July 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 30 July 2018

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

July 30, 2018 7
Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street
hi there, fuh lega, akhirnya dapat juga tebus points dari kad B Infinite mrs pip ni ... apa tu Kad B Infinite? untuk korang korang yang kaki ONLINE SHOPPING mcm mrs pip, wajib ada kad B Infinite ni tau ... kad B Infinite ni ialah untuk korang collect points hasil shopping secara online, tetapi selain shopping secara online, mata ganjaran B Infinite ni juga korang boleh collect di banyak merchants terpilih tau antaranya di Starbuks, 7 Eleven, Berjaya Hotel & Resort, Cosway dan banyak lagi ....

B Infinite Card
B Infinite Card

mrs pip dah lama guna kad B Infinite ni ... sebelum ni ianya dikenali sebagai BCard, tapi telah ditukar kepada B Infinite (tak ingat bila), dan in fact, gambar di atas tu ialah kad lama B Infinite, tapi still valid boleh digunakan untuk collect points.

kebaikan kad ni ialah korang boleh collect points ketika membeli belah, dan korang boleh tebus mata ganjaran yang korang dapat tu di merchants yang terpilih ... tapi korang PERLU alert tau, yang points terkumpul tu ada jangkahayat, so ianya boleh burn/hangus selepas jangkahayat tamat .... mrs pip pun baru perasaan hal ni, muehehe ... ingatkan points tu forever and ever ... lebih 1,000 points mrs pip hangus , huhu!

tak pa, yang hangus tu hangus lah ... still ada baki sekitar 2,800 points! so kali ni tak nak bagi peluang ianya hangus mcm tu saja, so jomlah kita REDEEM itu points ...

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street
Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

antara website yang boleh redeem points ialah di 11th Street ... so tadi mrs pip shopping baju baby kat 11th Street, dan total semua pembayaran selepas checkout ialah RM94.07 ... dan memandangkan 11th Street ni boleh saja redeem mata ganjaran B Infinite , so terus claim semua points! muehehe.

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street
Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

macam mana nak claim kat 11th Street ni mata ganjaran B Infinite? senang saja ... korang pergi saja MY PAGE, lepas tu klik B Points untuk verify kad B Infinite korang ... dah klik B Points tu, korang masukkan nombor kad B Infinite korang ... lepas tu check baki mata ganjaran korang dengan memasukkan B Infinite Pin (pin ni ada kad belakang kad korang ok) ... lepas tu klik verify mcm kat gambar di bawah ...

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street
Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

so dah tahu brapa banyak mata ganjaran yang korang boleh redeem ? jom shopping! bila korang dah beli belah kat 11th Street tu kan, nnt bahgian checkout, tengok yang ada tulisan B Points, so masukkan no. kad B Infinite, dan masukkan pin number, nnt boleh pilih nak redeem semua B Points tu atau sebahagian saja (terpulang korang, mcm mrs pip mmg redeem semua points), lepas tu nnt time pembayaran, 11th Street akan kurangkan jumlah pembayaran selepas tolah jumlah B Points yang telah ditolak ...

mcm mrs pip , total shopping RM94.07, lepas tu guna semua B Points bernilai RM28.73, so mrs pip cuma perlu bayar RM65.34 ... kat 11th Street ni, setiap 100 B Points, boleh redeem RM1.00 ... mrs pip ada 2,873 points, so happylah kan dapat sedikit penjimatan beli barang dengan tolak B Points ni ...

biasanya mrs pip collect B Points ni hasil shopping di Lazada, Zalora, Photobook, dan pembayaran menggunakan MOLPAY ... tapi penyumbang terbanyak ialah hasil membeli belah melalui Lazada ... I is pembeli tegar di Lazada :)) ...

mcm mana nak register kad B Infinite ni? senang saja, korang cuma perlu ke laman web rasmi 


atau korang boleh baca lebih lanjut "How to get started" 


dan boleh check semua merchants yang telibat dengan B Infinite 


so yang kaki shopping online tu, gunakan peluang redeem mata ganjaran B Infinte sebaiknya ... selain B Infinite ni, korang juga boleh berjimat cermat shopping online menggunakan SHOPBACK untuk mendapatkan penjimatan CASHBACK! 

Cashback from Shopback
Cashback from Shopback
dan so far , hasil beli belah secara online, mrs pip berjaya collect CASHBACK sebanyak RM33.89 (available balance + pending earnings) ... dan yang best mengenai Cashback kat Shopback ni, ianya lifetime earning, takkan burn atau hangus sampai bila bila ... beli beli barang online, kumpul sikit2 dapat cashback, lepas tu nanti withdraw la duit ni masuk akaun bank , lepas tu guna balik beli barang online ... the cirle is there ! hehe.

yang berminat nak register kat SHOPBACK ni, bolehlah register kat laman web 


dan sebelum ni mrs pip ada buat review pasal website Shopback ni, so kalau nak tau lebih details, boleh baca kat entry terdahulu mrs pip


thanks for reading ! and enjoy your online shopping moments.

cheers.

Friday, 27 July 2018

Solat Dhuha ; meluaskan rezeki, menghapuskan dosa dan jalan menuju ke syurga

July 27, 2018 6
Solat Dhuha ; meluaskan rezeki, menghapuskan dosa dan jalan menuju ke syurga
hi there, salam hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan T_T insya allah dipermudahkan semua urusan kita hari ini dan diberi kesenangan hidup ... Solat Dhuha, yang meluaskan rezeki, yang menghapuskan dosa-dosa, dan yang menghantarkan ke syurga ... begitulah serba sedikit kelebihan silat Dhuha ....

solat dhuha
Solat Dhuha
kredit gambar : Google

Sedikit ringkasan rahsia mengenai solat Dhuha, Subhanallah:-


  • sedekah bagi seluruh persendian manusia
  • keuntungan (ghanimah) yang besar
  • sebuah rumah di syurga
  • ganjaran rezeki di petang hari
  • pahala umrah
  • pengampunan dosa


Cara mudah mengerjakan solat Dhuha:-
(antara yang disarankan)

boleh dilakukan sama ada 2, 4, 8 atau 12 rakaat
waktu yang disarankan adalah sekitar pukul 10 pagi

cadangan surah dibaca :

rakaat pertama selepas Al-Fatihah ialah As-Syams
rakaat kedua selepas Al-Fatihah ialah ad-Dhuha

Doa yang dibaca selepas selesai solat Dhuha:-

Kebaikan itu kebaikanMu, keindahan itu keindahanMu
Kekuatan itu kekuatanMu, Kekuasaan itu kekuasaanMu
dan Perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah
sekiranya masih di dalam bumi, keluarkanlah
sekiranya sukar, permudahkanlah,
sekiranya haram, sucikanlah
dan sekiranya jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu DhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu,
limpahkanlah kepada kami segala yang engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Solat Dhuha ; meluaskan rezeki, menghapuskan dosa dan jalan menuju ke syurga
Solat Dhuha ; meluaskan rezeki, menghapuskan dosa dan jalan menuju ke syurga
kredit gambar : Google

sekadar info ringkas untuk , semoga perkongsian ini bermanfaat.

cheers.

