Resepi Ayam Bakar Bersos Thai

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai || sesekali mrs pip kongsi juadah berbuka puasa kitorang ... tahun ni mrs pip tak masak masak sangat, berbuka pun yang simple simple saja seperti mi goreng, ikan masak sos, ikan masak kicap, sup ayam kampung dan sedikit kuih muih ... baru baru ni, mr.Husband buat ayam bakar dengan perapan bahan bahan yang ada di dapur ... kebetulan ada sos thai, so, kita pun cubalah buat ayam bakar bersos thai ni, first time buat ...

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai

Bahan-Bahannya:-

nota: saiz ayam ni untuk mrs pip dan mr.Husband makan bersama lil' Iman dan lil' Amin ... kalau korang nak extra, bolehlah tambah saiz hidangan mengikut kesesuaian korang ...

1. Ayam paha pinggul saiz besar - seketul

2. 2 ulas bawang putih dicincang

3. Sos tiram secukupnya (mr.Husband guna dua sudu besar)

4. Sos thai secukupnya (mr.Husband guna lima sudu besar)

5. Garam secukupnya

6. Gula secukupnya

7. 2 helai daun kunyit

8. 2 sudu besar minyak masak

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai
Resepi Ayam Bakar Bersos Thai

Cara Membuatnya:-

1. Bersihkan ayam

2. Campur semua bahan perapan , dan perap sekurang-kurangnya selama 30 minit atau lebih ... Lagi lama diperap lagi bagus.

3.  Lapis loyang dengan aluminum foil sebaiknya dan bungkus ayam menggunakan daun kunyit ... Kalau tiada daun kunyit tidak mengapa, ayam boleh di bakar tanpa daun kunyit ...

4. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius, api atas bawah, selama 45minit. Periksa ayam sudah masak sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari oven, sekiranya ayam belum dibakar lengkap, tambah masa membakar dan mungkin boleh tukar api kepada api bawah sahaja atau api atas sahaja mengikut kesesuaian ...

5. Dah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau bersama hidangan lain mengikut citarasa masing masing ...

nak cuba resepi bihun kari udang? >>> klik resepi bihun kari udang di sini <<<


mrs pip guna mae pranom thai sauce
gambar: Google



Selamat menjamu selera dan selamat mencuba ...

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. resepi mmg senang ...
      mrs pip ni tak pandai memasak, so kalau resepi susah, mmg takut nak mencuba.

      Delete
  2. Replies
    1. kalau malas masak ayam, kita bakar saja ...
      campur2 segala perisa, masuk dlm oven ...
      hehe...

      Delete
  3. aduhai, sedap nyer...
    ni la kot sos thai yg member aida ckp.
    gi umah dia ri tu.
    cicah dgn keropok.
    tapi masa tu, botol nyer da dibuang.
    sos laskopek.

    ReplyDelete
  4. sedapnya! Nanti nak try buat jugak lah :D

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnya

    jemput join : http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.