Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet

hi there, mrs pip merupakan antara penggemar produk keluaran Althea. Dan baru baru ini, Althea telah melancarkan pewangi badan hasil kolaborasi bersama pelakon dan penyanyi, juga pencinta fesyen Indonesia, Titi Kamal. Hasil kolaborasi bersama Althea, maka terhasillah produk  Titi Kamal x Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist 


Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet 


mrs pip tidak ketinggalan dalam mencuba produk terbaru Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ... sekali pakai, wah terus jatuh cinta dengan haruman bunga dan buah-buahan yang menyegarkan lagi menyenangkan ini.


Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
pergi roadtrip ke Lawas pun I bawa.

Kenal tak korang dengan Titi Kamal?

Titi Kamal x Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist
Titi Kamal x Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist


  • mungkin ada yang tidak kenal dengan nama Titi Kamal, tapi mungkin saja ramai yang lebih arif dengan filem Ada Apa Dengan Cinta , satu filem yang super hot satu masa dulu pada tahun 2002, dan Titi Kamal memegang watak sebagai Maura
  • selain seorang pelakon, Titi Kamal juga merupakan seorang penyanyi dan menghasilkan singlenya sendiri, namun kekangan kerjaya, karier nyanyiannya agak terhad. Titi Kamal juga aktif dalam model iklan dan aktif terlibat sebagai model video klip, dan berbakat dalam hal yang berkaitan fesyen dan gaya. 
  • Titi Kamal juga sinonim dikenali dengan rambutnya yang panjang dan lebat. Titi menyimpan rambutnya yang panjang dan lurus selama sepuluh tahun, kerana kewajipan kontrak dengan syarikat-syarikat produk rambut. Boleh tahan lama juga kontrak dengan syarikat produk rambut tu kan ...
Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
happy dapat sebotol! 

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist mengandungi bahan utama antaranya ialah:-
  • Damask Rose Water - Memelihara kulit agar terhidrat dan memberi wangian lembut
  • Orange Rose Water - Menyegarkan deria
  • Elder Flower Extract - Menyejukkan dan melegakan kulit, sambil memberikan bau feminin
Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
botol tu senang nak pegang

Sebotol Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist mengandungi 100ml isipadu, dan berharga RM35.00 sahaja di laman web Althea.

Botolnya dalam bentuk silinder dan berjejari kecil senang untuk dipegang (easy to grab-and-grip) , dan mudah untuk dibawa ke mana saja ! dan lagi best, kerana ianya botol bersilinder kecil, jadi memang senang masuk beg ... well, mrs pip dan pewangi badan memang sukar untuk berpisah T_T

Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
pergi roadtrip ke Lawas pun I bawa.

mrs pip sudahpun mencuba  Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist, dan memang suka dengan baunya yang lembut dan menyegarkan ... mr.Husband pun suka haruman  Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ni, siap cakap apasal I wangi sweet sweet semacam, lepas tu sukalah dia nak hidu hidu kita! 

I seduce you with the sparkles of my sweet-smelling scent 

Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
Haruman Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist || Light & Sweet
penuh cahaya kewangian dan keharuman :)) chuckles!

Cara nak guna pun senang ... just sembur di badan pada kuantiti yang cukup sebelum keluar rumah atau pada waktu yang diperlukan mengikut gayahidup korang :))

Haruman ni untuk wanita sahaja?

Haruman ni pada dasarnya memang untuk ditujukan kepada wanita, namun jika anda seorang lelaki dan ingin mencuba body mist ini, tidak ada salahnya... baunya yang menyenangkan, pasti akan membuatkan korang senang untuk mencubanya.


  • Selain menggunakan pada badan anda, korang juga boleh menyemburkannya pada ruang bilik anda ketika korang memerlukan terapi pewangi yang lembut, 
  • atau boleh saja sembur pada ruang kereta ketika korang memandu untuk membuatkan korang terasa segar, 
  • atau korang boleh saja mencuba Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist untuk bereksperimentasi dengan body mist yang mempunyai bau-bauan bunga dan buah-buahan

berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Althea Fresh Body Sparkling Mist, boleh layari laman web Althea, boleh juga layari Instagram, Facebook dan Blog Althea.

mrs pip dah dapat sebotol, korang bila lagi nak try? 

stay fresh everyone.

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. gambar dia,kelasss tau..siap ada shining2 lagi...eh, sama pulak body mist kita..hehe..satu citarasa kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shining2 tu penangan pakai body mist yang harum sweet2 gitew .. Hehe...bestkan bau body mist ni.

      Delete
  2. murah jugak harga dia tu...kena cari jugak nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi jgn lupa terjah laman web Althea tau..

      Delete
  3. wangikan..fiqa pun suka sangat wangian dia..haritu beli lagi buat stok..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.