Resepi Bihun Kari Udang ; menu sedap berbuka puasa - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 24 May 2017

Resepi Bihun Kari Udang ; menu sedap berbuka puasa

hi there,

diam tak diam, lagi beberapa hari kita yang beragama Islam akan menyambut bulan Ramadhan, antara bulan bulan yang sangat dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh mrs pip tapi juga oleh segenap umat Islam ....

sebut saja Ramadhan, selain berpuasa seharian dan mengerjakan sembahyang tarawih, kita juga akan 'busy' berbicara tentang menu berbuka puasa / iftar ... kalau mrs pip ni, of course la lebih suka memasak di rumah, mencuba menu baru atau memasak menu yang jarang sangat disajikan pada hari hari biasa T_T

hah! mr.Husband tu kekadang cakap "oooooo, time puasa ja la baru dapat makan menu ni, menu tu" ..... cenggitu la mrs pip ni, kalau yang simple2 bolehlah masak hari2, tapi kalau yang complicated sikit, tu diaaaaa , cuma akan masak pada hari2 istimewa jer lah ....

mrs pip ni kalau sebut ja menu berbuka puasa, ni antara yang sangat disukai, bihun kari udang. kalau tak suka bihun, boleh jer guna mi kuning tu T_T , ikut selera masing masing ... aiseh sesekali masak menu cenggini mencari kelainanlah katakan ...

time puasa la segala nafsu makan mengada ngada, nak itu nak ini ...


mrs pip kongsikan resepi ringkas dan mudah Bihun Kari Udang gaya mrs pip hokey :) ...

Resepi : Bihun Kari Udang (untuk hidangan 4 orang)

Bahan-Bahannya :-

Bihun 200gm (direndam terlebih dahulu menggunakan air pada suhu bilik sehingga lembut)
12 ekor udang sederhana besar - tanpa kepala
12 kepala udang - direbus untuk dijadikan stok
2 biji tomato dipotong 4 bahagian setiap satu
Bawang merah
Bawang putih 
2 sudu besar udang kering 
8 helai daun kari
8 potongan kecil baby corn (boleh gunakan babycorn dalam tin) - boleh tambah kuantiti kalau suka
8 biji button mushroom (boleh gunakan mushroon dalam tin) - boleh tambah kuantiti kalau suka
4 batang kacang panjang dipotong sekitar 1 inci panjang
4 biji tauhu dipotong 4 - 6 bahagian setiap satu tauhu
3 sudu besar serbuk kari udang / ikan - kalau suka pedas, boleh tambah extra
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk lada putih
Garam, serbuk Knorr Pasti Sedap & gula secukup rasa

Cara-caranya :-

1/ Bahan Tumbuk
a/ Bancuh 3 sudu kari udang / ikan di gaul dengan air sehingga sebati.
b/ Tumbuk 2 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih

c/ Basuh dan tumbuk 2 sudu udang kering

2/ panaskan kuali dan masukkan 5 sudu minyak masak. Apabila minyak telah panas masukkan bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan udang kering kemudian masukkan bancuhan kari udang, serbuk kunyit dan serbuk lada putih. tumis dan gaul sehingga naik baunya. 

3/ Masukkan daun kari, button mushroom, baby corn dan kacang panjang. Gaul seketika dan masukkan air rebusan udang, kemudian ditambah 3 mangkuk air. biarkan sehingga mendidih. Masukkan tomato, tauhu, udang. biarkan mendidih seketika dan masukkan perasa iaitu garam, serbuk Knorr Pasti sedap, dan gula secukup rasa.

hint: air yang dimasukkan cukup untuk 4 orang makan

4/ Bihun yang telah direndam tadi (yang sudah dilembutkan) dibahagikan ke dalam 4 mangkuk. masukkan kuah yang sudah dimasak bersama bahan-bahan yang lain tadi (item #3) dibahagi sama rata ke dalam mangkuk yang sudah berisi bihun tadi..

hintBagi yang ingin lebih pedas boleh tambahkan dengan cili padi potong.


jadi, inilah menu sedikit ringkas untuk berbuka puasa yang mrs pip kongsikan .... rasa-rasanya, senang tak nak buat? .....

satu hal lagi, kalau korang jenis mak mak yang malas nak buat grocery shopping kat supermarket mcm mrs pip ni, hah! korang terjah je lah laman web Lazada, boleh risik risik bahan bahan masakan yang korang perlukan. senang kan, cuma klik, bayar, dan tunggu barang sampai :)


boleh beli Serbuk Knorr Pasti Sedap
- sangatlah membangkitkan rasa masakan -



see, I is malas nak membeli kat kedai runcit, bihun pun ada kat Lazada T_T


serbuk kunyit juga !
aiseh, pendek kata memang senang nak memasak, Lazada kan ada :)


Marhaban Ya Ramadhan.

nak info info kat korang semua, Lazada sedang menjalankan SALE sempena raya ni tau, RIANG RAYA SALE (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) sedang berlangsung dari 19 Mei sehingga 30 Jun (dan harga hebat diskaun istimewa sehingga 90%!)


cheers.

12 comments:

  1. wow mcm sedap.. boleh try nanti ni. Goodluck juga utk contest tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Awa... and you too, goodluck juga utk contest tu ;)

      Delete
  2. sedapnye!!! all the best utk contest!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ IQ ... IQ tak nak join ke contest Lazada ni?

      Delete
  3. nampak sedap! sebab elsa tak makan udang em elsa tengok jelah hahaha. goodluck mrs pip :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo tak makan udang ke ;(
      TQ. Eh Elsa tak join contest ni?

      Delete
  4. nampak sedap danmudah menunya tu..

    semoga berjaya mrs pip

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan hidangan bihun kari tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar2 selera di bulan puasa, hehe...

      Delete
  6. kalau sy rajin, boleh try resepi ni utk iftar nnt 😁

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. Tak sabar pula nak memasak.. hehehe

    ReplyDelete