Review Drama : Awak Suka Saya Tak ? Raya

hi there, apabila time raya kan, mesti banyak drama tempatan yang best best ... alahai, nasiblah mrs pip ni tiada cable TV, kalau tak, semua akan layan ... jgn cakap cable TV, myTV tu pun yg boleh dpt saluran percuma mrs pip tiada unless mrs pip beli antenna 14E tu ... dah order hari tu, tup tup duit kena refund pasal seller tak reti nak pos order tu! ... raya kali ni, mrs pip layan Awak Suka Saya Tak ? Raya edition ... pewittt! ok I am a fan of Emma Maembong in terms of her acting la, kalau bab peribadi dia, mmg tak kuasa nak ambil port sangat pun ... so, korang ada tak yang layan drama Awak Suka Saya Tak? Raya edition ni?

Review Drama : Awak Suka Saya Tak ? Raya
Review Drama : Awak Suka Saya Tak ? Raya
Pic kredit Google

drama ni hanya ada 5 episod saja, ditayangkan dari Raya ke-6 hingga Raya ke-10 hari tu kan ... mrs pip tengok kat youtube, as usual, thanks kepada youtubers yang rajin laju dan pantas upload drama ni ... kalau korang follow drama Awak Suka Saya Tak Raya, ni mcm extended scene selepas drama bersiri tu, cuma ni versi Raya ... 

mrs pip on and off follow drama bersiri tu, mrs pip lebih happy baca novel Awak Suka Saya Tak, lebih fun ... hari tu mrs pip sempatlah juga buat review novel >>> Awak Suka Saya Tak <<< dan untuk yang belum tahu , penulis novel kesayangan Puan Melur Jelita (nama pena) telah pergi menghadap Ilahi Ramadhan baru baru ini ... kita doakan semoga Puan Melur Jelita ditempatkan di sisi orang orang yang beriman, amin.

drama Awak Suka Saya Tak? Raya ni berkisar mengenai konflik rumahtangga yang berlaku antara Hilman dan Intan apabila Amber (bekas GF si Hilman dan merangkap kenalan lama keluarga Hilman) datang kepada Hilman dengan niat ingin menggoda Hilman, tetapi menggunakan alasan ingin belajar menunggang kuda dan ingin memahami Islam lebih mendalam ...

Hilman pula tidak mempunyai sebarang prasangka buruk terhadap Amber kerana percaya yang Amber sudah berubah dan betul betul ingin belajar mengenai Islam ... namun, di belakang Hilman, Amber dengan beraninya berterus terang di depan Intan akan mendapatkan Hilman semula, dan Intan memberitahu niat sebenar Amber kepada Hilman, namun Hilman tidak mempercayai kata kata Intan.

berlaku kejadian Intan menampar Amber kerana Amber menyamakannya seperti pelacur membuatkan Intan naik angin, dan Hilman ternampak kejadian tersebut dan menyalahkan Intan tanpa memberikan peluang Intan membela diri ... Intan marah dan terus mendapatkan kudanya dan menunggang kuda tersebut padahal Intan baru saja disahkan mengandung ... kerana hal tersebut, Intan mengalami keguguran, dan ianya membuatkan Intan sedih ...

Amber juga memfitnah Intan mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu Arman, lelaki yang juga secara kebetulan menunggang dan menyimpan kuda di paddock milik Hilman, dan secara kebetulan merupakan orang atasan Intan tempat dia bekerja sebagai pensyarah ... Amber merakam gambar Intan dan Arman makan bersama di restoran dan kemudian Amber mengupah orang untuk block kereta Intan agar tidak dpt keluar dari parking dan menyebabkan Intan terpaksa menumpang naik kereta Arman untuk pulang ... 

kereta Intan kena block, so sudahnya dia terpaksa menumpang kereta Arman
Pic kredit Google

kejadian yang tidak sengaja itu membuatkan Hilman marah kepada Intan, tetapi kemarahan Hilman memuncak apabila Arman dan Intan kelihatan bersama keluar dari lobi hotel, dan ianya semua adalah disebabkan oleh rancangan Amber ... Hilman memberi kata putus sama ada Intan perlu keluar dari rumah atau Hilman yang akan keluar dari rumah, dan akhirnya Intan mengambil keputusan untuk pulang berhari raya di rumah ibubapanya di KL ...

Arman dan para  pekerja Hilman yang rapat dengan Intan berterus terang dengan Hilman mengenai Amber kerana mereka tahu Amber mmg berniat jahat terhadap rumahtangga Intan dan Hilman, dan akhirnya Hilman sendiri yang 'menangkap' Amber check in dengan lelaki lain di hotel ...

pada pagi raya, daddy dan mommy Hilman datang ke rumah untuk beraya dan bila mengetahui hal yang berlaku ke atas Intan, mommy Hilman berasa risau dan memarahi Hilman atas apa yang berlaku, dan kemudian ibu bapa Intan pula datang membuat kejutan untuk beraya bersama Intan dan Hilman di Terengganu memandangkan Intan tidak jadi pulang ke KL ... ianya mengejutkan Hilman kerana menyangkakan Intan sudahpun berada di KL ...

Hilman tidak berfikir lama dan terus menuju ke paddock dan mendapati kuda miliknya dan milik Intan tiada di dalam kandang dan terus mencari Intan di sekitar pantai ... Hilman melihat kudanya ditambat dan ada surat diselitkan dan tidak lama kemudian Intan muncul menunggan kuda dan mendapatkan Hilman ... mereka saling memaafkan, dan yes happy ending la kan ...

drama ni ok jak, gandingan Alvin Chong dan Emma Maembong mmg serasi, sweet bersemut tengok dorang ni ... skrip mmg acah acah romantik ... 

thanks for reading and happy watching! 

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. Ada ternampak drama ini, tapi tak berjaya menonton.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip follow drama ni pasal suka kat emma, hehe ...not bad juga drama ni...marah marah sayang gitu.

      Delete
  2. tak tertengok lah pulak.
    Banyak sangat drama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata nak pilih drama time raya kan Kak Yan ...

      Delete
  3. aida tgk citer ni ulangan nyer, mrspip.
    cute gandingan emma & alvin.
    i like.
    jalan citer pun simple dan mudah faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emma and alvin , mrs pip pun rasa gandingan yang sesuai dan cute utk drama ni...
      lepas tu, skrip drama ni pun bagi mrs pip not bad, tak perlu nak sentuh2 sangat, cukup sekadar skrip dan body language yang sesuai, rasa drama ni 'hidup' ...

      Delete
  4. Kita tengok episode last je semalam. Yang lain tak sempat hehe..

    ReplyDelete
  5. Dulu masa series tu layan jugak tengok tapi sebab lama sangat cerita putar belit terus mood spoil nak tengok.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.