya...


Eliza ni berketurunan suku kaum murut dan lundayeh, so menariknya mereka memperkenalkan salah satu tradisi perkahwinan mereka kepada kami, iaitu acara memberikan hadiah kepada sebelah keluarga ...

pengantin perempuan berarak bersama ahli keluarga dia yang membawa cenderahati iaitu beras kampung dan tempat menyimpan beras ... eh, menariklah acara ni ... excited kami dengar penjelasan dari keluarga perempuan, tapi I was busy ambil gambar, hehe.


ni sekitar view jalan jalan ke tempat wedding tu ... kitorang pergi ikut jalan sipitang tenom dari membakut, balik ikut jalan kimanis keningau ...

kalau yg slalu ikut jalan ni, mmg tau la kan, jalan ni hijau2 aman nyaman rasanya gitew ...


di belakang church ni padang , so majlis makan2 dorg buat di padang ni lah, lepas tu belakang padang tu ada sungai, jernih jak air sungai tu ... just nice kalau mau mandi manda ... next time la kot dtg sini lagi mandi manda ...

dan time lalu masuk mau pigi church ni, ada sawah padi , maksudnya org2 kampung sini ni pesawah la ya ... beras tanam sendiri ... mesti dorang ni kuat kuat coz lerja keras banting tulang tanam padi ...


selesai saja majlis kawin, yang bestnya dorang siap tunjuk tarian murut and lundayeh, menarik ... lepas tu, no alcohol drinks ... Biasa kalau kadazan murut dan seangkatan ni, wajiblah ada minum2 ni, tapi this wedding tiada, so awal siap ... kalau ada minum2, lambatlah majlis kawin selesai .. apapun, mana2 majlis pun, kena pandai2 lah sesuaikan diri ya ...

Ps. Kalau mrs pip rajin, nnt mrs pip edit vid pendek tarian murut n lundayeh tu ... kalau rajin la ya ...

lepas tu kami singgah kejap pergi kupi kupi di fatt choi cabin, last year ada singgah sini juga , Nami baru 3 bulan lah gitew, now dah 11 bulan si Nami ni ...

baca juga cerita kami
>>> jalan jalan di Fatt Choi Coffee Cabin 

alhamdulillah, dipermudahkan semuanya ... anak2 ok jak, baby pun ndak meragam walaupun seharian berjalan, kena masuk baby carrier ...

update :

eh eh, sister in law bagi kitorang bakul letak beras , hadiah dari mertua Harry .. Thanks, bakul cantik .. tapi mrs pip ndak simpan beras la yer, ni kompom bawa piknik simpan makanan , hehe


till them, xoxo.

cheers.

Tuesday, 23 July 2019

Resepi bubur labu bersama bebola pulut

July 23, 2019 4
Resepi bubur labu bersama bebola pulut
hi there, ada kerajinan hari ni buat bubur labu bersama bebola pulut , setiap kali buat, setiap kali usaha untuk improvise rasa bubur , adeh ... sebab I is tak pandai bab2 masak2, so mmg put some effort jugalah untuk masak2 ni nak bagi suami and anak2 makan  ... 

ekceli, kitorang mmg suka makan labu kuning ni ... mrs pip suka makan labu ni buat sayur, tumis dengan ikan tausi dalam tin tu, buat lepat pun sedap selain buat bubur labu ...

tengok juga >>>

yang mana nak cuba buat bubur labu versi mrs pip ni, sila sila cuba ya .. tapi ni versi resepi masak 1 pot untuk big family (10 orang makan gitew) , nnt korang boleh kasi reduce bahan2 tu kalau just nak buat sikit ... eh tapi, buat satu pot pun ok, nnt bila dah sejuk, masuk dlm peti sejuk, esok makan sejuk2 time cuaca panas pun sedap tau ... tak pun boleh bagi jiran2 sebelah , kongsi rezeki gitew ...


bahan-bahannya:

1kg labu (kupas kulit dan potong ikut suka korang)
1L ~ 1.3L air
1 tin sweet corn
1 gelas biji sagu saiz manik
6 sudu besar gula perang (gula putih pun ok, adjust manis ikut rasa korang)
1 sudu kecil garam
2 potong halia sebesar ibu jari diketuk
3/4 tin susu cair (nak guna santan pun boleh)


cara membuat: 

