Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby

hi there, yeah! happy tidak terkata bila ada yang belanja kita hadia birthday T_T mrs pip #FebruaryBaby #Aquarius ... ada sesiapa yang sama dengan mrs pip bulan birthday dan zodiak? hehe. sep sikit, kita geng. thanks AltheaKorea ... 

dapat jak parcel, amboiiii mrs pip dah ada helper tau, si baby Nami yang terlebih excited mau buka parcel dari Althea ... so, mommy kasi chance unboxing kali ni, kasi featuring si Baby Nami x Althea Birthday Haul T_T

Unboxing Althea Birthday Reward Point
Unboxing Althea Birthday Reward Point || #FebruaryBaby

bila buka bungkusan tu kan, terus nampak Lunar Year Box, so so happy! eh, dapat tiga box terus. suka sangat ... selalu dapat box yang kaler pink biasa macam seketul kotak kecil dlm gambar atas ... ni dapat Lunar Year Box, memang feeling dia lain sikit tau #althealover

Unboxing Althea Birthday Reward Point


walaupun di rumah sudah byk kotak Althea, tapi still suka collect kotak Althea ni ... ekceli, kotak Althea ni jenis yang sturdy, so boleh recycle ikut kreativiti korang ... tapi mcm mrs pip, kotak Althea ni mrs pip guna sbg kotak untuk letak hadiah ... :))

Althea Lunar Box
Althea Lunar Box

Althea bagi birthday reward kira banyak la juga ... memang memborong la namanya kan bila dapat reward point yang banyak ... tapi since mrs pip still ada skincare yang tak buka lagi, so kali ni tak nak beli skincare ... beli mekap? tak beli mekap pon pasal mrs pip mmg tak mekap mekap pon ... 

lepas tu, time redeemed birthday reward ni, Althea kebetulan ada diskaun sempena CNY tau, transaksi melebihi RM100, akan dapat rebate RM18.00 per user account , so yeah! dapatlah extra RM18 lagi ...

so, ni lah hasil me-redeemed reward point sempena birthday mrs pip yang akan datang , insya allah.

Althea Birthday Haul
Althea Birthday Haul


mrs pip beli facial sheet mask keluaran Boom De Ah Dah ... beli dua jenis facial sheet mask, iaitu Honey dan juga Berry , dan setiap set ada 10 keping ... satu set ni harganya RM15.00 , kalau beli sekeping keping, agak mahal, so better beli per set terus ... 

Perfect Clean Cleansing Tissues keluaran Prreti: ... beli 4 pack , dan satu pack ni mengandungi 30 helai , dan harganya setiap satu ialah RM5.00

peminat Althea mesti dah tau Althea dah keluarkan rangkaian mekap jenama sendiri kan ... dan pasal happy dengan Althea punya watercolor cream tint, dan kebetulan ada promo beli 2 percuma 1, so mrs pip pun tak lepaskan peluang untuk beli extra watercolor cream tint ni ...

TAPI ini bukan untuk mrs pip coz mrs pip dah ada satu set lengkap watercolor cream tint ni ... yang ni untuk #rezekidikongsibersama T_T harga satu watercolor cream tint ialah RM20.00

dan , haircare merupakan hasil memborong paling banyak kali ini ... ni mr.Husband punya cadanganlah ni suruh mrs pip beli shampoo , conditioner dan hair pack ... nah! betul betul mrs pip memborong sakan ... 

Guerisson 9 Complex Lifting Cream


lepas tu, mrs pip ternampak produk Guerisson ni tau, dan baca dia punya reviews, terus tergoda nak juga seketul! percaya atau tidak, utk produk ni saja, ada 714 reviews dibuat dilaman web Althea ... lepas tu rasa mau beli semua produk Guerisson ni, tapi semua pun sold out!

Complex Lifting Cream (70g)
Complex Lifting Cream (70g)

about Guerisson :-


One of Korea's most raved and loved beauty products, Guerisson 9 Complex Lifting Cream gives your skin some serious love with German horse oil that deeply moisturises just about any part of your body. 