Thursday, 26 July 2018

Pregnancy Update: 35 Minggu + loya dan muntah berterusan

July 26, 2018 21
Pregnancy Update: 35 Minggu + loya dan muntah berterusan
hi there, minggu ni minggu ke 35 kandungan mrs pip ... tak banyak sangat nak update. last scan pada minggu ke 33 di klinik swasta, so far baby berada dalam keadaan yang baik ... pada minggu ke 32, mrs pip scan di klinik kesihatan awam, baby nampak songsang, tapi doktor ada bgtau, baby still boleh bergerak ke bawah so tak perlu risau sangat , nnt minggu ke 36 baru doktor akan sahkan sama ada baby betul2 songsang atau tak ... 

beberapa kali scan di klinik awam, jantina baby tidak berjaya di kesan kerana baby asyik nak kepit kaki malu sungguh nak bgtau gegirl or boboy kan ... tapi alhamdulillah, bila scan minggu ke 33 di klinik swasta, jantina berjaya dikesan! so, bolehlah mrs pip shopping beberapa helai baju newborn baby ni ... memang tak nak beli banyak banyak coz baju time lil' armies dulu semua still berada dalam keadaan yang baik, so kali ni mrs pip shopping ala kadar saja ...

scan baby 33 weeks
scan baby 33 weeks hari tu
berjaya kesan jantina baby NH , berat 2.40kg

berat baby sedikit terlebih (waktu scan 33 minggu tu) ... mengikut kata doktor, biasanya dalam minggu ke 33, berat baby sekitar 2.00kg sahaja, tapi scan menunjukkan berat baby 2.40kg, ada lebihan 400 gram , so memang kena jaga makan since mrs pip ada GDM, dan GDM ni menyumbang kepada berat lebih kepada baby kerana baby consume extra gula dari badan ibu ibu yang mengandung ... mrs pip ada share info sebelum ni, kalau berminat nak tahu mengenai GDM tu, bolehlah baca kat entry


dah masuk minggu ke 35 , mrs pip masih mengalami masalah loya dan muntah yang berterusan, dan in fact, minggu 34 merupakan minggu di mana kejadian muntah muntah yang agak teruk, dan bab loya tu mmg jgn cakaplah, boleh naik hangin badan ni nak melawan perasaan loya dan , ditambah lagi dengan demam dan sakit tekak ... dugaan ibu mengandung la katakan ...

tapi apapun, mrs pip happy kerana bacaan HB mrs pip meningkat kepada bacaan yang dikehendaki selepas doktor prescribed Zincofer T_T hope bacaan HB ni tak turun2 kepada paras yang rendah la harapnya ....


selain tu, mrs pip juga start minum minyak kelapa dara (coldpressed) , tapi minyak kelapa dara ni bukanlah penyumbang kepada bacaan HB mrs pip meningkat ... ada yang claimed, minum minyak kelapa dara ni boleh naikkan bacaan HB, tp melalui pengalaman 2 kali mengandung sebelum ni, mrs pip consumed minyak kelapa dara, tiada sebarang peningkatan utk bacaan HB .. maybe untuk ibu lain, ianya membantu, tapi buat mrs pip, ianya tidak berkesan dalam menaikkan bacaan HB ...

dan mrs pip kali ni beli minyak kelapa dara jenama ItWorks, di Lazada, harga pun affordable, hanya RM27.00 sebotol, dengan isi kandungan 250ml, dan so far ini yang paling affordable mrs pip jumpa ... dan selain minum, minyak kelapa dara ini juga mrs pip guna untuk sapu di bahagian perineum untuk melembutkan perineum (ni tips yang mrs pip dapat dalam kebanyakkan forum ibu ibu mengandung untuk menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum untuk melembutkan kawasan tersebut, so that memudahkan bagi yg bersalin normal) ...


doakan mrs pip sentiasa sihat, dan doakan pregnancy journey ni smooth ... sekarang ni tengah berperang dengan keadaan loya dan muntah yang berterusan , dan seriously ianya menganggu tidur malam mrs pip kerana muntah2 tu terjadi di waktu tengah malam :((

dan nak bagitau juga, baby sekarang ni sangat aktif dan kuat tendangan, sampai time tidur tu boleh terkejut mrs pip kerana tendangan baby yg terlebih kuat ... dan satu lagi, mrs pip dan mr.Husband sepakat namakan baby ni dengan singkatan baby NH ... :)) rasa2 baby NH tu apa nama full name dia kelak?

selain tu, apabila kandungan dah nak masuk minggu ke-36, ibu ibu mengandung bolehlah siapkan beg pakaian untuk dibawa ke hospital, kerana minggu ke-36 merupakan minggu matang kandungan, so baby boleh keluar pada bila-bila masa sahaja ... dan jangan lupa standby buku mengandung juga ...

dan mrs pip nak share juga empat (4) tanda-tanda yang ibu mengandung mungkin bersedia untuk bersalin, so in case la kan tetiba ada salah satu tanda ni, bolehlah siap siap ke hospital ...


  • 1/ pecah air ketuban
  • 2/ keluar lendir bercampur darah (merah / perang) daripada vagina
  • 3/ sakit perut yang kerap dan berterusan selang 5 minit 
  • 4/ 10 kali tendangan bayi yang lemah, melebihi daripada masa yang selalunya 10 gerakan bayi lengkap ... 


untuk tanda #4 tu, katakan biasanya korang kira 10x tendangan bayi tu bermula jam 9 pagi, dan biasa siap sekitar jam 2.30 petang, tapi hari tu gerakan bayi korang lemah sangat, jam2.30 petang tu still tak capai 10x tendangan, maybe tendangan ke 10 tu siap pada jam 5 petang, jadi disyorkan untuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut ... (perkara ini disyorkan oleh jururawat yang memeriksa mrs pip baru-baru ini , so just nak share buat ibu ibu semua) ...

thanks for reading ...

cheers.

Wednesday, 25 July 2018

SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ

July 25, 2018 3
SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ
hi there, so join segmen dari blogger Ejulz ... baru ada kesempatan hari ni nak join, nasib belum habis tempoh, padahal Ejulz dah invite utk join segmen ni awal2 hari tu ... hadiah hadiah untuk pemenang nampak menarik ... yang nak join segmen ni, jangan malu malu klik banner kat bawah tu tau, dan tarikh akhir segmen ni ialah pada 31 Julai 2018.


buat masa ni, mrs pip tiada plan nak buat kerja part time, tengah preggy kan ... macam tak larat nak buat extra kerja pula ... cukuplah setakat kerja memblogging sahaja ... tapi kalau diberi peluang, mrs pip nak buat kerja part time jadi cikgu tuition maths untuk pelajar sekolah rendah ... dulu mrs pip mengajar part time jadi cikgu tuition, setahun la juga mengajar ... tapi mrs pip tak continue pasal penat kejar masa , mana nak kerja full time siang hari , lepas tu malam pula 3 kali seminggu kena mengajar tution, dari jam 6 pm - 9 pm ...  tapi pengalaman jadi cikgu tuition tu walaupun setahun saja, cukup seronok dan mengujakan ... then baru tahu, alahai memang penat jadi seorang pendidik ni ... 

apapun, wish me luck kot kot menang segmen ni T_T teehee ...

cheers.

Laurier Superguard ; pilihan maternity pad terbaik

July 25, 2018 10
Laurier Superguard ; pilihan maternity pad terbaik
Laurier Superguard ; pilihan maternity pad terbaik || hi there, minggu ni dah masuk minggu ke-35 pregnancy mrs pip , so kalau kira EDD, lagi 5 more weeks to go before the delivery, atau mungkin bersalin lebih awal daripada EDD berdasarkan pengalaman bersalin lil' Iman pada minggu ke-36 dan lil' Amin pada minggu ke-38 ... jadi, sekarang ni memang waktu untuk mrs pip menyediakan barang keperluan bayi dan juga packing beg bersalin untuk di bawa ke hospital kelak ... umum mengetahui mak mak yang nak bersalin ni, WAJIB bawa MATERNITY PAD ke hospital ... ya lah kan, dah namanya nak bersalin, lepas bersalin kena pakai maternity pad kan ... so hari ni nak share pad pilihan mrs pip , iaitu Laurier Superguard ; pilihan maternity pad terbaik ...

sebenarnya, banyak jenama lain di pasaran yang korang boleh pilih mengikut kesukaan korang, pilihan masing masing bah :)) ... tapi mcm mrs pip ni, memang setia dengan jenama Laurier sejak Laurier memperkenalkan Laurier Super Slim Guard 200x Ultra Absorbent in 1mm ultra thinness ! Laurier slim guard ni serius nipis, mcm rasa risau pakai pada waktu heavy flow, tapi once dah try , memang penyerapan terbaik, rasa seperti tak pakai pad pun ada T_T ... dan kalau korang jenis flow yang ada ketulan ketulan tu, boleh cuba Laurier Super Slim Guard tu juga coz ketulan ketulan tu hampir diserap dengan baik ...   