1. Rebus 1kg labu di dalam pot / belanga sehingga lembut menggunakan 1.2L air
2. Keluarkan sebahagian isi labu, dan blender (tak nak buat step ni pun ok, tak kisah, mrs pip buat pasal nak bagi bubur labu tu nampak lagi kuning, lagi cantik, lagipun anak anak tak suka sangat makan isi labu, so nak bagi dorang makan labu tu, mrs pip blender ... sah sah dorang makan)
3. dah blender, bolehlah masukkan semula ke dalam pot tadi
4. Masukkam biji sagu , kacau kacau bubur labu korang, kalau tak nnt melekat pula biji sagu tu di lantai pot korang
5. masukkan sweet corn ... sweet corn ni terpulang nak guna setin atau dua tin .. ada yang kaki makan jagung, dorang nak extra, so bolehlah letak extra kuantiti 
6. Kacau kacau tau bubur labu korang , sampai biji sagu tu nampak jernih .. nak masak bubur ni, korang guna api sederhana saja , tak perlu guna api besar ...
7. masukkan gula dan garam , juga halia yang telah diketuk ... well, kalau tiada halia, it is ok, cuma mrs pip mmg suka ada rasa halia, lagi sedap ...
8. Bila sagu dah jernih warnanya, rasa manis bubur pun dah ok, so paling last korang masukkan susu cair, kacau2 seketika ... 
9. Siap! Sedia utk dihidang ...

Ok, tadi tu versi bubur labu tanpa bebola pulut ... siapa suka nak kunyah2 ala ala boba, boleh cuba masukkan bola bola kecik yg dibuat dari tepung pulut ...


cara caranya:

3/4 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula perang
Air secukupnya
Pewarna, kalau nak bagi bebola tu ada warna .. mrs pip pilih kaler hijau ...

1. campur tepung pulut, gula dan air secukupnya sehingga membentuk doh, lepas tu buat bola2 kecik 
2. masukkan bebola pulut ni selepas korang masukkan biji sagu tadi ... kacau kacau bubur labu korang ... 
3. biasanya, bila pulut ni dah terapung, tak tenggelam di dasar pot, tu maknanya bebola pulut dah masak lah tu ...
4. ok, langkah2 lain tadi ikut jak cara2 masak bubur labu yg mrs pip share di ataa tu ya .. masukkan jagung, gula, garam, halia, sus cair ... kalau ada durian, sedap juga ni masukkan isi durian ...


ok, ada soalan? hehe ... just komen di ruang komen ya.

selamat mencuba.

cheers.

Sunday, 21 July 2019

Smoke candy, gula gula ala VAPE untuk kanak-kanak!

July 21, 2019 12
Smoke candy, gula gula ala VAPE untuk kanak-kanak!
hi there,  femes gula gula smoke candy berlegar2 di ruangan wasap group ... memang kena ambil perhatian ni , lagi2 mrs pip ada anak kecil yang belum faham tentang banyak perkara, anak yang senang dipengaruhi akal fikirannya ...

smoke candy ni, based on video yang dikongsi di group wasap, ialah gula gula bila masuk dalam mulut, ia boleh mengeluarkan asap , macam seolah olah kau vape / merokok gitu ...


ok, mungkin gula gula ni mengandungi nitrogen .. well, penggunaan nitrogen di dalam industri makanan bukan sesuatu yg asing , contoh paling senang ialah nitrogen di dalam aiskrim , untuk penyejukan serta merta menjadi ais, dan juga memberikan tekstur berkabus bila kau makam ada asap yang keluar ...

so berbalik kepada cerita smoke candy ni .. apa yang merisaukan ialah, ianya mudah dibeli, dan harga pun tak mahal bagi kebanyakkan orang, TAPI, ianya seakan akan meniru budaya merokok la pula, lagi2 bila gula gula smoke candy tu dibuat dalam bentuk rokok .. budak budak memang sukalah benda benda pelik mcm ni, bagi dorang ni something rare, something interesting ... lagilah dorang balik2 nak makan/consume smoke candy ni ... macam rokok pun ya, macam vape pun ya ... ni nak mengajar anak2 kecil kita merokok ke apa ni????


lepas tu tular juga video kanak kanak yang sedang memakan smoke candy ni dan dorang happy ... well, kita memang nak anak anak sentiasa happy, tapi dalam masa yang sama kita tak nak anak anak kita meniru perbuatan yang memungkinkan mereka kelak cenderung melakukan hal yang tidak kita inginkan seperti smoke candy ni mcm ala ala merokok, so kita nak ke anak2 kita kelak betul2 merokok? mula2 tu main2 tiru2 ada asap kluar mulut, esok2 nanti dorang betul2 pula merokok ! ni yang kita usaha mau elak ni ...

smoke candy ni kita tak mampu nak halang penjualannya, lagipun ni nampak mcm gula gula jak kan, tapi dari sudut pandangan yang lain , it is not fun at all, nmpak mcm ala ala vape , nampak mcm budak2 tu merokok pun ya juga ...


sebagai parents, sama sama kita pantau anak anak kita, bukan setakat aktiviti dalam sekolah , luar sekolah, bahkan apa yang dorang makan minum di luar pun kena pantau juga ... nowadays, pelbagai cara anak anak kita mudah terpengaruh, dan sukar mau deny kan, bab bab pengaruh negatif ni mmg mudah jak anak anak tiru, so memang kena ambil berat hal anak2 kita yang pada usia muda ni mmg cepat terpengaruh ...

