Last minute tempahan katering raya ke-5

hi there, lama pula tiada cerita mengenai bisnes katering ni ... bisnes katering ni mr.Husband yang jalankan, sesekali ada juga tempahan katering, dan biasanya mrs pip mmg kurang update-kan pasal katering ni pasal selalu mesti mr.Husband lupa mau ambil gambar, cia cia cia ... bila sampai di lokasi majlis, mr.Husband dan pekerja2 dia dah setting kan, lepas tu majlis bermula, tak menang tangan mr.Husband mau buat kerja untuk pastikan semuanya ok, end up lupa ambil gambar ... 

agak lama juga mr.Husband tiada tempahan katering, kalau ada pun mr.Husband terpaksa tolak sama ada mr.Husband kebetulan ada kerja lain, atau pelanggan nak itu ini tapi tak sanggup nak bayar pula, nak minta diskaun gila gila ... bukan senang nak deal untuk dua dua pihak setuju , biasanya kalau pelanggan cerewet pasal harga, mr.Husband akan let go sahaja pelanggan tu, tak pa la, bukan rezeki kitorang kan ... 

Katering Kota Kinabalu, Katering Halal, Katering Harga Berpatutan
Last minute tempahan katering raya ke-5
Katering Kota Kinabalu, Katering Halal, Katering Harga Berpatutan

hari tu ada pelanggan nak buat open house, so dia wasap mr.Husband tanya boleh bagi servis katering raya ke-5 ke tak ... mulanya mr.Husband berat hati nak terima, ya lah kitorang pun nak beraya juga, tapi bila fikir2 dan kitorang adjust aktiviti raya kitorang, so mr.Husband pun accept request pelanggan tu ... 

pelanggan pun jenis tak cerewet , dia tanya harga, so mr.Husband bagilah senarai pakej dan harga pakej tu kan, pelanggan request nak Nasi putih + 3 Lauk + 1 Sayur + 1 Buah, termasuk air kordial ... untuk pengetahuan, mr.Husband cuma sediakan katering makanan sahaja, tidak termasuk segala meja makan , tempat duduk mahupun kanopi ... dan tiada pramusaji, hanya staff bertugas untuk refill makanan, dan kemas pinggan dan cawan yang telah digunakan ... 

pelanggan tu bagi senarai lauk yang dia nak, lepas dah confirmed deal, dia bayar deposit 50% dari harga pakej, dan selebihnya di bayar sehari sebelum majlis berlangsung, tetapi sebelum ni pelanggan ni pernah guna servis katering mr.Husband, jadinya dia bgtau dia bayar pada hari majlis tu nanti ... 

selesai saja majlis tu, pelanggan tu terus bayar , memang dia tak tangguh tangguhkan pembayaran ... siap tapaukan biskut raya lagi untuk mr.Husband ... rezeki , alhamdulillah ...

kalau sesiapa perlukan khidmat katering makanan untuk majlis perkahwinan , open house, family day sekitar Kota Kinabalu, Papar, Kimanis, Membakut, Beaufort, dan Kuala Penyu, bolehlah wasap #0198076788 #En.Aiman / #En.Hafi ... 

atau boleh terjah page >>> Katering SJB <<<

thanks for reading

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. it's good that they're so responsible not like some of those untrusted

    ReplyDelete
  2. I love isi ikan sweet sour...huhu

    ReplyDelete
  3. wahhh no wonder lah selalu masuk dapur, husband kakpip buat bisnes katering rupanya :D

    ReplyDelete
  4. isi ikan masak sweet sour sedapnya. bagi CT la katering n kedai2 makan ni jarang CT nk question harga. unless kalau terlalu mahal lain cerita. tapi most of the time okay je sebab kita tahu harga barang2 n tenaga kudrat semua kena ambil kira.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.