Laurier Superguard ; pilihan maternity pad terbaik
Laurier Superguard ; pilihan maternity pad terbaik

so, berbalik dengan Laurier Superguard ni, ianya untuk Super Heavy Flow dengan panjang pad 40cm .. rasanya ni antara jenama yang menyediakan pad paling panjang, kerana biasanya pad paling panjang pun ialah 35cm ... Laurier Superguard juga menyediakan Double Absorbent Cushion for leakage prevention in any sleeping position ... yang selalu ada masalah tembus tu kan, why not try pad ni waktu heavy flow? dah baru habis bersalin, sah sah memang heavy flow kan ... jadi, ni memang jadi pad pilihan hati mrs pip ...

ada yang cadang guna actual maternity pad, salah satu jenama yang ada maternity pad ialah INTIMATE ... mrs pip pernah guna Intimate Maternity Pad (pek warna biru, 28cm panjang) .. tp 28cm tu agak pendek untuk mrs pip , so memang lebih prefer guna pad panjang dengan penyerapan yg baik ...

selain tu, ada juga yang bagi idea why not guna adult disposable diapers sebaik sahaja selepas bersalin, so tak perlu nak guna panty , just sarungkan sahaja adult disposable diapers ni ... well, may be this is a good idea juga, tapi untuk mak mak yang selesai bersalin dan sihat walafiat boleh urus diri, maybe adult disposable diapers nu bukan pilihan yang digemari :)) ....

buat ibu ibu yang mencari MATERNITY PAD , bolehlah cuba guna Laurier Superguard ni ... untuk heavy flow ni, biasanya sekitar dua minggu dari waktu bersalin, lepas tu flow dah kurang sikit ... so kalau nak beli, why not beli satu atau dua pek dulu (satu pek ada 8 keping pad) , kalau nak tambah, later pun boleh beli kan ... kalau flow dah kurang, boleh guna pad lain , 35cm atau 22.5cm ikut kesesuaian korang ... dan maybe boleh beralih guna pad yang harga lebih affordable lepas tu since Laurier Superguard ni maybe untuk sesetengah orang, harganya agak pricey T_T

so, tu jer ah cerita pregnancy journey nak share dengan mak mak yang tengah mengandung , kot kot ada yang tercari cari maternity pad mana yang nak pakai nanti selepas bersalin kan ... yang ada experience guna pad ni atau pad lain , bolehlah share2 di ruang komen ...  

pregnancy journey is something beautiful ... it needs attention and knowledge :))

cheers.

Monday, 23 July 2018

Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating

July 23, 2018 5
Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating
Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating  || yes, terjebak suka guna clay mask sejak akhir akhir ni ... kalau boleh semua jenis clay mask mrs pip mau cuba ... kebetulan HERMO ada 612SALE sempena ulangtahun ke-6, jadi as usual wajib ada SALE ... dan bila ada SALE, maksudnya waktu yang paling sesuai untuk beli skincare pada harga yang awesome ... dan kali ni mrs pip beli clay mask keluaran Loreal, dan clay mask keluaran Loreal ni ada 3 jenis kalau tak silap, Illuminating, Anti Pores dan Hydration ... dan mrs pip beli jenis Illuminating, kerana ada lemongrass extract katanya, so terbayang bayang bau serai wangi tu ... jom baca review Loreal pure clay mask illuminating ni ... 

Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating
Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating 

harga satu jar loreal pure clay mask ni sekitar RM40.00++ , tapi waktu sale tu, HERMO jual "pick any 4 selected items for RM48.00 only" , so memang worth money savings beli time sale tu ... mrs pip terus grab dua jar ... 

bahan-bahan utama Loreal Pure Clay Mask Illuminating ni ialah British Kaolin Clay dan Lemongrass Extract ... dan info di bawah ni, apa yang Loreal Pure Clay Mask Illuminating claimed; 
  • British Kaolin Clay: sometimes called the White Clay, it gently cleanses to reveal soft, radiant skin. Infused with  lemongrass extract and exfoliating beads to renew skin. Its soft texture is easy to wash off.
  • Immediately: Skin is cleansed and brightened, instantly renewed
  • Day after day: Skin revealed is soft and radiant
  • Usage: Apply the mask to clean skin, allow it to dry for 10min before rinsing with warm water. Recommended to be used 2-3 times a week


Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating
Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating 

so mcm ni la rupa clay mask tu, warna light grey ... satu jar ni 50gram ... bila buka, bau clay mask ni rasa menenangkan dan menyegarkan kerana bau lemongrass tu la kot ... serai wangi la katakan ... tapi bila nak pakai, sorry tiada spatula disertakan ... jadinya kalau pakai jari nak kaut , not so hygiene ... end up kaut guna tea spoon yang bersih ... 

Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating
Review Loreal Pure Clay Mask Illuminating 

clay mask ni bukan jenis creamy ... nak apply tak susah mana, just scoop the necessary amount, dan tempek di muka, senang saja nak sapu rata di sekitar kulit muka ... sedikit berbiji biji (exfoliating beads) untuk memudahkan proses nak exfoliate segala kotoran di wajah la kot ... bau lemongrass tu mrs pip paling suka ... rasa mcm relaxing ja pakai clay mask ni ... 

mrs pip tak guna tebal tebal pun clay mask ni ... dah tempek di muka, tiada rasa pedih pedih atau kulit muka macam tight sangat , so memang selesa pakai ...  lepas dah letak di muka tu, tunggu sehingga 10 minit macam tu, baru basuh dan disyorkan guna warm water ... bila basuh muka, tiada la susah mana pun nak basuh ... maybe pasal mrs pip tak guna tebal tebal kot ... ada review yang mrs pip baca, clay mask ni susah nak tanggal, tapi mrs pip pakai hari tu, senang saja nak basuh ...

dah Loreal bgtau lepas guna boleh dapat kesan soft and radiant pada kulit , so memang selepas cuci muka guna clay mask ni, kulit terasa lembut gitu , tapi kalau radiant tu, tak pasti lah lagi, baru pakai sekali dua ... maybe kena pakai sebulan dua baru boleh nampak kesan radiant tu kan ...

tapi as usual la, kalau bab2 jaga kulit wajah ni, tak boleh nak bergantung pada clay mask semata-mata, kenalah ikut peraturan basic >>>  mencuci wajah, menyegarkan wajah guna toner dan melembapkan wajah menggunaka pelembap yang sesuai ... so kalau tak follow basic rules ni, guna clay mask semata mata memang tak nampak kesan pun ...

dan satu lagi, kerana clay mask ni gunanya juga untuk exfoliate kulit wajah, jadi jangan guna lebih dari apa yang disarankan, risau kulit wajah boleh jadi kering / terlalu kering ... dan kalau kulit wajah korang jenis memang kering, mungkin clay mask ini bukan yang sesuai untuk korang ... mungkin kena cari clay mask yang khusus untuk kulit wajah jenis kering ... 

tapi kalau korang nak cuba, apa salahnya T_T , moreover kadang kadang sesuatu produk itu tidak semestinya memberikan output yang sama pada individu lain ... maybe sesuai untuk mrs pip, tapi belum tentu sesuai untuk kamu ...

apapun, I am happy with this product! yeah.

try hermo :))

dan nak bagitau korang juga, kalau yang memang suka cari skincare pada harga yang affordable, korang better try cari di HERMO kerana HERMO selalu menawarkan harga yang lebih rendah berbanding beli di drugstore atau di kedai kedai yang menjual beauty skincare ... mrs pip paling suka beli BUNDLE BOX di HERMO ni ... memang selalu sangat dapat harga murah murah ... 

boleh baca entry mrs pip terdahulu beli Bundle Box di HERMO ni ...





kalau berminat jenguk jenguk Hermo mcm mrs pip, bolehlah klik

>>> www.hermo.my <<<

stay beauty everyone.

cheers.