alhamdulillah guru2 pun turut sama concern dengan anak anak kita  , pentingnya ada two ways communication antara kita dan guru2 anak2 kita ... walaupun hakikatnya guru2 mengajar anak2 kita ilmu di sekolah, tapi guru2 inilah juga yang berusaha menjaga keselamatan anak2 kita semasa dalam waktu persekolahan ... guru2 inilah yg prihatin dengan anak2 kita kan ...

diharap, gula gula berasap ni, atau smoke candy ni dilarang penjualannya di premis sekolah, dan tidak dibenarkan untuk dibawa ke sekolah sekiranya anak2 beli di kedai luar ...

hope Iman n Amin dan kawan2 dia tiada yang terlibat dengan smoke candy ni ... kadang2  kita tak bagi pun anak2 makan benda2 mcm ni, tp kawan2 pula yang baik hati belanja anak2 kita ... adeh.

korang ada nampak tak smoke candy ni dijual kat tempat korang? apa pendapat korang ttg smoke candy ni?

Mrs Pip,
Seorang mommy yang risau.

cheers.

Friday, 19 July 2019

Hati yang sakit ini ...

July 19, 2019 15
Hati yang sakit ini ...
hi there, setiap kita ada masalah sendiri .. setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian, dan cara kita selesaikan masalah tu berbeza beza ... 

ada masanya, masalah yang kita hadapi melibatkan hati dan perasaan ... hati terguris rasa terluka, lalu harus bagaimana untuk rasa ini dipulihkan?


senyap
diam
tafakur
Allah ada
kepadaNya lah kita berbicara
Dia pasti mendengar

doa dan doa lagi
jangan pernah jemu
Allah tak pernah letih
untuk mendengar permintaan hamba hambaNya

semoga rasa yang sakit ini
terawat dengan kasihNya Allah.

salam Jumaat.

have a nice day.

cheers.

Wednesday, 17 July 2019

Kisah beyblade untuk Iman & Amin

July 17, 2019 16
Kisah beyblade untuk Iman & Amin
hi there, season budak budak main beyblade, mak bapa budak pun ada yg main, ada yang jadikan beyblade ni koleksi .. harga satu beyblade berbeza beza, terpulang nak mahal atau murah, ikut la kemampuan masing masing ... tak salah pun main beyblade TAPI ...


baru baru ni Iman minta beyblade, seminggu jugalah dia asyik sebut mau beyblade, tapi mommy buat buat ndak layan ... mommy ada sebab kenapa ndak mau belikan Iman n Amin beyblade ni, tapi akhirnya rezeki budak berdua ni, dapat juga dorang beyblade bila daddy yang belikan ... tapi daddy kalau belikan budak2 ni toys, mmg siap2 bagi syarat ... mcm beyblade ni, syaratnya TIDAK BOLEH BAWA KE SEKOLAH, KALAU BAWA NANTI DADDY AMBIL BALIK BEYBLADE TU ...

mommy mampu senyum sajalah ... mommy kenal perangai anak anak mommy ni 😜

kenapa Iman sungguh2 mau beyblade padahal lama dah season orang main beyblade ni? pasal kawan baik dia bawa beyblade pergi sekolah ... budak lain bawa dia mcm tak kisah, tapi bila BFF Iman bawa, tu yang nak beyblade sangat tu, hari hari cakap "Iman mau beyblade macam Lucas , dia bawa beyblade pigi sekolah, laoshi ndak marah pun" ... statement siap bgtau mommy cikgu dia tak marah bawa beyblade pergi sekolah ... amboi, siap2 bagi idea nak sedapkan hati mommy.

see, PEER PRESSURE (social pressure) sangat kan ... ada kata kata yg mengatakan RAKAN IALAH PENGARUH YANG PALING KUAT DALAM HIDUP KITA, JADI HARUS BIJAK MEMILIH DENGAN SIAPA KITA BERKAWAN  ...

