Review Novel : Awak Suka Saya Tak ? (by Melur Jelita) - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 2 May 2018

Review Novel : Awak Suka Saya Tak ? (by Melur Jelita)

hi there, bermingguan mrs pip cuba habiskan membaca novel AWAK SUKA SAYA TAK? .... yes, berjaya habiskan novel awak suka saya tak? bermuka surat sebanyak 1056 helaian , mak oiiii mmg boleh tahan tebal novel ni ... so dah habis baca, mrs pip nak buat review novel awak suka saya tak? ... best tak cerita novel awak suka saya tak? ... 

Review Novel : Awak Suka Saya Tak ? (by Melur Jelita)
Review Novel : Awak Suka Saya Tak ? (by Melur Jelita)

mrs pip suka drama awak suka saya tak lakonan emma maembong dan alvin chong tu, dan bila dapat tahu drama tu berdasarkan sebuah novel, terus rasa mengidam nak novel tu menjadi jadi ... novel ni bagi bajet mrs pip agak mahal pasal mrs pip nampak dijual online pada harga sekitar RM60.00 (edisi terkini la kot, mrs pip tak sure coz cover novel tu berbeza dgn cover novel yg lama) ... 

mrs pip berjaya grab novel ni kat preloved novel di facebook group ... harga within budget, so yes! happy dapat sebuah novel yang diidamkan ... preloved, but still in good condition kecuali cover kulit yang sedikit calar, tapi semua helaian muka surat berada dalam keadaan yang tip top T_T ...

Novel Awak Suka Saya Tak ? ialah mengisahkan mengenai Hilman Yong, seorang lelaki Malaysia berketurunan Cina - Korea - Amerika yang memeluk agama Islam ketika dia belajar di Taiwan, dan jatuh cinta pandang pertama terhadap seorang gadis yang bernama Puteri Intan Zulaikha ketika terlihat Intan di restoran makanan segera ... waktu tu, Hilman berusia 21 tahun manakala Puteri pula berusia 17 tahun ...

emma maembong berpasangan dengan alvon chong dalam drama Awak Suka Saya Tak?
emma maembong berpasangan dengan alvon chong dalam drama Awak Suka Saya Tak?

8 tahun berlalu ... Intan temankan abang dia beli cincin kawin , dan kedai emas tu kebetulan milik keluarga Hilman dan waktu tu Hilman yang jaga kedai emas tu ... jadi bermulalah sesi berkenalan secara tidak sengaja di kedai emas tu gara gara Intan tertinggal beg tangan dia kat kedai tu , dan Hilman masih menyimpan rasa suka terhadap Intan ...

dipendekkan cerita, Hilman jenis lelaki yang tak suka bercinta cintun, bagi dia kalau dah jumpa yang berkenan di hati, dia nak segera kawin, itu lebih baik ... jadi, selepas beberapa pertemuan, Hilman pun bertemu kedua ibubapa Intan untuk melamar Intan, tapi Intan ni jenis yang mau kenal hati budi dulu , then kalau serasi baru nak move ke next stage ... jadi, lamaran Hilman ditolak, padahal dalam hati Intan memang suka pun kat Hilman ni ...adoi! cara Intan tolak lamaran Hilman tu agak menyakitkan hati la juga, kata kata dia agak kasar.

beberapa hari kemudian, Intan sedar yang dia cintakan Hilman, dan abang si Intan ni ceritakan kebaikan si Hilman (abang Intan dah geng berkawan dgn Hilman ) ... si Intan carilah si Hilman ni, sekali dia jumpa Hilman, ada kat masjid nak kawin dgn Balqis (anak kepada guru agama si Hilman) ... eh, apasal pula dia nak kat Balqis? ... cerita pasal Balqis ni, separuh buku baru dapat tahu apa yang sebenarnya terjadi antara Hilman dan Balqis, bikin suspen betul. jadi tak Hilman kawin dgn Balqis? of course la tidak ... nak tahu , kena lah baca buku tebal ni :))

Bila nampak Hilman nak kawin dgn Balqis, Intan bgtau Hilman yg dia suka kat Hilman ... tapi since Hilman dah siap nak akad nikah time tu, Hilman suruh Intan pulang rumah ... tapi Intan tak balik rumah, dia pergi kat Cameron Highland, rumah percutian keluarga dia .. dan Intan jatuh sakit ... Hilman terjebak sama jaga Intan yang sakit teruk patah hati sampai tak larat nak bangun tu .... ish! melebih pula part jatuh sakit ni ... 

bila Intan dah sembuh, dan nampak Hilman, dia boleh pula suruh Hilman tu pulang , sampai tak sempat Hilman nak terangkan hal yg berlaku antara Hilman dan Balqis tu ... aiyo Intan oh Intan ... mmg suka berburuk sangka, salah faham dan tak bagi org explain benda elok elok ... kepala otak dia saja yang betul! so kira dorang break up kat sini ...