Sale Lipstick Mania di Hermo

July 23, 2018 5
Sale Lipstick Mania di Hermo
hi there, just nak info saja ... kalau korang penggemar lipstick , bolehlah check website HERMO, ada SALE singkat bermula 23 - 25 Julai 2018 ni, BUY 1 FREE 1 konon katanya ... hiks, terus rambang mata mrs pip nak beli kat HERMO ... check terms & conditions promo sale ni yer, mrs pip tak sure kalau promo ni utk semua jenis lipstick or selected saja , mrs pip siap letak banner HERMO kot2 ada yg berkenan nak tambah stok lipstick dalam make up bag korang tu kan ...

Sale Lipstick Mania di Hermo
Sale Lipstick Mania di Hermo 


selain tu, yang nak cari eye palette, boleh chek bahagian make-up section, ada hot deal eye palette untuk few brands, memang berbaloi beli time hot deal ni .... terus rasa nak grab satu ... hiks!

Loreal La Palette Gold di Hermo
Loreal La Palette Gold di Hermo

yang kat atas tu, Loreal La Palette Gold, warna cantik2 nampaknya, boleh buat mata extra shimmery gitew , yangkat bawah ni pula, Maybelline eye shadow palatte Nudes ... ni mcm warna warna natural pula ... harga pun nampak mcm affordable saja kan ... tengah fikir nak grab ke tak ni ...

Maybelline Eye Shadow Palette Nudes di Hermo
Maybelline Eye Shadow Palette Nudes di Hermo

so yang nak make up, try cari kat website HERMO, kot kot korang jumpa yang berkenan di hati dengan harga affordable kan, bolehlah korang shopping seketul dua make up kat HERMO ...

website:


cheers.

Sunday, 22 July 2018

Minuman senang nak buat ; Resepi Rucuh Kuini

July 22, 2018 2
Minuman senang nak buat ; Resepi Rucuh Kuini
Minuman senang nak buat ; Resepi Rucuh Kuini || hari tu ternampak di blog Kak Yan pasal resepi rucuh kuini ni, dan bila bagi tengok mr.Husband gambar kuini tu coz rupa mcm wani, terus mr.Husband kasi confirmed tu memang wani ... oooo, orang sini panggil kuini ialah wani ... so nama lain, tapi buah tu sama ... since mr.Husband ni penggemar wani, teruslah nak try resepi yang kak Yan share di blog dia, minuman senang nak buat, resepi rucuh kuini / wani ...

Rucuh Kuini
Rucuh Kuini 

ni apa yang mrs pip buat .... maybe korang boleh adjust ikut tekak korang la ya ...

Bahan-bahan Rucuh Kuini

3 biji wani / kuini yang masak
1 tin susu cair
1.5 liter air sejuk
gula secukupnya
ais batu secukupnya

Cara membuatnya

1/ Hiris buah wani / kuini mengikut potongan kesukaan korang
2/ masukkan air sejuk di dalam mug / teko
3/ tambahkan susu cair
4/ masukkan gula secukupnya
5/ tambahkan ais batu
6/ gaul rata

serius sedap diminum ketika cuaca panas terik! memang tak cukup segelas dua , nak tambah bergelas gelas , muehehe ... kalau nak tambah buah lain seperti laici atau nata de coco sebagai penyedap perisa, sila sila la tambah ikut kreativiti korang masing masing ya ...

selamat mencuba ...

cheers.

Saturday, 21 July 2018

Dilemma mommy 'Junk Food for Kids'

July 21, 2018 6
Dilemma mommy 'Junk Food for Kids'
hi there, hurm ... macam mana nak mulakan entry ni eh? jangan kecam mrs pip dah lah ... ni luahan hati dan pendapat peribadi mrs pip saja mengenai 'junk food for kids' ... setiap individu ada penilaian sendiri mengenai junk food for kids ni ... no one is perfect ok ... bila berbicara mengenai junk food, mrs pip memang dalam dilemma ... sejak lil' armies lahir sehinggalah dorang membesar ni (lil' Iman 5 tahun, lil' Amin dah hampir masuk 4 tahun), mrs pip dan mr.Husband memang scanned makanan yang dorang ambil ... dan kami berusaha untuk tidak memperkenalkan sebarang junk food sehinggalah pada masa yang sesuai kelak ...

Dilemma mommy 'Junk Food for Kids'
Dilemma mommy 'Junk Food for Kids'

dari lil' armies kecil, mrs pip berusaha untuk sediakan makanan dan minuman lil' armies , berusaha everything (food) is homemade , dan kalau minuman tu, hanya selected drinks sahaja yang mrs pip bagi kat lil' armies dan biasanya minuman yang dibancuh dan wajib kurang manis ... dan selalunya , pilihan minuman bancuh ialah kordial jenama Sunquick atau Ribena ...

ada juga masanya , mrs pip belikan minuman kotak (selected type of flavor) , tapi mrs pip tak bagi terus dekat lil' armies ... apa yg kitorang buat ialah, masukkan minuman ke dalam botol minuman dorang dan tambah sebahagian air kerana biasanya minuman kotak agak manis (bagi pendapat mrs pip) untuk anak-anak ...

untuk makanan / snek ringan pula , lil' armies sama sekali tidak pernah makan keropok dan sebarang gula-gula so far ... snek ringan yang dorang makan biasanya biskut kering tanpa sebarang jem, buns (preferred yang tiada inti), dan buah-buahan segar ... kek dan kuih-muih pun mrs pip bagi lil' armies makan, tapi biasanya kek mrs pip buat sendiri, dan harus kurang manis, manakala kuih muih tu mrs pip lebih suka beli kuih muih kukus dan kurang pewarna tambahan ...

kenapa tiba-tiba junk food for kids ni jadi dilemma untuk mrs pip?

sebenarnya, lil' armies dah start sekolah tadi penuh tahun ni ... sekolah tadika tanpa kantin , so happylah mrs pip tau pasal tak da kantin maksudnya junk food ni tidak dijual di sekolah kan ... lagipun anak anak kecil nak makan junk food, risau high sugar content boleh sebabkan gigi buruk, anak anak hyper , tak pun nnt selera anak anak berkurangan nak makan nasi kan (that is what in my mind lah) , dan beberapa sebab lain lagi ...

makanan disediakan di sekolah lil' armies ni utk semua murid murid setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat pula, parents bertanggungjawab bawakan bekal makanan untuk anak masing masing ... makanan Isnin - Khamis tu tak free ya, parents bayar setiap bulan ...

bila tiada kantin , ada pula yg supply jual junk food dalam sekolah ... bagi mrs pip terpulang kat parents bagi anak duit utk beli junk food tu, pilihan masing masing ... mrs pip mmg tak bagi lil' armies duit untuk dibawa ke sekolah walaupun lil' Iman dah few times minta duit nak beli "makanan mcm kawan-kawan" katanya ... "no Iman, mommy have no money" ... alasan mrs pip agar lil' Iman tak minta duit utk beli junk food ...