Peer pressure atau pengaruh rakan sebaya ni ada yang baik ada yang kurang baik, so sbg parents kita kena pandai menilai dan kena didik anak anak cara berhadapan dengan pengaruh rakan sebaya ni ... terlalu mengikut kehendak peer pressure ni bagi mrs pip bukan sesuatu yang elok, dan kalau pula asyik2 nak membebel / marah kat anak tak setuju dengan keinginan mereka akibat peer pressure pun tak sesuai juga, kena cari pendekatan yang bijak , dan memberikan win win situation kepada both party yg terlibat ...

hati I kental, malas mau layan permintaan Iman nak beyblade ... bukan tak nak beli, bukan kedekut, TAPI beyblade tu hanya bernilai / dihargai untuk sehari saja , the very next day dorang tak pandang beyblade tu, mesti back to building blocks dan coloring ... jadi why bazirkan duit , tapi kalau Iman mau building blocks atau request beli warna baru, yang ni akan dipertimbangkan ...


tapi, Iman berjaya cairkan hati incik suami dengan linangan air mata dia , so dapatlah beyblade sorang satu ... mrs pip tengok jak Iman Amin n mr.Husband pasang beyblade tu, malas nak sertakan diri, korang2 mainlah yer, mommy dah pencen main benda ni ... dah siap pasang beyblade tu, mr.Husband pun tarik diri, budak berdua ni main sesama dorang, happy sangat ...

tapi spt yg dijangka, the very next day, beyblade tinggal kenangan .. Iman main sekejap jak, lepas tu busy buat homework, lepas tu busy layan tv kejap, lepas tu busy melukis dan mewarna ... lepas tu busy makan, busy mengaji, busy main building blocks ... hahaha, anak ok anak!

beyblade duduk diam di meja, kena pandang sipi2 jak ... nasib baik beli yang murah RM13.90 seketul ... better beli building blocks kan!

peer pressure ni , kalau yang bawa manfaat, I am ok ... tapi kalau yang mcm kes Iman ni, aku tak cakap tak bermanfaat, tapi mmg membazir sikit la kan , lainlah kalau Iman betul2 layan beyblade ni, main sampai puas, sampai rabak ...

mmg taste Iman n Amin ni, ada certain things saja buat masa ni dorang betul2 suka iaitu building blocks dan melukis + mewarna, yang lain tu mcm so so sajalah ...

hari ni hari ketiga Iman n Amin berbeyblade, dan ada percubaan utk Iman bawa beyblade ke sekolah ... tapi end up Iman letak balik beyblade dia atas meja ... alhamdulillah, nasib baik tak bawa coz sudah janji awal2 dgn daddy ndak boleh bawa pigi sekolah ...

kitorang tahu, akan datang pasti ada lagi benda lain yg dorang request, well peer pressure kan, tapi mommy akan pertimbangkan kalau permintaan dorang tu bukan sesuatu yang di luar kemampuan dan tak membazir ...

korang pun main beyblade juga ?

cheers.

Monday, 15 July 2019

Review Movie : Not Cinderella's Type

July 15, 2019 9
Review Movie : Not Cinderella's Type
hi there, lama ndak layan movie english yang santai, so hari tu tengok movie ni bertajuk NOT CINDERELLA'S TYPE , movie ni based on novel menggunakan tajuk yang sama , ditulis oleh Jenni James ...

cerita tentang anak gadis bernama Cindy yang kematian mak pada usia 10 tahun kalay tak silap, akibat kemalangan jalan raya, dan dia dijaga oleh keluarga makcik dia ... 

malangnya, makcik dia ni bukan syg kat dia pun.. dia bagi cindy tinggal kat loteng, padahal rumah makcik dia ni ada 6 bilik tidur ... dua sepupu si Cindy tu bukan nak layan cindy elok2, tapi tak lah jahat sampai mcm tipikal kes kakak tiri yang dera adik tiri ... 

makcik si Cindy, dia buat Cindy mcm org gaji pulak .. Cindy ni la yg kena sediakan breakfast sebelum Cindy boleh pergi sekolah ... kena kemas rumah bila balik dari sekolah ... sepupu Cindy 2 org tu pergi sekolah naik kereta, tp Cindy kena jalan kaki, padahal satu sekolah !

Cindy ni ada kawan baik nama Maxton .. aku suka tengok friendship dorg, mmg baik ... kiranya Maxton ni tempat Cindy bersandar dan berkongsi cerita gitew ...

biasalah high school kan, mesti ada hot guy yg jd tumpuan budak2 perempuan, so hot guy kat sekolah dorg ni nama dia Bryant , mmg popular gitew...

dijadikan cerita, si Bryant ni terlanggar kucing kesayangan si Cindy , so marah lah Cindy pasal kucing tu hadiah terakhir mak dia sebelum mak dia meninggal .. 

tapi kerana kucing tu lah, Cindy yg pada mulanya tak suka si Bryant, akhirnya berkawan dgn si Bryant ni .. si Bryant ni pula, dia suka dekat Cindy pasal Cindy ni tak mcm kebanyakkan perempuan yg dia kenal, no kepoh2 ...


then, si Maxton BFF si Cindy ni tetiba confess yg dia suka si Cindy, tapi Cindy bukan jenis cepat melatah, lgpun selama ni si Maxton yg selalu ada dengan dia , cumanya dia bukan cintakan Maxton ... tapi, aku suka Cindy ni, dia tak reject pun si Maxton ni, malah dia try DATE dgn si Maxton .. Cute jak tinguk dorg berdua ...

tapi Cindy ni mcm suka dkt Bryant juga, tapi Bryant faham situasi Cindy so dia pun tak desak si Cindy ...

dipendekkan cerita, si Cindy bertengkar dgn makcik dan pakcik dia pasal dia keluar tengok pertandingan bola sepak si Maxton, dan balik lewat ... lepas tu makcik pakcik dia siap ugut mau denda si Cindy ni , so Cindy ni takut gila2 ugutan makcik pakcik dia tu..

