Budak tadika pun ada exam ???

hi there, minggu ni minggu yang agak busy buat mrs pip ... selain busy nak siapkan biskut raya, mrs pip juga busy dengan lil' armies menghadapi peperiksaan! what? exam? yes exam .... budak budak tadika pun ada exam! *sigh sigh sigh* .... dan seriously mrs pip tidak tahu pun bab exam ni wujud untuk kelas tadika, muehehe ... *I am not so Asian mother kot* .... 23/5 hari tu lil' Iman n lil' Amin demam panas, dan demam berlarutan sehingga seminggu, kemudian sambung pula cuti sekolah seminggu, so mmg tak tahu updates pasal sekolah kerana dua dua anak pun absent gara2 demam ...

so Monday 4/6/18 , both lil' armies resume schooling as usual, dapat surat exam dari sekolah ... exam start 5/6 - 8/6/18 , jadinya, kenalah ajar extra hours untuk lil' Iman dan lil' Amin dan NO MORE WATCHING CARTOON! nasib baiklah lil' armies tidak merengek menangis nak tengok kartun kegemaran dorang .. dan biasanya lil' armies masuk tidur jam 8.30pm, tp since it is exam week, masa tidur malam kena extend sehingga jam 9.30pm coz both kids kena buat extra homework forced by mommy dan daddy!

sesi belajar lil' armies dengan mr.Husband
sesi belajar lil' armies dengan mr.Husband

kalau mrs pip yang mengajar, lil' Iman sukar nak bagi tumpuan, hiks anak mrs pip ni kan ... kita ajar dia , banyak betul dia punya songeh, dan banyak benda yang dia nak buat sambil belajar such as main pensel la, pegang toys la, tanya nanti nak makan apa lah ... kalau lil' Amin pula , kita ajar dia behave ikut ja apa yang kita ajar ... so end up, terpaksalah 'cikgu disiplin' (mr.Husband la) yang mengajar ... 

amboi lil' Iman, kalau daddy yang mengajar, bukan main behave dia ... memang no distractions langsung, sangat concentrate dengan study ... hah! tau takut dengan daddy ... mrs pip pun pelik, apalah yang lil' armies ni takut dgn daddy dorang ... nak ckp daddy tu garang, rasanya mommy ni lagi garang ... cumanya daddy memang sangat tegas dalam sesetengah hal ... no is alway no ... lil' Amin pun boleh keras kejung belajar sebelah daddy :)) ...

tapi kan, perlukah nak bagi exam untuk budak tadika ni eh? apa pendapat korang ? ... untuk lil' armies, mrs pip memang tak harap dorang nak jadi scorer, dan tak push dorang sangat, cukup sekadar limit mana yang dorang mampu nak belajar ... tak akan paksa dorang nak study gila gila buat masa ini, maybe in future yes, will force them more ... 

apapun, goodluck buat anak anak mommy ni ...

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. Hai Mrs Pip. Ya, anak I pun ada exam for 2 weeks! Berpeluh mak ni ha. Tapi I tak ambil kisah sangat because to me, budak tadika supposed to be playing more. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip pun fikir budak2 tadika supposed to play more kan ... :))

      Delete
  2. memang ada exam, mrspip.
    dari kak Nurin, syuhada sampai le ke Izzat ni hah.
    tapi aida tak pernah pun ulangkaji dgn diorang.
    korang buat jer lah pe patut.
    most of the time cikgu akan bantu.
    especially Izzat :) dia tak amik tahu pun exam ke hape ke :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak anak mrs pip 1st time masuk tadika,
      jadinya mmg tak sangka pula ada exam...
      ingatkan sekadar buat homework saja ...

      Delete
  3. memang ada sebab zaman tadika dulu ada exam tapi senang jak. Not sure lah bab sesuai ka tak sebab exam pengukur potential so ada pro and cons well at least kita tau fokus dalam kelas ataupun tak. Anyway, all the best for both of them :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq FJ.
      kak pip tak letak target anak anak kak pip score atau tidak ...
      budak2 berdua ni kalau balik dari sekolah lepas ja siap homework,
      mesti akan bermain ... hehe.

      Delete
  4. Memang ada exam pun tapi Sha tak beratkan sangat.. Sebab usia mereka tu lebih kepada bermainkan.. Cuma bila dah 6 tahun tu memang make sure mereka dah boleh mengeja dan membaca.. Kalau tak, darjah 1 nanti ketinggalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu 6 tahun kena pandai membaca dah...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.