tapi, ada masanya lil' armies balik rumah bawa junk food ... "siapa bagi ni?" tanya mrs pip , nnt lil' armies bgtau "laoshi bagi" ... hurm. esok esok bila mrs pip tanya laoshi , nnt laoshi bgtau "reward budak budak buat kerja sekolah" ... alahai laoshi , mrs pip tau niat dorang baik, nak happy kan budak budak, cumanya "why junk food?" ... 

pilihlah makanan yang lebih berkhasiat ...

bagi pendapat mrs pip , kalau nak bagi reward kat budak budak, pilihlah makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan ... hari tu lil' Amin balik bawa carbonated drinks, which they never drink any carbonated drinks in their entire life (ok, mrs pip mengaku mrs pip mmg try hard utk avoid segala unhealthy food for the kids) ... why carbonated drinks? why not milk, perhaps? .... 

ada yg bisik-bisik "alaaaa bukan mati pun kalau setakat minum carbonated drinks" , "ala, setakat sebungkus dua keropok, apalah sangat budak budak tak boleh makan" ... kalau nak bagi anak anak kamu makan, bagilah ... tapi mrs pip mmg tak bagilah dorang makan ... until one fine day, bila masa yang sesuai sampai, for sure mrs pip tak larang dorang makan junk food sesekali, tapi masa sekarang bukan masa yang sesuai untuk mereka makan junk food ...

walaupun hal ni remeh temeh, tapi bagi mrs pip it is still my concern for our kids what for them to eat and not to eat ... hal ni sukar untuk dikawal kerana faktor persekitaran dan bekalan junk food senang nak dapat, tapi mrs pip berusaha sebaik mungkin untuk mendidik anak anak mrs pip untuk lebih memilih makanan yang sihat ...

lil' Amin and his carbonated drinks

tahu apa yang jadi dengan carbonated drinks yang lil' Amin bawa balik tu? mrs pip bahagi tiga minuman tu, satu utk lil' Iman, satu utk lil' Amin dan satu utk mrs pip ... 

  • lil' Iman minum sampai habis walaupun lil' Iman bgtau minuman tu rasa pelik ...
  • lil' Amin pula minum seteguk dan buang minuman tu ... katanya minuman tu sangat tidak sedap
  • mrs pip rasa seteguk minuman tu, dan rasanya sangat manis, seperti penuh dengan glucose berperisa oren ... 

saja saja nak share entry ni ... kot kot ada parents yang ada pendapat atau pandangan mengenai junk food ni, sudi sudi bagi komen ok ... 

parenting journey is always full with sweet and bitter taste , and I still have a lot to learn :))

thanks for reading.

cheers.

Thursday, 19 July 2018

Resepi mudah puri labu

July 19, 2018 1
Resepi mudah puri labu
resepi mudah puri labu || labu kuning ni banyak ja resepi yang boleh dibuat ... antaranya ialah bubur labu, lepat labu, labu masak lemak bersama ikan masin, dan macam macam lagi lah kan ... dah kebetulan mr.Husband rajin tanam labu depan laman rumah, rezeki bila dapat petik buah labu ni ... kalau dulu mr.Husband tanam labu bulat, tapi yang sekarang ni tanam labu madu pula ... rasa mcm sama je lah labu bulat dan labu madu tu, cuma rupa dia lain sikit ... labu madu ni, agak lonjong bentuknya ... yang ada anak kecil tengah makan puri tu, bolehlah cuba resepi mudah puri labu ni ...

Resepi mudah puri labu
Resepi mudah puri labu

Bahan-bahan:-

1/4 biji labu sederhana besar
Garam secukupnya
Black pepper / white pepper secukupnya (optional)
1 sudu kecil Maggi cukup rasa
2 ulas bawang putih ditumbuk halus

Cara - cara membuatnya:-

1/ Kupas labu, dan potong kiub (saiz kiub terpulang kepada individu)

2/ Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih sehingga naik bau

3/ Masukkan labu dan kacau

4/ Tambah 3/4 cawan air (air secukupnya) , dan biarkan sehingga labu lembut, guna api sederhana perlahan

5/ Apabila labu sudah lembut, tambahkan garam, black / white pepper dan Maggi cukup rasa secukupnya 

6/ Kacau perlahan sehingga semua rasa sebati, matikan api dan sedia untuk dihidangkan

P/S: yang untuk baby makan puri kan, mrs pip lebih prefer buat puri labu tanpa sebarang perasa , tapi terpulang kepada individu masing masing ... the choice is your mommy T_T

selamat mencuba.

cheers.

Wednesday, 18 July 2018

Resepi Mudah Cheesekut Oreo

July 18, 2018 6
Resepi Mudah Cheesekut Oreo


Resepi Mudah Cheesekut Oreo || baru ada kesempatan untuk buat entry cheesekut oreo ni ... beberapa hari yang lepas, mrs pip tiba tiba craving nak makan something with cheese, so fikir punya fikir, better buat cheesekut oreo, bukan mrs pip saja yang suka, mr.Husband dan anak-anak pun suka sama ... lagipun nak buat cheesekut oreo ni tak susah mana pun, asalkan semua bahan-bahan tu ada ... jomlah tengok resepi mudah cheesekut oreo versi mrs pip ni ... 

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo

nak buat cheesekut ni , bahan bahan utama WAJIB ada :-

  • biskut crackers - dan korang boleh pilih biskut crackers kegemaran korang, mcm mrs pip prefer pakai deluxe cracker original keluaran Hup Seng ... biskut ni sedap T_T
  • cream cheese - cream cheese ni pun banyak brand, kalau kat tempat mrs pip, cuma ada Philadelphia atau Tatura sahaja 
  • dan dah namanya Oreo, kenalah ada biskut oreo - kalau korang tak suka oreo, bolehlah guna nestum , kalau tak suka nestum, bolehlah try guna serbuk milo pula ....

selain tu, bahan lain kena ada susu manis dan susu segar ... tapi kalau tiada susu segar, macam mana? jangan risau, korang boleh guna susu tepung dan bancuh dengan air , tidak pun boleh guna susu cair mcm mrs pip ... hehe, hari tu terlupa beli susu segar bah! 

apa guna susu segar tu sebenarnya? well, susu segar tu, nanti korang guna untuk celup biskut cracker  dengan tujuan untuk melembutkan sedikit biskut tu, sebelum di susun dalam loyang ... pasal nanti untuk memudahkan cheesekut korang dipotong, tak lah retak2 cheesekut korang nanti ... dan kalau celup tu, jangan celup lama-lama, celup setakat nak basahkan biskut crackers tu sahaja tau ... kalau celup lama -lama, nanti hancur biskut crackers korang ....

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Bahan-bahan utama

Bahan-bahan Cheesekut Oreo:-

p/s: mrs pip guna cream cheese 500gm coz memang sengaja nak buat banyak ... buat sikit-sikit nanti tak cukup pula mommy mengandung ni nak makan dan berebut dengan mr.Husband dan anak anak ...