Kiri ke kana:
Maxton, Cindy dan Bryant 

dia call Maxton, tp time main bolasepak tu kaki Maxton cedera, so mak Maxton bawa dia pigi klinik petang lepas balik rumah, so Maxton tak dpt nak jumpa Cindy ...

Cindy pun call Bryant, so Bryant la penyelamat si Cindy ni ... mlm tu juga Cindy keluar dari rumah makcik dia dengan bantuan Bryant selepas Bryant dapat tahu si Cindy selama ni di dera dari segi emosi, dan ayah Bryant berjanji utk membela Cindy.

happy ending  tau ... Bukn shj Cindy menang  kes terhadap makcik dia, malah ayah si Bryant berjaya jadikan Cindy sbg foster family dia, dan siasatan mendapati makcik Cindy menggunakan wang insuran arwah mak Cindy sebanyak 30ribu dollars, dan wang tersebut diserahkan semula kpd Cindy.

Cindy dan Bryant bercinta, dan Cindy tinggal di rumah milik keluarga Bryant, dan Maxton tetap menjadi BFF kpd Cindy ..sweet gitew, no hurt feeling, Maxton terima kenyataan yg Cindy tu setakat BFF jak ...

thanks for reading.

cheers.

Friday, 12 July 2019

Nazak yang dipermudahkan Allah

July 12, 2019 15
Nazak yang dipermudahkan Allah
hi there, salam.Jumaat semua ... sedikit perkongsian ringkas untuk.kita semua, nasihat menasihati, ingat mengingatkan, semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua ...

ni entry lama yang mrs pip republish, so maybe ada yang pernah baca entry ni ... kalau suka silalah share ya , semoga kita mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT


yang hidup pasti akan mati, itu janji Allah ... tapi setiap kita pasti mahukan kematian yang baik ... 

dan kita tahu kematian itu menyakitkan , dan jom sama sama kita perbaiki amalan kita dan selain  itu, jom kita tetapkan hati kita untuk sentiasa berselawat, hatta 1x sehari pada malam jumaat, mudah mudahan dipermudahkan oleh Allah saat maut kita seperti para nabi, insyaallah ....

cheers!

Wednesday, 10 July 2019

Review Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum

July 10, 2019 32
Review Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum
hi there, my mood is back on track! want to write the review of this Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum since last month after using it more than 8 weeks  but since baby Nami was having prolong fever , most of my time only focused for him, and with puasa and raya some more, my energy all went away vanished in the air 🍃


I bought this Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum after I tried the sample. I couldn't really remember where I get the sample, hehe ... forgetful I am as I am getting old, is it ? 

but before I go further with my review, I just want to add some information that maybe some of you including me, has no idea what is SERUM all about , and is SERUM is a must in our skincare routine, and how many types of SERUM exists , and so on ... 

What is Serum?

Serum as far as I know at the moment has two types, the water based and the oil based ... this Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum is water based. And refer photo below, that's what the product says printed on the bottle ⤵


Serum for face (face serum) according from what I read (source  here)

Face serums are lightweight moisturizers that penetrate deeper to deliver active ingredients into your skin.

face serum contains a much higher propotional concentration of active ingredients by leaving out many of the heavier ingredients that are found in traditional moisturizer... 

in simple word, it is high concentration moisturizer, sorts of la ... hence, because serum is super concentrated or potent, please use it as per instruction, do not overuse by piling to much onto your skin, the concentrated ingredients might irritate your skin ... patch-test before use is advisable.

Is SERUM is a must in our skincare routine? 

serum is optional ... it is up to you to use serum during daytime and/or nightime ... and it is also depends with the formula of the serum when is the good time to use it .. daytime, nightime or can use both day and night time, just don't overuse the product.

from what I read, serum helps to improve our skin firmer, smoother, pores become smaller and increase moisture levels, BUT it moisturises to a minimal extent so using together with MOISTURIZER is what I say a great combo!


what is water based serum and oil based serum?

I read the information regarding the differences between water based and oil based serum, source here

Water-based serums go under the cream and they are so important. They nourish the inner layer of the skin because the molecule is very small so it penetrates—because of the P50, of course. 

