Resepi bubur labu bersama bebola pulut

hi there, ada kerajinan hari ni buat bubur labu bersama bebola pulut , setiap kali buat, setiap kali usaha untuk improvise rasa bubur , adeh ... sebab I is tak pandai bab2 masak2, so mmg put some effort jugalah untuk masak2 ni nak bagi suami and anak2 makan  ... 

ekceli, kitorang mmg suka makan labu kuning ni ... mrs pip suka makan labu ni buat sayur, tumis dengan ikan tausi dalam tin tu, buat lepat pun sedap selain buat bubur labu ...

tengok juga >>>

yang mana nak cuba buat bubur labu versi mrs pip ni, sila sila cuba ya .. tapi ni versi resepi masak 1 pot untuk big family (10 orang makan gitew) , nnt korang boleh kasi reduce bahan2 tu kalau just nak buat sikit ... eh tapi, buat satu pot pun ok, nnt bila dah sejuk, masuk dlm peti sejuk, esok makan sejuk2 time cuaca panas pun sedap tau ... tak pun boleh bagi jiran2 sebelah , kongsi rezeki gitew ...

resepi bubur labu bersama bebola pulut
Resepi bubur labu bersama bebola pulut

bahan-bahannya:

1kg labu (kupas kulit dan potong ikut suka korang)
1L ~ 1.3L air
1 tin sweet corn
1 gelas biji sagu saiz manik
6 sudu besar gula perang (gula putih pun ok, adjust manis ikut rasa korang)
1 sudu kecil garam
2 potong halia sebesar ibu jari diketuk
3/4 tin susu cair (nak guna santan pun boleh)

resepi bubur labu bersama bebola pulut
resepi bubur labu bersama bebola pulut

cara membuat: 

1. Rebus 1kg labu di dalam pot / belanga sehingga lembut menggunakan 1.2L air
2. Keluarkan sebahagian isi labu, dan blender (tak nak buat step ni pun ok, tak kisah, mrs pip buat pasal nak bagi bubur labu tu nampak lagi kuning, lagi cantik, lagipun anak anak tak suka sangat makan isi labu, so nak bagi dorang makan labu tu, mrs pip blender ... sah sah dorang makan)
3. dah blender, bolehlah masukkan semula ke dalam pot tadi
4. Masukkam biji sagu , kacau kacau bubur labu korang, kalau tak nnt melekat pula biji sagu tu di lantai pot korang
5. masukkan sweet corn ... sweet corn ni terpulang nak guna setin atau dua tin .. ada yang kaki makan jagung, dorang nak extra, so bolehlah letak extra kuantiti 
6. Kacau kacau tau bubur labu korang , sampai biji sagu tu nampak jernih .. nak masak bubur ni, korang guna api sederhana saja , tak perlu guna api besar ...
7. masukkan gula dan garam , juga halia yang telah diketuk ... well, kalau tiada halia, it is ok, cuma mrs pip mmg suka ada rasa halia, lagi sedap ...
8. Bila sagu dah jernih warnanya, rasa manis bubur pun dah ok, so paling last korang masukkan susu cair, kacau2 seketika ... 
9. Siap! Sedia utk dihidang ...

Ok, tadi tu versi bubur labu tanpa bebola pulut ... siapa suka nak kunyah2 ala ala boba, boleh cuba masukkan bola bola kecik yg dibuat dari tepung pulut ...

resepi bubur labu bersama bebola pulut
resepi bubur labu bersama bebola pulut

cara caranya:

3/4 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula perang
Air secukupnya
Pewarna, kalau nak bagi bebola tu ada warna .. mrs pip pilih kaler hijau ...

1. campur tepung pulut, gula dan air secukupnya sehingga membentuk doh, lepas tu buat bola2 kecik 
2. masukkan bebola pulut ni selepas korang masukkan biji sagu tadi ... kacau kacau bubur labu korang ... 
3. biasanya, bila pulut ni dah terapung, tak tenggelam di dasar pot, tu maknanya bebola pulut dah masak lah tu ...
4. ok, langkah2 lain tadi ikut jak cara2 masak bubur labu yg mrs pip share di ataa tu ya .. masukkan jagung, gula, garam, halia, sus cair ... kalau ada durian, sedap juga ni masukkan isi durian ...


ok, ada soalan? hehe ... just komen di ruang komen ya. selamat mencuba resepi bubur labu bersama bebola pulut versi mrs pip yang senang nak buat sedap dimakan . 

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. pandai mrs pip campur2 macam ni..saya straight..haha..tak reti nak tambah sbb takut rasa dia tak kena ngan tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kita just campur2 bahan yg ada, kalau tak ngam kat tekak, nextime buat letak benda lain pula ... nextime nak try tambah ubi manis pula, kot kot sedap ...

      Delete
  2. Menarik kombinasi kuning & hijau tu. Rugi anak2 Mrs Pip kalau tak makan hehe... Sis suka pengat Labu tapi takde geng nak makan kat rumah ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, pengat labu sedekali budak2 layan juga ..tapi taklah mcm kita yg mmg favorite..

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.