1/ 500 gram Tatura cream cheese (boleh guna jenama cream cheese lain, asalkan ianya mesti cream cheese)
2/ 2 bungkus Hup Seng deluxe crackers (boleh guna jenama biskut crackers lain, tapi so far ni yang sedap bagi mrs pip)
3/ 2 bungkus biskut Oreo (apa flavor pun ok, coz nanti mmg filling oreo tu perlu dibuang juga)
4/ 200 - 300 ml susu segar (jika ada, dan boleh diganti guna susu cair atau bancuhan susu tepung)
5/ 1/2 cawan susu manis (atau terpulang ikut manis yang korang suka)
6/ aluminum foil (jika ada, kalau tiada pun ok saja ... kalau ada lebih senang utk keluarkan cheesekut dari loyang nnt, so senang nak potong ikut saiz kesukaan korang)

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Langkah demi langkah

 Cara membuat Cheesekut Oreo:-

1/ Lembutkan 500 gram cream cheese pada suhu bilik. Apabila cream cheese sudah lembut, bolehlah pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang ... kalau tiada mixer, boleh guna blender ...
2/ Masukkan susu manis sedikit demi sedikit sehingga tahap manis menepati citarasa korang.
3/ Masukkan 6 - 8 sudu besar susu segar ke dalam adunan sehingga adunan sedikit cair / lembut
4/ Buang filling biskut oreo , dan kisar halus menggunakan blender
5/ Ambil loyang (square / rectangular shape) dan lapis guna aluminium foil (jika ada)
6/ Celup biskut crackers ke dalam susu segar dan susun sekeping demi sekeping di dalam loyang sehingga semua permukaan loyang ditutup dengan biskut crackers (seperti dalam gambar #1)
7/ Sedikit demi sedikit, tuang adunan cream cheese tadi ke atas biskut sehingga menutupi permukaan biskut dan ratakan, dan tabur biskut oreo yang telah dibuang filling dan dikisar halus (seperti dalam gambar #2 dan #3)
8. Ulang semula langkah (layer by layer) dengan mencelup biskut ke dalam susu segar, menyusun biskut satu persatu, menuang adunan cream cheese dan meratakannya dan menabur biskut oreo yang telah dikisar halus sehingga semua cream cheese habis ...
9. Apabila sudah siap, sejukkan cheesekut di dalam peti sejuk, dan elok dibiarkan semalaman agar cream cheese sedikit keras untuk memudahkan kerja-kerja memotong cheesekut nanti ...
10. Dah siap, selamat menjamu selera ...

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Potongan kecil sesuai sekali baham :)

dalam kes mrs pip, guna loyang yg mrs pip pakai, dapat susun 16 keping biskut crackers setiap layer, dan mrs pip dapat 5 layer untuk satu loyang ... dan untuk biskut oreo yang dikisar tu, tak habis guna pun , still ada berbaki sedikit lagi ...

actually, untuk resepi cheesekut ni, terpulang korang nak letak flavor apa pun ... ada yg suka nestum, ada yang suka oreo ... dan ada pula bagi flavor kat cream cheese tu seperti flavor blueberry , strawberry dan sebagainya ... kreativiti masing masing ...

kalau korang nak cream cheese tu lebih keras / kenyal, nextime bolehlah tambah sedikit cairan gelatin (sesudu dua gitu) ... selamat mencuba dan menjamu selera ...

Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Resepi Mudah Cheesekut Oreo
Tangan tangan yang tak sabar nak makan!


cheers.

Tuesday, 17 July 2018

Garden solar light untuk laman rumah

July 17, 2018 10
Garden solar light untuk laman rumah
hi there, mrs pip beli garden solar light ni untuk cantikkan laman rumah ... lagi satu tak perlu guna elektrik, ianya menggunakan tenaga solar sepenuhnya ... ekceli, mr.Husband yang beria-ia nak beli garden solar light ni, dulu kitorang ada 2 unit saiz besar letak kat kawasan kolam ikan, so kalau malam memang tak la gelap gelita kawasan kolam ikan tu, tp lepas guna 2 tahun , dah tak boleh guna .. kira wear and tear la kot ... 

kali ni beli yang kecil , harga pun murah-murah ja, satu unit beli di Lazada , RM22.20 satu ... free postage since ianya oversea product ... dalam 7 hari bekerja mcm tu la kalau tak silap, lampu ni sampai kat alamat mrs pip ... tak tunggu lama mana pun ...

Garden solar light untuk laman rumah
Garden solar light untuk laman rumah

elok ja mrs pip letak di depan laman yang ada mini kebun sayur (bayam, bendi dan tomato) tu, cantik lampu ni duduk depan mini kebun sayur , tup tup mr.Husband bgtau tujuan dia beli lampu ni nak letak dekat kawasan hujung laman yang menghadap hutan tebal depan rumah tu ... kawasan tu terlindung sikit dengan kurungan ayam, so kalau malam mmg tak nampak la lampu solar ni dari atas rumah, unless kena pergi turun kat hujung laman tu ... hiks.

nevermind lah, nextime I is beli sendiri dan letak dekat mini kebun sayur ni ... mini kebun sayur ni boleh nampak dari atas rumah mrs pip ... 

yang nak beli tu, sila sila cari kat Lazada ... kalau beli banyak2 letak depan laman rumah, susun elok elok, mesti bertambah cantik laman rumah kan ... *tengah berangan nak beli banyak-banyak, tapi bajet tak cukup* ....

thanks for reading.

cheers.

Monday, 16 July 2018

Personalized ceramic tiles di Printcious

July 16, 2018 10
Personalized ceramic tiles di Printcious
Personalized ceramic tiles di Printcious || alkisahnya, mrs pip nak cetak beberapa keping gambar , letak dalam bingkai dan gantung di dinding seperti kebiasaan buat, tetapi bila kawan mrs pip bgtau why not buat sesuatu yang lain iaitu cetak gambar di jubin, lepas tu boleh letak atas cabinet atau rak, terus teruja juga nak buat satu ... dan mrs pip memang pengguna servis Printcious, so memang tahu mengenai personalized ceramic tiles di Printcious ni ... dan bila check harga yang dikenakan, bagi mrs pip ianya affordable ...

Personalized ceramic tiles di Printcious
Personalized ceramic tiles di Printcious

untuk ceramic tiles di printcious ni, ada dua pilihan sama ada nak print square atau rectangle, dan saiz pula ada beberapa pilihan ... kalau korang nak info lanjut, boleh klik link >>> saiz ceramic tiles <<<

mrs pip hari tu pilih ceramic tiles rectangle, dan saiz pula mrs pip pilih 25cm x 20cm seperti gambar di atas ... kalau korang nak add on frame pun boleh, kena tambah extra bayaran sedikit ... pilihan terpulang kepada korang nak tambah extra frame atau tak ...

Personalized ceramic tiles di Printcious
Personalized ceramic tiles di Printcious

yang bestnya order barang di Printcious ni ialah  mengenai pembungkusan mereka ... Printcious sangat peka dengan barangan yang dipesan , mereka bungkus barang tu dengan sangat baik, siap balut dengan bubble wrap yang beberapa layer supaya elak pecah, lepas tu Printcious guna kotak tebal susah nak renyuk, memang high quality box , so bila barang sampai, ianya dalam keadaa yang baik ... Printicious terbaik!

selain tu, siap saja pembayaran, tak perlu tunggu lama, sekitar 5 working days, barang dah sampai kat alamat mrs pip ... maybe yang tinggal kat bandar utama / ibukota, parcel boleh sampai lebih awal kot coz alamat mrs pip ni mmg agak jauh dari bandar utama  ... tapi 5 working days tu kira dah awal la tu boleh terima barang coz selalunya up to 7 days juga baru mrs pip dapat barang yg mrs pip beli secara online shopping ... hati memang happy sangat setiap kali shopping kat Printcious ni kerana servis mereka memang THE BEST.

Personalized ceramic tiles di Printcious
Personalized ceramic tiles di Printcious

ni antara gambar pilihan dihati yang mrs pip abadikan dengan personalized ceramic tiles menggunakan perkhidmatan Printcious ... selain ceramic tiles ni, mrs pip antaranya pernah juga order fridge magnet, mousepad, mug untuk diri sendiri, dan baby romper ... insya allah ada rezeki, nak buat photo canvas dan family T-shirt pula ... 

kalau korang tengah mencari idea nak bagi hadiah kat girlfriend korang, atau nak cari hadiah buat door gift, bolehlah belek-belek website printcious >>> www.printcious.com <<<

cheers.