2 tahun kemudian, Intan pun dah habis master, kemudian dia conduct kursus jangka pendek kat sebuah resort di Terengganu sambil nak belajar menunggang kuda ... si Intan ni penakut dgn kuda, dia nak belajar tunggang kuda tu pun pasal teringat Hilman dengan kudanya time first time dinner dorang dulu , selain nak hilangkan rasa takut dgn kuda ...

pertemuan tidak disangka, Hilman jadi instructor ajar Intan tunggang kuda ... ekceli kebetulan sangat, resort tmpt Intan conduct kursus tu milik keluarga Hilman ... jadi, pertemuan ni buat Hilman dan Intan bertemu, dan jatuh cinta sekali lagi ...

banyak yang berlaku selama Intan di Terengganu ... mengajar, belajar naik kuda, bercinta dengan Hilman, bertengkar , cemburu dan salah faham tu jangan cakaplah ... jumpa keluarga Hilman yang penyayang, bertunang, putus tunang, Hilman hilang ingatan ... lepas tu ingatan pulih, salah faham sampai nak tinggalkan Hilman terbang ke UK ... adoi, Intan ni mmg spontaneous bila buat decision, bukan nak fikir panjang, bukan nak fikir yang Hilman layan dia mcm puteri ...

scene dalam drama awak suka saya tak bila intan dan hilman selamat bernikah
scene dalam drama awak suka saya tak bila intan dan hilman selamat bernikah 

happy ending, Hilman dan Intan kawin ... Awak Suka Saya Tak dah ada part 2, baru launch juga .... mrs pip tak beli lagi, tp insya allah akan beli coz baru juga dapat sponsor untuk belikan mrs pip novel tu , muehehehe .... terima kasih la adik bongsu yg sponsor kakak dia ni beli novel tu ... mrs pip harap ada cerita pasal Amber dalam novel tu nanti, nak tahu juga kalau Amber tu akan bercinta dengan Andrian ... Amber ni model, cinta monyet si Hilman, muehehe ... dan Andrian tu jurugambar merangkap kawan dari kecil si Hilman ni ... 

kalau korang tanya mrs pip okey tak novel Awak Suka Saya Tak ? ni, mrs pip akan bgtau Yes, I like it... cuma, jalan cerita agak lambat, dan bagi sesetengah orang, maybe novel ni agak berat ataupun ada part yang agak redundant ... terpulang kepada pembacaan dan pemahaman masing masing ... 

nak feel lebih, korang kena tonton drama Awak Suka Saya Tak ... hehe.

thanks for reading.

cheers.

8 comments:

  1. Pergh!! Jenuh juga nak habiskan baca novel tebal-tebal nie.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, penangan drama ASST, berjaya habiskan novel tebal ni..

      Delete
  2. Lama2 suda nda baca novel ni pip. Tida masa kunu .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ntah tiba2 ja time preggy ni kan rajin pula mau baca novel bah ...

      Delete
  3. dah berapa kali pegi kedai buku selalu tak ada je novel ni T_T harga dia rm 60 ke? wah boleh tahan mahal tapi tapi nak baca wuwuwu

    apapun, selamat membaca mrs. pip! :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ASST yg mcm kak pip punya tu cetakan lama, harga asal RM38.00,
      tapi tu cetakan lama, now ASST dah keluar cetakan terkini dgn cover buku baru ...
      kak pip x pasti harga cetakan terkini tu, tp hari tu ternampak online harga buku tu RM60.00 , mcm mahal kan ...

      tapi kalau nak confirm, kena check kat IG @melurjelitaofficial ... kak pip pun baru tau pasal IG melur jelita ni ... so nak beli, beli jer online kat IG dorang ...

      Delete
  4. penat nak baca novel tebal-tebal ni..hihi

    ReplyDelete
  5. sebab novel ni lah jatuh cinta dengan Melur Jelita

    ReplyDelete