The oil-based serums go on top of the moisturizer because they have a bigger molecule. They're supposed to keep the cream and whatever you put underneath moist during the entire day.

so next time you want to apply serum, just remember to check if it is water based or oil based, and ensure you apply it correctly so it function well on your skin ... water based serum apply before using moisturiser, while oil based apply after using moisturiser, simple as that ...


My review of Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum ...

so when I tried the serum, I feel much better in terms of hydration,  and improves the redness of my skin ... my skin is not an acne prone, but sometimes I do have acne, so maybe the redness occur whenever acne come ...

the ingredients of this serum I could say filled with fruit and flower extracts , thus I have no offence to use this product ...

it works for my redness skin, it soothes my skin , so if you are looking for serum to soothe you skin redness, this is a good product in my opinion.

whilst for the hydration, it helps to hydrate my skin pretty well, so I am happy with this product ...

I apply twice a day , 1 x day and 1 x night, just one to two full pump is enough for me .. it absorbs quickly into the skin, just massage gently onto your skin ...

it has no strong scent, just a fine light scented serum for me ... nowadays, any skincare with too strong smells is not my favorite , maybe the older you be, the more the nose too sensitive with smell 🙊

I bought this at Althea website, the price is about RM104.00 if  not mistaken lah for 80ml , please check the actual price ya ...

the price is a bit pricey , but hey what's serum is not pricey when it delivers good job for the skin ... so I am ok with the price.  It works effectively for my skin and I am satisfied with this product, and if you ask me to repurchase, I definitely say Yes.

to get the product, visit 

thanks for reading, stay beautiful everyone, xoxo.

cheers.

Friday, 5 July 2019

Ganjaran bagi penghafal Al-Quran buat aku CEMBURU sangat

July 05, 2019 16
Ganjaran bagi penghafal Al-Quran buat aku CEMBURU sangat
hi there, salam Jumaat yang membahagiakan, semoga hari ini semua urusan kita berlangsung dengan mudah ... amin .. hari tu mrs pip terbaca satu posting di instagram @sahabatasurga mengenai kelebihan orang yang menghafal alquran, dan selesai baca posting tu, terus terang mrs pip rasa cemburu yang sangat dalam,  ... kalaulah aku juga diantara merela yang menghafal alquran, alangkah seronoknya ....


mrs pip kongsi apa yang mrs pip baca di posting instagram tersebut , semoga ia memberi manfaat kpd kita dan semoga kita yg beragama Islam berusaha mengambil sedikit waktu utk membaca alquran setiap hari ya ...

#Repost @sahabatsurga (@get_repost)

Masya Allah..

Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepada-Mu agar Engkau mengikat hati-hati kami dengan menghafal Al-Quran, memberikan kami rezeki tilawah dan tadabburnya, dan dalam mengamalkannya sebagaimana yang Engkau ridhai..

Aamiin ya Rabbal'alamiin . 

Inspirasi @sahabatsurga .

Al-Quran akan datang pada hari kiamat, lalu dia berkata, 

“Ya Allah, berikan dia perhiasan.” Lalu Allah berikan seorang hafidz al-Quran mahkota kemuliaan. 

Al-Quran meminta lagi, “Ya Allah, tambahkan untuknya.” Lalu dia diberi pakaian perhiasan kemuliaan. Kemudian dia minta lagi, “Ya Allah, ridhai dia.” Allah-pun meridhainya. 

Lalu dikatakan kepada hafidz quran, “Bacalah dan naiklah, akan ditambahkan untukmu pahala dari setiap ayat yang kamu baca. (HR. Turmudzi 3164)

Siapa yang menghafal al-Quran, mengkajinya dan mengamalkannya, maka Allah akan memberikan mahkota bagi kedua orang tuanya dari cahaya yang terangnya seperti matahari. Dan kedua orang tuanya akan diberi dua pakaian yang tidak bisa dinilai dengan dunia. 

Kemudian kedua orang tuanya bertanya, “Mengapa saya sampai diberi pakaian semacam ini?” Lalu disampaikan kepadanya, “Disebabkan anakmu telah mengamalkan al-Quran.” (HR. Hakim 1/756)

"Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami tidak tahu. Karuniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam."
.
.
kalau kita tidak mampu menghafal alquran, itu bukan sebab kenapa kita tidak mampu baca alquran kan, dan kalau yang ada anak, jom kita didik anak anak kita mencintai alquran ...

Iman Amin n Nami, mrs pip harap mereka boleh menghafal alquran, doakan anak anak mrs pip ya, insya allah ada antara anak anak mrs pip menjadi al-hafiz ... cemburu pada semua penghafal alquran , semoga Allah melindungi penghafal2 alquran agar mereka sentiasa berada dlm taqwa dan iman ...

dan doakan juga saudara mara brothers dan sisters kita di uighyur china yang dlm proses ingin dihapuskan kepercayaan mereka, di India juga berlaku, dan semoga Syria baik2 saja begitu juga di Sudan ...