Saturday, 14 July 2018

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort

July 14, 2018 6
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap, Beaufort || hi there, nak mencari kon lau mee halal yang sedap ni bukan senang ... dengar dengar, kon lau mee ni asalnya resepi daripada mereka yang berbangsa Cina (mrs pip tak sure ya atau tak), jadi of course bila Chinese yang buat kon lau mee, rasanya mmg lebih sedap ... sesekali bila ke Beaufort, mmg Restoran Nasi Ayam Sedap ni jadi pilihan untuk menjamu selera ... so, sedap eh makan kon lau mee di Restoran Nasi Ayam Beaufort ni?

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort

ekceli, pengusaha Restoran Nasi Ayam Beaufort ni seorang Cina muallaf dengar cerita ... suka makan di sini kerana kedai yang  boleh dikatakan bersih, dan layanan yang pantas selain menu makanan yang sedap , sesuai di tekak mrs pip :))

sepinggan kon lau mee ni ialah RM6.50, disertakan bersama potongan ayam sama ada steamed atau roasted (pilihan masing masing) dan juga baby kailan tumis sos tiram ... untuk jumlah portion sepinggan ni, rasanya kalau mrs pip makan memang sangat kenyang ... kadang kadang mmg tak habis pun ...

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
tengah menunggu kon lau mee datang :)

hari tu kitorang makan kat sini, mrs pip tak makan kon lau mee ni coz dah mcm selalu makan kan, so sesekali bertukar angin makan nasi ayam pula ... tapi mr.Husband dan lil' Iman setialah sangat dengan kon lau mee kalau datang sini ... lil' Amin pula dah memang #teammommy kan, apa yang mommy nak makan, tu jugalah dia order sama , muehehe ...

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort

time kitorang datang ni belum lunch time lagi, so memang kedai agak kosong ... tapi kau tunggu bila lunch time, penuh gila kedai ni, sampai ada masa kau kena queue untuk dapatkan meja! .... cer tengok lil' Iman dan mr.Husband makan kon lau mee, penuh berselera ... siapa tak happy kan, bayar RM6.50 dengan pinggan besar , memang kenyang makan ... kalau lil' Iman tu, dia makan mee ja lah, ayam tu tak makan pon, katanya dah kenyang ... 

nasi ayam sepinggan RM6.50 juga steamed / roasted ... sepinggan pun dah cukup mengenyangkan ... dan lil' armies fav drinks memang sentiasa cincau susu suam , mrs pip dan mr.Husband pula cukup sekadar minum chinese hot tea ... nak order banyak banyak pun kalau tak habis , membazir ... lagipun kalau minum dengan something sweet, rasa mcm muallah pula nanti ... so ambil light drinks saja untuk mrs pip dan mr. Husband ...

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati ... T_T memang suka makan kat sini, walaupun pilihan makanan tak banyak , tapi menu pilihan kon lau mee tu memang sedap, dan yang penting halal ... kalau sesiapa tau kat mana lagi nak makan kon lau mee sedap dan halal sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort , info info mrs pip ya ... nak juga mencuba kat tempat lain ... 

happy eating!

cheers.

Friday, 13 July 2018

Pregnancy Update : 33 Minggu + bacaan Hb naik mendadak!

July 13, 2018 11
Pregnancy Update : 33 Minggu + bacaan Hb naik mendadak!
hi there, minggu ni dah masuk minggu ke 33 kandungan mrs pip, very alhamdulillah ... lagi 7 minggu menanti baby NH akan keluar, insya allah ... doakan semoga kelahiran ini selamat dan dipermudahkan Allah SWT ... selama mengandung baby NH ni, memang sangat berbeza dengan mengandung lil' Iman mahupun lil' Amin , tapi tu semua ujian ibu mengandung la kan ... mengandung baby NH ni, serius muntah dan loya berpanjangan, dan masuk minggu ke-33 ni still muntah tak kira masa ... 

Throwback scan baby 9 minggu 4 hari

so, what's up dengan 33 minggu mengandung ni? well, semakin bertambah minggu kandungan, semakin bertambahlah juga berat badan mak buyung ni ... berat sekarang dah cecah 79kg, which is 1kg to 80kg ! woha! I am a real balloon now. lepas ni tak tahu lah mcm mana nak turunkan berat badan 20kg ... tapi 1st target of course nak hilangkan 10kg dulu, lepas tu slowly cari cara nak hilangkan another 10kg lagi ... tak boleh nak hilangkan 20kg sekaligus, mmg plan tak menjadi lah tu namanya ....

selain fikir bab nak reduce weight, mrs pip juga disahkan ada GDM (diabetes) semasa mengandung ... ini biasa berlaku kerana hormon badan tidak stabil, tetapi biasanya GDM akan hilang selepas bersalin kelak, so bab ini mrs pip tak risau sangat ... my first pregnancy was the same too T_T cumanya kena jaga makan minum ... nak tahu kenapa penting untuk ibu ibu mengandung yang ada GDM jaga makan dan minum, korang kena baca entry sebelum ni yang mrs pip pernah kongsikan dulu ...


baru baru ni, mrs pip scan baby NH pada usia kandungan 33 minggu di klinik swasta ... hari tu pada 32 minggu, doktor di klinik awam dah ada scan baby NH, dan tup tup doktor bgtau kepala baby songsang ... oh tidak! mmg risau bila dpt tahu baby songsang, tapi doktor bgtau nnt mingu ke 36 baru boleh confirm-kan sama ada baby betul2 songsang atau tidak ... 

pengalaman mrs pip mengandungkan lil' Amin , baby songsang dan terpaksa dipusing pada minggu kandungan mencecah 37 minggu .... dan serius nak pusingkan baby ni mmg sakit ... alahai, lebih sakit dari contraction nak bersalin , lebih sakit dari nak bersalin normal ... *maybe lain ibu mengandung, lainlah perasaan bila baby kena pusing akibat songsang* ... mmg berdoa banyak2 , baby NH akan pusing kepala ke bawah ...

so, bila buat scan kat klinik swasta tu, doktor bgtau kepala baby ada di bawah , tak songsang tapi baby still ada tendency untuk berpusing pusing di dalam rahim, so kalau kepala tu ter'engage' kat atas, tu yang boleh songsang ... alahai baby NH, duduk diam diam elok elok kat rahim mommy ok ... hope baby NH tak songsang ...

selain tu, berat baby sewaktu scan ialah 2.4kg, which the private doctor bagitau berat pada minggu ke 33 biasanya sekitar 2kg , so ni dah ada extra 400gm ... jadi doktor nasihatkan mrs pip untuk jaga pemakanan since ada GDM untuk elak baby terlebih besar ... nanti susah nak bersalin, dan baby tu sendiri boleh dapat diabetes bila dia besar kelak ... tu yang mrs pip nak elak sangat coz mrs pip mmg ada diabetes (secara keturunan) ...