Formulated with a complex of peppermint, apple mint leaf, sage, rosemary, lavender flower, Melissa Officinalis leaf, chamomile and Monarda Didyma Leaf extracts, this product also soothes irritations while improving cell metabolism, giving your skin horse-like strength for resilience. With Niacinamide and adenosine, this cream also has brightening properties which reduce scars and pigmentation, making you look glowy and radiant. 

Don't let its thick consistency fool you though! It absorbs into the skin easily and doesn't leave behind an oily residue, making it great for both night and daytime wear.

Tapi cream ni mrs pip tak jadi pakai since masih ada skincare lain, so kita pass bagi someone else pula, semoga yang menerima tu gembira dengan pemberian tak seberapa ini.

selain penjagaan kulit wajah dan badan agar kekal terhidrasi, penjagaan kulit kaki juga penting ... so perlukan kulit kaki selembut sutera , apa kata try pula foot cream lotion keluaran Calmia ni ... beli dua tube terus :)) nampak tak ke-obses-an di situ.

Althea Silap Bagi Produk!


ok, yang ni Althea bagi SILAP. mrs pip order Snow Shining Milky Skin, yang Althea bagi Snow Shining Bubble Cleansing Mousse la pula ... tapi malaslah nak tukar. Biarkan sahajalah. 

ni dah beli hari tu Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml) keluaran Nature Republic ... ni beli lagi seketul ... yang beli hari tu, memang selalu pakai time tengahari nak keluar ambil anak sekolah ... soothing dan calming gitew, sejuk sejuk kulit muka pakai time tengahari panas lit lit, memang awesome.

dan terbeli juga sedikit beauty product ... sekadar guna maskara jer, mekap2 lain tak guna sangat ... mmg mencari maskara yang best, dan bila terbaca review blogger Fiza si hati merah jambu tu , terus tergoda beli satu mascara keluaran Missha ni ... selain tu beli juga foundation brush dan puff ... 

dan dapat sticker Althea lagi ... well, tengah promosi kalau beli barangan keluaran Althea, akan dpt sticker ... so ni hasil pembelian Althea watercolor cream tint tu ... T_T

Senarai Penuh Barangan Yang DiBeli Di Althea Sempena Birthday Treat


  • Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Berry RM15.00
  • Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Honey RM15.00
  • Perfect Clean Cleansing Tissues (30ea) 4 packs RM20.00
  • Watercolor Cream Tint (4.5ml) #01 Plum Cream 2+1 RM40.00
  • Argan Essential Deep Care Shampoo (300ml) RM38.00
  • Argan Essential Deep Care Hair Pack (200ml) RM27.00
  • CP-1 Raspberry Treatment Vinegar (500ml x 2 botol) RM48.00
  • Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) RM25.00 - sudah beli hari tu sebotol, ni tambah stok la ni
  • Argan Brilliant Hair Conditioner (40ml) - 2 tube RM16.00
  • 9Complex Lifting Cream (70g) RM46.00 
  • Silky Soft Foot Cream (100g) - 2 tube RM34.00 
  • Snow Shining Bubble Cleansing Mousse ialah RM24.00 (wrong product)
  • Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml) RM13.00
  • 4D Mascara (7g) RM16.00
  • Marshmallow Puff RM20.00
  • Pro Skin-adhering Foundation Brush RM20.00

layari laman web Althea dan akaun media sosial mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua produk yang dinyatakan di atas T_T

That's all from now, xoxo.

p/s; Happy Valentine's Day

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. Tak sabarnya SA nak tunggu birthday bulan 6 nanti..x tau nak amik apa..hahah...tapi aloe vera soothing gel tu memang a must la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang suka mekap mekap, mmg puashati borong mekap ...
      skincare dah byk, so borong haircare la pula.

      Delete
  2. amboi..banyaknya dia borong..meh la share kat kita sikit..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. join tak GA mrs pip terbaru?
      jom join, kot2 ada rezeki dapat hadiah,
      antaranya barangan Althea ni.

      Delete
  3. Bestnye dapat hadiah dari althea nie..bila la kite nk jadi family member althea angel nie..ahaks..

    ReplyDelete
  4. meriah barang2 dia...kita punya pun tak byk camni,hah..haha..eh, kita geng zodiak la..ptt rasa cam serasi gitu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mrs pip borong byk mask n shampoo ... hehe.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.