Salam Jumaat semua.

cheers.

Wednesday, 3 July 2019

Ragam anak anak || pensel selalu hilang + Amin the pink lover

July 03, 2019 12
Ragam anak anak || pensel selalu hilang + Amin the pink lover
hi there, up dulu cerita hal anak anak mrs pip since not in the mood nak tulis product review .. 

Cerita gigi susu Iman : cabut 11 batang gigi susu


Iman dah selesai cabut 11 batang gigi susu dia yang buruk last week Friday, alhamdulillah dah pergi sekolah pun Monday tu , no extra cuti for him nanti asyik ingat cuti jak memanjang ...

so Monday tu, mrs pip bekalkan Iman n Amin dua batang pensel baru , tup tup balik sekolah, dua2 pensel Iman tiada dalam beg! I am hangin dekat Iman ... 

Iman, mommy ni bukan supplier pensel tau, hari2 kena bagi Iman pensel baru ... Iman lepas habis sekolah, kemas dulu penbox Iman, baru keluar kelas .. faham?

Iman angguk ... sepi seketika. 

Mommy, kawan2 pinjam pensel Iman, lepas tu kawan2 bilang tu pensel dorang punya, dorang ndak mau bagi Iman balik. 

Kawan2 bagi pensel ni (sambil tunjuk sebatang pensel baru warna hitam) , kawan2 cakap tukar pensel sama Iman.

Aku still diam, biar dia habis bicara.

Ini pun boleh pakai bah mommy, pensel ni pun masih baru. 

Aku sambung bersuara ...

Bagitau kawan2 Iman, lepas pinjam mesti kasi pulang pensel Iman, dan Iman pun sama, jangan ambil pensel kawan2... Lepas guna pensel kawan2 ni, mesti kasi balik ok. 

Adeh, hal2 kecik saja kan, tapi kalau dibiarkan, nanti jadi kebiasaan pula tidak bertanggungjawab jaga harta benda sendiri, lepas tu suka2 Iman pakai barang kawan2 dia , dah pakai tak kembalikan pada tuan dia pula ...

tahun lepas, ntah berapa kali kitorang jumpa classroom teacher dia semata2 utk kembalikan pensel dan warna yang dia bawa balik ... 

Iman, Amin dan Rizqi, classmate si Amin
Gambar ni diambil pada 2Julai2019
Rizqi ni satu van dengan Amin dan Iman,
so tengah tunggu Iman bersiap, Rizqi naik rumah main kejap dgn Amin.
Mrs Pip ambil gambar dorg sbg kenangan.


kali ni, Iman kena belajar kembalikan pensel kawan dia lepas dia guna, dan kena belajar utk jaga alat tulis dia sendiri ... so pensel Iman yang kawan2 dia pinjam tu, dia kena belajar minta balik dengan cara yang baik ...

walaupun hanya sebatang dua pensel, dan ekceli aku bukan kisah sangat pensel tu hilang, atau kawan2 dia pakai pinjam, tapi aku just mau didik Iman untuk jaga harta benda dia elok elok ... 

minggu ni masalah pensel, nanti esok2 masalah pemadam hilang pula ... aduhai anak.

nasib baik mommy memahami perangai Iman , dah stok berkotak2 pensel pun ...

nampak tak Amin paling hujung sebelah kanan? sebelah Amin tu si Rizqi, BFF dorg berdua sekarang ni
ni sebahagian drpd classmates si Amin,
laoshi dia kirim gambar wasap tadi 3Julai2019


Amin, pensel dia palinggg jaranggg hilang , tapi make sure kau bagi dia pensel bunga2 kaler pink, kompom dia suka dan jaga elok2 ... Amin suka whatever in pink, aduh! 

toys Amin pun nowadays dia pilih kaler pink , sudu dia pun pink , towel mandi dia pun pink, nasib baik baju kasut not pink ... 


cerita Nami pula, ndak lama lg mau masuk 11 bulan ... gigi ke-4 coming soon .. dan Nami favorite dia suka gigit limau nipis .. ada depan rumah mr.Husband tanam ... pagi2 mrs pip bawa Nami jalan2 sekitar rumah, so petiklah limau nipis ni bagi dia main ... suka dia gigit2 limau ni ...

dan Nami dlm proses untuk belajar berdiri ... ndak lama lagi , ada sudah kawan mommy main kejar2 ... and we love play peekaboo nowadays ... hehe.

thanks for reading and happy parenting...

cheers.