Zincofer , tablet haematinic yg membantu menaikkan Hb ketika mengandung
Zincofer , tablet haematinic yg membantu menaikkan Hb ketika mengandung

pregnancy kali ni juga menampakkan penyusutan bacaan Hb setiap kali temujanji di klinik ibu dan anak ... tapi HB rendah ni mmg dah sedia maklum coz dari mengandungkan lil' Iman dan lil' Amin, Hb tak pernah naik ... letih makan multivitamins yg diberikan dan segala senarai menu yang dipercayai mampu membantu menaikkan Hb ... so kali ni, malas mau fikir bab bab Hb rendah ni ...

tapi kan, dalam waktu kau rasa nak putus asa tu, tetiba datang seorang doktor yang sangat concern dengan tablets yang mrs pip ambil ... 
  • mula mula bagi tablets '4 sekawan' tu, mmg pening la berhari hari , so terus reject tablets ni ... 
  • lepas tu dapat Obimin, so far mmg tak pening tapi Hb tak pernah nak naik ... 
  • lepas tu ingat nak ambil Iberet, tapi pregnancy dulu makan Iberet pun mmg tak naik juga Hb ni, siap makan sebiji pagi petang pula tu ... so, Iberet ni mrs pip tak nak dan hope ada tablet lain yg mrs pip boleh cuba ...


tada! doktor bagi Zincofer pula ... siap suruh makan sebiji pagi dan petang ... sebelum ambil Zincofer tu, bacaan Hb dah susut kepada 10.2 , dan sah sah akan turun kepada bacaan 9 ... dua minggu consumed Zincofer ni, bacaan Hb naik kepada 11.0 lepas tu seminggu kemudian check lagi Hb naik 11.3 ... alhamdulillah ...

setiap kali ambil Zincofer ni, mrs pip minum bersama jus limau kasturi (any drinks with vit.C) untuk memudahkan penyerapan zat besi dan elak ambil bersama susu, teh dan kopi ... apapun, setiap ibu mengandung tu tak sama, maybe ada yg sesuai ambil Zincofer ni, maybe ada yg tak ... so korang kenalah rajin mencuba dan bertanya kepada doktor untuk minta saranan terbaik buat korang and baby korang ...

sekarang ni, mrs pip tengah tunggu pula result darah pengesahan lanjut mengenai keputusan hepatitis B ... hari tu doktor request untuk ambil result darah terkini nak tahu sama ada mrs pip masih hepatitis B carrier atau tak ... so will update the result once keputusan makmal dah keluar ...


dan jeng jeng jeng, cer teka jantina baby? baby girl or baby boy? .... nnt mrs pip share the latest scan photo baby NH , insya allah ... 

thanks for reading.

motherhood journey always full with fun and chaos! :))

cheers.

Thursday, 12 July 2018

Kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu

July 12, 2018 3
Kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu
Kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu || hi there, laptop mrs pip buat hal since 25.02.2018 ... since then memang laptop ni TIDUR sahajalah kerjanya ... dan terpaksa atas belas ehsan mr.Husband, guna laptop dia ... banyak kali bercadang nak repair laptop, tapi asyik tak berkesempatan sahaja ... hiks! semua tu alasan ja ... dan pada 05.07.2018 , laptop berjaya dihantar ke kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu , dan pada hari yang sama, laptop selesai dibaik pulih!

di mana kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu ? kalau korang mencari-cari kedai repair laptop ni, korang hanya perlu pergi ke Kompleks Karamunsing, kerana Kompleks Karamunsing ni memang HUB untuk barangan software hardware dan aksesori yang berkaitan dengan komputer, laptop, dan printer ... dan di Kompleks Karamunsing ni juga, ada beberapa kedai pilihan untuk membaiki komputer / laptop yang 'sakit' aka bermasalah ... pilihan di tangan korang nak pilih kedai mana satu bergantung dengan harga repair yang ditawarkan ...

repair laptop acer aspire; tukar hard disk.
repair laptop acer aspire; tukar hard disk.
9 years in a relationship!

ekceli, kes laptop mrs pip ni masalahnya ialah "unable to start computer" ... so memang bila tekan ON, tak boleh nak masuk WINDOW ... huh! memang stress juga since kita ni nak update blog guna laptop ... boleh view entry terdahulu yang lebih details >>> KLIK SINI , Laptop rosak nak buat apa? <<<  

dijadikan cerita, kebetulan lil' Iman ada appointment gigi dgn doktor pakar di klinik pergigian peads di Hospital Likas pada 5/7/18 hari tu, teruslah singgah Kompleks Karamunsing nak repair laptop ... dan since adik ipar kalau mau repair laptop, terbaik ialah di kedai BUDGET PC , so kitorang pun pergilah ke kedai yang adik ipar pernah rekomen kan tu ... kedai ni terletak di Tingkat 3, Kompleks Karamunsing ... so, kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu >>> kedai BUDGET PC ... T_T

Kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu
Kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu

bila technician tu periksa, hard disk mrs pip bermasalah dan tidak boleh digunakan lagi ... so mahu tak mahu kena replace yang baru ... huhuhu, nak buat macam mana kan , nak tak nak kenalah ganti ... kalau dulu luas memori 320GB, so tukar hari tu 500GB dengan harga RM199.00 (tidak termasuk harga pemasangan) ... so kena add RM50 untuk harga pemasangan (labour charge) ... dan ada jaminan selama setahun ... so sila simpan resit elok elok! muehehe. 

technician tu cakap kena queue , atau boleh ambil esok hari kalau malas nak tunggu ... tapi since kitorang tak rush apapun, kitorang tunggu ... sambil menunggu tu, kitorang pergi lunch dulu dan jalan jalan cari barang keperluan ...

technician tu tanya juga kalau2 laptop ni pernah jatuh ke apa, so far mmg tak pernah jatuh ... tp tu lah, laptop ni dah berusia 9 tahun, so maybe lah kan slowly ada ja masalah kalau laptop dah lanjut usia ... 

Usagi Restaurant , vegetarian restaurant in Kompleks Karamunsing
Usagi Restaurant , vegetarian restaurant in Kompleks Karamunsing

dan hari tu kitorang makan kat kedai vegetarian ... kalau korang yang biasa kat Kompleks Karamunsing ni, mesti tahu the one and only vegetarian restaurant tu kan yang berdepan dengan mcD ... restoran tu namanya USAGI RESTAURANT , vegetarian restaurant secara BUFFET tau ... harga seorang RM9.90 ... hari tu rezeki kitorang, staff dia bagi lil' Iman dan lil' Amin makan free, walhal kitorang siap cakap "takkan free, anak saya kuat makan. cajlah half price" ... tapi staff tu cakap "it is ok, biarlah budak budak bukan makan banyak mana pun" ... thanks Auntie yang baik hati bagi lil' Iman dan lil' Amin makan percuma ...

meal of the day, tu yang kat atas ... ekceli ada sayur menu lain lagi yg mrs pip ambil, tp tak snap gambar ... lapar punya pasallah ni ... sesekali makan vege food kan, apa salahnya ... pilihan sayur pun banyak ... next time pergi, nnt mrs pip review Usagi Restaurant ni hokey ... kedai ni selalu sangat full house kalau lunch time ... ni bukan 1st time pergi sini, cuma sebelum2 ni mmg tak ambil gambar pun ...

team mommy

dah siap makan dan jalan jalan tu, kitorang pergi kedai repair laptop tu semula, tapi belum siap, kena tunggu lagi dalam 30 minit mcm tu la ... so sambil menunggu sambil layan lil' Amin #teammommy ni ambil gambar wefie ...

lil' Amin and his future wife!

dia perasan pula ada gambar kat background tu ... jadi mrs pip sajalah kacau2 lil' Amin tanya siapa nama wanita dalam gambar tu ... lil' Amin cakap "ni Angeline. nama dia Angeline" ... amboi, siapa pula Angeline ni .... bakal menantu mrs pip eh? muehehe .... "Angeline tu siapa?" mrs pip tanya lil' Amin ... "Angeline tu kawan Amin di kelas, dia duduk di sebelah Amin" ... "inilah Angeline" sambil tunjuk gambar kat background tu .... oh tidak!


sebelum beredar, layan tekak lil' Iman dan lil' Amin minum soya bean pula depan kedai repair laptop ni padahal baru ja tadi minum time lunch kan ... tapi bagus juga bila lil' armies ni duduk minum, tak lah mrs pip penat nak pegang tangan dorang risau lari sana sini ...

tu je lah cerita pergi hantar laptop nak minta repair ... so nextime nak repair laptop , bolehlah datang kat Kompleks Karamunsing ni  ...

cheers.