Tuesday, 2 July 2019

Cerita gigi susu Iman : cabut 11 batang gigi susu

July 02, 2019 17
Cerita gigi susu Iman : cabut 11 batang gigi susu
hi there, alhamdulillah selesai juga prosedur mencabut ke semua gigi susu Iman yang buruk , ke semua ada 11 batang gigi yang telah dicabut ... 

masalah gigi susu Iman yang buruk dan reput bermula sejak tahun 2017 lagi!  

entry terdahulu ⤵

Kronologi gusi dan lelangit (palate) lil' Iman bengkak


dan ianya agak lama  juga untuk mendapatkan rawatan mencabut gigi ni di hospital pakar kanak kanak dan wanita Likas, temujanji pertama diberikan oleh pihak hospital pada 22/9/2018 , namun atas sebab2 masalah pihak hospital, temujanji ditunda pada 28/6/2019 ... 

ketika menunggu giliran untuk menjalani prosedur buang gigi susu ... Iman pesakit kedua pada hari tersebut ...

pada 28/6/2019 , seawal jam 3pagi, mr.Husband bertolak bersama Iman ke hospital Likas .. kena bertolak awal untuk mengelak masalah kesesakan jalanraya dan juga masalah susah gila gila nak cari parking di hospital Likas ni ... 

Iman tidak dibenarkan makan selepas jam 2pagi pada hari untuk mencabut gigu, dan perlu berada dalam keadaan sihat , tidak boleh demam dan selesema ... so part ni memang mrs pip jaga , no main petang di luar , no mandi hujan, no berendam lama2 time mandi kerana Iman ni agak senang utk selesema ...

in fact, 3 hari sebelum tarikh temujanji ni, Iman start selesema so terus bagi Iman makan paracetamol dan increase vitC intake ... alhamdulillah, pada hari prosedur cabut gigi, selesema Iman kering sepenuhnya ...

ditemani mr.Husband, dan pada hari tu kebetulan ada acara di wad, so ada clown datang bagi belon untuk anak2 dalam wad ... happy Iman dpt belon ...

clown yang menceriakan kanak kanak ... thanks bagi 2 biji belon utk Iman, satu belin tu kaler pink, sampai rumah saja, Iman bagi Amin belon kaler pink tu, happy Amin .. well, buat masa ini, pink is Amin's fav color , cia cia cia.

Iman sebenarnya happy tau gigi dia mau kena cabut coz all these while dia mmg terpaksa tahan sakit gigi yang kadangkala dtg tanpa disangka ... mmg agak sedih bila tiap kali dia sakit gigi, dia menangis dan terpaksa tahan sakit tu ...

Prosedur berjalan pada sekitar jam 10am, dan mr.Husband update sekitar jam 1pm semuanya telah selesai dan sekitar jam 4pm, Iman dibenarkan pulang , yeay!

gigi Iman sebelum dicabut ... 4 gigi kekal depan bahagian bawah sudahpun tumbuh ...

ni pula selepas prosedur mencabut gigi susu ... Iman 'ditidurkan' ketika prosedur berlangsung ... sedut gas bius gitew ...

next temujanji pada bukan September, untuk pemeriksaan susulan ... 

Iman dan mr.Husband sampai si rumah sekitar jam 7malam, semangat Iman cerita yang gigi buruk dia semua doktor sudah cabut

"mommy, Iman tiada gigi buruk sudah, tengok mommy (sambil buka mulut luas luas), semua gigi buruk sudah doktor cabut"

"mommy, lepas ni Iman ndak sakit gigi sudah" 

sempat singgah di Tanjung Lipat semata mata mau bergambar dgn ni replika shark , mr.Husband layankan saja ..

mrs pip senyum, tapi deep down my heart, ada sedikit rasa broken hearted di situ kerana gigi Iman ni takkan reput dan buruk kalau mrs pip jaga dengan baik dulu ... ok, lesson learnt.

dan selama 3hari dari Jumaat malam sehingga Isnin petang, Iman hanya makan bubur nasi dan perlu sejuk sepenuhnya, tidak boleh makan dan minum yang suam apatah lagi yang panas. 

dan doktor advice utk bg Iman makan sesuatu yang lembut dan sejuk, so for 2 days kitorang makan aiskrim bersama Iman ... happylah Iman n Amin dpt makan ais krim setiap kali habis meal time .. selain ais krim, mrs pip juga buatkan puding kastad agar-agar untuk Iman ... yummy bilang si Iman puji mommy dia ... 

entry cabut gigi Iman sebelum menjalani prosedur buang ke semua gigi susu yang buruk dan reput, dan ada 4 batang gigi kekal Iman sudahpun tumbuh selepas beberapa batang gigi susu Iman yang gugur / dicabut sendiri oleh Iman terdahulu

Lil' Iman 1st time pigi klinik gigi




nowadays, memang mrs pip bagi perhatian dengan gigi Iman, Amin dan now Nami pun dah tiga batang gigi tumbuh, so memang insya allah akan jaga elok elok gigi dorang ni ...

cheers.